Isteri Solehah Punca Kebahagiaan Suami


Adalah wajar ibu bapa pengantin wanita memberikan petua dan nasihat buat anaknya yang bakal melangsungkan pernikahannya. Nasihat supaya anak memelihara dan menjaga alam rumah tangganya sebaik yang terdaya.


Inilah yang pernah dilakukan isteri ‘Auf ibnu Mihlam Asy-Syaibani yang dikatakan ada memberi nasihat kepada puterinya yang akan bernikah dengan Raja Kindah.

Pesan isteri ‘Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani, “Puteriku, kini engkau meninggalkan tempat kelahiran menuju rumah baru dan orang baru yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya.

Maka, jadilah engkau sebagai pengabdi yang baik bagi suamimu, supaya dia menjadi pengabdi yang baik juga bagimu. Perhatikan baik-baik sepuluh perkara daripadaku supaya ia menjadi modal bagi hidupmu.”

Begitulah kasihnya isteri ‘Auf terhadap anak gadisnya, tetapi kasihnya itu bukan mengadakan majlis besar-besaran dan serba mewah, kasih sayang dizahirkan melalui kaedah menyalurkan nasihat berguna buat anaknya melayari alam rumah tangga supaya aman sejahtera dan bahagia.

“Jadilah engkau sebagai pendamping hidupnya yang selalu menerima apa adanya. Sebenarnya nasihat isteri ‘Auf itu bertepatan kehendak agama kerana sikap qanaah, bersedia dengan hati lapang terhadap kemampuan suami, menu keharmonian rumah tangga”.

Erti kata lain, isteri tidak sesekali membebankan suami yang di luar batas kemampuannya. Inilah seharusnya ada pada diri seorang isteri solehah.

“Bergaullah engkau bersama suamimu dengan cara mendengar dan mentaatinya.” Seorang Ulama’ pernah mengatakan: “Seseorang isteri itu hendaklah memberikan layanan pada suaminya, memelihara anak, mengatur urusan rumah tangga sebaik mungkin. Hendaklah dia memberikan layanan pada suami dengan layanan yang wajar dan sesuai keadaan.”

Isteri ‘Auf berkata lagi: “Tunjukkanlah dirimu di hadapan matanya sebagai seseorang yang paling menarik baginya dan tampilkan dirimu di hadapan hidungnya sebagai seseorang yang paling harum.”

Kebijaksanaan dan kesediaan isteri menonjolkan imej peribadi dalam aspek lahiriah dan dalaman mampu mewujudkan hubungan lebih intim pasangan suami isteri.

Ia ibarat suatu tembok pengukuh dalam membina keluarga bahagia melalui landasan diredai Allah.

Isteri ‘Auf juga berpesan supaya memperhatikan penjadualan waktu makan yang betul dan tepat serta menjaga ketenteraman masa tidur. Jadi, jika diteliti apa dipesan isteri ‘Auf kepada anak gadisnya, sesuai dan relevan dijadikan sebagai pedoman kita semua.

“Sesungguhnya kelaparan seseorang akan menyebabkannya mudah beremosi dan kurang tidur pula menyebabkan seseorang itu mudah melepaskan kemarahan.”

Ini adalah langkah proaktif isteri mengelakkan suasana kurang baik dalam berkomunikasi dan berhubungan dengan suami.

Memang lumrah manusia, emosi menjadi kurang stabil dan mudah dibelenggu rasa kurang tenang apabila perut lapar atau kurang tidur. Lagilah bahaya kerana emosi negatif boleh meletup tanpa disangka.

Justeru, apa yang disarankan isteri ‘Auf adalah jalan pintas untuk membendung anasir negatif daripada muncul dalam rumah tangga.

Mengamalkan budaya mencintai kebersihan juga ditonjolkan dalam wasiatnya supaya anaknya menjaga kebersihan tempat tinggal, keamanan harta suami dan berikan perhatian kepada suamimu serta keluarganya.

Jika kita amati pesanan itu, kita akan jumpa peringatan terbaik mengenai penjagaan persekitaran rumah tangga yang ceria dan bersih. Juga terselit ingatan supaya isteri menjadi seorang yang beramanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.

“Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kepada orang lain dan jangan engkau melanggar perintahnya”. Islam menegah isteri menceritakan hubungannya dengan suami atau hal rumah tangga kepada orang lain.

“Janganlah engkau berasa susah ketika dia dalam keadaan senang dan janganlah engkau berasa senang ketika dia dalam keadaan susah, kerana yang pertama termasuk moral yang tidak sesuai dan yang kedua termasuk merosakkan suasana.

"Jadilah engkau orang paling mengagungkan suamimu, agar dia menjadi orang yang paling memuliakanmu.”

Begitulah pesanan bermanfaat dan cukup indah dikemukakan isteri ‘Auf Ibnu Syaibah kepada anak gadisnya.

10 pesanan jadi isteri solehah;
Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.Mendengar dan mentaati suami.Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumah tangga.Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.Menjaga makan minum suami yang betul, tepat serta waktu tidur bagi elak emosi suami terganggu.Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.Amanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumah tangga kepada orang lain.Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.
Ibu bapa sewajarnya menitipkan pesanan untuk dijadikan panduan kepada anak yang akan melangsungkan pernikahan demi kesejahteraan rumah tangga mereka. Insyaallah..

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Bersyukurlah Jika Anda Seorang Yang Pemalu7 Ciri-ciri Isteri Tidak Solehah
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2014/08/isteri-solehah-punca-kebahagiaan-suami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Ganggu Kebahagiaan Orang Al Quran Melarang Tegas Merebut Suami Atau Isteri Orang

Jangan Ganggu Kebahagiaan Orang Al Quran Melarang Tegas Merebut Suami Atau Isteri Orang

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 669 hits
Gambar hiasanBerdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian Merebut pasangan samada suami atau isteri milik orang lain terutamanya di kalangan kenalan terdekat sama seperti meramp...
Suami Isteri Bergaduh Depan Anak Lepas Geram Sana Sini Besar Nanti Dia Jadi Kaki Buli

Suami Isteri Bergaduh Depan Anak Lepas Geram Sana Sini Besar Nanti Dia Jadi Kaki Buli

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 544 hits
Tidak dinafikan setiap pasangan pasti pernah berselisihan faham Perkahwinan mana yang tidak pernah diuji Apabila sesebuah pasangan berkahwin itu mempunyai anak setiap keputusan yang diambil tidak bersifat peribadi dan melibatkan diri mereka...
Jangan Marah Isteri Kuat Makan Gemuk Setiap 10 Suapan Isteri 10 Pahala Suami Dapat

Jangan Marah Isteri Kuat Makan Gemuk Setiap 10 Suapan Isteri 10 Pahala Suami Dapat

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 584 hits
Pengacara dan penerbit terkenal Sheila Rusly yang terkenal dengan kebolehan memasak pelbagai jenis makanan buatkan ramai yang suka penampilannya Selain pandai menjiwai watak dalam setiap lakonan pengacara Ketuk Ketuk Ramadan ini juga sering...
Memang Rezeki Ibu Suami Anggap Isteri Macam Anak Sendiri Sifir Hidup Bahagia

Memang Rezeki Ibu Suami Anggap Isteri Macam Anak Sendiri Sifir Hidup Bahagia

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 531 hits
Bernikah dengan seorang lelaki bukan dengan dia sahaja kita bertaut kasih Harus belajar menerima keluarganya juga Terutamanya ibu mertua Sentiasalah hormati ibunya seperti mana kita menjaga perasaan emak sendiri Artikel Menarik Ada masanya ...
Bukan Malas Layan Tapi Suami Tak Reti Berkias Isteri Tolong Cakap Straight Je

Bukan Malas Layan Tapi Suami Tak Reti Berkias Isteri Tolong Cakap Straight Je

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 444 hits
Dalam rumah tangga tidak dinafikan ada pasang surutnya Biasalah kalau berselisihan faham itu semua dapat menguatkan lagi rasa sayang antara pasangan Namun kebanyakan isteri ada masanya teralpa kerana terlalu sibuk menguruskan rumah tangga m...
Saya Mengidam Nak Makan Jagung Tapi Dia Suruh Berjimat Isteri Hamil Kecewa Suami Habiskan Duit Untuk Beli Barang Moto

Saya Mengidam Nak Makan Jagung Tapi Dia Suruh Berjimat Isteri Hamil Kecewa Suami Habiskan Duit Untuk Beli Barang Moto

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 605 hits
Assalamualaikum warga KRT Saya isteri berumur 18 tahun saya berkahwin dengan suami saya hampir lima bulan Sekarang saya disahkan hamil empat bulan Saya berjumpa dengan suami secara kebetulan dan berkawan dalam tempoh sebulan Saya berkahwin ...
Bila Isteri Garang Keras Kepala Suami Kena Terus Setia Bersabar

Bila Isteri Garang Keras Kepala Suami Kena Terus Setia Bersabar

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 448 hits
Gambar hiasanLumrah perkahwinan ada dugaannya dan diuji dengan isteri yang degil mungkin sebahagian daripada dugaan seorang suami Boleh jadi ia berpunca daripada sikap isteri itu sendiri yang kurang matang terlalu manja emosional tidak bert...
Luahan Sayu Isteri Pertama Suami Coco Buat Orang Ramai Menangis

Luahan Sayu Isteri Pertama Suami Coco Buat Orang Ramai Menangis

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 964 hits
Luahan Sayu Isteri Pertama Suami Coco Buat Orang Ramai Menangis Tiada hati wanita yang mampu menerima apabila cinta yang dirangkai dengan penuh makna kini hanya bisa mengenang dalam duka Dulu bila mengadu Sakit perut sebab Anak Tendang Je D...
Tak Ada Hadiah Atau Suprise Hanya Ingatan Tentang Akhirat Tanda Suami Sayang Isteri

Tak Ada Hadiah Atau Suprise Hanya Ingatan Tentang Akhirat Tanda Suami Sayang Isteri

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 532 hits
Suami yang mahu menunjukkan penghargaannya terhadap isteri yang sudah banyak menguruskan hal rumah tangga pasti akan sanggup mendapatkan hadiah teristimewa buat pasangannya itu Isteri tidak pernah mengharapkan sebarang hadiah dari suami kal...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias