Istimewa Ramadhan Di Me Nate Steak Hub
Apa yang akan bermain di dalam kepala kita jika kita ingin keluar makan di sesuatu kedai? Pastinya kebersihan kedainya dan juga kepastian mengenai halalnya sesebuah kedai itu. Kedai ini semestinya menghidangkan daging yang sangat berkualiti tinggi dan semestinya halal.
Lokasi Me'nate Steak Hub di tepi Corner
Me'nate Steak Hub, nama yang sangat terkenal di kalangan peminat-peminat makanan Western. Buat kali pertama saya dapat menjejak kaki ke restaurant ini yang selalu diwar-warkan di television dan malahan menjadi tular di media sosial oleh orang ramai.
Cawangan Shah Alam
Ruangan Luar Kedai
Saya telah berkesampaian ke cawangan Shah Alam yang terletak di Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor. Kawasannya merupakan tempat yang strategik di mana tiada masalah mencari tempat letak kereta dan parkingnya sangat murah. Ini memudahkan pelanggan mencari tempat meletak kereta dengan masa yang sangat singkat.
Antara Dessert Yang Ada di Sini
Me'nate Steak Hub terletak di bahagian corner dan betul-betul di bahagian depan tempat memasuki kawasan Vista Alam. Tanda nama kedainya yang besar dan klasik begitu jelas dipampang di hadapan kedai.
Kaunter
Hidangan Istimewa di Me'nate Steak Hub
Platter Set ; Lamb, Ribs, Steak, ChickenSetelah mendapat tempat duduk, kami dihidangkan sup cendawan yang merupakan homemade oleh Me'nate Steak Hub. Supnya sangat pekat dan creamy. Malahan mereka tidak kedekut dengan kuantiti cendawan yang terdapat di dalamnya. Penggemar sup cendawan pasti akan berasa puas hati dengan keunikan rasa sup cendawan homemade mereka.
Sup Cendawan sebagai permulaan menu
Package Hidangan IstimewaAir pula dihidangkan secara self service dan free flow. Terdapat minuman sejuk seperti air mangga, ice lemon tea dan blackcurrant manakala terdapat air panas seperti white coffee, cappuccino dan mocha. Mereka juga menyediakan air dari penapis Coway.
Package Hidangan Istimewa RamadhanHidangan platternya sangat besar yang terdiri daripada ayam, daging, kambing, dan bahagian ribs. Kesemuanya mempunya keunikan rasa masing-masing. Ayamnya sangat tebal dan harum dengan rasa yang manis. Ribnya lembut dan juicy, setiap kunyahan mengeluarkan rasa yang unik dari hasil perapan dan cara pembakarannya. Kambingnya lembut dan manis rasanya di lidah. Dagingnya sangat fresh dan juicy, tidak seperti daging yang biasa dimakan di kedai lain. Apa yang membezakan kedai ini dengan kedai lain adalah kualiti daging mereka yang sangat berpatutan dengan harganya dan juga seasoning dan cara memasak daging tersebut yang membuat rasanya begitu juicy, tender and wangi.
Package Hidangan Istimewa Ramadhan-Nasi BryaniMereka juga menghidangkan sebuah pinggan yang terdiri daripada buah kurma dan kuih tradisional iaitu kek lapis sebagai pembuka puasa untuk pakej berbuka puasa ketika bulan Ramadhan. Tidak terlupa juga sebuah pinggan yang disikan dengan buah-buahan seperti anggur, tembikai, oren, dan tembikai susu.
Package Hidangan Istimewa Ramadhan-Spaghetti Aglio-Olio
Hidangan setiap pax mempunyai pilihan sama ada Spaghetti Aglio Olionya sedap digoreng dgn kepedasan yang mencukupi atau Nasi Bukhari Briyani yang sedap lembut dan secukup rasa. Semua nora makan paling best sekali Spaghetti Aglio Olio dan yang menarik sekiranya makanan kita tidak habis, kita boleh bawa balik. Haaaaa tak rugi bayar mahal-mahal kannnn...
With Teacher Raja Nadiah
Inilah Set Platter Package Ramadhan
Berikut merupakan harga pakej "Istimewa Group Steak Ramadhan" yang ditawarkan oleh Me'nate Steak Hub:
Dewasa (12 tahun ke atas)Harga asalnya merupakan RM99.90Harga promosi jatuh kepada RM89.90
Kanak-kanakHarga asalnya merupakan RM49.90Harga promosi jatuh kepada RM39.90
Untuk sebarang tempahan, anda boleh hubungi secara Call/Whatsapp/SMS di:019-3911047 / 019-4771047 / 019-2611047
Anda juga boleh melayari mereka di:
Me'nate Steak Hub di Facebook : menatesteakhub
&
menatesteakhub di Instagram : @menatesteakhub
Frozen Side Dish
Terdapat 4 lokasi cawangan Me'nate Steak Hub iaitu di:
1. SetapakC-01-03, Starparc Point,Jalan Taman Ibukota,Off Jalan Genting Klang,53300 Kuala Lumpur
2. Ampang Jaya16, Jalan Kerja Air Lama Satu,Taman Shuet Liang,Ampang, Selangor
3. Bandar Baru BangiNo. 25, Jalan Medan Pusat 2D,3B Curve Business Park, Seksyen 9,43650 Bandar Baru BangiSelangor
4. Shah AlamLot F-36, Vista Alam,Jalan Ikthisas 14/1 Off Persiaran Damai,Seksyen 14, 40000 Shah Alam,Selangor
Package Ramadhan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ummizarra.com/2017/05/istimewa-ramadhan-di-menate-steak-hub.html