Isu Kg Sg Baru Sampai Bila Tak Nak Jawab Soalan Sebenar




Isu Kg Sg Baru: Sampai bila tak nak jawab soalan sebenar?Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: June 22, 2022
ShareIsu pembangunan semula kawasan Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur tidak seharusnya berlanjutan sekiranya Menteri Wilayah dan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) dalam kenyataan terbaharu menjawab persoalan sebenar.
Menurt mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Ir Khalid Samad, kenyataan kedua dua pihak yang membidas beliau kerana didakwa masuk campur dalam hal pembangunan Kg Sungai Baru tidak sedikit pun memberikan pencerahan kepada para penduduk yang merasakan diri mereka telah dizalimi oleh kerajaan.
Khalid mencadangkan agar kedua dua pihak menjawab persoalan penting yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa Bertindak Sungai Baru dengan jelas dan jangan bermain politik.
“Peroalan utama, kenapa Kerajaan terlibat dengan projek swasta ini sehingga sanggup menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960?
“Ini tidak dijawab. Pihak PKB memberikan gambaran sekiranya projek berkenaan gagal, maka kerajaan kena bayar gantirugi kepada semua pihak. Mengapa? Adakah pihak kerajaan pernah menjadi penjamin kepada projek ini sepertimana ianya telah menjadi penjamin kepada pinjaman yang dibuat oleh 1MDB?
“Kalau benar kerajaan menjadi penjamin sila kemukakan segala dokumentasi berkaitannya. Jika tidak mengapa perlu bayar ganti rugi itu,” kata Khalid dalam kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Shah Alam itu juga mempertikaikan hujah Menteri Wilayah bahawa 328 pemilik rumah akan kehilangan tempat tinggal sekiranya projek pembangunan Sungai Baru tidak dijalankan. Hal itu kerana rumah-rumah mereka tidak lagi sesuai untuk diduduki.
Kata Khalid, sekiranya hal itu benar maka pemaju perlu menjelaskan mengapa mereka mempelawa semua pemilik rumah berkenaan berpindah keluar dan meninggalkan rumah-rumah mereka sekiranya persoalan kelulusan pembangunan itu belum lagi selesai secara muktamad pada ketika itu?
Adakah wajar, katanya, atas sebab kesilapan pemaju terlalu gopoh memindahkan sebahagian pemilik, maka pemilik yang tidak bersetuju dengan tawaran yang diberikan dikenakan Akta Pengambilan Tanah? Tindakan sebegitu sememangnya dilihat bertujuan membela dan membantu pemaju dan ini menimbulkan banyak persoalan dan andaian, kata beliau.
Khalid juga mahu Menteri Wilayah dan PKB bertanya kepada pemilik mengapakah mereka menolak tawaran pemaju sebelum ini.
“Pihak pemilik menolak kerana berdasarkan penilai bebas tanah di situ bernilai RM 1,500 sekaki persegi kerana tanah berkenaan tiada sekatan dan bukan Rezab Melayu.
“Dulu (sewaktu usaha pembangunan era PH) ada yang mendakwa tanah Kampung Baru yang merupakan tanah Malay Agricultural Settlement (MAS) dengan segala sekatannya, bernilai RM 3,000 sekaki persegi. Ke mana perginya suara-suara hero Melayu ini sekarang?
“Juga difahamkan harga yang ditawarkan (kepada penduduk Kg Sg Baru) belum dinyatakan secara jelas, khususnya bagi pemilik rumah teres dan sekiranya begitu, bagaimana pemilik akan bersetuju?
“Begitu juga dengan pemilik flat yang kita difahamkan dinilai harga pampasan hanya sekadar RM200,000. Rumah apa yang mereka boleh beli dengan harga RM200,000 di kawasan Kuala Lumpur? Bagaimana mereka boleh bersetuju?” tanyanya.
Selain itu, ujar Khalid, pemilik tanah juga khuatir sekiranya pemaju gulung tikar maka nasib mereka tidak akan terbela.
Berdasarkan pemahaman beliau mengenai kes projek terbengkalai di Ijok, Kuala Selangor di mana pemilik-pemilik tanah telah tidak mendapat pampasan seperti yang dijanjikan kerana projek terbengkalai, sedangkan tanah mereka telahpun diserahkan kepada pemaju dan pemaju mencagarkan tanah dengan bank untuk projek pembangunan, maka hal itu akan menganiaya pemilik tanah.
Bagaimanapun kata Khalid, penduduk tidak menolak kemajuan cuma mereka mahukan hak terbela dan tidak dipaksa menyerahkan tanah menggunakan Akta Pengambilan Tanah.
“Saya mencadangkan Menteri dan PKB bertemu dengan pemilik-pemilik terbabit dan berbincang dengan mereka secara baik.
“Harap maklum, mereka bukanlah setinggan tetapi pemilik sah bergeran maka hormatilah hak mereka. Kalau setinggan pun dilayani dengan baik, khususnya di Selangor, apatah lagi pemilik tanah yang sah dan bergeran,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/isu-kg-sg-baru-sampai-bila-tak-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selesaikan Dulu Isu Baru Pru Atau Pru Dulu Baru Selesai Isu

Selesaikan Dulu Isu Baru Pru Atau Pru Dulu Baru Selesai Isu

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 170 hits
Janji selesaikan isu selepas PRU membawa maksud rakyat akan kena kencing sekali lagi Kerajaan sekarang PM sekarang tentunya mahu jadi kerajaan semula PM semula tanpa penting sangat parti mana akan menang Kalau parti menang mereka tersingkir...
Baru Nak Belajar Buat Karipap Ini Resipi A Sampai Z Karipap Gerenti Jadi

Baru Nak Belajar Buat Karipap Ini Resipi A Sampai Z Karipap Gerenti Jadi

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 176 hits
Nak buat karipap yang sempurna dari kulit sampai ke inti ni mudah sahaja kalau guna teknik dan resipi yang tepat Resipi yang dikongsikan oleh di Facebook ni memang confirm menjadi uoolsss dari kulit karipap sehingga inti yang sempurna rasan...
Pbakl 2022 Mengubat Rindu Nak Bau Buku Baru Di Pesta Buku

Pbakl 2022 Mengubat Rindu Nak Bau Buku Baru Di Pesta Buku

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 212 hits
Hari Sabtu yang cukup memenatkan sebab DH ada shooting fragmen kat Banting Walau tak keluar daerah tapi bila DH tak de tu memang menambahkan kerja Mana taknya kena ke pasar sendirian atau dengan anak anak ni tak sama kalau DH tak ada Lebih ...
Hiburan Nak Tunggu Orang Mati Isu Kesesakan Lrt Semakin Meruncing Pengguna Tunggu Respon Orang Atas

Hiburan Nak Tunggu Orang Mati Isu Kesesakan Lrt Semakin Meruncing Pengguna Tunggu Respon Orang Atas

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 170 hits
Isu penggunaan dan servis LRT yang mengecewakan nampaknya semakin hari semakin diperkatakan pengguna berikutan masalah kekerapan dan juga crowd control yang dianggap gagal Seperti satu untaian tweet yang menjadi tular di media sosial baru b...
Orang Ramai Nak Boikot Restoran Itu Itu Hak Pengguna Amp Kita Tak Ada Masalah Kpdnhep Melaka Respon Isu Restoran 35

Orang Ramai Nak Boikot Restoran Itu Itu Hak Pengguna Amp Kita Tak Ada Masalah Kpdnhep Melaka Respon Isu Restoran 35

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 285 hits
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Melaka Norena Jaafar mengambil maklumat mengenai insiden sebuah restoran di Melaka yang dilaporkan bersikap biadap terhadap pelanggannya nbsp BACA Takde duit jangan bawa mak bapak mak
Anak Nak Masuk Darjah 1 Tahun Depan Kena Persiapkan 3 Perkara Ni Baru Anak Sedia Nak Sekolah

Anak Nak Masuk Darjah 1 Tahun Depan Kena Persiapkan 3 Perkara Ni Baru Anak Sedia Nak Sekolah

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 232 hits
Bukan hanya sekadar persiapan peralatan dan kelengkapan lain perkara paling penting adalah mempersiapkan anak kita yang bakal bersekolah dengan pengurusan diri yang tepat Menurut perkongsian pentingnya untuk mendedahkan anak dengan pengurus...
Baru Nak Maki Suami Bancuh Susu Anak Ketika Kereta Bergerak Rupa Rupanya

Baru Nak Maki Suami Bancuh Susu Anak Ketika Kereta Bergerak Rupa Rupanya

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 161 hits
Sebuah perkongsian TikTok baru baru ini telah mencuri tumpuan netizen apabila seorang lelaki bertindak membuat susu untuk anaknya ketika dia dilihat sedang memandu kereta Ia sekaligus menimbulkan perasaan kurang senang kerana pada awal vide...
Baru Nak Seronok Menari Rambut Anak Sharifah Sakinah Diejek Netizen

Baru Nak Seronok Menari Rambut Anak Sharifah Sakinah Diejek Netizen

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 152 hits
Sejak belakangan ini nama pelakon Sharifah Sakinah sudah kurang diperkatakan netizen lebih lebih lagi selepas berkahwin buat kali kedua dengan lelaki Sweden bernama Michael Hansen Baru baru ini pelakon berusia 33 tahun itu memuat naik satu ...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kelas Tauhid Bersama Sofea

Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1