Isu Ptptn Boleh Keluarkan Ph Daripada Mentadbir Negara Syed Saddiq


Astro Awani
Disember 07, 2018 22:39 MYT

KBS dengan Kementerian Pendidikan dan PTPTN akan berjumpa sebanyak mungkin golongan muda bagi mencari formula terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan. - Gambar fail

SHAH ALAM:  Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) dilihat boleh menjadi antara kemungkinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) 'dikeluarkan' daripada terus mentadbir negara.

Justeru, beliau berkata isu berkenaan harus dibincang dengan baik oleh semua pihak kerana ia melibatkan kos sara hidup yang sering menjadi topik utama dibangkitkan golongan muda masa kini.

"Kalau saya tak berjaya angkat suara anak muda tentang ini (PTPTN), maksudnya saya gagal. Sebab itu, kalau kita bincang tentang PTPTN, saya kena pertahankan (keutamaan golongan muda) dan bawa ke jemaah menteri untuk mencari kaedah yang komprehensif menyelesaikannya.

"Disebabkan itu, kita (Kementerian Belia dan Sukan) selaku platform yang dekat dengan anak muda, harus libatkan diri dan menjadi pendesak utama membantu kelompok berkenaan dalam isu berkaitan kos sara hidup," katanya dalam program Bicara Minda anjuran Sinar Harian di sini, hari ini seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu berkaitan PTPTN dan kehendak serta keutamaan golongan muda masa kini, oleh moderator program berkenaan, Tan Sri Johan Jaafar.

Dalam pada itu, bercakap kepada media selepas program berkenaan, Syed Saddiq menegaskan bahawa PTPTN perlu memastikan kaedah pembayaran baharu yang mahu dilaksanakan ke atas peminjam tabung pendidikan itu dibuat secara adil.

Beliau berkata nasib peminjam yang sedang membayar pinjaman pengajian mengikut jadual ditetapkan PTPTN juga tidak boleh diketepikan kerana mereka menandatangani kontrak pembayaran itu terlebih dahulu dengan perbadanan berkenaan sebelum kaedah pembayaran baharu dikeluarkan.

"Kita tak boleh pukul rata semuanya. Kalau sebelum ini peminjam membayar RM100 ke RM200 sebulan tapi tiba-tiba naik ke RM600 ke RM700, itu terlalu membebankan kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai tanggungan yang besar walaupun bergaji RM4,000 ke atas," katanya.

Sehubungan itu, kata Syed Saddiq, KBS dengan Kementerian Pendidikan dan PTPTN akan berjumpa sebanyak mungkin golongan muda bagi mencari formula terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Pada hari ini, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malek menyatakan jemaah menteri mahu PTPTN menangguhkan pelaksanaan Potongan Gaji Berjadual (PGB) ke atas semua peminjamnya susulan pengumuman perbadanan itu pada Rabu lepas, yang akan melaksanakan PGB ke atas peminjam yang gajinya mencecah RM2,000 sebulan.

Pengumuman PTPTN itu mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk ahli politik yang mahu kaedah itu dipertimbangkan semula supaya tidak membebankan peminjam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/isu-ptptn-boleh-keluarkan-ph-daripada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peminjam Rasa Teraniaya Harap Syed Saddiq Dan Kj Selesaikan Isu Bayar Balik Ptptn

Peminjam Rasa Teraniaya Harap Syed Saddiq Dan Kj Selesaikan Isu Bayar Balik Ptptn

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 324 hits
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin akan membawa isu pembayaran semula PTPTN kepada mesyuarat jemaah menteri hari ini Pengumuman itu dibuat menerusi laman Twitter mereka semalam d...
Kbs Sedia Ikut Saranan Ketua Audit Negara Syed Saddiq Rileksmedia

Kbs Sedia Ikut Saranan Ketua Audit Negara Syed Saddiq Rileksmedia

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 298 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Belia dan Sukan bersedia melaksanakan saranan Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad supaya Jawatankuasa Kira kira Negara menyiasat isu punitif yang membabitkan kementerian itu Menterinya Syed Saddiq Syed Abd...
Muhyiddin Akta Hasutan Boleh Digunakan Dalam Isu Kuil

Muhyiddin Akta Hasutan Boleh Digunakan Dalam Isu Kuil

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 334 hits
Beliau berkata kabinet juga setuju dengan penggunaan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia
Rakyat Resah Isu Ptptn Anwar Jamin Timbang Semula Keputusan Maszlee Wan Saiful

Rakyat Resah Isu Ptptn Anwar Jamin Timbang Semula Keputusan Maszlee Wan Saiful

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 247 hits
KUALA LUMPUR Keresahan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional akan diadukan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pelaksanaan kaedah bayaran balik pinjaman secara progresif atau potongan gaji berjadual berm...
Tiada Lagi Peminjam Ptptn Boleh Terlepas

Tiada Lagi Peminjam Ptptn Boleh Terlepas

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 229 hits
Tiada lagi peminjam PTPTN boleh terlepas Dikemas kini 46 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 5 Dec 2018 3 16PM middot
Peminjam Ptptn Yang Culas Selepas Ini Tak Boleh Lari Lagi Kerana Ini Tindakan Tegas Dari Kerajaan Ph

Peminjam Ptptn Yang Culas Selepas Ini Tak Boleh Lari Lagi Kerana Ini Tindakan Tegas Dari Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 370 hits
KUALA LUMPUR Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional berpendapatan lebih RM2 000 sebulan selepas ini tidak boleh culas membayar balik selepas skim Potongan Gaji Berjadual dilaksanakan mulai Januari ini Ia berikutan skim berken...
Isu Pinjaman Ptptn Perlu Dilarang Jadi Manifesto Parti Politik

Isu Pinjaman Ptptn Perlu Dilarang Jadi Manifesto Parti Politik

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 490 hits
SATU langkah yang lebih drastik atau ekstrem perlu dipertimbangkan oleh pihak kerajaan supaya isu yang berkaitan dengan pinjaman pendidikan ini tidak terus menjadi permainan politik oleh mana mana pihak dalam negara khusus dalam kalangan ah...
Isu Bayaran Balik Pinjaman Ptptn Adalah Isu Utama Masa Hadapan Seiring Dengan Anti Korup

Isu Bayaran Balik Pinjaman Ptptn Adalah Isu Utama Masa Hadapan Seiring Dengan Anti Korup

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 334 hits
Cadangan penyelesaian mesti bukan datang dari satu pihak Yang bermotif pungut HUTANG semata mata tetapi lebih kepada realities kehidupan yang berhadapan dengan kurangnya peluang pekerjaan Dan kos Sara HIDUP yang terlampau tinggi terutama di...
Syed Saddiq Dilantik Sebagai Ketua Pemuda Ph Baharu

Syed Saddiq Dilantik Sebagai Ketua Pemuda Ph Baharu

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 251 hits
KUALA LUMPUR Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pemuda PH baharu menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad Tiga jawatan Timbalan Ketua Pemuda PH pula disandang oleh Ketua Pemuda Amanah Mohd Sany Hamzan Ketua Pemuda DAP...
Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Khutbah Jumat Jika Seorang Muslim Memperhatikan Shalat Asalnya Agama Dia Itu Baik

Adab Apabila Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin

Menjadi Kesalahan Dan Teladan Buruk Jika Kerajaan Tidak Akur Dekree Ydpa

Bicara Profesional Pengarah Pendidikan Negeri Johor Bersama Pengetua Sekolah Negeri Johor 2024

Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ

Wanita Cedera Diragut Ketika Menunggang Motosikal