Isu Kashmir Pendirian Malaysia Semua Pihak Harus Memenuhi Atau Mematuhi Resolusi Resolusi Pbb Dr M


Isu Jammu dan Kashmir menjadi topik utama dalam mesyuarat dua hala antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi semalam.
Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata kedua-dua pemimpin berbincang mengenai hubungan bilateral secara umum, dalam pertemuan yang dibuat atas permintaan Modi, di luar acara Sidang Kemuncak Ekonomi Timur di Vladivostok, Russia.

Loading… “Perdana Menteri Modi mengambil masa yang panjang, untuk menjelaskan kedudukan di Jammu dan Kashmir. Dr Mahathir menjelaskan pendirian Malaysia, bahawa semua pihak harus memenuhi atau mematuhi resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),” katanya pada sidang media, di sana, malam tadi.
Saifuddin berkata Dr Mahathir secara jelas tidak menyatakan sokongan atau bangkangan kepada mana-mana pihak, tetapi berharap pertelingkahan dapat dielakkan agar tidak terjerumus dalam kancah peperangan.
Selain mematuhi resolusi PBB, perdana menteri menyatakan cara terbaik untuk menyelesaikan isu di Kashmir ialah dengan melalui rundingan, serta membawa pihak ketiga jika perlu, atau membawa terus ke pengadilan antarabangsa.
Mengenai signifikan isu itu terhadap Malaysia, Saifuddin berkata Modi menganggap Malaysia sebagai negara Islam yang mempunyai kedudukan tersendiri, dalam kalangan negara-negara Islam yang boleh menerangkan situasi sebenar, sekiranya perkara ini ditimbulkan di mana-mana platform antarabangsa.
Laporan media menyatakan ketegangan antara Pakistan dan India memuncak bulan lepas, susulan langkah India membatalkan status istimewa Jammu dan Kashmir yang membolehkan penduduknya menggubal undang-undang sendiri dan menghalang orang luar menetap di wilayah itu.
Jammu dan Kashmir di rantau Himalaya yang majoriti penduduknya Islam, terbahagi dua masing-masing dikuasai India dan Pakistan. Kedua-dua pihak menuntut untuk menguasai sepenuhnya dua wilayah berkenaan.
Sejak 1947, kedua-dua negara telah tiga kali berperang – pada 1948, 1965 dan 1971 – dua daripadanya untuk menguasai Kashmir.
Mengenai isu Dr Zakir, Saifuddin berkata: “Zakir Naik telah disebut oleh Perdana Menteri Modi secara sekali lalu, dan dia (Modi) sebut perkara itu sedang dibincangkan oleh pegawai kedua-dua negara.
“Itulah cara beliau (Modi) sebut perkara itu. Kemudian, Dr Mahathir pun tidak respons kerana banyak masa digunakan untuk bincang mengenai kes Kashmir”.
Bagaimanapun, Saifuddin menjelaskan tiada sebarang perbincangan di peringkat kementeriannya dengan Kementerian Luar Negeri India sekarang, dan hanya nota diplomatik yang dihantar oleh India memohon untuk mengektradisi Dr Zakir, warganegara India yang mempunyai status pemastautin tetap (PR) di Malaysia.
Secara keseluruhan, Saifuddin menyatakan isu Zakir tidak menjejaskan hubungan Malaysia dengan India.
Menyentuh mengenai pertemuan perdana menteri dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, beliau berkata perbincangan meliputi kerjasama dalam bidang pendidikan kejuruteraan aeroangkasa, penjualan kelapa sawit kepada Rusia dan tawaran aset ketenteraan kepada Malaysia.
“Rusia tawar jet pejuang baru dan sanggup mengambil balik jet kita yang lama, tetapi tidak disebut secara terperinci kerana kerajaan masih lagi belum memutuskan untuk beli atau tidak,” jelasnya.
Dalam satu pertemuan dengan Putin di luar Sidang Kemuncak Asean di Singapura tahun lepas, Dr Mahathir memohon bantuan Rusia bagi menyenggara pesawat yang dibeli daripada negara itu. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/09/isu-kashmir-pendirian-malaysia-semua-pihak-harus-memenuhi-atau-mematuhi-resolusi-resolusi-pbb-dr-m/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konflik Kashmir Mana Pendirian Ahli Parlimen Malaysia

Konflik Kashmir Mana Pendirian Ahli Parlimen Malaysia

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 244 hits
Oleh Ainul Illia Meor SuzurudinBANGI 4 Muharram 1441H Rabu Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia menggesa semua Ahli Parlimen Malaysia supaya bersatu dan bangkit untuk menyatakan pendirian menyokong perjuangan Kashmir Presidennya Moh...
Malaysia Kecewa Dengan Kenyataan Yang Dibuat Pelapor Khas Pbb

Malaysia Kecewa Dengan Kenyataan Yang Dibuat Pelapor Khas Pbb

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 258 hits
KUALA LUMPUR 23 Ogos Malaysia menyuarakan rasa kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu Berhubung Kemiskinan Tegar dan Hak Asasi Manusia Prof Philip Alston berhubung pemerhatian awal beliau meng...
Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia

Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 1643 hits
Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia Portal kerja kosong terkini membuka peluang pekerjaan di Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia yang kini dibuka untuk semua Warganegara Malaysia Bagi mereka yang berminat serta berk...
Kapolri Bongkar Konspirasi Benny Wenda Agar Isu Papua Dibahas Di Majelis Pbb

Kapolri Bongkar Konspirasi Benny Wenda Agar Isu Papua Dibahas Di Majelis Pbb

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 314 hits
Kapolri Jenderal Tito Karnavian menuturkan aksi anarkis di Jayapura pada Kamis sengaja diciptakan Tujuannya agar kerusuhan ini dibawa dalam agenda rapat komisi HAM PBB di Jenewa yang rencananya digelar pada September 2019
Isu Zakir Naik Pendirian K Jaan Tak Jejas Sokongan Bukan Melayu

Isu Zakir Naik Pendirian K Jaan Tak Jejas Sokongan Bukan Melayu

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 305 hits
Diterbitkan Hari ini 9 52 pagiKeputusan kerajaan untuk membenarkan pendakwah Dr Zakir Naik terus bermastautin di negara ini dilihat tidak akan menjejaskan sokongan bukan Melayu terhadap PH Penganalisis politik berpendapat masyarakat itu aka...
Rmt Atau Sarapan Untuk Semua

Rmt Atau Sarapan Untuk Semua

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 351 hits
Oleh Ab Jalil Backer Pengumuman Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bahawa kerajaan akan menyediakan program sarapan percuma khas untuk anak anak di sekolah rendah di seluruh negara bermula Januari 2020 sangat mengelirukan dan mencerminkan ...
Anggota Dpr Isu Papua Harus Jadi Momentum Penyadaran Bahaya Rasisme

Anggota Dpr Isu Papua Harus Jadi Momentum Penyadaran Bahaya Rasisme

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 245 hits
UU Nomor 40 Tahun 2008 tentang Penghapusan Diskriminasi Ras dan Etnis memberikan perlindungan kepada warga negara dari perilaku diskriminatif oleh siapapun tegasnya
Ekonomi Malaysia Tertinggal Jika Bergelut Isu Perkauman

Ekonomi Malaysia Tertinggal Jika Bergelut Isu Perkauman

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 338 hits
Ekonomi Malaysia tertinggal jika bergelut isu perkaumanOleh August 28 2019Penganalisis ekonomi memberi amaran bahawa masa hadapan Malaysia akan menjadi tidak menentu sekiranya terus bergelut dan berantakan dengan isu perkauman Menurut penga...
Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Abaikan Jika Tak Minat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Kek Batik Jawa

From Insight To Action The Role Of Data Science Consulting In Smarter Business Decisions

Tabung Prihatin Selangor Raih Rm4 74 Juta