Ali Puteh Minta Aliff Syukri Bertaubat
NADIA AZAM 
Adik arwah Abam Bocey, Ali Puteh, menasihatkan usahawan kosmetik  Aliff Syukri Kamarzaman agar bertaubat kerana "pintu taubat masih  terbuka."
Kenyataan Ali itu dibuat hanya beberapa hari selepas  Aliff menjadi perhatian apabila menemu bual balu Abam, Nor Hidayah Mohd  Ali, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi mengenainya.
Dakwa Ali,  tindakan Aliff itu adalah cubaan untuk melariskan saluran YouTube  miliknya namun dianggap "tidak beradab" kerana ia memecah-belahkan  hubungan baik keluarga Abam dengan Nor Hidayah.
"Mana adab sebagai  orang Islam? Dia muncul tiba-tiba sedangkan waktu kematian abang saya,  langsung tak nampak batang hidungnya pun.
"Kepada Aliff, bertaubatlah kerana pintu taubat masih terbuka. Jangan pecahkan silaturrahim antara kami yang selama ni baik.
"Nampak  sangat tujuan dia untuk melariskan saluran YouTube miliknya terutama  apabila baca kapsyen pada video itu: Untuk ketahui maklumat lanjut sila  tonton...." katanya.
Menurut Ali yang juga pelawak, Aliff  sepatutnya tidak perlu mencampuri urusan peribadi mereka selain mengelak  daripada mengajukan soalan yang boleh mengaibkan mana-mana pihak.
"Dah  bagi sumbangan, baliklah. Bukan saya tak bersyukur dengan sumbangan  diserahkan kepada balu arwah (Nor Hidayah), tapi soalan tu kenapa perlu  mengaibkan dan mewujudkan unsur fitnah?" katanya.
Ambil dua-dua sisi Ali ditemui pada sidang media khas di Bandar Damansara Utama, Petaling Jaya hari ini.
Terdahulu,  Ali mengeluarkan perkataan "binatang" di media sosial sebagai merujuk  kakak iparnya itu selepas menonton rakaman video disiarkan Aliff di  saluran YouTube milik jutawan kosmetik itu.
Susulan itu, pelbagai  dakwaan timbul, antaranya Nor Hidayah dikatakan dihalau keluar rumah  selepas kematian suami Abam, juga terpaksa menaiki Grab untuk membawa  anaknya yang sakit ke klinik ekoran kenderaan mereka dirampas oleh  adik-beradik arwah.
Bagaimanapun, kesemua dakwaan itu dinafikan oleh Ali pada sidang media hari ini.

Ali menitiskan air mata ketika menceritakan bagaimana dia dikecam netizenUntuk  rekod, Abam - atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey -  meninggal dunia dalam tidur dipercayai akibat demam panas pada 10  Februari lalu. Selain Nor Hidayah, dia turut meninggalkan seorang anak  lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, yang berusia sembilan bulan.
Mengulas  lanjut, Ali berkata, Aliff sebaik-baiknya mendapatkan kenyataan  daripada kedua-dua belah pihak supaya berlaku adil sekiranya timbul  dakwaan berat seperti berlaku ketika ini.
"Untuk adil, kena ambil keterangan daripada dua pihak balu dan keluarga," katanya.
Justeru gesanya, wajarlah ada permohonan maaf daripada Aliff kepada pihaknya.
"Jika  tak mahu mohon maaf pada saya datang minta maaf pada ibu. Tolong Jumpa  dia kerana datuk berjaya pecah belahkan keluarga kami," katanya.
Dakwanya, disebabkan hal itu juga mereka sekeluarga menerima kecaman bertalu-talu daripada netizen hingga kini.
Harap dapat bersemuka "Tak apa. Saya maafkan siapa saja netizen yang tak tahu hujung pangkal dan mengecam kami," katanya.
Ali  juga percaya bahawa kakak iparnya itu menjadi mangsa secara tidak  langsung apabila memberi kepercayaan sewenang-wenangnya kepada orang  yang salah seperti Aliff.
"Kita dikejutkan dengan insan jutawan hebat tiba-tiba muncul sebagai hero Malaya dan digelar penyelamat oleh kakak ipar saya, wallahu a'lam.
"Kepada kakak ipar saya, ketahuilah Aliff hanya pergunakan kamu," katanya.

Ali  juga mengambil kesempatan di sidang media sama untuk memohon maaf  secara terbuka kepada Nor Hidayah gara-gara panggilan kesat dimuat naik  di akaun media sosial miliknya.
"Saya mohon maaf atas kekhilafan  saya pada kakak ipar sekeluarga. Ketika itu ia diluahkan kerana emosi  selepas kehilangan anak dan abang dalam waktu yang berdekat. Saya juga  sudah memadamkan kenyataan berkenaan.
"Saya ada nyatakan hasrat  pada abangnya untuk bersemuka namun katanya masa tidak sesuai.  Insya-Allah akan dilakukan tanpa kehadiran media suatu hari nanti.
"Untuk  duit sedekah orang ramai yang datang ziarah arwah akan saya serahkan  semuanya kepada Nor Hidayah sebab ia bukan hak saya. Saya cuma membantu  menguruskan," katanya.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan kenyataan daripada Aliff berhubung dakwaan Ali.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/ali-puteh-minta-aliff-syukri-bertaubat.html