Istiadat Konvokesyen Ke 60 Sidang Ke 13 Konvo Dengan Si Kecik 33 Minggu
AlhamdulillahAlhamdulillahAlhamdulillah
Syukur ke hadrat Allah atas kurnia dan rezeki dari Nya, akhirnya beauty berpeluang untuk menjejakkan kaki ke pentas bagi menerima segulung hasil keringat dalam keadaan masih sihat dan gagah di Istiadat Konvokesyen Ke 60 - Sidang Ke 13, Universiti Malaya (sidang terakhir) yang telah berlangsung pada 27 November 2021 bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya
Tiada apa yang mampu beauty ungkapkan. Sepanjang istiadat berlangsung, perasaan bercampur baur. Terharu kerana akhirnya cita-cita beauty naik pentas menerima scroll akhirnya tercapai, gembira kerana doa beauty untuk berkonvo bersama anak yang dikandung Allah makbulkan dan sedih kerana family beauty tak dapat hadir turut bersama di dalam dewan menyaksikan detik sejarah beauty kerana situasi Covid19 di Malaysia yang masih belum mengizinkan sebarang acara di laksanakan dengan kapasiti penuh dewan. Namun Allah adalah sebaik-baik perancang. Puas sudah beauty, keluarga dan sahabat-sahabat bergambar kenangan sebelum jubah dipulangkan. 💖
Waktu pembaca doa membaca doa, hati beauty sebak sangat. Air mata hampir berjurai tapi control macho punya pasal duk tahan jangan sampai berjurai. Hihihi
Perkara paling beauty tak sangka berlaku sepanjang tempoh nak ke dewan, di dalam dewan adalah satu nikmat rezeki yang Allah bagi pada beauty kerana membawa si kecil di dalam perut. Seturunnya dari kereta menuju ke ruangan parkir bas untuk para graduan, beauty di sambut oleh staf UM yang bertugas dengan pertanyaan "Puan mengandung ya? Ibu mengandung kita asingkan kenderaan istimewa berasingan dengan graduan lain"... Allah, sedangkan beauty pada mulanya asyik terfikir macam mana nak berjalan kaki jauh dengan kasut tinggi sampai pakai sneaker dulu, kasut tinggi dibawa dalam bag.. Dah planning sampai macam tu sebab Wak Ji memang tak bagi isteri dia jalan jauh pakai heels risau nanti sakit kaki, sakit pinggang hik hik.... Makanya beauty pun naiklah van khas tak perlu panjat bas tinggi sambil dipimpin oleh staf bertugas. Bukan setakat naik van asing, sesampai je di Dewan Tunku Canselor, kami (2 orang ibu mengandung) di pimpin sampai ke tempat duduk khas barisan awal di depan pentas dan kami akan mengambil scroll paling awal supaya tak perlu duduk menunggu lama majlis istiadat habis diselesaikan... Malah beauty tak perlu pun menukar pakai kasut heels yang beauty bawa sebab staf di sana kata mereka lebih mengutamakan keadaan keselamatan ibu mengandung.... Dengan naik tangga, turun tangga pentas lagi semua di pimpin digenggam erat oleh staf bertugas... Sebaik selesai kami ibu-ibu mengandung menerima scroll, kami dibenarkan keluar dewan dan pulang awal dan tak perlu menunggu yang lain kerana mereka amat risaukan keadaan kami dan faham kami tak mampu untuk duduk lama di atas kerusi.... Alhamdulillah Allahuakbar..
Terima kasih yang tak terhingga pada baby mommy yang berikan mommy peluang merasa nikmat rezeki yang tak terhingga seperti ini... Sesungguhnya Allah itu dah berjanji bahawa setiap anak itu ada rezeki yang dibawa bersama... Walau kita masih belum bersua muka, namun kasih dan cinta mommy & daddy adalah tidak terluah dengan kata-kata 👪
Oleh kerana istiadat konvo berlangsung dalam situasi tiada sebarang tetamu di dewan utama, pihak UM telah membuat YouTube live untuk ahli keluarga dan orang awam yang lain untuk menonton bersama. Terima kasih buat Universiti Malaya sekali lagi atas persediaan yang sangat jitu dan terbaik
Mommy baby duduk depan sekali 2 dari kiri depan tangga pentas. hihi
Suasana dan kedudukan graduan di dalam dewan
Mommy happy walaupun pakai mask tetap senyum lebar tangan bergetar hik hik
Proud wifey, proud daughter, proud sister & proud mommy-to-be. Thank you Vice Chanselor
Habis dah nervous jom turun tangga hati-hati hihihi
Happy watching 😇 Semoga detik ini adalah detik permulaan baby mommy yang akan terus pintar, cerdik, cemerlang, gemilang dan terbilang suatu hari nanti... Some people said, IQ anak-anak akan ikut mommynya... Perbuatan je ikut daddynya... InshaaAllah pandai la anak mommy nanti.... Sorry daddy!! Ayayaiiii!!! 😆😆😆😇😇😇
Another 3 weeks plus mommy & daddy kena follow advise doktor untuk precious one mommy daddy... Semoga segalanya yang terbaik dan mommy dipermudahkan urusan dalam melahirkan.. Amiin amiin ya mujib... 💘
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://miszbeauty.blogspot.com/2022/01/istiadat-konvokesyen-ke-60-sidang-ke-13.html