Istilah Istilah Kuala Wakaf Dan Lain Lain Bagi Tempat Tempat Di Malaysia


Di  negara  barat,terdapat beberapa tempat yang mempunyai kata  akhiran (suffixes),seperti  Plymouth,UK yang mana -mouth bermaksud kuala sungai (rivermouth),Rochdale yang mana -dale adalah perkataan Inggeris  lama untuk lembah.-burg  pada Edinburg untuk bandar/pekan dan -holm pada  Stockholm  adalah  perkataan  Norse  untuk  pulau  kecil.

Di  Malaysia, kita  juga  mempunyai  perkataan-perkataan  di  awalan  nama  tempat  yang  agak  unik. Adakalanya nama-nama  ini  hanya  terhad  kepada  beberapa  negeri  sahaja.  Sesetengah  perkataan  ini  mempunyai  maksud  yang  agak  jelas  memandangkan  perkataan  ini  masih  lagi  digunakan, contohnya  seperti  bukit, kota dan sungai  manakala  sebahagian  lagi  agak  sukar  untuk  diketahui  maknanya. Entri ini akan menyenaraikan nama penempatan berupa bandar/pekan tertentu  sahaja melainkan tidak terdapat terlalu banyak bandar/pekan yang boleh dijadikan contoh.

1)Kota

-merujuk  kepada  penempatan utama berupa bandar dan pekan. Perkataan  bandar  lebih  banyak  digunakan  kerana  maksud kota  mengikut  Kamus  Dewan  lebih  berat  kepada  benteng  pertahanan  atau  kubu (fort). Kebiasaannya,kawasan  yang  mempunyai  nama  "kota" memiliki  sejarah  yang  panjang  dan  pernah  berfungsi  sebagai  kubu. Awalan ini banyak digunakan di Sabah, Kedah dan Selangor.






                                        Kota Kinabalu  adalah  petempatan terbesar  dengan  awalan  "kota" dengan  populasi  600k

Contoh:-Kelantan -Kota  Bharu
Sabah      -Kota Kinabalu,Kota Belud,Kota Marudu
Kedah     -Kota  Kuala  Muda,Kota  Sarang Semut,
Selangor -Kota Damansara,Kota  Raja dan Kota Kemuning.
Johor      -Kota Tinggi,


2)Sungai
-maknanya  agak  jelas  atau  straightforward,namun tidak semua tempat yang mempunyai awalan sungai mempunyai etimologi yang sama. Misalnya Sg.Nibong dinamakan sempena dua sungai yang mengalir  melaluinya  iaitu  Sg.Nibong Kecil dan Sg.Nibong Besar, manakala Sg.Siput pula sempena sebatang sungai berhampiran Masjid India yang dikatakan penuh dengan siput. Mudah disimpulakn adalah tempat-tempat sebegini mempunyai  sejarah  berkaitan  sungai  tertentu. Awalan ini hanya wujud di Semenanjung dan banyak didapati di Pulau Pinang dan Selangor.

                                             
Sungai Petani  adalah  petempatan  terbesar  dengan  awalan "sungai"  dengan  populasi  400k  penduduk

Contoh:Kedah                 -Sg.Petani
Perak                  -Sg.Siput
Pulau Pinang     -Sg.Dua,Sg.Ara,Sg.Bakap,Sg.Nibong
Selangor             -Sg.Besi,Sg.Besar,Sg.Buloh,Sg.Pelek,Sg.Penchala,Sg.Tengi
Negeri Sembilan-Sg.Gadut
Pahang                -Sg.Koyan,Sg.Lembing
Melaka                -Sg.Udang,Sg.Rambai
Johor                   -Sg.Rengit

3)Bukit
-sama seperti sungai, etimologi tempat-tempat ini dipengaruhi persekitarannya yang berbukit. Pekan dan bandar dengan awalan ini hanya didapati di Semenanjung.

Bukit  Mertajam  merupakan  petempatan  terbesar  dengan  awalan  "bukit" dengan 200k penduduk

Contoh:-                                             
Kedah           -Bukit Kayu Hitam,
P.Pinang       -Bukit Mertajam,Bukit Jambul, Bukit Tambun,
K.Lumpur   -Bukit Bintang,Bukit Jalil,
Selangor      -Bukit Beruntung,Bukit Tinggi,
Melaka        -Bukit Beruang,Bukit Katil,
Johor           -Bukit Gambir,Bukit Pasir,Bukit Bakri,Bukit Indah,
Terengganu -Bukit Payong,Bukit Besi,


4)Kuala
-merujuk kepada penempatan yang berada di muara sungai  atau  di  pertemuan  antara  dua  sungai. Sesetengah  daripadanya  mempunyai  kisah  tersendiri  berkaitan  sungai  tertentu. Beberapa negeri di Malaysia  mempunyai  sebuah bandar/pekan di kuala sungai yang dinamakan  sempena  nama  negeri. Awalan ini adalah yang paling banyak digunakan untuk pekan dan bandar di seluruh Malaysia kecuali Pulau Pinang dan Johor.

 Kuala  Lumpur  adalah  petempatan  terbesar  di  kuala  pertemuan  dua  sungai  dengan  lebih  1  juta  penduduk

Kuala  Terengganu  adalah  petempatan  terbesar  di  muara  sungai dengan  300k  penduduk

Contoh:-
Perlis                  -Kuala Perlis                                                           
Kedah                -Kuala Kedah,Kuala Ketil,Kuala Nerang
Perak                 -Kuala Sepetang,Kuala Kangsar
Selangor             -Kuala Selangor,Kuala Kubu Bharu
Kuala Lumpur
Negeri Sembilan-Kuala Pilah
Melaka                -Kuala Sungai Baru
Pahang                -Kuala Rompin,Kuala Lipis
Terengganu        -Kuala Terengganu,Kuala Nerus,Kuala Ibai
Kelantan             -Kuala Krai
Sarawak             -Kuala Tatau,Kuala  Baram
Sabah                 -Kuala Penyu,Kuala Marudu

5)Tanjung
-penempatan yang mempunyai awalan ini kebiasaannya berada pada  daratan  yang  menganjur  ke  laut. Namun, penempatan dengan nama sebegini di Perak terletak di tanjung sungai.


                                                                             
Tanjung  Malim  merupakan  petempatan  terbesar  dengan  awalan  "tanjung" dengan 20k penduduk


Contoh:
Kedah    -Tanjung Dawai
P.Pinang -Tanjung Bungah,Tanjung Tokong
Perak      -Tanjung Malim,Tanjung Rambutan,Tanjung Tualang
Pahang   -Tanjung Gemok
Selangor -Tanjung Karang,Tanjung Sepat
Melaka   -Tanjung Kling
Johor      -Tanjung Sedili
Sabah     -Tanjung Aru


6)Teluk
-penempatan yang mempunyai awalan ini pula berada pada kawasan yang mana laut  menganjur ke daratan atau yang terletak di teluk sungai.

Dengan  kira-kira  200k  penduduk,Teluk  Intan  merupakan  petempatan  terbesar  dengan  awalan  "teluk"

Contoh:                                         
P.Pinang             -Teluk Kumbar,Teluk Bahang
Perak                  -Teluk Intan
Selangor             -Telok Panglima Garang
Negeri Sembilan-Teluk Kemang
Pahang                -Teluk Cempedak
Johor                   -Teluk Danga
Melaka                -Telok Mas


7)Pasir
-sejarah  tempat  dengan  awalan  "pasir" agak  berbeza  namun  mempunyai  persamaan  berkenaan  pasir. Biasanya  kawasan  dengan  awalan  ini  berhampiran  sungai  dan  laut, diikuti  nama  akhir  seperti  Salak,Gudang  dan  Mas  untuk  menggambarkan  suasana  tempat  itu  ketika  itu.

Pasir  Gudang,dengan  populasi  200k  merupakan  bandar  terbesar  dengan  awalan  "pasir". Kredit: FB Saya Orang Johor
Contoh:
Kelantan            -Pasir Mas,Pasir Putih,Pasir Pekan
Johor                  -Pasir Gudang,-Pasir Salak,Perak
Negeri Sembilan-Pasir Panjang


8)Alor
-penempatan  dengan  nama  sebegini  kebiasaannya  berada di  lurah  bukit, alur  juga  membawa  maksud  lekukan  pada  sungai.

Alor Setar,  dengan  kira-kira  lebih  300  ribu  penduduk, merupakan  bandar  terbesar  dengan  awalan  "alor"

Contoh:
Kedah     -Alor Setar,Alor Mengkudu,Alor Merah,Alor Malai
Melaka   -Alor Gajah
Perak      -Alor Pongsu


9)Padang
-nama  padang  biasanya  membawa  maksud  sebuah dataran  rumput  yang  luas,  namun  kebanyakan  tempat  yang  mempunyai  etimologi ini  membawa  maksud  kerja-kerja  membersihkan  dan  meneroka  sesuatu  tempat  daripada  hutan  belantara  untuk  membentuk  perkampungan. Namun, ada  juga  yang  betul-betul  merujuk  kepada  dataran  rumput  yang  luas.

Padang  Besar  adalah  pekan  utama  yang  menggunakan  awalan  "padang"

Contoh:
Perlis      -Padang Besar
Kedah     -Padang Serai,Padang Mat Sirat,Padang Terap
Perak      -Padang Rengas
Pahang   -Padang Tengku
Selangor -Padang Jawa
Melaka   -Padang Temu


10)Ulu/Hulu
-Biasanya  kawasan  ini  terletak  di  hulu  sungai.

Ulu  Yam  merupakan salah  satu  kawasan  sub-urban  Johor  Bahru

Contoh:
Selangor -Ulu Yam,Hulu Bernam,Ulu Kelang,Hulu Langat
Johor      -Ulu Tiram
Perak      -Ulu  Kinta


11)Simpang
-kawasan  dengan  awalan  nama  ini  boleh  dikatakan  agak  baru  kerana  diberikan  berdasarkan  kedudukannya  yang  terletak  di  persimpangan  jalan.

Simpang  Pulai  adalah  kawasan  sub-urban  bagi  bandaraya  Ipoh

Contoh:
Perlis                  -Simpang Empat
Kedah                -Simpang Empat
P.Pinang             -Simpang Ampat
Perak                  -Simpang Pulai, Simpang Lima
Negeri Sembilan-Simpang Pertang,Simpang Durian
Melaka                -Simpang Ampat,Simpang Bekoh
Johor                   -Simpang Renggam
Pahang                -Simpang Pelangai


12)Seberang
Merujuk  kepada  kawasan  yang  berada  di  seberang  laut  atau  sungai.

Seberang  Jaya  merupakan  satu-satunya  petempatan  bertaraf  bandar  dengan  awalan "seberang"

Contoh:-
Perlis          -Seberang Ramai
P.Pinang     -Seberang Jaya
Perak          -Seberang Perak
Terengganu-Seberang Takir,Seberang Marang

Sumber:
http://asamgaram2puteri.blogspot.com/2012/12/sejarah-pelancongan-sungai-siput-u.html
https://www.selangor.gov.my/sabakbernam.php/pages/view/317
https://www.facebook.com/722184041216669/posts/pasir-pekan-merupakan-sebuah-pekan-dalam-jajahan-tumpat-di-negeri-kelantan-ia-be/722477094520697/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kamusbergerak.blogspot.com/2019/05/istilah-istilah-kualawakaf-dan-lain-lain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Tempat Makan Sedap Di Kuala Lumpur

5 Tempat Makan Sedap Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 407 hits
Salah satu perkara yang membuatkan Malaysia unik di mata dunia adalah kepelbagaian dan keenakkan makanan yang terdapat di tanah air tercinta ini Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dengan variasi budaya dan cara hidup yang pelbagai meng...
Sunway Lost World Of Tambun Puts Malaysia First In Raya Celebration

Sunway Lost World Of Tambun Puts Malaysia First In Raya Celebration

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 386 hits
Sunway Lost World Of Tambun celebrates the Raya festive season with its MalaysiaFirst Lah themed campaign from 25th May to 9th June 2019In conjunction with the upcoming Hari Raya and school holidays Sunway Lost World Of Tambun is hosting a ...
Citarasa Malaysia For Iftar Kontiki Restaurant The Federal Hotel

Citarasa Malaysia For Iftar Kontiki Restaurant The Federal Hotel

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 426 hits
I remembered attended a buka puasa event Kontiki Restaurant The Federal Hotel Kuala Lumpur last year and its vast space and a mammoth spread of delicious delicacies So when I was invited to another buka puasa event there it was an invitatio...
Lim Kit Siang Ultra Cina Dap Bukan Anak Jati Malaysia

Lim Kit Siang Ultra Cina Dap Bukan Anak Jati Malaysia

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 841 hits
Lim Kit Siang yang lahir di Funan negara China datang ke Tanah Melayu dengan bapak dia di tahun 1957 Mereka dapat ehsan dari orang2 Melayu di Batu Pahat Johor Umur Lim Kit Siang masa tu 16 tahun Mula2 bapak Lim Kit Siang cuma ternak ayam je...
Asal Usul Bubble Tea Di Malaysia

Asal Usul Bubble Tea Di Malaysia

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 404 hits
Ini kisah orang pertama yang menjadikan budaya minum bubble tea sebagai satu cara hidup yang bergaya ke dalam Malaysia Namanya ialah Bryan Loo seorang bekas jurujual di syarikat bioteknologi Tanpa pengalaman di dalam bisnes makanan dan minu...
4952 Marsyila Bersyukur Anak Anak Ada Baju Raya Malaysia Gazette 21 5 19

4952 Marsyila Bersyukur Anak Anak Ada Baju Raya Malaysia Gazette 21 5 19

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 568 hits
KUALA LUMPUR Siapa sangka kesuraman Marsyila Zakaria bersama enam anaknya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri sebelum ini sebelum ini semakin bersinar apabila rezeki pada bulan Ramadan tidak putus daripada sumbangan orang ramai yang prihat...
Piala Sudirman 2019 Malaysia Tumpas Kepada China

Piala Sudirman 2019 Malaysia Tumpas Kepada China

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 335 hits
Pemain muda negara tidak mampu mengalas tanggungjawab berat menentang tuan rumah China dalam kejohanan Piala Sudirman 2019 Kejohanan yang menampilkan acara berpasukan secara campuran itu menyaksikan Lee Chong Wei tidak beraksi Tanggungjawab...
30 Rumah Kebajikan Di Seluruh Malaysia Menerima Sumbangan Daripada Watsons

30 Rumah Kebajikan Di Seluruh Malaysia Menerima Sumbangan Daripada Watsons

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 267 hits
Bersempena bulan yang mulia ini syarikat kesihatan dan kecantikan terkenal Watsons mengambil kesempatan dalam melakukan amal kebajikan dengan menderma kepada rumah kebajikan The post appeared first on
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online