Isu Penerokaan Tanah Haram Cameron Highlands Fuziah Cuba Jadi Juara




Operasi penguatkuasaan terhadap tanah-tanah yang diteroka secara haram di Cameron Highlands dilihat memasuki episod baharu apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh begitu lantang menuduh Kerajaan Negeri Pahang menggunakan keganasan ke atas pekebun sayur Cameron Highlands.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata padahal, Fuziah sendiri tahu bahawa operasi penguatkuasaan tersebut dilakukan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan seperti yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pemulihan Cameron Highlands yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Kenapa YB Fuziah hanya mahu menyalahkan Kerajaan Negeri Pahang semata-mata dalam operasi penguatkuasaan ini? Kenapa YB Fuziah enggan menegur dan mengkritik TPM dan Kerajaan Persekutuan?
“Malah, YB Fuziah juga tahu bahawa pekebun sayur di Sg Tiang telah diberi notis sejak Februari tahun lalu, manakala pekebun sayur di Sg Ichat telah diberi notis sejak Mac tahun ini, untuk mengosongkan kawasan kebun mereka. Justeru, tuduhan YB Fuziah kononnya operasi penguatkuasaan ini dilakukan pada waktu yang kurang sesuai, adalah tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Tegas beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Raub, tindakan Fuziah ini ternyata berniat jahat dan cuba menangguk di air keruh dengan menyalahkan Kerajaan Negeri dan beliau dilihat hanya berhasrat menjadi juara dalam isu ini tanpa memikirkan kesannya kepada masyarakat Cameron Highlands.
“Kenyataan beliau tidak langsung membantu meredakan isu ini. Sebaliknya hanya mahu mengeruhkan lagi keadaan sedangkan YB Fuziah sendiri sedar bahawa telah berlaku pencemaran air yang sangat teruk di kawasan yang diterokai sehingga mengancam kesejahteraan masyarakat Cameron Highlands untuk jangka masa panjang.
“Selain itu, turut berlaku pergerakan cerun yang mampu mengakibatkan bencana tanah runtuh pada masa depan. Kerajaan Negeri Pahang tidak boleh mengambil pendekatan popular demi memenangi hati kelompok tertentu, tambahan pula ia menyentuh soal nyawa, keselamatan dan kesejahteraan majoriti masyarakat di Cameron Highlands.
“Sebaliknya Kerajaan Negeri Pahang telah bertindak secara profesional dan berlandaskan kepentingan rakyat teramai serta mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Malah, keputusan itu turut sama dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.
Justeru ujar beliau lagi tidak timbul dakwaan kononnya Kerajaan Negeri Pahang menindas atau menzalimi pekebun sayur yang terlibat.
“Sebaliknya kami rakyat Pahang amat menghargai usaha Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan YAB Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang bertungkus-lumus memajukan negeri, memperkukuh ekonomi negeri, menarik pelaburan asing ke dalam negeri, meningkatkan kutipan hasil negeri, dan mensejahterakan hidup rakyat di negeri ini.
“Malah, ketika ini sedang rancak berlangsung pemberian biasiswa berjumlah RM300 seorang untuk hampir 20,000 pelajar sekolah rendah terpilih di seluruh pelusuk negeri Pahang, tanpa mengira warna kulit dan kaum.
“Kesimpulannya, kami rakyat Pahang menyokong penuh keputusan Kerajaan Negeri Pahang mempertahankan kawasan tadahan air Kuala Terla. Kerajaan Negeri jangan sesekali berkompromi atau tunduk kepada desakan atau ugutan pihak tertentu dalam isu ini,” tambahnya.- UMNO Online




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/12/25/isu-penerokaan-tanah-haram-cameron-highlands-fuziah-cuba-jadi-juara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fuziah Cuba Jadi Juara Isu Pekebun Di Cameron Highlands

Fuziah Cuba Jadi Juara Isu Pekebun Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 369 hits
KUANTAN Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh dilihat cuba menjadi juara dalam isu pekebun sayur di Kuala Terla Cameron Highlands dengan lantang menyalahkan kerajaan Pahang dalam isu berkenaan Ketua Penerangan Pemuda UMN...
Apa Maksud Pendekatan Menang Menang Di Dalam Isu Tanah Haram Cameron Highland

Apa Maksud Pendekatan Menang Menang Di Dalam Isu Tanah Haram Cameron Highland

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 486 hits
Ramai yang tidak faham atau sengaja tidak mahu faham apa yang dimaksudkan dengan pendekatan rundingan yang disuarakan oleh YB Fuziah Salleh di dalam isu pekebun tanah haram di CH Mereka berfikiran MP Kuantan itu menyokong tindakan mencerobo...
Fuziah Cameron Highlands Selesai Cara Menang Menang

Fuziah Cameron Highlands Selesai Cara Menang Menang

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 295 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang diminta mencari jalan penyelesaian menang menang dengan pekebun sayur berkaiitan isu tanah pertanian di kawasan Tadahan air Kuala Terla di Cameron Highlands Pengerusi Pakatan Harapan Pahang Fuziah Salleh berkata peny...
Ngo Wakil Pengusaha Ladang Sokong Roboh Kebun Haram Cameron Highlands

Ngo Wakil Pengusaha Ladang Sokong Roboh Kebun Haram Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 389 hits
NGO alam sekitar hari ini menyokong langkah kerajaan Pahang memusnahkan kebun sayur haram di Cameron Highlands Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Sharifah Sabrina Syed Akil berkata sepatutnya langkah tersebut dilaksanakan dulu lagi...
Kerajaan Bn Pahang Vs Pekebun2 Di Cameron Highlands

Kerajaan Bn Pahang Vs Pekebun2 Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 514 hits
Seramai tujuh orang termasuk bekas anggota parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan ditahan polis susulan protes terhadap operasi penguatkuasaan di Cameron Highlands Operasi yang dinamakan Operasi Lestari ini melibatkan tindakan penguatkuasaa...
Perjuangan Komunis Telah Lama Berkubur Dan Jangan Cuba Cipta Isu Untuk Kepentingan Politik

Perjuangan Komunis Telah Lama Berkubur Dan Jangan Cuba Cipta Isu Untuk Kepentingan Politik

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 766 hits
Semlm sekitar 50 org je hadir himpunan bantah penerapan fahaman komunis dianjurkan oleh sebuah NGO veteren tentera di KL Ada yang tanya aku Kenapa seramai itu sahaja yg hadir Kenapa hang tak hadir Tak berasa sensitif ke Tanya seorang kawan ...
Jangan Termakan Umpan Dakyah Pihak Cuba Ambil Kesempatan Di Cameron Highland

Jangan Termakan Umpan Dakyah Pihak Cuba Ambil Kesempatan Di Cameron Highland

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 296 hits
Isu penguatkuasaan terhadap peneroka haram di Cameron Highland Pahang dilihat boleh diselesaikan secara baik bersama Kerajaan Negeri Pahang sekiranya pihak peneroka menggunakan sepenuhnya saluran yang betul tanpa perlu melibatkan kenyataan ...
Adakah Keberkatan Air Zamzam Terikat Dengan Kemuliaan Tanah Haram

Adakah Keberkatan Air Zamzam Terikat Dengan Kemuliaan Tanah Haram

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 271 hits
SOALAN Adakah keberkatan serta kelebihan air zamzam hanya khusus apabila berada dalam kawasan tanah haram Makkah dan Madinah sahaja atau umum di semua tempat Dan apakah hukum membawa keluar air zamzam keluar daripada dua tanah haram tersebu...
Cameron Highlands Safe To Visit Assures Police

Cameron Highlands Safe To Visit Assures Police

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 303 hits
KUANTAN The situation in Cameron Highlands is peaceful and the place is safe to visit says Pahang police chief Comm Datuk Abd Jalil Hassan Claims on social media that there had been riots and protests there following Op Lestari 2 which bega...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Lima Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes Langgar Remaja

Tiga Ditahan Disyaki Bunuh Wanita Dalam Perodua Alza

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Majlis Annual Dinner Sekolah Paling Happening Dengan Tema Movie Character

Cubaan Sekat Demo Akan Cemar Kredibiliti Ph Kata Mp Dap