Isu Integriti Pegawai Anggota Polis Agenda Utama Acryl Sani


Oleh Ilah Hafiz Aziz Acryl Sani KUALA LUMPUR: Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan, isu integriti dalam kalangan pegawai dan anggota polis menjadi perkara utama dalam hala tuju kepemimpinannya sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu.
Beliau yang akan memulakan tugas sebagai KPN ke-13 berkuat kuasa esok bagi menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang tamat kontrak perkhidmatannya hari ini, berkata isu berkenaan akan dibentangkan dengan lebih menyeluruh selepas ini.
"Saya akan bentangkan isu ini dengan lebih menyeluruh dalam satu sesi khas. Kita akan fokuskan beberapa isu mengikut turutan kepentingannya," katanya pada sidang media yang disiarkan di Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini.
Sementara itu, beliau mengakui tugas mengepalai PDRM adalah satu bebanan yang berat jika terpaksa ditanggung sendiri.
Disyorkan Untuk Anda Justeru, Acryl Sani mengharapkan setiap pegawai dan anggota polis sentiasa bersama-sama dengannya bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat dilindungi sepenuhnya.
"Jika ditanya perasaan saya (pelantikan sebagai KPN), ikhlas saya katakan ia seolah-olah satu bebanan yang berat diletakkan di kedua-dua bahu saya. Saya percaya jika bersendirian, saya tidak mampu menggalas tanggungjawab ini kerana setiap keputusan yang dilakukan, pasti ada perasaan mampu atau tidak, akan berlegar di fikiran kita.
"Saya yakin dengan barisan pengarah, ketua-ketua polis negeri dan ketua polis daerah yang akan membantu, berganding bahu dalam setiap tugasan yang belum selesai ini demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat," katanya.
Terdahulu, disempurnakan majlis serah terima tugas di antara Abdul Hamid kepada Acryl Sani sambil disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said mewakili Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
KPN ke-13 dilahirkan pada 3 Oktober 1961 di Petaling Jaya, Selangor dan memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) serta Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian).
Beliau menyertai PDRM pada 2 Februari 1986 sebagai Asisten Superintendan (ASP) Kadet dan menjadi pengarah beberapa jabatan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Antara jabatan diterajuinya adalah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam sebelum dilantik sebagai Timbalan KPN pada 14 Ogos 2020.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/isu-integriti-pegawai-anggota-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Dan Anggota Polis Di Tegah Membuat Pemeriksaan Rambang Terhadap Warga Asing

Pegawai Dan Anggota Polis Di Tegah Membuat Pemeriksaan Rambang Terhadap Warga Asing

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata beliau akan mengeluarkan arahan menegah pegawai atau anggota polis membuat pemeriksaan ke atas warga asing secara rambang Beliau berkata ia adalah untuk mengelakkan...
Ketua Polis Negara Yang Baru Ialah Acryl Abdullah Sani

Ketua Polis Negara Yang Baru Ialah Acryl Abdullah Sani

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 394 hits
Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru berkuat kuasa Selasa depan Pegawai atasan polis itu menerima surat pelantikan sebagai ketua polis negara daripada Menteri Dalam Negeri Hamzah...
Datuk Seri Acryl Sani Dilantik Sebagai Ketua Polis Negara Baharu Berkuatkuasa 4 Mei Ini

Datuk Seri Acryl Sani Dilantik Sebagai Ketua Polis Negara Baharu Berkuatkuasa 4 Mei Ini

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 350 hits
243 total views 243 views today Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador berkuatkuasa pada 4 Mei 2021 Perkara ini diumumkan oleh Menteri Dalam...
Tan Sri Abdul Hamid Bador Serah Tongkat Kuasa Ketua Polis Pada Datuk Seri Acryl Sani

Tan Sri Abdul Hamid Bador Serah Tongkat Kuasa Ketua Polis Pada Datuk Seri Acryl Sani

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 311 hits
1 153 total views 1 153 views today Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menyerahkan tugas dan Tongkat Kuasa Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman di Kuala Lumpur Majlis serah terima tug...
Geng Nicky Superitenden Antara 10 Pegawai Polis 2 Sprm Ditahan

Geng Nicky Superitenden Antara 10 Pegawai Polis 2 Sprm Ditahan

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 325 hits
JOHOR BAHRU Seramai 12 pegawai penguat kuasa Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ditahan dalam Op Pelican 3 0 Fasa 2 yang dijalankan Polis Johor antara 21 April hingga semalam Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan M...
Pegawai Polis Tidak Boleh Bersara Atau Letak Jawatan Ketika Darurat

Pegawai Polis Tidak Boleh Bersara Atau Letak Jawatan Ketika Darurat

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 414 hits
Pegawai Polis Tidak Boleh Bersara Atau Letak Jawatan Ketika Darurat Kumpulan peguam dalam parti baharu Dr Mahathir Mohamad Pejuang mengingatkan kerajaan bahawa Akta Polis tidak membenarkan pegawai polis bersara atau letak jawatan semasa dar...
Geng Nicky 10 Pegawai Polis Ditahan Termasuk 1 Dari Tatatertib Bukit Aman

Geng Nicky 10 Pegawai Polis Ditahan Termasuk 1 Dari Tatatertib Bukit Aman

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 200 hits
April 27 2021 Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay JOHOR BAHRU Polis menahan 10 pegawai sendiri termasuk seorang dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dalam operasi terhadap Geng Nicky di serata negara kata Ketua Pol...
Polis Buru Individu Sebar Maklumat 12 Pegawai Penguat Kuasa Yang Ditahan

Polis Buru Individu Sebar Maklumat 12 Pegawai Penguat Kuasa Yang Ditahan

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 194 hits
2 474 total views 2 474 views today JOHOR BAHRU Polis melancarkan gerakan memburu individu yang menyebarluaskan senarai nama 12 pegawai penguat kuasa yang ditahan kerana dipercayai terbabit dengan kegiatan jenayah Geng Nicky Ketua Polis Joh...
10 Polis 2 Pegawai Sprm Disyaki Terlibat Geng Nicky Ditahan

10 Polis 2 Pegawai Sprm Disyaki Terlibat Geng Nicky Ditahan

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 188 hits
Seramai 12 pegawai penguat kuasa disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah terancang yang didalangi ahli perniagaan Nicky Liow Soon Hee ditahan di beberapa negeri setakat hari ini Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mereka yang ...
Startup Ecosystem And Innovation

Perapan Menu Bbq Waktu Bercuti

Hasrat Bertemu Isteri Tidak Kesampaian Lelaki Maut Kemalangan

Sihat Dan Kaya

After Terengganu Mb S Surveillance Claim Pm Anwar Confirms All Top Leaders Monitored Including Him

Jais Periksa Semua Tanah Kawalan Elak Pencerobohan

Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Kereta Yusoff Rawther Terkunci Tak Dapat Diakses Orang Lain


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aktiviti Ketua Aktivis Ppim Santuni Warga Palestin Di Asrama Picoms Ppim 11 04 2025

Aktiviti Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Ppim 10 04 2025

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

Drama Dari Rahim Yang Sama

Masih Mood Raya Dengan Kuah Kacang Dan Rendang Daging

Ke Aquaria Klcc Tengok Hidupan Air Dengan Lebih Dekat