Isu Insolvensi Masih Belum Selesai Kenyataan Media Ppim 28 08 2023


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman membebaskan kes bankrapsi berjumlah RM50,000 ke bawah.
Usaha berterusan Menteri Hal Ehwal Undang-Undang Datuk Seri Azalina Othman juga harus dipuji kerana hasil kerja yang konsisten dari beliau, kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] dengan membuat penambahbaikan kepada peruntukan pelepasan secara automatik agar bankrap boleh dilepaskan daripada kebankrapan dalam tempoh yang singkat.
Menerusi kenyataan beliau semalam, sementara menunggu pindaan tersebut, Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membantu rakyat yang bankrap dengan jumlah hutang berskala kecil dilepaskan daripada kebankrapan bermula 1 Mac 2023.
Pelepasan bankrap akan dilaksanakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia melalui pengeluaran Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi di bawah seksyen 33A Akta 360.
Walau bagaimanapun, masih banyak isu berkaitan insolvensi dan bankrapsi yang perlu diperjelaskan termasuk langkah yang perlu diambil oleh pengguna jika berdepan masalah kewangan melibatkan bankrapsi.
Antara isu yang masih membelenggu rakyat adalah mereka yang tersenarai sebagai bankrap melebihi RM50,000 atas pelbagai faktor.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata antara faktor utama ialah mereka menjadi mangsa penipuan atau fraud.
"Ada aduan kami terima tandatangan mangsa digunakan membuat pinjaman bernilai jutaan ringgit sedangkan mangsa pada ketika itu hanya seorang kerani dengan gaji bulanan tidak sampai RM2,000," katanya.
PPIM dalam proses membantu mangsa itu mendapat pembelaan di Mahkamah.
Selain itu, Nadzim mempersoalkan adakah nilai borang bukti hutang keseluruhan RM50,000 ke bawah sahaja yang dibebaskan daripada kebankrapan?
Adakah mereka yang ditadbir insolvensi dan membayar ansuran bulanan kepada Jabatan Insolvensi sahaja yang boleh dibebaskan?
Bagaimana pula dengan mereka yang bankrap dengan nilai hutang tidak sampai RM50,000 tetapi tidak pernah ditadbir oleh Jabatan Insolvensi?
PPIM berpendapat masih jauh perjalanan Malaysia untuk mencapai tahap negara maju jika kerajaan gagal menangani masalah kebankrapan rakyatnya khususnya yang mahu mencari penyelesaian tetapi tidak ada kerjasama dari pihak pemiutang.
PPIM menggesa kerajaan bekerjasama dengan NGO yang banyak membantu rakyat Malaysia berdepan isu kebankrapan bagi mendapat maklumat dan data yang tepat dan tidak bergantung seratus peratus kepada Jabatan Insolvensi kerana tidak semua rakyat berurusan dengan jabatan itu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/02/isu-insolvensi-masih-belum-selesai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cari Dan Ambil Tindakan Terhadap Semua Terlibat Filem Pesongkan Akidah Islam Kenyataan Media Ppim 02 03 2023

Cari Dan Ambil Tindakan Terhadap Semua Terlibat Filem Pesongkan Akidah Islam Kenyataan Media Ppim 02 03 2023

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 122 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa pihak berkuasa bertindak tegas terhadap penerbit pelakon dan semua yang terlibat dalam pembikinan filem pendek Mentega Terbang Video yang tular di media sosial baru baru ini jelas menc...
Pm Ulas Kenyataan Tsmy Isu Kwsp Bersasar Di Parlimen 17 Feb 2023 Saje

Pm Ulas Kenyataan Tsmy Isu Kwsp Bersasar Di Parlimen 17 Feb 2023 Saje

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 158 hits
Antara ahli politik yang dinamakan dalam Kertas Pandora termasuk Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Dato Sri Zafrul Abdul Aziz bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin...
Ppim Gesa Kerajaan Bekerjasama Dengan Ngo Tangani Isu Kebankrapan Dagangnews 28 02 2023

Ppim Gesa Kerajaan Bekerjasama Dengan Ngo Tangani Isu Kebankrapan Dagangnews 28 02 2023

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 142 hits
KUALA LUMPUR 28 Feb Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan yang banyak membantu rakyat berdepan isu kebankrapan bagi mendapat maklumat dan data yang tepat Ketua Aktivis PPIM Datuk Na...
Ramadan Bulan Penuh Kerahmatan Atau Bulan Pembaziran Sidang Media Ppim 21 02 2023

Ramadan Bulan Penuh Kerahmatan Atau Bulan Pembaziran Sidang Media Ppim 21 02 2023

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 216 hits
Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi adalah masa yang paling ditunggu umat Islam seluruh dunia Namun bulan Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan kerahmatan sering menjadi bulan pembaziran dalam kalangan umat Islam di Malaysia Sehubun...
Isu Filem Mentega Terbang Provokasi Terhadap Islam Ambil Tindakan Tegas Ppim The Merdeka Times 02 03 2023

Isu Filem Mentega Terbang Provokasi Terhadap Islam Ambil Tindakan Tegas Ppim The Merdeka Times 02 03 2023

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 176 hits
Filem terbabit tular di media sosial baru baru ini jelas mencabar dan membangkitkan kemarahan umat Islam khususnya di negara ini Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim JohanJAKIM perlu bertindak dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain un...
5 Tanda Hubungan Kamu Dengan Dia Belum Selesai Meski Sudah Putus Yakin Mau Mulai Yang Baru

5 Tanda Hubungan Kamu Dengan Dia Belum Selesai Meski Sudah Putus Yakin Mau Mulai Yang Baru

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 124 hits
Lamanya suatu hubungan bukan berarti dia adalah jodohmu Terkadang hubungan yang terjalin lama harus kandas karena sudah tidak memiliki visi yang sama
Cara Selesaikan Isu Accept Admin Akaun Facebook Page 2023

Cara Selesaikan Isu Accept Admin Akaun Facebook Page 2023

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 274 hits
Bagi peniaga yang mempunyai Facebook page sudah tentu biasa dengan page roles atau admin Page role ialah admin admin yang mengusahakan page tersebut sama ada menulis content owner page tukang running ads Penting jika anda ada banyak page at...
Vaksinasi Penyakit Mulut Dan Kuku Baru 25 Persen Target Selesai Di Akhir 2023

Vaksinasi Penyakit Mulut Dan Kuku Baru 25 Persen Target Selesai Di Akhir 2023

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 215 hits
Suharyanto menyebut saat ini ada 5 700 kasus PMK yang masih tersisa dari total kasus yang sempat mencapai 619 000 ekor ternak Maka pihaknya masih berusaha mengendalikan wabah PMK tersebut
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon