Malaysia Kecewa Dengan Kenyataan Yang Dibuat Pelapor Khas Pbb


KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Malaysia menyuarakan rasa kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Berhubung Kemiskinan Tegar dan Hak Asasi Manusia, Prof Philip Alston berhubung pemerhatian awal beliau mengenai kemiskinan dalam negara.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Malaysia tetap dengan pendiriannya berhubung kadar kemiskinan tegar, yang kini direkodkan pada kadar 0.4 peratus daripada keseluruhan isi rumah pada tahun 2016 atau berjumlah 24,700 isi rumah.
“Kadar kemiskinan ini dikira mengikut standard yang diterima antarabangsa berdasarkan kepada edisi kedua Canberra Group Handbook on Household Income Statistics (2011) yang diterbitkan oleh PBB,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Prof Alston sebelum ini dilaporkan mendakwa Malaysia mempunyai “kemiskinan yang ketara”, dan kadar kemiskinan sebenar adalah kira-kira 15 peratus.
Mohamed Azmin menjelaskan bahawa Garis Pendapatan Kemiskinan (PLI) yang digunakan bagi merumuskan tahap kemiskinan negara, ketika ini diletakkan pada tahap RM980 di peringkat nasional, dan ia dikira berdasarkan kepada keperluan asas bagi isi rumah untuk hidup dengan sihat dan aktif, yakni lebih besar daripada PLI yang disasar dalam Matlamat Pembangunan Mampan 1 pada US$1.25 bagi tiap sehari.
Beliau berkata PLI ini juga ditetapkan tinggi bagi Sabah pada RM1,180 dan Sarawak RM1,020, bagi mengambil kira kos tambahan, seperti pengangkutan.
“Bagaimanapun di peringkat pelaksanaan, terutama dengan bantuan pengagihan, bagi suatu isi rumah PLI turut mengambil kira lokasinya, saiz, dan lain-lain faktor demografi.
“Ini boleh mengakibatkan PLI isirumah yang tinggi berbanding PLI nasional. Oleh itu, bantuan dibentuk berdasarkan kepada keperluan penerima, berdasarkan profil menerusi sistem eKasih yang merupakan inisiatif inovatif oleh kerajaan bagi mengenal pasti kumpulan sasaran yang tepat,” katanya.
Oleh itu Mohamed Azmin berkata kesimpulan yang dibuat oleh Prof Alston bahawa terdapat “kecacatan statistik yang membawa akibat buruk”, tidak boleh diterima dan tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata semasa kerajaan menghargai usaha oleh Pelapor Khas itu dalam meningkatkan kesedaran berhubung isu kemiskinan, ada komen-komen tertentu beliau yang dilihat tidak berasas dan tidak patut.
“Contohnya, dakwaan bahawa “ada sebahagian besar daripada penduduk Malaysia yang bergelut dalam kehidupan dengan akses yang sukar bagi mendapatkan makanan, tempat tinggal, pendidikan dan penjagaan kesihatan” adalah salah dan tersasar jauh, jelas tidak mempunyai bukti impirikal dan prosedur saintifik yang betuk,” katanya.
Mohamed Azmin berkata kerajaan kimited dalam menangani isu kemiskinan serta kekurangan di seluruh rantau serta komuniti, dan memang sedang dengan aspek berkaitan peningkatakan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat Malaysia, terutama kumpulan berpendapatan bawah 40 peratus.
Bagi meningkatkan keberkesanan dalam pembenterasan kemiskinan, beliau berkata kerajaan sedang mengkaji semua methodologi PLI bagi memberikan gambaran lebih jelas berkaitan kos kehidupan semasa.
“Sebagai tambahan, Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) telah ditampilkan bagi mengukur skop lebih luas berhubung segala kekurangan, melampaui dimensi pendapatan sebagaimana yang diamalkan ketika ini. Indikator MPI juga sedang dikaji bagi memberikan gambaran lebih jelas berkaitan mobiliti sosial isi rumah,” tambahnya.
Mohamed Azmin berkata atas dasar kemanusiaan, kerajaan sentiasa bekerjasama dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan rakan kongsinya dalam menyediakan akses kepada keperluan asas, di samping menyediakan peruntukan kemahiran, pendidikan dan penjagaan kesihatan bagi membolehkan para pelarian menjaga diri masing-masing di Malaysia.
Sumber: BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/08/24/malaysia-kecewa-dengan-kenyataan-yang-dibuat-pelapor-khas-pbb/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Jammu Kashmir Malaysia Sokong Usaha Rundingan Majlis Keselamatan Pbb

Isu Jammu Kashmir Malaysia Sokong Usaha Rundingan Majlis Keselamatan Pbb

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 319 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Malaysia Teruskan Projek Kereta Terbang Walaupun Dikritik Pbb

Malaysia Teruskan Projek Kereta Terbang Walaupun Dikritik Pbb

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 368 hits
Malaysia tetap dengan pendiriannya berhubung projek kereta terbang pertamanya sekalipun dikritik pelbagai pihak termasuk pelapor khas Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu Prof Phillip Alston baru baru ini kata Menteri Pembangunan Usahawan Mohd ...
Pbb Dakwa Kemiskinan Di Malaysia Lebih Tinggi Dari Data Rasmi Kerajaan Kaji Semula Kaedah Ukur

Pbb Dakwa Kemiskinan Di Malaysia Lebih Tinggi Dari Data Rasmi Kerajaan Kaji Semula Kaedah Ukur

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 438 hits
PETALING JAYA 23 Ogos Kerajaan akan mengkaji semula dakwaan pelapor khas Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu yang menyatakan kadar kemiskinan di Malaysia melebihi kadar dikeluarkan data rasmi kata Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Moham...
Kenyataan Yew Yin Hina Anggota Tentera Malaysia

Kenyataan Yew Yin Hina Anggota Tentera Malaysia

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 873 hits
Kenyataan Yew Yin Hina Anggota Tentera Malaysia Askar hanya makan tidur tak pernah menembak baik kerja ladang FELDA Ahli Perniagaan Ahli perniagaan Koon Yew Yin menggesa kerajaan Pakatan Harapan untuk mengambil langkah sewajarnya untuk meng...
E Piala Malaysia Berasaskan Fifa 20 Bakal Dianjurkan Pihak Mfl

E Piala Malaysia Berasaskan Fifa 20 Bakal Dianjurkan Pihak Mfl

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 289 hits
MFL sedia popular dengan penganjuran beberapa liga bola sepak tempatan yang popular Kini selain daripadanya MFL juga mengatakan akan menganjurkan kejohanan E Piala Malaysia 2019 Liga E Piala Malaysia 2019 ini akan dianjurkan bersama pihak G...
Syed Saddiq Juga Mahu Dr Zakir Naik Ditendang Keluar Dari Malaysia

Syed Saddiq Juga Mahu Dr Zakir Naik Ditendang Keluar Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 391 hits
Syed Saddiq kurang senang dengan kenyataan kontroversi Dr Zakir Naik dan setuju kerajaan mengusir pendakwah itu diusir dari Malaysia Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu pendakwah Dr Zakir Naik diusir dari Malaysia Menerusi...
Penerbangan Pulang Pertama Jemaah Haji Malaysia Tiba 19 Ogos

Penerbangan Pulang Pertama Jemaah Haji Malaysia Tiba 19 Ogos

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 325 hits
Penerbangan pulang jemaah haji Malaysia dijangka tiba di KLIA pada pukul 2 50 petang waktu Malaysia pada 19 Ogos ini Foto Bernama Penerbangan pulang pertama jemaah haji Malaysia dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pa...
Outrage In Malaysia As Zakir Naik Suggests Chinese Expulsion

Outrage In Malaysia As Zakir Naik Suggests Chinese Expulsion

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 452 hits
Indian Muslim preacher Zakir Naik has ignited outrage in after suggesting the expulsion of its ethnic Chinese minorities even as the country s cabinet mulls the possibility of cancelling his permanent residency On Wednesday two ministers to...
Samsung Malaysia Lancarkan Galaxy Note 10 Dan Note 10 Dengan Harga Bermula Daripada Rm3 699

Samsung Malaysia Lancarkan Galaxy Note 10 Dan Note 10 Dengan Harga Bermula Daripada Rm3 699

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 327 hits
Baru sahaja dilancarkarkan di Amerika Syarikat minggu lalu Samsung Malaysia pada minggu ini telah melancarkan dua model flagship mereka iaitu Samsung Galaxy Note 10 dan Samsung Galaxy Note 10 Model ini disasarkan buat mereka yang mahukan te...
Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Ramai Yang Skeptikal

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

Kisah Sedih Bukit Kepong Dalam Ingatan Saksi Terakhir Meninggal Dunia

Pompeii Kisah Tragis Yang Terbeku Dalam Waktu

Tiga Ditahan Halang Tugas Ugut Anggota Penguat Kuasa Jpj


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Moment Yang Wajib Kalau Naik Flight

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Bubur Anak Lebah Macam Cendol Tapi Bukan Rasa Memang Sedap

Jokowi Bekas Pemimpin Konoha Berdoa Pada Kematian Pope Ini Penjelasan Ustaz Malaysia

Dolar Terus Dijual Unjuran Kekal Lemah

Usd Gagal Menunjukkan Ketahanan