Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid


ISU ISTERI CIKGU BUANG HADIAH PEMBERIAN MURID. Semalam terbaca satu tangkap layar yang di viralkan tentang pengakuan seorang isteri kepada seorang guru yang katanya akan buang hadiah berharga RM2 yang bagi dia tidak bermanafaat sebab terlampau banyak mencetuskan kontroversi juga la di media sosial. Perkara ni mungkin menyentuh sensitiviti sesetengah ibu bapa yang mungkin hanya dapat sediakan hadiah yang di beli dari kedai ECO saja. 
Aku memang tak menyokong menormalisasi pemberian hadiah untuk sambutan hari guru tapi aku tak ada masalah pun kalau ibu bapa lain nak bagi hadiah pada cikgu anak anak mereka. Cuma bila tercetusnya isu macam ni, sedikit sebanyak dah jadi satu persepsi yang tidak baik pada cikgu. Memang aku tengok fenomena sekarang berlumba lumba ibu bapa & murid nak sama sama bagi hadiah pada cikgu. Sampai ada yang menjadi beban pada mak ayah yang tak mampu. Budak budak macam dah tanam dalam fikiran mereka.. Hari guru kena bagi hadiah. Bukan salah mereka tapi perkara ni sebenarnya kita orang dewasa yang buat mereka  rasa benda tu wajib buat. Tak buat akan jatuhkan air muka kau di hadapan rakan rakan lain. Tapi ada juga guru yang bagi aku matang & berperikemanusiaan yang awal awal melarang murid dia dari bagi hadiah sebab dia tahu perkara ni akan buat yang tidak berkemampuan rasa rendah diri & malu seterusnya pilih untuk tidak hadir ke sekolah meraikan hari guru.
Aku memang tak normalisasi pemberian hadiah pada guru guru anak aku. Tapi aku ajar dia pergi sekolah & raikan hari guru. Tu cara kita menghargai dan menyambut sesuatu keraian. Hadiah bukan keutamaan. Biar dia duduk dalam kelompok yang tak bagi hadiah. Cuma aku akan bagi berbentuk sumbangan tunai untuk aktiviti sekolah & pembelajaran. Ada rezeki lebih bagi lebih. Suami aku amalkan macam tu. Sebab anak aku belajar di kelas ppki dimana dana untuk ppki ni sentiasa tak mencukupi. prasarana untuk pelajar ppki ni aku rasa basic sangat. Kelas pun tak banyak.. Guru pun tak ramai. Kelas pun bercampur tak ikut tahap kemampuan seoarang murid. PPKI ni sedia maklum untuk pelajar yang berstatus OKU. OKU pulak pelbagai. Ada yang dislesia, autisme, adhd, sindrom down, masalah pembelajaran, slow leaner etc.. Tahap kemampuan mereka ni semua berbeza tapi di sebabkan sekolah bantuan kerajaan ni bukan cukup dana sangat. Cikgu pun tak ramai jadi nak asingkan ikut tahap intelectual pelajar memang tak boleh. Jadi berkumpul la mereka dalam satu kelas. Sebab tu aku lebih utamakan pemberian sumbangan untuk aktiviti sekolah bagi tujuan pembelajaran dari hadiah hadiah ni.
Isu buang hadiah murah & rasa tak bermanafaat ni bagi aku satu tindakan yang agak keterlaluan. Dah kau buang kau bagitau pulak kat media sosial. Tak semua benda kita perlu cerita lebih lebih lagi akan mencetuskan kontroversi & perbalahan. Kau rasa nak buat.. itu hak kau. Tapi pendedahan ni juga sebenarnya untuk membuka mata para ibu bapa jangan terlalu try hard nak sediakan hadiah walau tak mampu atau belajar untuk bagi hadiah yang lebih bermanafaat. Contoh pen, whiteboard marker, kertas A4 atau makanan yang kita tahu boleh di manafaat untuk sambutan hari guru. Sebab kita tak mampu nak bagi hadiah habib jewels macam seorang bapa yang viral hadiahkan guru guru anak dia barang kemas habib tu. Hadiah yang dah tentu takkan ke tong sampah. Kita sendiri pun tak pernah beli barang habib kan. Jadi.. setakat hadiah frame gambar kedai eco, atau barang perhiasan atas meja ni kebanyakan mungkin tidak di gunakan agak tinggi. Kalau terlalu banyak dia akan jadi bersepah dan makan ruang untuk simpan. Akhirnya ke tong sampah. Kalau yang ada otak sikit mungkin dia sedekahkan kat orang lain.
Bagi hadiah tak salah cuma itulah.. bila menjadi budaya kanak kanak akan faham sebaliknya. Mereka tak faham perkara tu tidak semestinya kena buat walau boleh buat tapi bila di normalisasi kanak kanak akan faham wajib buat. Nak asuh balik pemikiran mereka tu mungkin ambil masa. Mungkin selepas ni sambutan hari guru kita boleh sama sama tolong fikirkan kaedah sambutan yang lebih baik di mana semua murid boleh datang meraikan tanpa ada rasa rendah diri atau malu. Nanti cakap pihak sekolah kena fikirkan cara ada pula kata semua beban letak atas bahu guru. Jadi kita boleh turut sama sama tolong fikir, hulurkan tangan dan ringankan beban.
Sebab isu ni aku share kat facebook aku di label bodoh, miskin & papa kedana oleh seorang guru sebab katanya aku ajak orang jangan bagi hadiah pada hari guru. Mungkin dia rasa puas hati boleh maki macam tu.. lantak dia la kan. Tapi aku berdoa dia takkan jadi cikgu anak aku. Kita tak tahu bumi ni bulat pusing pusing tiba tiba dia mengajar anak aku pulak akan datang. siapa tahu. Risau juga hari guru anak aku tak bawa hadiah dia kata bodoh, miskin dan papa kedana pulak.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://lekatlekitgurl.blogspot.com/2024/05/isu-isteri-cikgu-buang-hadiah-rm2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih Rm1 52 Juta

Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih Rm1 52 Juta

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 392 hits
SHAH ALAM 23 Sept Pasangan suami isteri pempengaruh media sosial mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 10 pertuduhan salah guna wang derma berjumlah lebih RM1 52 juta sejak Mei 2021 hingga Julai lepas Pasangan berusia 30 da...
Alif Teega Isteri Dijangka Ke Mahkamah Sesyen Shah Alam Esok

Alif Teega Isteri Dijangka Ke Mahkamah Sesyen Shah Alam Esok

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 163 hits
Oleh Syeikh Baran Pempengaruh Alif Teega dijangka didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini esok Difahamkan esok merupakan pendakwaan kali kedua yang dibuat terhadap Alif Selain Alif isterinya pempengaruh popular yang dikenali sebagai Aisyah ...
Suami Isteri Antara 5 Ditahan Samun Pukul Pekerja Pemilik Bengkel

Suami Isteri Antara 5 Ditahan Samun Pukul Pekerja Pemilik Bengkel

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 326 hits
BernamaBALIK PULAU Lima termasuk sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki terlibat kejadian samun dan pukul di sebuah bengkel di Teluk Kumbar Ketua Polis Barat Daya Kamarul Rizal Jenal berkata semua suspek berumur 23 hingga 55 tahun itu...
Wow Untung Sekali Bersanding Dengan Dua Isteri

Wow Untung Sekali Bersanding Dengan Dua Isteri

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 156 hits
KOSMOTangkap layar menunjukkan lelaki itu bersama dua isterinya di atas pelamin TikTokJAKARTA Seorang pengantin lelaki mengundang perhatian pengguna media sosial selepas mengahwini dua wanita secara serentak dalam satu majlis di Musi Rawas ...
Saya Gementar Choi Taejoon Kongsi Sentiasa Terima Sokongan Dari Isteri Park Shinhye

Saya Gementar Choi Taejoon Kongsi Sentiasa Terima Sokongan Dari Isteri Park Shinhye

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 226 hits
Setelah lama menyepi Choi Tae joon akhirnya kembali menemui penonton dengan drama baru Artikel Berkaitan Terbaru Choi Tae joon telah menghadiri sidang media untuk tayangan drama barunya Iron Family yang akan mula disiarkan pada 28 September...
Noh Salleh Amp Isteri Akui Perit Genap 7 Bulan Bayi Meninggal Dunia Dalam Kandungan

Noh Salleh Amp Isteri Akui Perit Genap 7 Bulan Bayi Meninggal Dunia Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 270 hits
Penyanyi Noh Salleh dan isteri Fatin Athirah Mustapa akui perit ketika berkongsi berita bayi meninggal dunia dalam kandungan menerusi sebuah hantaran di Instagram hari ini Kongsi pemilik nama Mohammad Noh Salleh tanggal 22 September merupak...
Hiburan Hidup Isteri Anak Anaknya Teraniaya Muhasabah Diri Keluarga Kamu Posting Ibu Syamsul Yusof Tuju Untuk Siapa

Hiburan Hidup Isteri Anak Anaknya Teraniaya Muhasabah Diri Keluarga Kamu Posting Ibu Syamsul Yusof Tuju Untuk Siapa

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 159 hits
Sedia maklum hubungan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof bersama ibu bapanya serta keluarga sudah kembali pulih seperti biasa selepas hampir setahun tidak berhubung Hal tersebut turut membahagiakan ibunya iaitu Datin Patimah yang selama ini...
Buang Ego Pohon Maaf Kalau Buat Silap

Buang Ego Pohon Maaf Kalau Buat Silap

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 121 hits
Kita semua pasti pernah melakukan kesilapan sama ada secara sengaja atau tak Itu lumrah Namun yang membezakan seseorang itu ialah macam mana dia mengendalikan kesilapan tersebut Malangnya ego sering kali menjadi penghalang utama untuk kita ...
Kena Buang Parasit

Kena Buang Parasit

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 306 hits
WISATA Roh Bongkar scam dedah ajaran sesat imam mahdi palsu bani melayu tu bagus da Tapi tetiba nak serang jabatan mufti nismilan nak haramkan Tarekat Naqsabandi bla bla bla Tidak ada mufti negara islam atau jumhur ulamak feqah yang haramka...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti Mudah Mudahan Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man

Menteri Kkm Akui Khilaf Lantik Tauke Vape Janji Perketat Tapisan Alph

Ada Puak Dalam Umno Didakwa Cuba Cemar Reputasi Guling Zahid

Politik Rangkul Semua Apa Nasib Tengku Zafrul