Isu Lantikan Mpp Wan Azizah Minta Semua Pihak Bertenang



KUALA LUMPUR - "Keep cool, keep cool (bertenang, bertenang),'' kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika diminta mengulas mengenai perbezaan pendapat secara terbuka di antara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung pelantikan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Beliau yang juga pengerusi majlis penasihat PKR berkata buat masa ini beliau mahu semua anggota PKR memberikan ruang kepada Anwar untuk mencorak kepimpinan parti itu setelah beliau dipilih sebagai presiden yang baharu pada pemilihan PKR lepas.

Katanya pelantikan beberapa jawatan utama dalam parti oleh Anwar itu adalah kerana beliau mahu mengukuhkan kesatuan antara anggota-anggota parti.

"Saya rasa beri peluang kepada presiden menerajui parti … kita telah pilih dia, seperti saya kata ini adalah presiden yang menjadi faktor perpaduan di kalangan anggota parti kita,” katanya.

Ditanya mengenai potensi Mohamed Azmin mencabar jawatan presiden PKR pada masa akan datang, Dr Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata perkara itu banyak berlaku dalam mana-mana parti politik sekalipun.

Terdahulu beliau hadir memberikan sokongan kepada kempen Street Dakwah sempena sambutan Malam Tahun Baru 2019 di sekitar KLCC malam ini.

Beliau meluangkan masa lebih setengah jam beramah mesra bersama 50 sukarelawan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang mengangkat pelekat dan mengedarkan risalah yang membawa mesej-mesej keharmonian kepada orang ramai.

Kempen yang dimulakan sejak awal malam itu adalah salah satu usaha mendekati golongan muda dalam memberikan mesej kesedaran supaya tidak terlibat dengan masalah sosial seperti pergaulan bebas, seks dan pembuangan bayi selain memupuk kecintaan kepada nilai-nila murni.

Dr Wan Azizah berkata kempen itu adalah salah satu cara usaha pencegahan dengan memberikan kesedaran kepada golongan muda melalui program turun padang supaya tidak terjebak dengan masalah sosial.

"Kita tahu jiwa anak muda sentiasa mahu mencuba, mahu melakukan eksperimen yang boleh menyebabkan mereka terdedah dan terjebak dengan masalah sosial.

"Jadi kempen ini salah satu bentuk pencegahan melalui hebahan kepada orang ramai supaya mereka sedar tentang risiko itu dan mereka tahu bantuan yang boleh diterima sekiranya terlibat seperti menghubungi talian kasih 15999, " katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden Majlis Belia Malaysia Jufitri Joha. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/01/isu-lantikan-mpp-wan-azizah-gesa-semua.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lantikan Rafizi Adalah Prerogatif Presiden Parti Dr Wan Azizah

Lantikan Rafizi Adalah Prerogatif Presiden Parti Dr Wan Azizah

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 552 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Pelantikan bekas Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden PKR merupakan hak istimewa Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memilih Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azi...
Bertenang Pesan Wan Azizah Kepada Azmin

Bertenang Pesan Wan Azizah Kepada Azmin

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 406 hits
KUALA LUMPUR Keep cool keep cool kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika diminta mengulas mengenai perbezaan pendapat secara terbuka di antara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhub...
Pkr Ketereh Senarai Lantikan Mpp Bukti Anwar Hilang Taring

Pkr Ketereh Senarai Lantikan Mpp Bukti Anwar Hilang Taring

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 421 hits
MALAYSIAKINI Ketua Cabang PKR Ketereh Abdul Aziz Abdul Kadir menyifatkan lantikan Majlis Pimpinan Pusat parti itu bagi penggal 2018 2021 merupakan bukti Presiden PKR Anwar Ibrahim sudah hilang taring dan tidak memahami aspirasi akar umbi Ti...
Wan Azizah Thanks Convent Nuns For What She Is Today

Wan Azizah Thanks Convent Nuns For What She Is Today

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 518 hits
Deputy Prime Minister Wan Azizah Wan Ismail today shared her experience studying at convent schools thanking her nun teachers for inculcating good values that shaped her into being a better person Speaking at a Christmas hi tea reception th...
Isu Perlantikan Mpp Anwar Perlulah Tampil Berikan Penjelasan

Isu Perlantikan Mpp Anwar Perlulah Tampil Berikan Penjelasan

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 450 hits
SHAH ALAM Seorang bekas pemimpin PKR menggesa Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberi penjelasan sama ada pelantikan Majlis Pimpinan Pusat dibuat secara musyawarah atau sebaliknya Bekas MPP PKR Badrul Hisham Shahrin berkata A...
Tpm Wan Azizah Luahkan Rasa Sedih Dan Ini Sebabnya

Tpm Wan Azizah Luahkan Rasa Sedih Dan Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 410 hits
Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan kesedihannya susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di Pertuan Agong hari ini Kerajaan menghormati keputusan Sultan Muhammad V yang meletakkan jawatan sebagai Ya...
Kerajaan Mahu Wujudkan Pelan Pembangunan Orang Asli Dr Wan Azizah

Kerajaan Mahu Wujudkan Pelan Pembangunan Orang Asli Dr Wan Azizah

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 334 hits
THE MALAYSIAN TIMES CAMERON HIGHLANDS Kerajaan akan mengkaji keperluan untuk mewujudkan Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli yang komprehensif sebagai antara usaha untuk memajukan masyarakat pribumi itu kata Timbalan Perdana Menteri Datu...
Hak Presiden Untuk Lantik Rafizi Kata Wan Azizah

Hak Presiden Untuk Lantik Rafizi Kata Wan Azizah

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 508 hits
p pPengerusi Majlis Penasihat PKR itu berkata Rafizi juga menerima banyak undi pada proses pemilihan PKR 2018 baru baru ini
Let Anwar Lead Too Dr Wan Azizah Tells Azmin After Tiff Over Pkr Leaders Appointment

Let Anwar Lead Too Dr Wan Azizah Tells Azmin After Tiff Over Pkr Leaders Appointment

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 426 hits
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail has called for a truce between PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim and his deputy Datuk Seri Azmin Ali after they locked horns on social media over the appointment of the party s central leadership cou...
Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Seramai 2 603 Orang Mangsa Daripada 8 104 Keluarga Berada Di 68 Pusat Pemindahan Sementara Di Pahang Setakat Pagi Ini

Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

T10c10 Kenapa Tunggang Motosikal

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Air Kelihatan Bersih Tetapi Tidak Semestinya Selamat Isu Ppcps Dan Penyelesaian Lestari

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Alahai Blog Tak Boleh Follow Ini Yang Saya Buat

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Kenapa Tangan Kita Tiba Tiba Terjadi Lebam Tanpa Sebab

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah