Bantuan Wang Ihsan Selesai Diagih Hujung Minggu Ini Pm


Oleh Bernama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 kepada ketua isi rumah terjejas dengan banjir di seluruh negara dijangka selesai diagihkan sebelum hujung minggu ini.
Beliau berkata, setakat ini, lebih 70 peratus ketua isi rumah yang terkesan dengan bencana itu telah menerima bantuan berkenaan setakat ini.
Perdana Menteri berkata, beliau tidak hanya memberi tumpuan terhadap pengumuman semata-mata malah menekankan pelaksanaan yang cepat agar rakyat tidak menunggu lama untuk mendapat bantuan dalam usaha mengurangkan kesusahan rakyat ketika ini.
“Saya dah umumkan macam-macam insentif dan bantuan kerajaan tapi tak cukup dengan pengumuman, yang pentingnya pelaksanaan, dan saya berpuas hati dengan pelaksanaan Bantuan Wang Ihsan ini. Dah lebih 70 peratus mangsa banjir dah terima dan dijangka sehingga sebelum akhir minggu ini, seluruh Malaysia selesai 100 peratus, tapi banyak lagi saya umumkan, iaitu kita nak supaya dipercepatkan.
“Saya tak nak umum enam bulan, tujuh bulan tak selesai rakyat menunggu. Jadi saya tak mahu rakyat menunggu lama, mereka tengah susah, kita selesaikan kesusahan mereka. Jadi biarlah kita fokus kepada isu rakyat dulu sebelum isu-isu lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan berkenaan kepada 55 ketua isi rumah yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gangsa, Alor Gajah berikutan banjir yang kembali melanda Melaka sejak Sabtu lepas.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Kamel Mohamad.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pemberian Bantuan Wang Ihsan kini dipermudah dan diperluas kepada semua mangsa yang terjejas dengan bencana itu apabila rakyat yang terkesan tidak perlu mengisi terlalu banyak borang dan ia turut diberikan kepada mereka yang tidak berpindah ke PPS.
“Macam di sini (PPS SK Gangsa), saya difahamkan mereka (mangsa) tak perlu isi banyak borang-borang pun kerana nama mereka di pusat pemindahan tu dah ada, jadi gunakan nama tersebut untuk kita bayar (Bantuan Wang Ihsan). Kalau dah balik, itu macam dulu sampai tiga bulan, enam bulan baru selesai.
Ini terus kita bayar supaya memudahkan mangsa untuk mengurangkan bebanan mereka. Yang lain-lain tu mangsa yang tidak berpindah ke PPS, yang berpindah ke rumah saudara mara, kawan-kawan dan sebagainya mereka perlu melaporkan kepada pusat bencana daerah yang dipengerusikan oleh pegawai daerah,” katanya.
Ismail Sabri berkata, mangsa banjir perlu segera membuat laporan kepada pegawai di pejabat daerah dan berkata beliau difahamkan ada pejabat daerah yang melaksanakan pendaftaran mangsa banjir secara dalam talian dan diharap bantuan dapat segera disalurkan.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, beliau telah meluluskan sejumlah RM8 juta peruntukan bagi Projek Tebatan Banjir (RTB) di Melaka dan projek berkenaan akan dilaksanakan dengan segera bagi mengurangkan kesan banjir kepada penduduk jika ia berlaku lagi dalam masa terdekat.
“Saya dah lulus RM8 juta untuk (projek RTB) jangka pendek. Kalau boleh air dah surut ni kita boleh mulakan projek dengan segera,” katanya.
Terdahulu Perdana Menteri mendengar taklimat mengenai situasi banjir di negeri Melaka di kediaman rasmi Ketua Menteri.
Beliau meluangkan masa hampir sejam sebelum menyantuni mangsa banjir di PPS SK Gangsa dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Pengkalan Alor Gajah.— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/bantuan-wang-ihsan-selesai-diagih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mangsa Banjir Layak Dapat Bantuan Wang Ihsan Walaupun Tidak Berpindah Ke Pps

Mangsa Banjir Layak Dapat Bantuan Wang Ihsan Walaupun Tidak Berpindah Ke Pps

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 503 hits
Mangsa Banjir Layak dapat Bantuan Wang Ihsan Walaupun Tidak Berpindah Ke PPS Bantuan Wang Ihsan akan diberikan kepada mereka yang terjejas akibat bencana banjir Bantuan Wang Ihsan ini masih akan diberikan kepada mangsa banjir walaupun tidak...
28 287 Mangsa Banjir Terima Bantuan Wang Ihsan Pm

28 287 Mangsa Banjir Terima Bantuan Wang Ihsan Pm

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 209 hits
28 287 mangsa banjir terima bantuan wang ihsan PM Setakat tengah hari tadi seramai 28 287 mangsa banjir telah menerima Bantuan Wang Ihsan daripada kerajaan kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Bagi mereka yang masih belum mendaftar atau...
Bantuan Wang Ihsan Sudah Disalur Kepada Lebih 28 000 Mangsa Banjir

Bantuan Wang Ihsan Sudah Disalur Kepada Lebih 28 000 Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 240 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Seramai 28 287 mangsa bencana banjir telah menerima Bantuan Wang Ihsan sehingga 12 tengah hari tadi Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ciap...
Hiburan Ds Vida Risau Bantuan Tidak Diagih Dengan Baik Edar Sendiri Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Hiburan Ds Vida Risau Bantuan Tidak Diagih Dengan Baik Edar Sendiri Bantuan Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 311 hits
Risau bantuan tidak diagihkan dengan baik usahawan sensasi mengambil inisiatif untuk turun padang menghulurkan sendiri bantuan terus kepada mangsa banjir di beberapa lokasi terjejas 3 hari laluDS Vida Amuk Di IG Mohon Beri Bantuan Banjir Ke...
Memastikan Wang Sumbangan Banjir Diagih Kepada Mangsa Bencana

Memastikan Wang Sumbangan Banjir Diagih Kepada Mangsa Bencana

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 242 hits
Walaupun ramai yang teruja untuk membantu namun kebimbangan timbul berhubung ketelusan dalam pengurusan wang derma dan sumbangan kepada mangsa Mangsa banjir Zariah Yeop Shamsuddin bersama suaminya Ramli Ahmad dan saudara mara lain melakukan...
Pasangan Eur Usd Pada 27 Disember Minggu Dagangan Terbaru Menjelang Apakah Yang Diharapkan Daripada Pasangan Mata Wang

Pasangan Eur Usd Pada 27 Disember Minggu Dagangan Terbaru Menjelang Apakah Yang Diharapkan Daripada Pasangan Mata Wang

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 177 hits
Selamat sejahtera mari menganalisis pasangan mata wang EUR USD dengan menggunakan analisis gelombang Carta masa 4 jam bagi pasangan EURUSD Menurut teori Elliott Wave arah aliran pembetulan terbentuk pada tahap gelombang yang lebih tinggi ya...
Wang Ihsan Paling Cepat Dalam Sejarah Pm

Wang Ihsan Paling Cepat Dalam Sejarah Pm

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 227 hits
Oleh KOSMO Ismail Sabri menyampaikan wang bantuan ihsan kepada mangsa banjir di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh Dataran Bahaman di sini hari ini TEMERLOH Penyaluran bantuan melalui wang ihsan kepada mangsa banjir kali ini dilihat paling c...
Sarapan Lontong Dengan Roti Canai Di Hujung Minggu

Sarapan Lontong Dengan Roti Canai Di Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 220 hits
Sarapan Lontong Dengan Roti Canai Di Hujung Minggu Untung la kita hujung minggu ni cuti sabtu ahad jika tidak hari sabtu half day kerja Selamat bercuti kepada semua bagi yang menyambut Christmas sentiasalah jaga SOP dan keselamatan diri Nak...
Di Mana Wang Bersembunyi Mata Wang Terbaik Pada Tahun 2022 Menurut Pedagang Berpengalaman

Di Mana Wang Bersembunyi Mata Wang Terbaik Pada Tahun 2022 Menurut Pedagang Berpengalaman

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 279 hits
Kesatuan Eropah dan pasaran baru muncul rantau Pasifik dan Scandinavia kepelbagaian sasaran untuk perdagangan dan pelaburan jangka pendek untuk masa depan membuatkan anda tertanya tanya mata wang mana yang lebih menarik untuk didagangkan pa...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Tshirt Family Day 2024 Tempahan Tshirt Family Day

Memahami Hipertiroidisme Dan Thyrotoxicosis

Mazda Cx 5 Suv Premium Dengan Fitur Modern Dan Performa Memukau

Silat Gayong

Kaki Pelancong Terpaksa Dipotong Semasa Berkayak

3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat