Isu Pengenalan Tulisan Jawi Dalam Bm Dirujuk Ke Mahkamah




MalaysiaGazette


Pengenalan tulisan Jawi dalam subjek Bahasa Malaysia menimbulkan rasa tidak puas hati pihak tertentu di sekolah vernakular. 
PETALING JAYA – Jawatankuasa Mengenai Jawi di Kuala Lumpur dan Selangor yang bermesyuarat pada Ahad telah membuat keputusan untuk membawa isu penerapan tulisan Jawi dalam mata pelajaran teras Bahasa Melayu ke mahkamah.

 Perkara itu akan dirujuk ke mahkamah atas nama lembaga pengelola dan persatuan ibu bapa guru (PIBG) sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC).

Jawatankuasa itu menegaskan tidak menolak Jawi di sekolah vernakular, tetapi peranan lembaga pengelola sekolah dalam soal itu tidak harus dipinggirkan.

Tulisan Jawi juga dicadangkan menjadi aktiviti kokurikulum dan bukannya dalam mata pelajaran teras Bahasa Melayu.

Jurucakap jawatankuasa itu, Datuk Heng Hong Chai berkata, isu itu akan dibawa ke mahkamah dalam tempoh dua bulan, satu usaha yang juga menandakan bantahan keras terhadap pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam subjek Bahasa Melayu di sekolah vernakular.

 Sinchew Daily melaporkan, jawatankuasa itu juga mengumumkan langkah-langkah tertentu termasuk menyeru sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur menggantungkan kain rentang bantahan.

Selain itu, wakil lembaga pengelola dan PIBG diseru supaya mengeluarkan surat rasmi membantah pelaksanaan pelajaran tulisan Jawi.

Dengan permulaan sesi persekolahan baharu, lembaga pengelola sekolah turut diminta memantau pelajaran Bahasa Melayu dan memberi maklum balas segera kepada persatuan lembaga pengelola peringkat negeri.

“Sebelum ini, kami telah membentuk pasukan peguam bersama pertubuhan kaum India  untuk mengkaji sama ada Perlembagaan dan Akta Pendidikan memberi kuasa kepada ibu bapa untuk menerima atau menolak pelajaran tulisan Jawi di sekolah,” kata Hong Chai.

Tambahnya, mengikut Akta Pendidikan 1996, ibu bapa boleh memilih aliran sekolah untuk anak mereka sementara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib di SRJK.

BACA:Empat istilah Jawi yang menakutkan

 Katanya, Kementerian Pendidikan tidak boleh memaksa murid belajar bahasa, kandungan atau kemahiran yang bertentangan dengan hasrat walaupun ia dipersetujui majoriti atau 51 peratus ibu bapa ia kerana ia adalah bertentangan dengan Perlembagaan.

Hong Chai juga menegaskan bahawa tulisan rumi adalah tulisan untuk Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan.

Katanya, pihak jawatankuasa juga akan melakukan kajian secara mendalam termasuk jaminan yang diberikan Perlembagaan kepada SRJKC.

Isu pelajaran Jawi timbul semula apabila Kementerian Pendidikan mengeluarkan garis panduan bahawa pengenalan tulisan Jawi akan diadakan di satu-satu sekolah vernakular jika 51 peratus ibu bapa sekolah tersebut bersetuju dengannya.

Sesetengah pihak bagaimanapun berpendapat peranan lembaga pengelola sekolah telah dipinggirkan dalam isu itu. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/isu-pengenalan-tulisan-jawi-dalam-bm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surat Siaran Bil 13 2019 Pelaksanaan Pengenalan Tulisan Jawi Dalam Bahasa Melayu Murid Tahun 4 Mulai Tahun 2020

Surat Siaran Bil 13 2019 Pelaksanaan Pengenalan Tulisan Jawi Dalam Bahasa Melayu Murid Tahun 4 Mulai Tahun 2020

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 1417 hits
Surat ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan Pengenalan Tulisan Jawi dalam kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan secara berperingkat peringkat mulai Tahun 2020Pengenalan awi dilaksanakan sebagai...
Cr7 Punya Dah Sold Out Juventus Keluarkan Jersi Dengan Name Set Tulisan Jawi

Cr7 Punya Dah Sold Out Juventus Keluarkan Jersi Dengan Name Set Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 1044 hits
Kelab bola sepak berpengkalan di Itali Juventus telah melancarkan jersi edisi Riyadh untuk Piala Supercoppa Itali musim ini Apa yang istimewanya jersi ini name set ditulis dengan ejaan bahasa arab dan seakan tulisan jawi di Malaysia Jersi i...
Juventus Nampaknya Tidak Takut Dengan Tulisan Jawi Guna Jawi Pada Jersi Terbaru

Juventus Nampaknya Tidak Takut Dengan Tulisan Jawi Guna Jawi Pada Jersi Terbaru

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 897 hits
Wow terharu pula Ohmedia bila baca berita ni Kalau korang nak tahu pasukan Juventus telah menunjukkan jersi terbaru mereka dengan tulisan nama Jawi bagi kempen Piala Super Italia 2019 Adidas dan Juventus telah melakukan kerjasama dengan art...
Kalau Ini Bukan Hipokrit Korang Nak Panggil Apa Bantah Tulisan Jawi Tapi Guna Logo Halal Jawi Untuk Buat Duit

Kalau Ini Bukan Hipokrit Korang Nak Panggil Apa Bantah Tulisan Jawi Tapi Guna Logo Halal Jawi Untuk Buat Duit

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 1328 hits
Foto FacebookBersungguh sungguh mereka membantah tulisan Jawi Tapi untuk buat duit mereka sanggup pula guna tulisan jawi yang mereka anti sangat tu Inilah sikap hipokrit mereka Kenapa tidak guna sahaja perkataan tulisan Cina untuk tulisan H...
Pm Kongres Bantah Tulisan Jawi Mungkin Undang Tindak Balas

Pm Kongres Bantah Tulisan Jawi Mungkin Undang Tindak Balas

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 590 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dalam negara berbilang kaum apa yang penting adalah bagi setiap pihak bertimbang rasa terhadap sentimen pihak lain Foto oleh Sayuti ZainudinKUALA LUMPUR 20 Dis Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran mengenai ...
Persatuan Anjur Persidangan Bantah Tulisan Jawi Di Sekolah Vernakular

Persatuan Anjur Persidangan Bantah Tulisan Jawi Di Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 499 hits
KAJANG Persekutuan Persatuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru Guru Sekolah Cina Malaysia yang secara gabungannya dikenali Dong Jiao Zong akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada ...
Tulisan Jawi Bukan Tulisan Agama

Tulisan Jawi Bukan Tulisan Agama

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 522 hits
Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia menegaskan bahawa mempelajari tulisan jawi dan rumi dapat memberi nilai tambah kepada murid bukan Melayu dalam meningkatkan ilmu Ketua Satu Gapena Datuk Zainal Abidin Borhan berkata sepatutnya ti...
Soalan Untuk Dong Zong Dap Gerakan Dan Mca Kalau Boleh Belajar Bahasa Jepun Kenapa Tidak Tulisan Jawi

Soalan Untuk Dong Zong Dap Gerakan Dan Mca Kalau Boleh Belajar Bahasa Jepun Kenapa Tidak Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 675 hits
Kalau boleh belajar bahasa Jepun kenapa tidak tulisan Jawi soal guru Cina Susan Leong mempelajari tulisan jawi sejak kecil dengan adik beradiknya Perdebatan mengenai tulisan Jawi yang ingin diajar di sekolah Cina dan India masih lagi dibica...
Dong Jiao Zong Anjur Persidangan Pertubuhan Cina Bantah Tulisan Jawi

Dong Jiao Zong Anjur Persidangan Pertubuhan Cina Bantah Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 807 hits
Persekutuan Persatuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia dan Gabungan Persatuan Guru Guru Sekolah Cina Malaysia yang secara gabungannya dikenali Dong Jiao Zong akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember untuk...
Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Cari Makan Tengahari Di Ikan Bakar Sabah Jalan Ke Kkia Kota Kinabalu Sabah

Cara Tambah Income Tanpa Modal Besar Strategi Selamat Realistik Untuk Orang Biasa


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Dilema Data Pencil

Data Raya Dalam Pembangunan Pertanian Pintar Tingkatkan Produktiviti

Kuih Tradisional Keunikan Yang Patut Diberi Peluang Kedua Dalam Dunia Moden

10 0 0 1 Piso Wifi Pause Time Definitive Guide

Bayaran Perkeso 2026 Jadual Bayaran Faedah

Japanese New Year Shogatsu