Isterinya Sudah Lama Meninggalkan Dia Sejak Kakinya Membusuk 2 Bulan Lalu Bekas Isteri


The Reporter


Meskipun sudah tidak bersama, diceraikan kerana mengejar isteri muda, bekas isteri pesakit ini sanggup datang melawat lelaki yang pernah hidup bersama dengannya. Tidak sanggup dirinya melihat keadaan bekas suaminya yang terlantar koma. 
Anak-anak pula enggan melawat ayah mereka semenjak ibu bapa mereka bercerai. Apatah lagi isteri muda yang dikatakan sudah meninggalkan lelaki itu apabila mengetahui keadaannya sebegitu. 
Ramai netizen yang terkesan membaca perkongsian Dr Nurilyani Bujang ini. Sebak dan terus mengingatkan pasangan masing-masing agar tidak mengulangi kesilapan seumpama itu. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua

WAJAH wanita itu sayu melihat lelaki yang terlantar di atas katil ICU. Wanita itu diceraikan pada umur 50 tahun, setelah 25 tahun bersama lelaki yang terbaring koma di atas katil. 
"Saya minta maaf, boleh saya bertanya anak-anak puan di mana?" 
"Anak kami dua orang, doktor. Tetapi anak semua dah besar. Mereka tidak mahu datang melawat ayahnya," katanya. 
"Kenapa?"
"Sejak kami bercerai, anak-anak menjauhkan hati dari ayahnya, doktor," dia menangis teresak-esak. 
"Jadi, siapa waris yang ada sekarang ini?" 
"Dia dah kahwin setahun lepas, ada isteri baru. Tapi setahu saya isterinya sudah lama meninggalkan bekas suami saya sejak kakinya membusuk dua bulan lalu."
Kepala aku makin pening, namun masih bersabar melayan wanita di hadapan mataku ini. Di saat lelaki ini terdampar koma di atas katil ICU, sudah menjadi tugasku untuk mencari dan mengenalpasti siapakah waris. Segala perihal pesakit, surat menyurat, kebenaran untuk rawatan perlu dibincangkan dengan waris. 
Bukan sekali aku jumpa keluarga yang berantakan di usia lanjut. Banyak. Kenapa? Kerana lupa diri. Ramai yang berkata, "wanita diuji sewaktu suaminya susah, lelaki pula diuji sewaktu dia sudahpun senang'. Itulah yang aku selalu lihat di depan mata. 
Wanita yang diceraikan kerana suaminya gelap mata. Bila anak sudah besar, duit sudah tidak ke mana. Rezeki pula makin mudah. Kerja dan syarikat-syarikat semuanya sudah stabil. Pekerja ramai, hanya rileks dan kaut untung sahaja. 
Masa banyak, duit banyak. Jadi hati pun kembali muda. Maka ramailah betina yang tergedik-gedik ingin menjadi pendengar setia masalah keluarga. 
Mula-mula berbual, selepas itu bercerita hal masalah suami isteri. Kemudian perasaan itu berubah menjadi kasihan dan lama kelamaan curang itu semakin dekat. 
"Jadi, puan datang ke sini bagaimana?" 
"Mak mentua saya yang beritahu. Dia pun tak sihat, kena strok. Saya datang sebagai tanda hormat lelaki ini pernah saya hidup dengannya berpuluh tahun. Sedih saya melihat keadaannya, doktor. Tapi saya ini bukan siapa pada dia, hanya bekas isteri. Menjaga dia pun bukan tanggungjawab lagi. Apa lagi nak buat keputusan bagi pihak dia." 
"Baiklah puan, puan duduk dan rehatlah di sini. Tenangkan diri," aku pun tinggalkan wanita itu melayan perasaannya. Biarlah air matanya gugur. 
Keesokan harinya, lelaki itu meninggal dunia. Seorang diri, hanya kami yang mengajar kalimat suci di telinga. Tanpa keluarga, tanpa isteri atau lebih elok disebut bekas isteri, tanpa isteri muda yang sudah lari, tanpa anak-anak yang menjauh hati, tanpa ibunya yang juga sakit tidak boleh bergerak sendiri, hanya dia dan kami. 
Kami kemas jenazah itu untuk dibawa pergi ke bilik mayat, tanpa waris yang mengiringi. Entah siapa yang tuntut kemudiannya, saya pun tidak pasti. 
Tua sepatutnya menjadikan kita lebih dekat dengan keluarga, lebih dekat dengan Tuhan. 
Dr Nurilyani BujangAir mata insaf di ICU

March 27, 2019 at 02:21PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2019/03/isterinya-sudah-lama-meninggalkan-dia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Jangan Biarkan Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk Peluk Dia Lama Lama Buat Kejutan Dalam Rumahtangga Setiap Hari

Suami Jangan Biarkan Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk Peluk Dia Lama Lama Buat Kejutan Dalam Rumahtangga Setiap Hari

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 422 hits
Suami jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk Peluk dia lama lama Buat kejutan dalam rumahtangga setiap hari Isteri yang dibiarkan tanpa dipujuk biasanya mereka akan menjauh hati dan diri Tidur mungkin masih sekatil tapi mimpi lain lain...
Semoga Nelydia Bahagia Ucapan Qi Razali Buat Bekas Kekasihnya Yang Bakal Berkahwin Tidak Lama Lagi

Semoga Nelydia Bahagia Ucapan Qi Razali Buat Bekas Kekasihnya Yang Bakal Berkahwin Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 456 hits
PELAKON dan pengacara Qi Razali memberitahu dia berasa bahagia apabila bekas teman wanitanya yang juga aktres Nelydia Senrose bakal menamatkan zaman solo tidak lama lagi Qi berkata dia mendoakan segala urusan Nelydia dan bakal suaminya dipe...
Mahkamah Khas Perkahwinan Berkuasa Sita Harta Suami Enggan Bayar Nafkah Bekas Isteri

Mahkamah Khas Perkahwinan Berkuasa Sita Harta Suami Enggan Bayar Nafkah Bekas Isteri

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 252 hits
Mahkamah Khas Perkahwinan Hadhanah dan Nafkah yang dijangka beroperasi pada Mei 2019 ini mempunyai kuasa menyita harta lelaki yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri dan setakat ini pengoperasian mahkamah tersebut berada di peringkat...
Hukum Keluar Dengan Bekas Isteri Bersama Anak Kecil

Hukum Keluar Dengan Bekas Isteri Bersama Anak Kecil

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 394 hits
Asalamualaikum Para Pembaca Ape Yop yang dirahmati Allah swt di zaman yang semakin mencabar ini Di saat kita sebagai ibu bapa mencari rezeki bagi menafkahkan keperluan keluarga pelbagai rintangan dan cabaran yang kita sebagai suami isteri a...
Sejak Bersalin Isteri Tak Sempat Peluk Cium Anak Ini Kali Pertama Terakhir Hati Saya Bagai Tersentak

Sejak Bersalin Isteri Tak Sempat Peluk Cium Anak Ini Kali Pertama Terakhir Hati Saya Bagai Tersentak

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 434 hits
Baru baru ini viralnya kisah sedih seorang suami yang sayu melihat isterinya koma setelah bertarung nyawa melahirkan anak lelaki bongsu mereka Anak lelaki yang sudah lama dinantikan dalam dalam keluarga Namun Allah lebih menyayangi isteriny...
Nazim Terkesan Dengan Perkahwinan Bekas Isteri

Nazim Terkesan Dengan Perkahwinan Bekas Isteri

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 272 hits
IZWAN MOHD ISA 01 April 2019 4 51 PM KUALA LUMPUR Pelakon Nazim Othman 35 mengakui terkesan menyaksikan bekas isterinya Bella Daly melangsungkan perkahwinan sem
Tak Sangka 4 Bekas Pembaca Berita Kini Merupakan Isteri Bergelar Vvip

Tak Sangka 4 Bekas Pembaca Berita Kini Merupakan Isteri Bergelar Vvip

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 2453 hits
Selain intipati yang penting dan menarik wajah cantik pembaca berita yang menghiasi layar kaca juga menarik minat penonton Hal itu akan membuat penonton berita semakin bersemangat untuk menikmati setiap sajian berita yang dibawakan oleh pem...
Detik Gembira Sambut Anak Lelaki Yang Lama Ditunggu Bertukar Sayu Isteri Koma Bayi Alami Kerosakan Otak

Detik Gembira Sambut Anak Lelaki Yang Lama Ditunggu Bertukar Sayu Isteri Koma Bayi Alami Kerosakan Otak

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 266 hits
Sebaik mengetahui jantina anak dalam kandungan isterinya Sapawi Mat Din 44 adalah orang paling gembira kerana penantiannya untuk memiliki anak lelaki selepas mempunyai tiga anak perempuan akhirnya tercapai Namun tarikh 27 Disember lalu yang...
Isteri Sarat Mengandung Masih Bersusah Payah Naik Viva Lama Tak Pernah Complain Dr Say Sayu

Isteri Sarat Mengandung Masih Bersusah Payah Naik Viva Lama Tak Pernah Complain Dr Say Sayu

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 867 hits
Dr Shazrizal Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr Say mula terkenal apabila beliau menyertai program Hello Doktor di Astro Beliau terus dikenali di instagram melalui perkongsian kesihatan yang dikongsi Dr Say melalui perkongsian terba...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba