Isu Hibah Th Tak Jejas Kempen Ph Di Rantau Kata Mahfuz


News | Diterbitkan Hari ini 8:57 pagi

PRK RANTAU | Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar yakin bahawa isu kadar agihan hibah Tabung Haji (TH) yang diumumkan hari ini tidak akan menggugat kempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Katanya, beliau yakin pengundi di kawasan itu merupakan mereka yang berfikiran matang dan sedar bahawa situasi tersebut berlaku akibat penyelewengan pengurusan TH di bawah kerajaan terdahulu.

"Saya fikir pengundi tak marah khususnya umat Islam yang merupakan pendeposit kepada TH, mereka tahu kenapa berlaku perkara ini dan saya percaya pendeposit dan umat Islam harus berterima kasih kerana kerajaan hari ini menyelamatkan TH untuk kembali kepada landasan betul," katanya kepada pemberita di Seremban, malam tadi.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof mengumumkan agihan hibah TH adalah sebanyak 1.25 peratus yang melibatkan pengagihan berjumlah RM913 juta kepada semua pendeposit bagi tahun kewangan 2018.

Ditanya sekiranya perkara itu dijadikan isu oleh pembangkang pada PRK ini, beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, berkata perkara tersebut akan hanya menyebabkan rakyat menghukum mereka sekali lagi.

"Saya percaya kalau mereka (pembangkang) mainkan isu seperti itu untuk kempen keluarkan deposit daripada TH, sekali lagi rakyat akan hukum mereka (kerana) melakukan pengkhianatan kedua terhadap institusi kewangan dan ekonomi umat Islam," katanya.

Beliau dalam pada itu, turut menyeru pengundi DUN Rantau memilih calon Pakatan Harapan (PH), Dr S. Streram sebagai wakil rakyat bagi membolehkan lebih banyak pembangunan dapat dibawa ke kawasan itu.

"Sekiranya calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan menang sekali pun, ia sama sekali tidak akan mengembalikan jawatan menteri besar yang pernah disandangnya suatu ketika dahulu.

“Pengundi pastinya tidak mahu melihat taraf Tok Mat turun dari menteri besar kepada ketua pembangkang (dalam persidangan DUN).

“Betul ramai orang sayang Mohamad tapi nak sayang pun kena fikir juga keluarga, masyarakat, negeri dan negara...takkan nak sokong parti korup,” katanya.

PRK DUN Rantau yang akan diadakan 13 April ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Dr Streram, Mohamad dan dua calon Bebas iaitu suri rumah R Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/04/isu-hibah-th-tak-jejas-kempen-ph-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbezaan Pendapat Dalam Pkr Isu Kecil Tidak Jejas Kempen Prk Rantau Anwar

Perbezaan Pendapat Dalam Pkr Isu Kecil Tidak Jejas Kempen Prk Rantau Anwar

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 319 hits
Bernama Anwar dalam ucapannya berkata penyakit over confident sombong rasa sudah kuat dan tidak perlu banyak bekerja apabila sudah berjawatan hanya akan menyebabkan sesebuah parti terlungkup Foto Bernama REMBAU Perbezaan pendapat dalam PKR ...
Prk Rantau Jangan Takut Calon Bukan Melayu Kata Anwar

Prk Rantau Jangan Takut Calon Bukan Melayu Kata Anwar

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 593 hits
Tidak ada masalah untuk mana mana bangsa menjadi pemimpin negara asalkan mereka pemimpin yang baik bersih dan tidak mengamalkan rasuah kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Beliau yang mempertahankan pilihan PH meletakkan calon berbang...
Prk Rantau Bukan Tugas Mudah Kata Mat Hasan

Prk Rantau Bukan Tugas Mudah Kata Mat Hasan

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 338 hits
PRK Rantau bukan tugas mudah kata Mat Hasan Dikemas kini 54 minit yang lalu Diterbitkan pada 29 Mar 2019 9 09PM
Prk Rantau Politik Jijik Ph Pkr Dalam Kempen Prk Rantau

Prk Rantau Politik Jijik Ph Pkr Dalam Kempen Prk Rantau

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 423 hits
Dalam satu ceramah politik sempena kempen PRK Rantau orang kanan Anwar Saifuddin Nasution cuba buat serangan ke atas Tok Mat Hassan dengan mengatakan kononnya Tok Mat Hassan tak berani isytiharkan harta untuk membuktikan imejnya bersih dari...
Selepas Saya Jadi Perdana Menteri Tahun Depan Saya Tidak Akan Lupa Rantau Kata Anwar Viralhancing

Selepas Saya Jadi Perdana Menteri Tahun Depan Saya Tidak Akan Lupa Rantau Kata Anwar Viralhancing

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 412 hits
REMBAU 11 April Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan tidak akan melupakan Rantau setelah beliau menjadi Perdana Menteri kelak Gambar Astro AwaniJelasnya sebagai Ahli Parlimen Port Dickson yang terletak bersebelahan Ranta...
Najib Tok Mat Kempen Undi Masyarakat India Prk Rantau

Najib Tok Mat Kempen Undi Masyarakat India Prk Rantau

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 775 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan ketika hadir pada ceramah umum bossku bersama masyarakat India sempena kempen Pilihan Raya Kecil N 27 Rantau di Bandar Ekar Rantau Negeri S...
Orang Rantau Tak Kisah Sendayan Membangun Kerana Najib 1mdb Kata Mat Hasan

Orang Rantau Tak Kisah Sendayan Membangun Kerana Najib 1mdb Kata Mat Hasan

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 338 hits
Calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak akan turun ke Rantau bagi membantu berkempen pada Pilihan Raya Kecil DUN Rantau minggu ini Pada masa sama jelasnya kehadiran Bekas Penger...
Tiada Cabaran Berkempen Di Rantau Kata Tok Mat

Tiada Cabaran Berkempen Di Rantau Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 415 hits
Mohamad Hasan menunjukkan keratan majalah berhubung pembangunan yang dibuatnya untuk sekolah Cina ketika zaman BN SEREMBAN Memasuki hari ke 7 berkempen calon Barisan Nasional Mohamad Hasan menganggap tiada sebarang cabaran perlu dihadapinya...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Video Bas Laju Langgar Axia Di R R Jejantas Sungai Buloh Mangsa Harap Rakaman Video Bantu Siasatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More

Baucar Buku Guru Usaha Kerajaan Kukuhkan Budaya Ilmu

Hiburan Isteri Dah Banyak Kali Minta Cerai Dedah Sebab Utama Abang Wiring Enggan Lepaskan Bukan Sebab Sayang Tapi