Isu Evangelisme Pemimpin Dap Akan Jadi Lauk




BEBERAPA orang rakan menyebut bahawa, daripada 10 orang pemimpin DAP yang saya saman, kes terhadap Abdul Aziz Isa, yang merupakan Pegawai Khas Chong Chieng Jen merangkap Setiausaha Publisiti DAPSY Sarawak dan Ketua DAP Kitang, merupakan kes yang akan saya menangi dengan paling mudah sekali.Ini kerana, di dalam posting Facebook beliau bertajuk “Takut Dengan Kristian?” yang beliau siarkan pada jam 2:46 petang 7 Jun 2017 yang mendapat lebih 2,900 perkongsian itu, terlalu banyak ayat-ayat bermasalah yang beliau kemukakan ke atas diri saya. Boleh baca di sini:  https://www.facebook.com/story.phpstory_fbid=10154720583326588&id=693451587Antara lainnya, Abdul Aziz Isa menanyakan kepada saya 13 soalan ini:Di mana Dr Kamarul mendapat PhD?Kenapa Dr Kamarul begitu sibuk dengan urusan agama lain?Apakah majlis besar yang dianjurkan oleh umat Kristian mampu menggugat iman Dr Kamarul sebagai orang Islam?Jika Dr Kamarul berasa tergugat, adakah beliau setuju dengan saya bahawa beliau masih kurang didikan agama Islam sehingga iman beliau mudah beralih arah?Adakah salah bagi umat Kristian untuk mengamalkan agama mereka dalam bulan suci Ramadan?Mengapa Dr Kamarul berasa begitu tersinggung dengan aktiviti-aktiviti agama Kristian?Tidak bolehkah orang Kristian menganjurkan upacara keagamaan mereka di gereja-gereja mereka sendiri?Adakah tindakan mereka bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan?Adakah Dr Kamarul cuba untuk menghasut rakyat terutamanya umat Islam dengan menyebarkan kebencian dan ideologi ISIS?Adakah Dr Kamarul merancang untuk mewujudkan satu lagi Perang Salib?Siapakah kita cuba untuk menjadi Tuhan dengan melayani orang lain secara berbeza-beza disebabkan oleh bangsa mereka dan anutan agama mereka?Adakah Dr Kamarul ingat beliau lebih tinggi dari Tuhan?Nak jadi Ayah Pin 2.0?Selain itu, Abdul Aziz Isa juga membuat 4 pernyataan berikut mengenai diri saya:Dr Kamarul makhluk pelampau agama dan rasis.Pandangan Dr Kamarul tentang penganut agama Kristian di Malaysia bukan hanya mendiskriminasi, tidak bermoral dan tidak berhati perut tetapi juga merupakan satu kekufuran yang besar kepada Islam yang merupakan agama universal.Hanya orang Islam yang jahil, bodoh, dan bangang sahaja akan mengecam agama lain dek kerana tergoyah iman mereka.Hanya orang yang mempunyai fikiran yang tidak kukuh dan memiliki hati busuk sahaja akan mengalami gangguan jiwa, kecelaruan akal dan imaginasi liar terhadap umat Kristian.Semua 13 soalan dan 4 pernyataan Abdul Aziz Isa ini beliau buat semata-mata kerana posting Facebook saya bertajuk “Malaysia Jadi Sasaran Golongan Kristian?” yang saya siarkan pada jam 1:47 pagi 5 Jun 2017 yang disiarkan kembali oleh portal berita Isma Web (yang didakwa oleh Abdul Aziz Isa sebagai sudah dipadamkan). Posting Facebook saya ini boleh dibaca di sini kerana ia tidak pernah dipadamkan: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/1557803704263682Posting Facebook saya ini bagaimanapun sekadar menyebut mengenai dua majlis besar oleh golongan Kristian di Malaysia tatkala umat Islam masih berada di dalam bulan Ramadan, iaitu “All Malaysian-Golden Gate Revival Convocation” (lebih dikenali sebagai Jerusalem Jubilee) di Calvary Life Assembly Chinese, Melaka, pada 15-18 Jun dan “All Borneo Revival Convocation 2017” bertemakan “Preparing the Way for King of Glory” (“Mempersiapkan Jalan Bagi Raja Kemuliaan”) di BEM On The Rock, Miri, Sarawak, pada 22-25 Jun.Turut saya sebutkan adalah mengenai para penceramah yang terlibat di dalam kedua-dua majlis besar ini serta kandungan promosinya bahawa “Ada Kebangkitan hebat yang akan datang atas Malaysia” dan “Tuhan telah mengumumkan melalui Nabi-Nabi-Nya takdir Malaysia sebagai sebuah Negara Pelangi (Rainbow Nation) dan Pemangkin Kebangkitan (Revival Catalyst) bagi Asia Tenggara, Asia Pasifik dan negara-negara yang berada di dalam segmen Gerbang Emas (Golden Gate)”.Turut saya sebutkan adalah mengenai kisah dua penceramah yang terlibat di dalam kedua-dua majlis besar ini, Tom Hess dan Afeef Halasah, membina Prayer Tower di atas sebuah bukit di Bentong, Pahang, pada 28 Mei 2015 dengan pernyataan-pernyataan bahawa:Tujuan utama pembinaan Menara Doa (Prayer Tower) di Bentong, Pahang, ini adalah untuk menghalakan Malaysia kepada tujuannya sebagai Pemangkin Kebangkitan (Revival Catalyst) bagi negara-negara Gerbang Emas (Golden Gate).Terdapat sejumlah 12 Gerbang (Gate) dalam Injil (Bible) dan Malaysia memegang kunci kepada kebangkitan (Revival) bagi negara-negara Gerbang Emas (Golden Gate).Apa yang berlaku di Indonesia akan berlaku di Malaysia, di mana Indonesia mula membina Menara Doa (Prayer Tower) pertamanya pada tahun 1998 dan kini ia mempunyai Menara Doa (Prayer Tower) paling banyak di dunia.Turut saya sebutkan adalah mengenai kisah-kisah ini sebenarnya kelihatan selari dengan kenyataan yang sering disebut oleh pemimpin evangelis DAP, Hannah Yeoh, bahawa “Tuhan ada rancangan untuk golongan Kristian di Malaysia”.Itu sahaja yang saya sebutkan dalam posting Facebook saya tersebut, tidak ada pun di dalamnya apa-apa seruan supaya kedua-dua majlis besar ini dihentikan.Begitupun, pada siang hari yang sama, beberapa orang pemimpin politik seperti Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, dan Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Ahmad Bilal Rahudin, mengeluarkan kenyataan media bagi mengulas isu ini.Berikut adalah antara kata-kata Datuk Mas Ermieyati:
“Turut menjadi persolan mengapa pihak Kristian Malaysia memilih untuk menyambut sambutan ke 50 tahun kemenangan tentera Israel menggodam bumi Palestin pada bulan Ramadan dan di Melaka pula?”
“Pergerakan Puteri Umno Malaysia menggesa agar pihak berkuasa menjalankan suatu siasatan terperinci dan membatalkan program yang akan dianjurkan ini kerana ia boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.”Berikut pula adalah antara kata-kata Ustaz Ahmad Bilal:
“Program AMGGRC ini jelas mengandungi unsur doktrin gerakan Kristian untuk menakluk dan membangun Malaysia sebagai pemangkin Kristian dengan menjadikannya sebagai “Revival Catalyst Nations Golden Gate”. Selain turut berbaur hasutan dengan membangkitkan rasa permusuhan agama.”
“Sehubungan itu, kami memohon siasatan polis berasas prinsip dan pemeliharaan undang-undang ke atas seluruh penganjuran, perancangan dan rangkaiannya termasuk penglibatan tokoh-tokoh terbabit. Seterusnya kami memohon tindakan yang sah berteras undang-undang agar seluruh kegiatan berkaitan dihalang atau disekat atau diharam dari dilangsungkan atau memasuki negara ini.”Petang hari sama, Ketua Polis Melaka, Dato’ Abd Jalil Hassan, mengumumkan bahawa, hanya dalam tempoh sehari, pihaknya menerima 32 laporan polis di sekitar negeri itu sahaja mengenai penganjuran majlis Jerusalem Jubilee di Melaka ini.Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Idris Haron, juga meminta pihak penganjur perhimpunan itu juga perlu membatalkan niat mereka untuk mengadakan perhimpunan berkenaan di negeri itu. Baca di sini: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/melaka-gesa-penganjur-batalkan-perhimpunan-jubli-jerusalem-145115Malam hari yang sama, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilapor mengarahkan pihak polis supaya mengharamkan perhimpunan Jerusalem Jubilee ini. Baca di sini: https://www.malaysiakini.com/news/384652Kemudiannya, setelah majlis Jerusalem Jubilee di Melaka ini dibatalkan, saya bertanya mengapa majlis sama di Sarawak pada 22-25 Jun 2017 tidak dibatalkan sama, sedangkan kedua-dua majlis ini mempunyai tema sama dan dibarisi penceramah utama sama, iaitu Tom Hess dan Afeef Halasah.Saya sebutkan mengenai bagaimana, di dalam ucapan di Kota Kinabalu pada 29 Mei 2015, Tom Hess menyebut: “Kita lihat dalam sesetengah cara bagaimana Tuhan sedang menggoncang Malaysia. Tuhan sedang membenarkan ini kerana Dia sayangkan kita, Dia sayangkan Malaysia! Dan Dia mahu lihat Malaysia masuk kepada pemenuhan takdirnya… Bagaimanapun, satu badai sedang datang. Kita lihat ribut taufan sedang datang, dan kita lihat bagaimana Tuhan benar-benar sayangkan rakyat Malaysia bahawa Dia akan mengambil semula Malaysia untuk-Nya. Kita akan berdoa untuk pemenuhan kejayaan!”Saya sebutkan mengenai bagaimana, di dalam ucapan di Petaling Jaya pada 31 Mac 2016, Afeef Halasah menyebut: “Tetapi, Kehendak umum Tuhan kepada semua kita di Malaysia ialah untuk menakluk negara ini dengan Kerajaan Tuhan. Kita dipanggil untuk menurunkan prinsip-prinsip dan budaya-budaya Tuhan ke dalam Malaysia… Dan jika ini tidak berlaku, Tuhan akan bertanya, ‘Di mana gereja Malaysia Saya? Di mana anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan Saya? Malaysia milik Saya dan Saya telah berikan ia kepada kamu untuk menjaganya bagi Saya, untuk mengisinya dengan kegemilangan Saya dan untuk menubuhkan Kerajaan Saya’.”Saya bandingkan juga kenyataan Tom Hess dan Afeef Halasah ini dengan seruan Hannah Yeoh sebelum ini agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia serta pengakuan beliau bahawa beliau bercita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam.Saya juga menyebut mengenai bagaimana peruntukan bahawa Islam adalah agama Persekutuan sekali gus menyebabkan seruan-seruan yang dilaungkan bukan sahaja oleh Tom Hess dan Afeef Halasah, tetapi juga Hannah Yeoh, ini sangat tidak wajar, malah seruan-seruan seperti “Malaysia milik Saya”, “Dia akan mengambil semula Malaysia untuk-Nya” dan “Kehendak umum Tuhan kepada semua kita di Malaysia ialah untuk menakluk negara ini dengan Kerajaan Tuhan”, jika dibiarkan berterusan, boleh mendatangkan ancaman kepada negara.Bagaimanapun posting Facebook saya yang terkemudian ini tidak diulas oleh Abdul Aziz Isa dan tidak akan menjadi bahan kes manakala majlis di Sarawak ini juga akhirnya turut dibatalkan.Mudahnya, tidakkah pembatalan kedua-dua majlis ini menunjukkan apa yang saya katakan dalam posting Facebook saya tersebut adalah sesuatu yang betul?(Sehari selepas posting Facebook saya ini dibuat, sahabat saya, Dr Hapiz Kodiang, turut membuat posting Facebook lebih keras, bertajuk “Jerusalem Jubilee: Boleh sambut di mana-mana, bukan di Malaysia!”, yang boleh dibaca di sini: https://facebook.com/story.php?story_fbid=1538863486138371&id=100000442026372, tetapi entah ilmu apa yang beliau pakai beliau tidak pula dijadikan sasaran kecaman pemimpin DAP).DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 28/6/2020Lihat Sebelum Ini..*Dari dunia media sosial ke dunia mahkamah*Saman fitnah terhadap 5 pemimpin DAP -Dr Kamarul ...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/isu-evangelisme-pemimpin-dap-akan-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saman Fitnah Terhadap 5 Pemimpin Dap Dr Kamarul Zaman

Saman Fitnah Terhadap 5 Pemimpin Dap Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 443 hits
MEREKA yang biasa mengikuti perkembangan saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini pasti mengingati peristiwa hampir tiga tahun lalu di mana saya telah menegur pemimpin DAP Hannah Yeoh kerana melalui bukunya bertajuk Becoming Hannah mended...
Tuntutan Saman Terhadap 3 Pemimpin Dap Serta Ganti Rugi Rm5 Juta Setiap Seorang

Tuntutan Saman Terhadap 3 Pemimpin Dap Serta Ganti Rugi Rm5 Juta Setiap Seorang

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 261 hits
Pensyarah Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff menghantar tiga surat tuntutan kepada tiga lagi pemimpin DAP hari ini Surat tuntutan dihantar kepada Adun Perai Dr P Ramasamy Adun Seri Delima Syerleena Abdul Rashid dan Pengerusi ...
Dr M Pemimpin Dap Amanah Setuju Shafie Calon Pm Anwar Dan Mukhriz Calon Tpm

Dr M Pemimpin Dap Amanah Setuju Shafie Calon Pm Anwar Dan Mukhriz Calon Tpm

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 365 hits
Cadangan agar Presiden Warisan Shafie Apdal menjadi calon perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan dan sekutunya dapat memperoleh kembali kuasa persekutuan mendapat sokongan pemimpin Amanah DAP dan Warisan kata Dr Mahathir Mohamad Mahathir...
Sikap Amanah Dap Dalam Isu Sokongan Anwar Atau Dr M

Sikap Amanah Dap Dalam Isu Sokongan Anwar Atau Dr M

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 535 hits
Part 1 Part 2 Sheraton Langkawi pulakah Dr Mahathir dipetik sebagai berkata Beliau merujuk kepada ketetapan PKR yang tidak mahu menerima beliau sebagai PM sebaliknya mahukan Anwar Sebenarnya PH ingin dan sudah pun berusaha untuk jatuhkan Mu...
Dr Kamarul Zaman Yusoff Saman Fitnah 5 Pemimpin Dap

Dr Kamarul Zaman Yusoff Saman Fitnah 5 Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 331 hits
Pensyarah Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata beliau telah memulakan memulakan prosiding saman fitnah terhadap lima pemimpin DAP Dia mendakwa mereka memfitnahnya di media sosial dan artikel dalam talian sejak 2017 Dala...
Pemimpin 12 Parti Setuju Bentuk Pn Tolak Dap Faktor Utama

Pemimpin 12 Parti Setuju Bentuk Pn Tolak Dap Faktor Utama

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 242 hits
PRU15 PN Yakin Menang Besar Sebulat Suara Tolak DAPKuching Perikatan Nasional sebulat suara menolak DAP menjadi sebahagian daripada ahli gabungan Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri James Jemut Masing berkata persetujuan itu menjadi fakto...
Saman Fitnah Terhadap Lima Pemimpin Dap

Saman Fitnah Terhadap Lima Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 291 hits
Mereka yang biasa mengikuti perkembangan saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini pasti mengingati peristiwa hampir tiga tahun lalu di mana saya telah menegur pemimpin DAP Hannah Yeoh kerana melalui bukunya bertajuk Becoming Hannah mended...
Sekali Pemimpin Vateran Dap Sudah Bersuara

Sekali Pemimpin Vateran Dap Sudah Bersuara

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 287 hits
PETALING JAYA Veteran DAP Lim Kit Siang menyuarakan keyakinan untuk Presiden PKR Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri di bawah perjanjian baru dengan Dr Mahathir Mohamad Beliau turut menolak tanggapan DAP dan Amanah mengabaikan Anwar denga...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri