Isu Agih Wang Kepada Pengundi Umno Terengganu Di Minta Lapor Spr Sprm


 


PETALING JAYA - UMNO Terengganu diminta untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan berlaku pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika PRU-15 lalu.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan itu perlu dirujuk kepada SPR dan SPRM kerana ia adalah sesuatu yang tidak wajar.
“Saya difahamkan daripada maklum balas UMNO Terengganu, ketika kempen PRU15 lalu terdapat individu yang memberikan wang membabitkan RM150 kepada belia, siswa siswi (RM300) manakala RM600 kepada orang kurang upaya (OKU) dan pesara.
“Itu maklum balas oleh UMNO Terengganu kepada saya secara peribadi. Masalahnya pemberian berkenaan dibuat beberapa hari sebelum pembuangan undi dilakukan,” katanya lapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi pimpinan MCA Bahagian Pontian, Ng Sea Bu, sempena Tahun Baharu Cina, di Pulai Sebatang, Pontian, hari ini.
Ahmad berkata, jika ia bantuan biasa dan dibuat sebelum pembuangan undi dan bukan waktu berkempen, itu bolehlah dianggap sebagai bantuan kerajaan negeri kepada rakyat.
“Namun apabila dalam masa dua minggu dan semasa berkempen, maka adalah tidak wajar pemberian dilakukan. Saya harap UMNO Terengganu bukan hanya buat petisyen tetapi juga merujuk perkara ini pada SPR dan SPRM,” katanya.
Ahmad mengulas pendirian Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam, yang dilaporkan mempertahankan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika PRU15 dengan mendakwa ia adalah sedekah.
Abdul Hadi dilaporkan berkata, pemberian itu adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan sambil menambah undang-undang menetapkan bahawa setiap calon serta wakil tidak boleh memberi wang ketika berkempen.
Minggu lalu, UMNO Terengganu dilaporkan memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya PRU-15, bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.
Petisyen membabitkan tiga kawasan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Januari lalu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Pada 13 Januari lalu pula, wakil kepada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah turut memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu, Kelantan, bagi mencabar keputusan PRU15 bagi Parlimen itu supaya ia dibatalkan dan menggesa SPR mengadakan pilihan raya kecil bagi Parlimen itu.
Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian dan Timbalan Menteri Kewangan berkata, apa yang berlaku di tiga kawasan Parlimen di Terengganu itu menyamai insiden yang berlaku di Parlimen Cameron Highlands sebelum ini.
“Kita melihat apa yang berlaku di Cameron Highlands sebagai rujukan sehingga Pilihan Raya Kecil (PRK) terpaksa diadakan atas perkara lebih kurang sama.
“Jadi kita harap ada pengajaran kerana kenyataan Abdul Hadi semalam sebabkan umat Islam keliru kerana ia berubah-ubah mengikut situasi,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2023/01/agih-wang-kepada-pengundi-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Jangan Buka Pekung Sendiri Isu Politik Wang

Umno Jangan Buka Pekung Sendiri Isu Politik Wang

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 225 hits
Pemimpin pemimpin UMNO tidak perlu berlumba lumba mengeluarkan kenyataan untuk mengecam tindakan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menganggap pemberian wang kepada pengundi sebelum dan semasa pilihan raya sebagai sedekah Ahli Jawat...
Isu Wang Pada Pengundi Zahid Putar Belit Kenyataan Kelirukan Orang Awam

Isu Wang Pada Pengundi Zahid Putar Belit Kenyataan Kelirukan Orang Awam

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 190 hits
ismaweb netPemimpin PH BN usah jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betulBANGI 3 Rejab 1444H Rabu Ketua Dewan Ulamak PAS membidas pandangan sinis Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang...
Isu Jual Arak Terbuka Presiden Gerakan Mohon Ustaz Fawwaz Didik Pengundi Permatang Pauh Hahaha

Isu Jual Arak Terbuka Presiden Gerakan Mohon Ustaz Fawwaz Didik Pengundi Permatang Pauh Hahaha

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 174 hits
Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau meminta isu promosi penjualan arak sempena perayaan Tahun Baharu Cina di sebuah pusat membeli belah di Seberang Jaya Pulau Pinang tidak terus dipolitikkan Lau berkata sebagai wakil rakyat di kawasan yan...
Pas Dicabar Jelaskan Siapa Agih Sedekah Pada Pengundi Bersumpah

Pas Dicabar Jelaskan Siapa Agih Sedekah Pada Pengundi Bersumpah

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 182 hits
N Faizal GhazaliPemimpin PAS dicabar mendedahkan siapakah individu dalam video tular yang memaparkan pemberian wang tunai kepada pengundi yang dikehendaki bersumpah terlebih dulu bahawa mereka mengundi parti terbabit Pengerusi Pakatan Harap...
Prn Selangor Amanah Umno Sasar Pengundi Sama Tak Logik Pkr Serah Kerusi Azmin

Prn Selangor Amanah Umno Sasar Pengundi Sama Tak Logik Pkr Serah Kerusi Azmin

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 248 hits
Anne MuhammadPETALING JAYA Barisan Nasional akan terpaksa bertolak ansur dalam rundingan PRN dengan Pakatan Harapan di Selangor meskipun pilihan kerusi yang ada adalah terhad kata penganalisis Azmi Hasan dari Akademi Nusantara berkata BN da...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Mengapa Folder Hadiah Perpisahan Penting Untuk Acara Rasmi

Terengganu Satu Dari Tiga Remaja Alami Obesiti

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah