Isu Rohingya Pemimpin Pas Dedah Fakta Sebenar Yang Diselewengkan



Rohingya mengkelepet beras: Separah mana luka kita berbanding mereka?

Tamaddun dan budaya hidup mereka terbentuk dalam kurungan, penindasan, kekejaman, pembunuhan dan pengusiran selama 70 tahun. Mereka hanya melihat dunia terbuka luas ini setelah menjadi pelarian!

Apakah kita mengharapkan bangsa yang dilupakan dunia selama 70 tahun ini memiliki tamaddun dan budaya yang sama dengan kita yang bebas merdeka selama 63 tahun ini? Tidak ada bangsa di dunia ini dihimpit derita sengsara seperti Muslim Rohingya. Tidak ada!

Saya telah mencatatkan berpuluh- puluh nota tentang Muslim Rohingya sepanjang bergelumang dengan misi kemanusiaan melalui PASRelief. Sebahagiannya telah dipaparkan di page facebook PASRelief.

Kekejaman penjajah Inggeris dan kemudiannya junta Burma, kemudiannya pelampau agama Buddha - 969 Group-  pimpinan Sami Ashin Wirathu dan terakhir ini pengganas etnik Rakhine yang bersekutu dengan tentera dan pelampau Buddha. Semuanya sama - membunuh, menyiksa dan menghalau Muslim Rohingya.

Daripada tujuh juta (jumlah teramai yang pernah direkodkan) etnik Muslim Rohingya yang pernah memerintah negara mereka, kini hanya tinggal sekitar 300 ribu sahaja, terkurung dalam Internal Displacement Camps (IDP) di seluruh Arakan. Kem IDP adalah penjara terbuka dalam negara mereka sendiri.

Bumi asal mereka -Arakan- dipantai barat Myanmar sejak abad ke-15 (1423 sehingga tahun 1823) diperintah beberapa dinasti kerajaan Islam yang diasaskan oleh Kesultan Sulaiman Shah.

Selain 300 ribu yang sedang terkurung dan terkepung di Arakan itu, terdapat 1.5 juta dalam kem pelarian di Bangladesh, 200 ribu di Pakistan, 175 ribu di Arab Saudi, 150 ribu di Malaysia dan jutaan lagi bertebaran di seluruh dunia sebagai pelarian.

Sejak Arakan dipaksa masuk ke dalam Burma untuk mencapai kemerdekaan daripada Inggeris pada 1948, Muslim Rohingya telah terkepung, terkurung dan terusir.

Kelulusan dan penguatkuasaan Undang-undang Kerakyatan Burma pada 1982 yang sekaligus membatalkan kewarganegaraan Muslim Rohingya di Burma adalah kemuncak dalam siri jenayah kemanusiaan terhadap Muslim Rohingya.  Ia dipandang sepi seluruh penghuni dunia.

Kemanusiaan masyarakat dunia lumpuh, koma dan mati. Sejak itulah mereka menjadi bangsa tanpa negara, pelarian tanpa destinasi.

Di mana terdampar, di situlah tanah tempat menyambung nyawa. Puluhan ribu hilang di dasar Sungai Naf, Telok Benggala dan Laut Andaman. Puluhan ribu menjadi mayat - mereput ditembak dan rentung dibakar.

Yang cacat akibat disiksa, lari selagi terdaya, wanita dan anak gadis yang dirogol, dirodok, dicincang, tidak terkira jumlahnya. Kanak-kanak menjadi abu dihumban ke dalam api yang sedang marak, tidak tertangis oleh ibu-ibu yang diikat dan dibantai.

Seribu jenis derita dan kepayahan telah mereka alami dalam wabak genosid terancang di hujung kepala kita. Kemanusiaan kita telah lama mati terhadap Rohingya.

Bertahan seperti menempa kematian, yang lari pun maut di jalan, yang sampai di daratan orang pula dimaki, dicaci, dihina, dihalau. Apakah jenis manusia yang sedang mendiami dunia hari ini bila berhadapan dengan Muslim Rohingya? Bukankah mereka itu manusia juga yang punyai pelbagai watak seperti kita? Apakah kejahatan seorang dua mereka adalah kedurjanaan seluruh bangsanya?

Kematian atau hilang dalam pelarian angkara segelintir pedagang nyawa - kegiatan pemerdagangan manusia (human traficking) adalah sebahagian dari catatan hidup bangsa Rohingya.

Mereka bukan pendatang tanpa izin (PATI) yang ada pilihan untuk hidup di halaman sendiri dan tidak datang ke negara orang. Mereka terpaksa lari untuk hidup.

Meraka bukan migran dari China dan India yang dibawa masuk untuk bekerja di ladang dan lombong, akhirnya berkongsi kampung dengan kita. Mereka tidak diberikan tanah dan kerakyatan untuk hidup bebas merdeka kaya raya di sini.

Sedikit kesukaran yang kita alami dengan perangai seorang dua pelarian Rohingya adalah balasan Tuhan akibat kebisuan warga dunia terhadap kekejaman yang menimpa Muslim Rohingya. Kita memikul beban sejarah lampau yang kita warisi dari waktu lalu.

Dengan demikian, pilihan yang kita ada ialah menyuburkan kemanusiaan merentas sempadan negara, mengiktiraf hak asasi manusia untuk hidup aman merdeka.

Kita boleh menjalankan usaha diplomatik dua hala dengan Myanmar atau dengan negara-negara Asean untuk memaksa Myanmar mengembalikan kerakyatan mereka, setidaknya menerima mereka mendiami semula negara asal mereka.

Kita boleh membantu mereka untuk hidup di tempat mereka berada sekarang (Arakan, Myanmar, Cox's Bazaar, Bangladesh, Thailand, Laos, Kemboja, dan negara lain di rantau ini) supaya mereka tidak perlu bersabung nyawa di lautan untuk datang ke Malaysia. PASRelief dan beberapa NGO lain dari Malaysia sedang giat mengusahakan jalan ini.

Banyak sekali NGO seluruh dunia juga sedang bertebaran di kem-kem di Arakan dan Bangladesh dengan pelbagai aktiviti dan agenda masing-masing.

Berita sedih terakhir yang menusuk sanubari saya ialah beberapa keluarga dari Kem Pelarian Balukhali telah dibawa ke Amerika Syarikat dengan perlindungan sebagai pelarian secara percuma setelah mereka bersetuju 'menjual' aqidah mereka.

Apalah sangat kita hendak berkira ketika mereka meminta daripada kita -

i. Kebenaran untuk bekerja
ii. Meminta perlindungan insuran ketika bekerja.
iii. Meminta dikurangkan kos rawatan di klinik; dan
iv. Meminta tidak ditangkap ketika bekerja.

Berkira apa sangat kita yang mempunyai kehidupan jauh lebih baik daripada mereka- dengan menuduh dan menyebarkan gambar orang Rohingya mengumpul beberapa kampit beras sumbangan orang ramai dengan tajuk 'mengkelepet bantuan'!

Berkira apa sangat kita berbanding dengan mereka yang dipaksa secara kejam menanggalkan anugerah termahal dalam hidup ini - Aqidah Islam - yang digenggam ratusan tahun dalam seba kepayahan, yang dibawa dengan pengorbanan besar generasi awal para pendakwah Islam ke bumi Arakan sejak abad ke-8.

Bumi itu dinamakan "Arakan" dalam bahasa Arab bermaksud TIANG dan ibukota perdagangan pesat itu dinamakan "Akyab" dalam bahasa Parsi yang bermaksud 'sungai yang satu'. Ia kini telah hilang, bertukar menjadi Rakhine State dan Sittwe.

Kemusnahan identiti negara-bangsa itu jauh lebih parah dan malang kepada kita berbanding terpaksa berkongsi sedikit rezeki dan nikmat Tuhan dengan mereka. Kita jangan sampai menjadi seperti etnik Rakhine atau Ashin Wirathu yang kejam dengan cara kita menanggapi Muslim Rohingya sejahat sekumpulan syaitan yang menjadi pedagang manusia.

Bersabarlah dalam membantu, selidiklah dulu apa agenda sebenarnya sebelum terbabit membantai mereka beramai-ramai di alam siber. Kudis kita terlalu kecil berbanding ujian darah dan nyawa yang menimpa mereka.

Kebencian yang sedang kencang membaham ini ditiupkan oleh siapa, dan untuk apa?

Yang marah-marah, berkongsi tuduhan palsu di medsos itu lukanya di mana, berapa jengkal? Kenapa hati kamu yang bernanah ketika kemanusiaan warga dunia ini sedang nazak? Apa yang telah hilang dirompak daripada kamu? Mereka yang teruk atau kita yang tidak bersyukur? Kesusahan mereka itu adalah ujian untuk kita, bertabahlah. Mari sama-sama kita bantu mereka bertahan di mana mereka sedang berada, jika tidak sudi mendengar mereka mengetuk pintu rumah kita.


Sumber : YB Muhammad Sanusi Md Nor
Pengerusi PASRelief, Adun Jeneri & Pimpinan Pas Kedah










IKLAN: Menyumbanglah kepada Tabung Kemanusiaan Antarabangsa 5640 7061 1352/ PASRELIEF 5630 7061 2333 (Maybank)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.krissmerah.com/2020/04/isu-rohingya-pemimpin-pas-dedah-fakta.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+krissmerah+(Kriss+Merah.com+(Blogger+Melayu))

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Bidas Pemimpin Ph Hanya Pandai Cakap Kosong Isu Rohingya

Hadi Bidas Pemimpin Ph Hanya Pandai Cakap Kosong Isu Rohingya

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 293 hits
April 27 2020 2 31 PMPresiden PAS Abdul Hadi Awang PETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini membidas pemimpin Pakatan Harapan yang hanya pandai bercakap kosong mengenai nasib pelarian Rohingya Beliau berkata partinya sanggup ber...
Isu Rohingya Pas Sindir Usah Jadi Panglima Ayam Jantan Kuat Berkokok Ekor Berlumuran Tahi

Isu Rohingya Pas Sindir Usah Jadi Panglima Ayam Jantan Kuat Berkokok Ekor Berlumuran Tahi

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 409 hits
Jangan bercakap setelah hilangnya kuasa laksana panglima ayam jantan yang kuat berkokok berderai derai sedangkan ekornya berlumuran tahi Demikian ayat penutup tulisan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu pelarian Rohingya ...
Pihak Tertentu Rba Cuba Alihkan Isu Rohingya Dan Lupakan Isu Kad Pengenalan Palsu

Pihak Tertentu Rba Cuba Alihkan Isu Rohingya Dan Lupakan Isu Kad Pengenalan Palsu

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 429 hits
Kelab Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia Telah Membuat Satu Laporan Polis Berkaitan Hal Isu IC Palsu Ini Pada 20 April 2020 Yang lalu Di IPD Kuala Muda Sg Petani Kedah Timbalan Presiden KPPUM Sdr Zamil Ibrahim Sendiri Yang Membuat Laporan T...
Isu Rohingya Lebih Baik Kamu Diam Yb Ustaz Nik Abduh

Isu Rohingya Lebih Baik Kamu Diam Yb Ustaz Nik Abduh

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 512 hits
Rohingya RamadhanJika anda tidak mahu mempertahankan hak saudara semuslim anda bangsa Rohingya maka diam saja Bersuara memburukkan saudara semuslim yang tertindas oleh kezaliman musuh Islam adalah dosa besar DOSA BESAR Ia membunuh nilai Ram...
Panaskan Isu Rohingya Ada Agenda Tersembunyi

Panaskan Isu Rohingya Ada Agenda Tersembunyi

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 447 hits
Kredit Norman Radzuan ULASAN Pertama penulisan di bawah ini adalah penulisan hebat daripada Dr Azlinariah Abdullah Jika anda ingin menambah ilmu pengetahuan positif fokus kepada isu dan seorang yang ulat buku sila baca artikel di bawah ini ...
Kekangan Malaysia Hadapi Isu Pelarian Rohingya

Kekangan Malaysia Hadapi Isu Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 1071 hits
MENANGANI isu politik Antarabangsa yang paling merumitkan antaranya ialah menguruskan pelarian yang meminta perlindungan selepas negara mereka musnah sama ada berlakunya peperangan bencana alam atau faktor politik Menurut laporan tahunan 20...
Malaysia Tak Boleh Selesaikan Isu Rohingya Sendirian

Malaysia Tak Boleh Selesaikan Isu Rohingya Sendirian

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 406 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Jadi tanggungjawab Wisma Putra bawa isu ke ASEAN antarabangsaBANGI Malaysia tidak boleh menyelesaikan isu pelarian etnik Rohingya yang berlaku ketika ini secara bersendirian kata Amir Ikatan Muslimin Malaysia Ustaz A...
Pemuda Umno Berpusing Pusing Dalam Isu Rohingya

Pemuda Umno Berpusing Pusing Dalam Isu Rohingya

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 288 hits
Isu pelarian Rohingya menyaksikan Pemuda Umno berubah ubah pendirian tanpa cadangan penyelesaian apa lagi tindakan sewajarnya ketika berada dalam kerajaan Sikap sayap parti itu yang berpusing pusing dalam isu etnik tertindas tersebut boleh ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It