Isu Mb Johor Politik Mesin Hawa Nafsu Masih Bermaharajalela


Ismail Hashim Yahaya 
   
ULASAN | Osman Sapian meletakkan jawatan menteri besar Johor. Demikian disahkan oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad

Apakah komen yang kita terima daripada perletakan jawatan itu.

A Kadir Jasin berkata tindakan Sapian demi kebaikan rakyat Johor.

Baca berkaitan: Kenapa Osman tak sesuai jadi MB Johor
Kenyataan beliau dalam Malaysiakini ialah: “Apa guna mereka bermegah-megah dengan slogan dan identiti negeri kalau mereka tidak ada digniti. Orang Johor berhak mendapat menteri besar yang mampu menaikkan maruah mereka. Menteri besar yang mewakili keseluruhan rakyat jelata Johor dan bukan kelompok tertentu."
Tambah beliau lagi, “tetapi hak itu akan menjadi tidak berguna dan akhirnya hilang apabila wakil yang mereka pilih berubah daripada menjadi wakil rakyat kepada boneka pihak-pihak tertentu."

“Beliau tidak mentadbir Johor berasaskan suara majoriti, tetapi terus tunduk kepada kepentingan sempit golongan elit dan berduit."

Bersatu Johor mungkin terlepas
Terdahulu dalam artikel The Star pada 8 Disember 2018, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa terdapat langkah daripada seorang individu ingin menjatuhkan Osman sebagai menteri besar.

Osman, yang merupakan ahli dewan undangan negeri (Adun) Kempas dan pengerusi negeri bagi Bersatu telah menerima kritikan daripada pelbagai pihak berhubungan isu Pulau Kukup.

Tidak dipastikan adakah yang dimaksudkan Tunku Mahkota Johor itu ialah ahli Majlis Tertinggi Bersatu A Kadir Jasin.

Saya juga tertarik kepada komen kedua yang dibuat oleh saudara Abdullah Fahmin dalam Malaysiakini.

Baca berkaitan:Johor tersepit antara Mahathir dan Anwar'Fitnah Anwar cuba ambil kesempatan di Johor'
Jelasnya pergelutan politik ini dilihat bukanlah antara calon antara parti untuk jawatan menteri besar Johor, tetapi antara percaturan dan pengaruh Dr Mahathir, Anwar Ibrahim dan istana

Abdullah menerangkan walaupun calon Bersatu ini mungkin lebih berkualiti berbanding Osman dan calon menteri besar PKR, keadaan seakan tidak menyebelahi Bersatu Johor. Dan Bersatu Johor mungkin akan terlepas.

Beginilah dinamika politik, calon yang berwibawa dan berkualiti, mungkin akan gagal dinobatkan sebagai menteri besar kerana faktor pengaruh elit politik.

Ada dua bentuk wacana daripada pandangan yang dikemukakan oleh penulis ini iaitu pertama dakwaan Kadir bahawa bekas menteri besar tidak komited berkhidmat kepada rakyat dan beliau menjadi boneka kalangan elit tertentu.

Wacana kedua ialah pergelutan politik di Johor adalah merupakan tarik tali belakang tabir antara tiga pihak dalam PH iaitu dari kem Mahathir, Anwar dan melibatkan pihak istana.
Sejauh manakah peranan Osman dalam memperjuangkan hak rakyat jika dikaitkan dengan isu Sungai Kim-Kim dan status Pulau Kukup akan kekal sebagai Taman Negara Johor meskipun dimasukkan ke Jadual ke II Enakmen Tanah Kesultanan?

Atau Osman adalah mangsa tarik tali antara pihak-pihak tertentu di Johor?

Jika wujudnya unsur-unsur membelakang rakyat demi menjaga kepentingan tertentu atau main catur di belakang tabir antara dua atau tiga pihak, ini bermakna ia bukan lagi pertimbangan rasional demi rakyat tetapi keputusan hasrat yang mengambil alih.

Hasrat yang mengutamakan kepentingan pihak tertentu dengan mengesampingkan rakyat yang mengundi kemenangan PH dalam pilihan raya lepas.

Daripada apa yang saya lihat nampaknya politik hasrat masih bermarajalela dalam era PH ini.

Walaupun tidak dinafikan politik memerlukan hasrat untuk berkuasa tetapi jika hasrat untuk memenuhi kumpulan tertentu atau pergelutan berlaku dari pihak-pihak tertentu dari belakang tabir, apalah ertinya harapan rakyat kepada sebuah pakatan ini.

Konsep mesin hasrat
Saya teringat pula kepada sebuah buku karya Felix Guattari “The Molecular Revolution" menggunakan istilah mesin untuk dikaitkan dengan hasrat atau hawa nafsu.

Kenapakah Guattari menggunakan konsep mesin itu?

Ini kerana bagi beliau mesin adalah menghasilkan produk atau akan terus menghasilkan produk (tidak kira yang boleh dilihat atau sebaliknya) secara berterusan sehinggalah ia diganti setelah rosak.

Pandangan Guatatri ialah konsep mesin akan terus menghasilkan produk secara pengulangan dan dikuasai oleh kekuasaan tunggal (mungkin merupakan sang kapitalis dalam korporat dan industri atau nafsu syahwat) demi mencapai tujuan tertentu dan untuk memberikan kesan tertentu.

Maka mesin hasrat beroperasi lagi. Mesin ini akan terus memproses hasrat yang tidak mengutamakan rakyat. Jika tidak dikawal, ia menjadi mesin hawa nafsu yang obses kuasa tiada sempadannya.

Politik hasrat adalah hawa nafsu atau “the desiring machine’ yang diamalkan oleh elit pemerintahan lepas yang dapat dilihat dalam kes Felda dan Tabung Haji.

Ini kerana politik hawa nafsu ini adalah mesin tenaga libido iaitu naluri tidak sehingga yang telah membawa negara ke kancah hutang kronik dengan amalan kleptokrasi.

Situasi ketidakpuasan abadi inilah yang menjadi dasar kepada hasrat, hawa nafsu dan naluri menjadi mesin yang beroperasi dengan semahunya.

Ini kerana hasrat yang tanpa akhir ini sentiasa menemukan hubungannya yang gelap pekat dan hitam dengan mesim-mesin kekuasaan dalam negeri dan negara.

Kemelut kepimpinan di Johor diharapkan tidak terjebak oleh pergulatan mesin hasrat dan politik nafsu yang membelakangkan kepentingan rakyat dan bukannya memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu.
* ISMAIL HASHIM YAHAYA ialah pensyarah Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (Unisel).



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/isu-mb-johor-politik-mesin-hawa-nafsu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Pilih Bn Ph Masih Berjiwa Pembangkang Main Isu Perkauman Pecah Belah Keharmonian

Rakyat Pilih Bn Ph Masih Berjiwa Pembangkang Main Isu Perkauman Pecah Belah Keharmonian

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 220 hits
KUALA LUMPUR 17 April Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan Lateffah Ali Kunju berkata kempen yang dilakukan oleh Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau adalah cara yang tidak sihat apabila mereka cuba mera
Hadi Masih Terbelenggu Dengan Politik Kaum Atau Beliau Tak Mahu Tok Mat Menang

Hadi Masih Terbelenggu Dengan Politik Kaum Atau Beliau Tak Mahu Tok Mat Menang

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 369 hits
Presiden Pas Hadi Awang baru baru ini dirawat beberapa hari di IJN kerana tidak sihat Beliau baru saja keluar IJN dan mungkin dalam keadaan belum cukup rehat tetapi semangatnya untuk membantu Mohamad Hasan calon BN dalam PRK Rantau tetap ti...
Ahy Minta Politisi Tidak Pakai Isu Sara Untuk Keuntungan Politik

Ahy Minta Politisi Tidak Pakai Isu Sara Untuk Keuntungan Politik

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 214 hits
Komandan Komando Tugas Bersama Partai Demokrat Agus Harimurti Yudhoyono angkat bicara terkait penolakan warga beda keyakinan yang ingin tinggal di Padukuhan Karet Desa Pleret Kecamatan Pleret Kabupaten Bantul
Saya Masih Mb Johor Kata Osman Viralhancing

Saya Masih Mb Johor Kata Osman Viralhancing

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 330 hits
JOHOR BAHRU 12 April Datuk Osman Sapian menegaskan beliau masih memegang jawatan Menteri Besar serta Pengerusi Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Johor Gambar MalaysiakiniOsman menegaskan beliau masih menjadi pemimpin negeri...
Datangnya Ujian Melalui Syahwat Dan Hawa Nafsu 9348

Datangnya Ujian Melalui Syahwat Dan Hawa Nafsu 9348

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 378 hits
Abu Umair Terhibur dengan Kedatangan Rasulullah by ABU Umair nama yang mungkin terdengar bahwasanya ia adalah seorang pemuda Padahal ia adalah anak kecil yang masih tergantung kebutuhannya kepada kedua orang tuanya Ummu Sulaim dan Abu Thalh...
Mpkk Di Minta Jangan Di Belenggu Dengan Prasangka Politik

Mpkk Di Minta Jangan Di Belenggu Dengan Prasangka Politik

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 199 hits
KUANTAN Pemimpin tidak seharusnya dibelenggu prasangka politik kepada ahli kariah sebaliknya profesional menjalankan urus tadbir kampung bagi mengelakkan kesusahan untuk bekerjasama dengan rakyat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan keraj...
Pas Agresif Jalin Hubungan Politik

Pas Agresif Jalin Hubungan Politik

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 201 hits
Wartawan Watan Online Parti PAS semakin agresif menjalinkan hubungan kerjasama politik dengan parti parti komponen Barisan Nasional selepas UMNO MIC dan dijangka bersama MCA sedikit masa lagi Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ...
Iktiraf Uec Rais Anggap Tommy Terjebak Politik Partisan

Iktiraf Uec Rais Anggap Tommy Terjebak Politik Partisan

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 206 hits
Diterbitkan 01 April 2019Oleh Aliff Fikri AzizTommy Thomas dikritik kerana membiarkan Teo Nie Ching memperalat kedudukannya sebagai peguam negara Foto oleh Miera ZulyanaKUALA LUMPUR 1 April Tan Sri Rais Yatim mengkritik peguam negara kerana...
Amien Rais Kpu Bentukan Politik Yang Punya Beban Agar Petahana Terpilih Lagi

Amien Rais Kpu Bentukan Politik Yang Punya Beban Agar Petahana Terpilih Lagi

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 180 hits
Amien melihat sejak awal bahwa Komisi Pemilihan Umum kurang profesional lantaran agak condong ke paslon tertentu Dia melihat KPU menjalankan tugas supaya petahana kembali terpilih
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar

21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia