Isu Isu Utama Yang Pengaruhi Cara Rakyat Mengundi


malaysiakini.com
ReutersDiterbitkan: Oct 11, 2022 12:17 PM
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Dewan Rakyat semalam bagi membolehkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan dengan alasan bagi mendaptkan mandat lebih kuat demi menstabilkan landskap politik berliku yang berterusan berikutan skandal berbilion dolar 1MDB dan krisis Covid.

Berikut ialah isu utama yang akan menentukan cara rakyat Malaysia mengundi:

Ekonomi dan inflasi

Kenaikan harga dan prospek ekonomi akan menjadi pertimbangan utama pengundi kerana kerajaan dan bank pusat telah memberi amaran mengenai pertumbuhan perlahan tahun depan.

Ekonomi dijangka berkembang 4-5 peratus tahun depan, susulan jangkaan pertumbuhan 6.5-7 peratus tahun ini.

Harga terus mencanak naik, terutamanya barangan makanan.

Kerajaan berkata ia akan mengurangkan subsidi mulai 2023 disebabkan tekanan fiskal, yang akan menyaksikan kenaikan harga selanjutnya jika kerajaan baharu meneruskan rancangan itu.

"Isu utama (dalam pilihan raya) ialah kesejahteraan sosioekonomi yang semakin merosot dengan cepat," kata Oh Ei Sun, seorang felo kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.
Oh Ei SunKebanyakan majoriti etnik Melayu di negara ini menjangkakan Umno "sebagai paling bersedia untuk memberikan bantuan pada masa yang sukar ini", katanya

Umno, sebagai tunjang pakatan BN, mentadbir Malaysia selama lebih 60 tahun sejak merdeka sehingga 2018 apabila ia digulingkan atas dakwaan rasuah yang berleluasa.

Parti nasionalis Melayu itu membina sokongannya selama ini melalui sistem naungan yang kuat, terutamanya di kalangan orang Melayu.

Kestabilan politik

Rakyat Malaysia kecewa dengan perebutan kuasa dan politik yang menggegarkan negara sejak kemenangan bersejarah oleh pembangkang yang menumbangkan Umno.

Kemenangan oleh pakatan pimpinan Mahathir Mohamad adalah yang pertama oleh pembangkang dalam sejarah Malaysia.

Sejak digulingkan, Umno cuba untuk kembali ke tampuk kuasa dan menjadi punca utama pergolakan, dengan pergaduhan di dalam barisan dan juga dengan rakan perikatannya.
Najib, Mahathir, Muhyiddin, Ismail SabriNegara ini mempunyai tiga perdana menteri dalam dua tahun kebelakangan ini, ketika ekonomi terjejas akibat pandemik Covid-19.

Semasa mengumumkan pembubaran parlimen, Ismail berkata ketidakstabilan politik telah memberi kesan negatif kepada ekonomi dan menyatakan keperluan untuk mengembalikan mandat kepada rakyat.

Penganalisis juga menjangkakan ketidakstabilan akan menjejaskan peratusan keluar mengundi, terutama di kalangan mereka yang secara tradisinya mengundi pembangkang, disebabkan kekecewaan politik.

Rasuah

Rasuah adalah sebab utama kekalahan Umno pada 2018, dan beberapa pengkritik berkata kemenangan Umno yang meyakinkan pada pilihan raya akan datang boleh memburukkan lagi rasuah dan menyaksikan kembalinya ahli politik yang dicemari rasuah untuk berkuasa.

Beberapa pemimpin tertinggi parti itu diheret ke mahkamah selepas kalah pada pilihan raya, dan mereka yang menggesa Ismail untuk mengadakan pilihan raya awal.
Zahid HamidiIsmail bulan lalu mengumumkan siasatan salah laku yang meluas terhadap bekas peguam negara yang membawa kes rasuah terhadap pemimpin Umno.

Bekas perdana menteri Najib Razak, bersama presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin kanan parti lain, berdepan dengan puluhan tuduhan rasuah. Semua mereka menafikan sebarang salah laku, dengan Najib dan Zahid menyifatkan pertuduhan terhadap mereka sebagai bermotifkan politik.

Pada Ogos lalu, Najib mula menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan dengan rasuah dan pengubahan wang haram dalam kes yang dikaitkan dengan skandal kewangan berbilion dolar 1MDB. Dia masih berdepan dengan empat perbicaraan yang lain.

Bangsa dan agama

Perkauman dan agama kekal sebagai isu yang memecahbelahkan di Malaysia - sebuah negara berbilang kaum dengan kira-kira 32.7 juta penduduk.

Etnik Melayu, yang kebanyakannya beragama Islam, dan kumpulan peribumi membentuk kira-kira 70 peratus daripada penduduk negara ini, manakala selebihnya terdiri daripada kebanyakan mereka etnik Cina dan India.
Gambar HiasanMelayu konservatif, yang membentuk sebahagian besar pengundi, lebih berkemungkinan kembali menyokong Umno selepas berasa diketepikan oleh pentadbiran Mahathir, yang menyaksikan lebih ramai bukan Melayu dilantik ke jawatan kanan kabinet.

"Bagi kebanyakan orang Melayu, pilihan mereka adalah Umno atau sekurang-kurangnya parti-parti Melayu," kata penganalisis politik Oh.

- Reuters

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/isu-isu-utama-yang-pengaruhi-cara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rancangan Mengejut Umno Untuk Mengundi Awal Bukan Demi Kepentingan Rakyat

Rancangan Mengejut Umno Untuk Mengundi Awal Bukan Demi Kepentingan Rakyat

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 156 hits
Rakyat biasa tidak sepatutnya menderita kerana ahli politik tertentu yang terdesak untuk mencari jalan keluar dari masalah undang undang merekaMassive Klang Valley floods 2021 Aliran terkejut dengan keputusan Umno baru baru ini di mana mere...
Myspr Cara Semak Tempat Mengundi Anda L Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Myspr Cara Semak Tempat Mengundi Anda L Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 185 hits
MySPR Cara Semak Tempat Mengundi Anda l Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Berikutan pengumuman baharu daripada Perdana Menteri mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan untuk Pilihan Raya Umum ke 15 kini anda boleh membuat semakan da...
Kempen Satu Jari Bebas Rasuah Mendorong Rakyat Mengundi Dan Dengar Apa Alasan Rafizi Jika Pilihanraya Di Musim Banjir

Kempen Satu Jari Bebas Rasuah Mendorong Rakyat Mengundi Dan Dengar Apa Alasan Rafizi Jika Pilihanraya Di Musim Banjir

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 208 hits
Astro AwaniOktober 1 2022 Rasuah Busters memulakan kempen SatuJariBebasRasuah sebagai dorongan untuk orang awam keluar mengundi apabila tiba masanya nanti KUALA LUMPUR Tidak kira bila tarikh pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya ke 15 satu y...
Insya Allah Rakyat Akan Mengundi Pada Awal November Sebelum Masuk Ke Minggu Kedua

Insya Allah Rakyat Akan Mengundi Pada Awal November Sebelum Masuk Ke Minggu Kedua

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 174 hits
Kita akan usahakan yang terbaik untuk meyakinkan rakyat memilih kembali KEADILAN dan Pakatan Harapan untuk mendepani cabaran cabaran negara yang dijangka lebih hebat dalam 2023 akibat kemelut ekonomi dunia dan lain lain Saya mohon semua rak...
Cara Tukar Alamat Tempat Mengundi Spr Online

Cara Tukar Alamat Tempat Mengundi Spr Online

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 516 hits
CARA TUKAR ALAMAT TEMPAT MENGUNDI SPR ONLINE MANUAL MELALUI PORTAL MYSPR PRU 15 bakal diadakan tidak lama lagi Sudahkan anda membuat semakan tempat mengundi Atau adakah anda ingin tukar tempat mengundi Menurut laman web Suruhanjaya Pilihan ...
Kenapa Nak Politikkan Isu Banjir Dalam Pru Wanita Dakwa Pembangkang Takut Ditolak Rakyat Tetapi Diselar Netizen

Kenapa Nak Politikkan Isu Banjir Dalam Pru Wanita Dakwa Pembangkang Takut Ditolak Rakyat Tetapi Diselar Netizen

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 170 hits
Tular di media sosial video dari TikToker pro Barisan Nasional yang menyelar tindakan para pemimpin pembangkang didakwa cuba mempolitikkan isu banjir Menurut wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai NY berkata ekonomi negara merundum se...
Memang Ada Akta Lompat Parti Tapi Netizen Dakwa Paknil Hasut Rakyat Untuk Tidak Turun Mengundi

Memang Ada Akta Lompat Parti Tapi Netizen Dakwa Paknil Hasut Rakyat Untuk Tidak Turun Mengundi

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 197 hits
Satu perkongsian daripada personaliti TV terkenal iaitu Aznil Haji Nawawi telah mencuri perhatian netizen di media sosial Twitter semalam Ini berikutan pengacara program Akademi Fantasia itu didakwa netizen seperti mengajak rakyat untuk tid...
Perak Wajib Lulus Akta Anti Lompat Sebelum Bubar Dun Kata Wakil Rakyat

Perak Wajib Lulus Akta Anti Lompat Sebelum Bubar Dun Kata Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 178 hits
Chong Zhemin yakin penggubalan akta anti lompat parti dalam perlembagaan negeri boleh mendapat sokongan lebih dua pertiga ADUN Perak PETALING JAYA Seorang wakil rakyat DAP menggesa pentadbiran negeri Perak meluluskan akta anti lompat parti ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities