Istiwa Adzam 2019 Cara Semak Arah Kiblat
Istiwa Adzam 2019 (Matahari atas Kaabah) & Cara Semak Arah Kiblat | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Mungkin ada yang dah tahu, ada yang belum tahu. Sebenarnya setiap tahun, kita ada tarikh dan masa yang sesuai & paling tepat untuk membuat semakan arah kiblat; iaitu pada semasa berlakunya Istiwa Adzam/ Istiwa 'Adzam/ Istiwa A'zam/ Istiwa' Adzam/ Istiwa Kaabah.
Apa itu Istiwa Adzam?
Maksud Istiwa A'zam - kedudukan matahari berada di titik Zenith ketika Istiwa'.
Nilai sudut istiwa' Matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah di mana Kaabah terletak.
istiwa adzam 2019 (matahari atas kaabah) | image: malaysianreview.comPERISTIWA ISTIWA ADZAM DAN SEMAKAN ARAH KIBLAT - Mufti Wilayah Persekutuan
Peristiwa ini akan berlaku 2 kali dalam setahun. Kedudukan matahari berada tepat (tegak) di atas Kaabah.
Apabila Istiwa 'Adzam berlaku, bayang bayang objek tegak akan menunjukkan arah ke Kaabah (kiblat).
Semakan boleh dibuat di premis atau kediaman masing-masing.
Semakan perlu dibuat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu di mst.sirim.my.
Waktu di Malaysia:
28 Mei (5:16 petang) & 16 Julai (5:28 petang) - SETIAP TAHUN
27 Mei (5:16 petang) & 15 Julai (5:28 petang) TAHUN LOMPAT
peristiwa istiwa adzam (matahari tegak di atas kaabah)Bilakah Istiwa A'dzam 2019?- yang belum lagi berlaku adalah pada 16 Julai 2019 (13 Zulkaedah 1440H); Selasa 5:28 petang.
CARA SEMAK ARAH KIBLAT
Mufti Wilayah memberi sedikit panduan semakan arah kiblat kepada kita semua..
"Tepat pada waktu kejadian, lihatlah kepada bayang bayang yang terhasil. Bayang-bayang yang menghala ke arah matahari menunjukkan arah kiblat yang tepat."
Ketua Unit Kembara Angkasa, Persatuan Falak Syarie Malaysia, Mohd Razlan Ahmad, berkata kedudukan Kaabah Masjidilharam ketika itu pada kordinat latitud 21 darjah, 25 minit dan 24 saat (utara) manakala longtitud 39 darjah, 49 minit dan 24 saat (timur).
“Jika berada di sana (Masjidilharam), umat Islam akan lihat kaabah serta apa saja yang berdiri tegak di persekitarannya seolah tidak ada bayang-bayang dan ketika itu waktu di sana adalah sekitar jam 12.16 tengahari.
“Jika di Malaysia pandang ke arah matahari, bermakna sedang menghadap tepat ke arah kiblat,” katanya.
Katanya, cara untuk tentukan kedudukan adalah dengan menggunakan bayang-bayang tiang atau dinding bangunan serta apa saja benda tegak 90 darjah sebagai panduan.
“Umat Islam perlu mengambil peluang ini dan memanfaatkan kejadian yang menunjukkan kebesaran tuhan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat,” katanya.
istiwa adzam 2019 (matahari atas kaabah) | CARA SEMAK ARAH KIBLAT"Habistu kiblat yang kita guna sekarang ni tak betul ke?"
Untuk menjawab persoalan tersebut.. lebih baik kita dengar pada yang lebih arif dan bijaksana kan kan?
Sila baca artikel HMetro di bawah ini sehingga habis:
Istiwa Kaabah boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat lain di seluruh dunia.
Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Dr Noordin Ahmad berkata, Istiwa Kaabah berlaku disebabkan laluan peredaran matahari pada dua waktu ini setiap tahun di mana akan melalui tepat garisan Kaabah.
“Tidak timbul dakwaan sama ada arah kiblat berbeza atau sebagainya."
“Penggunaan kompas sering digunakan untuk menentukan arah kiblat dan kadang kala berlaku ketidaktepatan menentukan arah itu disebabkan tarikan magnet kompas itu sendiri."
“Begitu juga arah kiblat di masjid apabila berlaku kekeliruan arah kiblat. Pembinaan sebuah masjid adalah berdasarkan batu sempadan masjid yang kadangkala tidak begitu tepat bagi menentukan arah kiblat,” katanya.
Katanya, fenomena Istiwa Kaabah dimanfaatkan untuk umat Islam menyemak dan menentukan kedudukan arah kiblat berdasarkan tiang, bangunan dan sebagainya.
Sumber: Harian Metro
Subhanallah. MashaAllah. Hebatnya Allah!
Semoga bermanfaat! Jangan lupa sebar sebarkan ilmu ini.
Till next time, daaa~ wassalam! :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sayidahnapisah.com/2019/07/istiwa-adzam-2019-matahari-atas-kaabah.html