Isu Kuil Hindu Kesaksamaan Apa Lagi Mahu Dituntut Dap


Kerajaan perlu ambil serius saranan MIC, kaji secara menyeluruh
BANGI – Ultra kiasu yang menempelak Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran berhubung isu pembinaan kuil Hindu hanya memilih untuk melihat kuil yang dirobohkan sahaja, tetapi isu lambakan atau yang sudah diganti baharu tidak pula dibangkitkan, kata pemerhati politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Beliau berkata, kuil sedia ada di negara ini sudah lebih daripada mencukupi jika hendak dibandingkan dengan bilangan penganutnya yang sedikit.

“Saya nasihatkan ultra kiasu Hindu ini, pergi kira bilangan kuil Hindu yang ada di negara ini berbanding dengan bilangan penganutnya yang begitu sedikit.

“Pergi kira berapa banyak kuil Hindu di Sentul dalam skala besar. Sedangkan penganutnya tidak seramai mana. Tidak jauh dari situ, pergi lihat di tepi-tepi jalan di Kuala Lumur, termasuk Lembah Pantai, Mid Valley, tengah-tengah bandar raya yang tiba-tiba timbul tombolnya.

“Begitu juga cuba pergi kawasan yang Melayu begitu ramai seperti Bandar Baru Bangi, Bangi, Serdang, dalam kawasan UPM, Hospital UPM, jejantas UNITEN dan banyak lagi. Dalam skala besar. Sehingga penghadang jalan pun dicabutnya. Ia sangat membahayakan nyawa apabila berada di jalan lebuh raya,” katanya dalam artikel kolumnis di Ismaweb.net, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jika dikira secara keseluruhan, rumah ibadat yang paling banyak adalah kuil Hindu – dengan ratusan ribu buah – dalam keadaan penduduknya hanya 1.3 juta.

Bahkan, kata beliau, rumah ibadat orang Islam – masjid dan surau – selaku majoriti serta keistimewaannya termaktub dalam Perlembagaan pun tidak sebanyak kuil Hindu.

Semalam, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy mengecam Vigneswaran dan menggesa kenyataan yang dibuatnya ditarik balik.

Vigneswaran dalam ucapan dasar di Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-74 antara lain berkata, kuil-kuil baru perlu dibina di tapak yang telah diluluskan bagi mengelakkan risiko perobohon akibat pertikaian status tanah.

Katanya, jika penganut Hindu tidak mengikut prosedur yang akhirnya membawa kepada perobohan kuil, maka mereka menghina dewa mereka sendiri.

Bagaimanapun, Ramasamy dari DAP berang dengan kenyataan itu dengan menyifatkan Vigneswaran menuding jari kepada mangsa, dan bukannya pelaku yang telah merobohkan kuil dengan alasan kesahan dari sudut perundangan.

Ramasamy berkata, jika pembangunan kuil mendapat akses tanah yang saksama, maka persoalan tentang tanah haram tidak akan timbul.

Membidas pertikaian Ramasamy itu, Prof Mohd Ridhuan Tee pula mempersoalkan, kesaksamaan yang bagaimana yang dituntut pemimpin DAP itu.

“Saya fikir, kuil-kuil yang ada sudah lebih daripada mencukupi. Kesaksamaan apa yang dituntut lagi? Keadilan itu bukan saksama, tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.

“Jika kesaksamaan yang dituntut. Sepatutnya masjid surau mesti setara dengan ratusan ribu kuil Hindu. Lagi pun ini negara majoriti Islam.

“Tetapi masjid surau hanya ada sekitar 30,000 sahaja di seluruh negara. Kenapa ultra kiasu tidak perjuangkan kesaksamaan masjid surau supaya supaya bilangannya sama seperti kuil Hindu? Had dan saksama apa yang kamu cakap ultra kiasu? Kamu langsung tidak beryukur?,” soalnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, saranan MIC supaya pembinaan kuil perlu mendapat kelulusan perlu disambut baik oleh semua pihak kerana pada hakikatnya sudah terlalu banyak kuil di negara ini.

“Saya memohon kerajaan memandang serius saranan MIC ini. Buat kajian secara menyeluruh. Tubuh pasukan penyelidik untuk mengira berapa banyakkah rumah ibadat yang ada di negara ini, kemudian nisbahkan dan cari formula. Saya dan pasukan bersedia melakukan kajian ini.

“Kementerian Perpaduan kenalah melihat perkara ini dengan serius dan buatlah kajian. Janganlah terlalu berpolitik demi untuk masa depan negara. Amanahkan kepada mereka yang benar-benar boleh buat kerja, bukan bercakap di awang-awangan, tidak berpijak di bumi nyata,” katanya. - ismaweb.net
Isu Kuil Hindu: Kesaksamaan Apa Lagi Mahu Dituntut DAPBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kotakkopek.blogspot.com/2021/04/isu-kuil-hindu-kesaksamaan-apa-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhirnya Mic Sedar Tindakan Mb Kedah Benar Dalam Isu Perobohan Kuil

Akhirnya Mic Sedar Tindakan Mb Kedah Benar Dalam Isu Perobohan Kuil

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 307 hits
AKHIRNYA MIC AKUI TINDAKAN MB PAS KEDAH SEBELUM INI ADALAH SAHIH DAN TIADA HUBUNG KAIT DENGAN MENINDAS AGAMA HINDU Presiden MIC SA Vigneswaran mengingatkan penganut Hindu di negara ini mengenai pembangunan kuil kuil mereka Katanya struktur ...
Lepas Najib Dap Pula Bangkitkan Isu Pm Tak Pakai Pelitup Muka

Lepas Najib Dap Pula Bangkitkan Isu Pm Tak Pakai Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 292 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempersoalkan apakah tindakan akan diambil terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana tidak memakai pelitup dalam satu majlis di sebuah hotel di Johor Kelmarin Lim membandingkan apa yang berlaku denga...
Bekas Ketua Pemuda Umno Sertai Dap Di Kelantan

Bekas Ketua Pemuda Umno Sertai Dap Di Kelantan

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 276 hits
April 6 2021 Bekas ketua pemuda Umno Gua Musang Bazlan Baharuddin tampil menjadi calon dalam pemilihan jawatankuasa DAP Kelantan yang bakal berlangsung 9 April ini Menyertai parti itu sekitar Ogos 2019 Bazlan berkata dia berbuat demikian ba...
Kerjasama Dap Apa Rasional Tajuddin Ungkit Keputusan Pau2020 Kb Umno

Kerjasama Dap Apa Rasional Tajuddin Ungkit Keputusan Pau2020 Kb Umno

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 219 hits
KUALA LUMPUR Tindakan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mengungkit keputusan No DAP No Anwar No Bersatu dengan membayangkan kerjasama dengan parti itu menimbulkan pelbagai persoalan kepada ahli UMNO Ketua Bahagian UMNO Hulu Selangor Dat...
It S Really Bad When Even Jeffrey Is Slamming Govt Says Sabah Dap

It S Really Bad When Even Jeffrey Is Slamming Govt Says Sabah Dap

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 246 hits
DAP s Kota Kinabalu MP Chan Foong Hin asks STAR president Jeffrey Kitingan whether he is being ignored in PN and has to resort to airing his grouses openly to the media KOTA KINABALU STAR president Jeffrey Kitingan has found an unlikely all...
Terkini Adun Teratai Isytihar Keluar Dap

Terkini Adun Teratai Isytihar Keluar Dap

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 327 hits
April 8 2021 Adun Teratai Bryan Lai Wai Chong mengumumkan keluar DAP dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong PH Perkembangan ini di tengah tengah dia berdepan dakwaan mempunyai Dalam kenyataan hari ini Lai berkata keputusan itu agar D...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Sotong Goreng Lada Sedap Berapi Mudah Dan Padu


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin