Isu Ambalat Nyahklasifikasi Triti Laut Sulawesi Kata Ketua Pn Sabah


 
Triti Selat Melaka dan Triti Laut Sulawesi berhubung Persempadanan Laut Wilayah antara Malaysia dan Indonesia ditandatangani pada 8 Jun 2023. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Ketua Perikatan Nasional (PN) Sabah Ronald Kiandee mendesak Putrajaya menyahklasifikasikan dokumen perjanjian persempadanan maritim ditandatangani dengan Indonesia pada Jun lalu bagi merungkai isu Ambalat.
Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata tindakan itu wajar untuk menjawab sama ada Triti Laut Sulawesi ditandatangani Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Joko Widodo, tidak membabitkan blok Ambalat.
Menurutnya, ia juga dapat menghentikan spekulasi serta kebimbangan rakyat berhubung sempadan separa laut wilayah antara dua negara di Laut Sulawesi seperti yang dikatakan oleh kerajaan.
“Blok Ambalat iaitu kawasan seluas 15,000 km persegi di tengah-tengah wilayah pertikaian di luar pantai Sabah ini mengandungi sumber minyak mentah terbesar di dunia dan telah dipertahankan oleh Malaysia sekian lama, maka ia tidak boleh digadai sama sekali.
“Apatah lagi pakar maritim yang terlibat dalam usaha melindungi hak wilayah Malaysia telah memberi amaran kepada Putrajaya supaya tidak menandatangani sebarang perjanjian baharu untuk menyelesaikan pertikaian sempadan yang berlarutan dengan Indonesia,” katanya dalam kenyataan.
Pada 15 Ogos lalu, Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin menjelaskan Triti Laut Sulawesi ditandatangani Malaysia dan Indonesia tidak melibatkan kawasan yang dirujuk sebagai blok Ambalat tetapi hanya membabitkan sempadan separa laut wilayah antara dua negara di Laut Sulawesi.
Penjelasan itu susulan kenyataan Adun Tungku Assaffal Alian, pada DUN Sabah 10 Ogos lepas yang mendakwa kononnya Malaysia menyerahkan Ambalat kepada Indonesia.
Isu tuntutan bertindih antara Malaysia dan Indonesia di kawasan perairan di Laut Sulawesi atau Ambalat yang terletak antara Kalimantan Timur, Indonesia dan tenggara Sabah itu, timbul sejak penerbitan peta oleh Malaysia pada 1979.
Peta itu menunjukkan kawasan sempadan maritim itu terletak dalam perairan Malaysia tetapi Indonesia membantah peta itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/08/isu-ambalat-nyahklasifikasi-triti-laut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Triti Laut Sulawesi Yang Ditandatangani Malaysia Amp Indonesia Tidak Melibatkan Ambalat

Triti Laut Sulawesi Yang Ditandatangani Malaysia Amp Indonesia Tidak Melibatkan Ambalat

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 394 hits
SEBENARNYA Menurut kenyataan Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin Triti Laut Sulawesi yang ditandatangani Malaysia dan Indonesia tidak melibatkan kawasan yang dirujuk sebagai blok Ambalat tetapi hanya membabitkan sempada
Ketua Sprm Kata Kes Rasuah Menantu Pemimpin Pn Besar Anwar

Ketua Sprm Kata Kes Rasuah Menantu Pemimpin Pn Besar Anwar

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 319 hits
Kes rasuah menantu kepada Pengerusi Bersatu Mahiaddin Yassin yang kini melarikan diri dianggap kes besar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan hal itu dalam ceramah mega Jelajah Perpaduan Madani Negeri Sembilan di DUN Paroi m...
Disney Bakal Menyekat Perkongsian Kata Laluan Mulai Tahun Hadapan

Disney Bakal Menyekat Perkongsian Kata Laluan Mulai Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 296 hits
Ketua Pegawai Eksekutif Disney Bob Iger berkata bahawa Disney akan mula menyekat perkongsian kata laluan untuk perkhidmatan penstriman popular itu mulai tahun depan Dalam satu kenyataan yang dibuat semasa panggilan pendapatan Q2 syarikat pa...
Pas Akan Kekal Di Kelantan Kata Penganalisis

Pas Akan Kekal Di Kelantan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 304 hits
PAS akan mengekalkan Kelantan selama lima tahun lagi tetapi akan kehilangan lebih banyak kerusi kepada gabungan baharu Pakatan Harapan Barisan Nasional kata penganalisis Mereka merasakan cengkaman parti selama 33 tahun di negeri itu tidak a...
Selangor Cuti Isnin Jika Pakatan Bn Menang Prn Kata Amirudin

Selangor Cuti Isnin Jika Pakatan Bn Menang Prn Kata Amirudin

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 330 hits
Selangor cuti Isnin jika Pakatan BN menang PRN kata Amirudin Dikemas kini 5 minit yang lalu Diterbitkan pada 11 Aug 2023 12
Anwar Enggan Terima Badan Kajian Kata Tiada Sokongan Orang Melayu

Anwar Enggan Terima Badan Kajian Kata Tiada Sokongan Orang Melayu

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 545 hits
satuberita myBy August 11 2023Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim GAMBAR Warta RakyatDatuk Seri Anwar Ibrahim enggan menerima laporan satu tinjauan pendapat yang mendakwa beliau hanya mendapat 24 sokongan orang Melayu Perdana Menteri t...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Sukan Sea Thailand Detik Detik Penuh Mendebarkan Pecutan Emas Aisyah Zubir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog