Isu Lebih Pokok Untuk Apa Zahid Hamidi Dedah Pertemuan Sejam Setengahnya Dengan Najib Secara Terbuka


 
Akhirnya Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail tampil menjelaskan bahawa Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi telah diberi kebenaran khas untuk melawat, membawa sejumlah makanan dan kemudian menjamu selera secara bersama sambil sembang-sembang selama satu jam setengah dengan Najib Razak di Penjara Kajang.

Kebenaran khas tersebut, kata Saifuddin, diberikan mengikut Peraturan 86 dan Peraturan 99 dalam Peraturan-Peraturan Penjara 2000 yang turut melibatkan kebenaran membawa makanan serta tempoh pertemuan berlangsung.

“KP (Komisioner Jeneral) Penjara maklumkan pada saya… (justeru) saya tau.

“Prosedur seterusnya (untuk kebenaran khas tersebut) ialah oleh KP Penjara. Yang penting dia maklumkan kepada saya, saya maklum.

“Soal bagaimana dia maklumkan dan sebagainya – itu hanya prosedur,” tambah beliau.

Belum pun setahun tempoh kerajaan perpaduan ini wujud, ini sudah kali kedua Zahid Hamidi memperolehi “keistimewaan” daripada Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh Saifuddin.

Kali pertama, apabila Saifuddin pada 7 Mac lalu memaklumkan kementeriannya telah memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang dipohon parti itu.

Pengecualian itu adalah berdasarkan Seksyen 70 Akta Pertubuhan yang mrmbolehkan menteri menggunakan kuasa budi bicara bagi mengecualikan sesebuah pertubuhan daripada mana-mana peruntukan di bawahnya.

Yang terbaru dan kali kedua pula, Zahid Hamidi diberi kebenaran khas melawat, membawa sejumlah makanan kegemaran Najib, kemudian makan bersama sambil sembang-sembang secara empat mata selama satu jam setengah dengan bekas Presiden UMNO yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun itu.

Sebagaimana didedahkan Zahid Hamidi dalam ucapannya di PAU2023 baru-baru ini, beliau memaklumkan telah mengadakan pertemuan dengan Najib selama satu setengah jam di Penjara Kajang dengan diiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar Nasarah di mana sebelumnya mereka bertiga telah berjumpa selama setengah jam lamanya.

Ertinya secara keseluruhan, perjumpaan Zahid Hamidi yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan masih merupakan tertuduh dalam kes pecah amanah, rasuah serta penggubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi dengan Najib selaku orang yang sedang menjalani hukuman penjara ialah selama dua jam.

Hebat…hebat…hebat….

Begitu pun, berikutan penjelasan Saifuddin bahawa Zahid Hamidi telah diberi kebenaran khas untuk pertemuan dengan Najib itu, ia tidaklah ada kesalahan apa-apa dari segi undang-undang.

Kata orang, ada kuasa semua perkara boleh jadi beres belaka.

Cuma, beberapa persoalan lain timbul susulan lawatan Zahid Hamidi yang diberi kebenaran khas itu, terutama untuk apa beliau mendedahkannya secara terbuka di depan perwakilan UMNO?

Kenapa tidak beliau merahsiakan saja pertemuan itu, lebih-lebih lagi sebagai bekas Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi tentu tahu bahawa mengunjungi banduan sambil membawa semua makanan kegemaran Najib dan tempoh lawatan empat pula berlaku selama satu jam setengah, ia bukanlah suatu amalan yang biasa?

Adakah Zahid Hamidi ingin menunjukkan beliau seorang yang amat berkuasa dan boleh melakukan apa saja dengan jawatan serta kedudukannya alam kerajaan perpaduan ini?

Adakah beliau ingin memberitahu perwakilan UMNO betapa bersungguhnya dia dalam membela dan mahu membebaskan Najib?

Sebaliknya, di kalangan rakyat marhaen biasa, pertanyaan yang berbangkit ialah bolehkah mereka juga diberikan keistimewaan seperti diberikan kepada Zahid Hamidi itu jika mereka ada keluarga atau kenalan yang sedang ditahan di mana-mana penjara?

Apa pun, yang pastinya, kelakuan Zahid Hamidi itu tidak memberi imej serta gambaran yang baik kepada kerajaan perpaduan, bahkan memberi peluru tambahan kepada pihak pembangkang untuk melakukan lebih banyak tembakan lagi menjelang PRN akan datang.

Di pelbagai medan perbualan rakyat dengan jelas boleh didengari rasa tidak puas terhadap lawatan itu, khususnya untuk apa dan atas kapasiti apa kebenaran khas itu diberikan kepada Zahid Hamidi.

Kadangkala pelik juga, kenapalah sebagai pemimpin nombor dua dalam kerajaan, Zahid Hamidi tidak cuba melakukan sesuatu yang tidak menyusahkan kerajaan dan Perdana Menteri di mata rakyat?

Kalau beliau tidak mendedahkan secara terbuka pertemuannya dengan Najib itu, bukankah ia lebih baik? – ShahbudinHusin 15/06/2023.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/06/isu-lebih-pokok-untuk-apa-zahid-hamidi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid As Najib Remains Jailed Many More Najibs Will Emerge

Zahid As Najib Remains Jailed Many More Najibs Will Emerge

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 184 hits
Former Umno leader Najib Abdul Razak may be in jail but his struggle will be carried out by many more party members said his successor Ahmad Zahid Hamidi In his closing speech at the Umno annual delegates assembly today Zahid said Najib s t...
Berita Zahid Kunjung Najib Hancurkan Naratif Yang Di Cipta Oleh Musuh Umno

Berita Zahid Kunjung Najib Hancurkan Naratif Yang Di Cipta Oleh Musuh Umno

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 156 hits
Untuk permulaan apakah naratif yang dicipta oleh musuh UMNO Naratif mereka ada lah bahawa kepimpinan UMNO sudah tidak pedulikan Nasib Datuk Seri Najib Razak didalam penjara Mereka cuba menghasut orang UMNO bahawa kepimpinan UMNO sudah seron...
Trailer Antarabangsa The Flash Dedah Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Trailer Antarabangsa The Flash Dedah Lebih Banyak Rakaman Terbaru

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 224 hits
Menjelang tayangan The Flash pada 15 Jun ini trailer antarabangsa filem terbaru DCU itu telah dilancarkan menawarkan lebih banyak rakaman yang tidak pernah dilihat dan memberi gambaran kepada peminat tentang apa yang boleh diharapkan kepada...
Zahid Jumpa Najib Di Penjara Komited Bela Bekas Pm

Zahid Jumpa Najib Di Penjara Komited Bela Bekas Pm

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 149 hits
Presiden Umno Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak berbincang selama 1 setengah jam di Penjara Kajang KUALA LUMPUR Presiden Umno Zahid Hamidi mendedahkan beliau bertemu Najib Razak di Penjara Kajang baru baru ini untuk menyata...
Soal Rencana Pertemuan Puan Dan Ahy Demokrat Selalu Terbuka

Soal Rencana Pertemuan Puan Dan Ahy Demokrat Selalu Terbuka

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 118 hits
Menurut Sekjen Demokrat rencana pertemuan dan tawaran kerja sama itu tak sekadar membicarakan kontestasi Pilpres 2024 Tetapi dapat berdiskusi tentang berbagai permasalahan bangsa
Harga Mahal Je Lebih Doktor Ini Dedah Sebenarnya Ubat Kencing Manis Takkan Sembuhkan Penyakit Kencing Manis

Harga Mahal Je Lebih Doktor Ini Dedah Sebenarnya Ubat Kencing Manis Takkan Sembuhkan Penyakit Kencing Manis

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 169 hits
Harga mahal je lebih Doktor ini dedah sebenarnya ubat kencing manis takkan sembuhkan penyakit kencing manis Tidak dinafikan sekarang ini ramai dalam kalangan rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis Bukan sahaja golongan yang berusi...
Saya Tiada Apa Apa Berusia 28 Tahun Kini Lee Dohyun Dedah Ingin Jadi Tua Lebih Cepat

Saya Tiada Apa Apa Berusia 28 Tahun Kini Lee Dohyun Dedah Ingin Jadi Tua Lebih Cepat

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 151 hits
Debut pada tahun 2017 Lee Do hyun tidak dinafikan merupakan salah seorang pelakon yang sedang meningkat naik kini ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Lee Do hyun telah terlibat dengan satu temu bual susulan tamatnya drama The Good Bad Mother Ke...
Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Suami Takkan Tidur Bila Isteri Yang Memandu

Lunch Ayam Gepuk Putrajaya Bersama Anak Dara

10 Cara Berkesan Menjana Pendapatan Dari Media Sosial Pada 2024

Analisis Pertandingan Indonesia Vs Jepang Di Kelayakan Piala Dunia 2026

Persediaan Untuk Persaraan Berdasarkan Pengalaman Saya

Resepi Nasi Ayam Geprek Pedas Dan Lazat