Isu Kampung Baru Yang Masih Belum Selesai


Isu Kampung Baru Yang Masih Belum Selesai|Kurang dari 3 bulan untuk kita memasuki tahun 2020. Selari dengan visi yang diperkenalkan suatu ketika dahulu yang dikenali sebagai Wawasan 2020, kita membayangkan Malaysia berada dalam rentak pembangunan yang pesat dan terancang, berinfrastruktur moden, sekali gus menjadikan taraf dan cara kehidupan yang lebih berkualiti, hasil pembangunan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia

Seiring dengan arus permodenan, kita sedia maklum bahawa segitiga emas Kuala Lumpur yang lebih dikenali sebagai “Golden Triangle” telah dibangunkan secara tersusun dan sistematik, menjadikannya pilihan perniagaan bagi bank-bank serta pelbagai syarikat gergasi dunia

Tanah Keramat Orang Melayu

Namun begitu, dalam usaha penambahbaikan Kuala Lumpur saban tahun, umum mengetahui Kampung Baru yang berada bersebelahan dengan golden triangle ini masih belum dibangunkan. Tidak keterlaluan untuk mengatakan Kampung Baru ‘tertinggal’ jauh ke belakang berbanding jirannya

Ini dapat dilihat dengan jelas apabila sebahagian besar daripada keseluruhan kawasannya terdiri daripada rumah-rumah setinggan, pembinaan baik penempatan atau kedai makan yang tidak sistematik, serta tiada pemulihan atau penjagaan pada infrastruktur pada amnya

Penduduk, warga kota serta media massa sudah berkali-kali mendengar inisiatif plan pembangunan untuk Kampung Baru . Daripada pemerintahan lama Barisan Nasional, mereka gagal membuat tawaran yang menarik untuk meyakinkan para penduduk dan seterusnya mendapat persetujuan mereka

Kampung Baru mempunyai keunikan serta nilai sentimental yang tersendiri terutama sekali dalam sejarah kemerdekaan Tanah Melayu, serta eksklusiviti penempatan orang Melayu di Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu

Sejarah Pembukaan Kampung Baru
Umum mengetahui tanah yang kini dikenali sebagai Kampung Baru diklasifikasi sebagai tanah rezab Melayu yang juga dipanggil tanah keramat orang Melayu. Ia merupakan tanah kurniaan Sultan Selangor ketika itu, Sultan Alauddin Sulaiman Syah Raja Muda Musa (Sultan Sulaiman) sekitar 1899

Pentadbiran di Kampung Bharu ternyata unik dan berbeza dari daerah-daeran lain, dimana satu akta tersendiri telah ditubuhkan yang dikenali sebagai Malay Agricultural Settlement (Mas) dengan berdasarkan peruntukan Seksyen 3 (1)The Malay Agricultural Settlement (Kuala Lumpur) Rules 1950 yang meletakkan urusan pentadbiran dan kawalan Kampung Baru di bawah kuasa Lembaga Pentadbir Mas

Isu Kampung Baru Yang Masih Belum Selesai
Pada 7 Disember 2011, Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 [Akta 733] telah diluluskan oleh Parlimen. Perbadanan Pembangunan Kampong Baru (PKB) pula telah ditubuhkan pada 1 April 2012. PKB telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi penyelaras, pemudah cara dan penggerak utama dalam pembangunan semula Kampong Baru
Kampung Baru menjadi salah satu tempat tarikan pelancong serta warga kota, untuk pelbagai penjualan makanan seperti nasi lemak, kedai makan tomyam, western, dan pasar malam. Walaupun kita bangga Kampung Baru mendapat tempat di hati orang ramai, tidak dinafikan keadaan Kampung Baru itu sendiri agak menyedihkan apabila seringkali diambil dari sudut pandang perumahan kampung, rumah beratapkan zink, serta berlatarbelakangkan pencakar langit setinggi 88 tingkat yang menjadi mercu tanda kebanggan rakyat Malaysia, Menara Berkembar Petronas

Rancangan Pembangunan Kampung Bharu
Terdahulu, kerajaan sebelum ini pernah menawarkan kepada penduduk KampungBaru sebanyak RM350 per kaki persegi dengan Hasrat membuka pembelian hartanah di atas nya dibuka kepada orang luar sebanyak 40% dan baki 60% kekal kepada orang Melayu. Jelas sekali tawaran tersebut tidak dipersetujui dan tidak pernah termeterai sebarang perjanjian untuk pembangunan di Kampung Baru diteruskan

Terkini, Kementerian Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad di bawah pimpinan baru, kerajaan Pakatan Harapan telah memutuskan untuk membangunkan Kampung Bharu setelah sekian lama idea dan rancangan tersebut dibangkitkan tetapi tidak pernah dijalankan. Berikutan tersebut, empat tawaran yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan sedang hangat diperkatakan pada waktu ini

Pilihan 1: Tunai KeseluruhanTawaran pembayaran secara tunai berdasarkan nilai pasaran semasa sejumlah RM850 per kaki persegi seperti yang dianggarkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Untuk makluman, RM850 kaki persegi tersebut adalah merupakan nilai anggaran tertinggi telah dipilih berdasarkan dalam lingkungan antara RM650 ke RM850. Jika ini menjadi pilihan pemilik dan waris, dianggarkan sejumlah RM6billion akan dibayar kepada mereka

Pilihan 2: Tunai dan hartanahTawaran terdiri daripada sejumlah hartanah dan sebahagian lagi wang tunai, berdasarkan nilai tanah yang dimiliki

Pilihan 3: Hartanah KeseluruhanTawaran bilangan rumah yang sama nilai dengan nilai tanah yang akan dibeli oleh kerajaan

Pilihan 4: Pemilikan saham dalam pembangunan Kampung BaruPemilik dan pewaris dapat menikmati segala keuntungan daripada pembangunan tanah milik mereka

Keraguan Pemilik dan WarisPemilik dan waris tanah rata-ratanya mempersoalkan nilai yang ditawarkan dengan membuat perbandingan nilai semasa tanah di Kuala Lumpur City Centre, atau lebih tepat, di kawasan sekitar Menara Berkembar Petronas memandangkan kawasan tersebut terletak lebih kurang 3km sahaja daripada Kampung Baru
Namun begitu, mereka perlu menyedari hakikat status tanah Kampung Baru yang merupakan tanah rezab Melayu. Ini bermakna, penjualan hartanah di kawasan tersebut adalah terhad kepada pembeli Melayu sahaja, dan tidak sama seperti nilai pasaran hartanah di kawasan Menara Berkembar Kuala Lumpur yang tidak ada kekangan dari segi penjualan dan pemilikan hartanah yang dibangunkan

Memperkasa Ekonomi Masyarakat Melayu
Selain itu, hasrat kerajaan untuk menjadikan Kampung Baru sebagai hartanah terunggul di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, dengan kemudahan termoden dan terbaik, dilihat akan menguntungkan dan memperkasakan ekonomi masyarakat Melayu itu sendiri, dan tidak akan sekali-kali dibuka untuk pemilikan bukan Melayu

Dalam perancangan pembangunan yang sama, kerajaan akan menyediakan kemudahan pengangkutan sebanyak enam (6) stesen LRT dan MRT, tempat letak bawah tanah, jambatan yang dinamakan Saloma Bridge. Tidak ketinggalan juga unsur warisan seperti kebudayaan Melayu, dan warga kota semestinya akan berasa teruja dengan satu lagi project hot cake yang menjaga kepentingan, kebajikan dan ekonomi masyarakat Melayu di Kuala Lumpur

Isu Kampung Baru Yang Masih Belum Selesai
Pemilik dan pewaris juga perlu dimaklumkan bahawa nilai keseluruhan pembangunan di Kampung Baru akan meningkat kepada RM30billion, dan ini merupakan keuntungan kepada pemilik dan pewaris itu sendiri sekiranya mereka memilih tawaran hartanah oleh kerajaan

Kawasan komersial juga akan dibina mengikut fasa, termasuk Menara Mercu yang akan menjadi pencakar langit ikonik dan bakal merubah lanskap langit Kuala Lumpur

Melihat Faedah Jangka Panjang
Pemilik dan waris seharusnya menyedari malah menghargai segala usaha dan hasrat murni kerajaan dalam “membawa” Kampung Baru untuk turut serta dalam arus pembangunan setelah sekian lama tidak menikmati nilai tanah mereka yang berpotensi besar

Pembangkang semestinya mengambil setiap peluang yang ada untuk mempolitikkan hasrat pembangunan ini, namun kita percaya pemilik dan waris adalah lebih bijak untuk mengakui hakikat keuntungan yang bakal mereka perolehi daripada pembangunan ini

Dengan nilai tawaran yang menarik dan pada masa yang sama masih menjaga kepentingan masyarakat Melayu dengan mengekalkan status tanah rezab Melayu, berserta dengan pelbagai rancangan kemudahan hartanah dan komersil, kemunculan Kampung Baru semestinya akan menjadi satu lagi kebanggaan warga Kuala Lumpur lebih-lebih lagi masyarakat Melayu. - md



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2019/10/isu-kampung-baru-yang-masih-belum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Kampung Baru Kadar Rm850 Setiap Kaki Persegi Rendah

Isu Kampung Baru Kadar Rm850 Setiap Kaki Persegi Rendah

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 256 hits
SHAH ALAM Tawaran harga RM850 bagi setiap kaki persegi atau RM6 juta bagi lot 8 000 kaki persegi kepada pemilik tanah di Kampung Baru Kuala Lumpur dianggap rendah daripada kadar sepatutnya Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia Datuk N...
Isu Tanah Kampung Baru Antara Ph Vs Zaman Najib

Isu Tanah Kampung Baru Antara Ph Vs Zaman Najib

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 311 hits
KUALA LUMPUR Apa zaman Najib dulu dia tak jual aset Itu soal Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Dr Md Jidin menjawab dakwaan bekas perdana menteri yang mempertikaikan penjualan aset negara sejak kebelakangan ini Timbalan Menter...
Stop Politicising Kampung Baru Redevelopment Plans Khalid Samad

Stop Politicising Kampung Baru Redevelopment Plans Khalid Samad

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 271 hits
The opposition were told yesterday to stop politicising the Kampung Baru land deal Federal Territories Minister Khalid Samad said the redevelopment of Kampung Baru was being done in the interest and the benefit of its populace whereby the g...
Wapres Jk Sampaikan Pr Yang Belum Selesai Ke Ma Ruf Amin

Wapres Jk Sampaikan Pr Yang Belum Selesai Ke Ma Ruf Amin

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 162 hits
Wapres JK menambahkan banyak masalah yang menjadi pekerjaan rumah yang belum selesai Mulai dari koordinasi penanganan bencana di Sulawesi Tengah NTB dan daerah lain Termasuk soal pembangunan Universitas Islam Internasional
Logo Baru Proton Masih Mengekalkan Lambang Harimau

Logo Baru Proton Masih Mengekalkan Lambang Harimau

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 2434 hits
SHAH ALAM Proton Holdings Bhd melancarkan logo dan slogan baharu Inspiring Connections dalam usaha menjadi jenama automotif moden global Logo baharu menampilkan rekaan bulat dengan masih mengekalkan lambang harimau tetapi memasukkan semula ...
Kerajaan Patut Pajak Baru Kampung Bharu Kekal Milik Melayu

Kerajaan Patut Pajak Baru Kampung Bharu Kekal Milik Melayu

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 431 hits
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Datuk Seri Syed Hussein Syed Al Habshee berbincang sesuatu bersama barisan kepimpinan tertinggi DPMM selepas sidang media mengenai perkembangan DPMM dan isu semasa di Pejabat DPMM Bukt Damansara Kua...
Kalau Tak Khalid Dah Terguling Guling Tepi Jalan Kampung Baru Masa Tu

Kalau Tak Khalid Dah Terguling Guling Tepi Jalan Kampung Baru Masa Tu

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 335 hits
Khalid Samad ini asyik tuduh saya pernah tawar harga RM300 satu kaki persegi untuk tanah Kampung Bharu padahal satu kerat bukti pun dia tak pernah keluarkan Bila masa saya pernah tawar Agensi kerajaan yang mana atau siapa yang tawar Untuk p...
Dakwaan Pembangunan Kampung Baru Sisih Orang Melayu Tidak Benar Dr M

Dakwaan Pembangunan Kampung Baru Sisih Orang Melayu Tidak Benar Dr M

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 277 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Dakwaan bahawa pembangunan Kampung Baru akan mengeluarkan orang Melayu dari ibu kota adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata kepentingan dan kedu...
Kalau Saya Tawar Rm300 Sudah Lama Khalid Berguling Di Kampung Baru Najib

Kalau Saya Tawar Rm300 Sudah Lama Khalid Berguling Di Kampung Baru Najib

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 291 hits
Datuk Seri Najib Razak menegaskan Kerajaan Barisan Nasional semasa pentadbirannya tidak pernah membuat tawaran RM300 bagi setiap kaki persegi untuk tanah Kampung Baru Katanya jika tawaran itu benar benar berlaku sudah lama Khalid Abdul Sama...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof