Bila Isteri Garang Keras Kepala Suami Kena Terus Setia Bersabar


Gambar hiasan
Lumrah perkahwinan ada dugaannya dan diuji dengan isteri yang degil mungkin sebahagian daripada dugaan seorang suami. Boleh jadi ia berpunca daripada sikap isteri itu sendiri yang kurang matang, terlalu manja, emosional tidak bertempat, terlalu cemburu, kerap merajuk, ego serta perkahwinan tidak sekufu

Namun, ini cerita sebaliknya. Pandangan seorang suami yang berkongsi apa yang dirasai hampir enam tahun mendirikan rumah tangga. Baginya, kenapa mahu mengalah? Lelaki kan seorang pemimpin

Dipetik dari facebook Rafie Ramli:
Semalam viral posting isteri mengenai bagaimana saya tangani sikap garang dan keras kepala isteri

Hari ni saya nak buat posting mengenai apa yang suami rasa pula

Isteri keras kepala ni tak ramai, tapi banyak

Mereka tegas dengan keputusan. Tidak mudah mengikut hasutan orang lain

Itulah isteri saya yang dicintai

Cuma apa yang perlu suami lakukan bila isteri seorang garang dan keras kepala

MITOS “PEREMPUAN MERAJUK SEBAB MAHU DIPUJUK” ITU SEBENARNYA WUJUD

Perkahwinan saya masih baru nak masuk 6 tahun

Di awal perkahwinan, isteri saya, seorang yang keras kepala. Degil dan tegas


Saya juga cepat melenting bila tak kena gaya. Tapi bila bergaduh kecil atau besar, saya akan mengambil peranan, turunkan ego, diam, dengar dan pendam

Untuk berdiam, saya selalu percaya, apa yang saya cakap atau balas pasti akan lebih mengeruhkan. Mengaku salah walaupun kita rasa kita betul adalah yang terbaik. Perempuan ni mesti nak menang! Fakta mereka berjela. Kita takkan menang lawan mereka

Layankan aja.

Suami kena ingat, kita bukan perempuan. Kita takkan memahami mereka, benda yang kita rasa kecil, tapi sentiasa besar di hati mereka

Mengikut ego dan melawan mereka ketika ini sangat tidak relevan

Saya bersabar untuk beberapa ketika dan hasilnya sgt baik. Isteri saya berubah dan semakin berubah

Sekarang, kalau bergaduh saya masih kena mengalah, tapi kami jarang bergaduh besar. Sebab dah malas berperang

Tapi kalau berperang sekejap aja…
Sehingga beberapa jam selepas perang, biasanya Fel akan mula tenang. Yang saya selalu perasan, dia selalu solat bila marah. Dan yang buat saya kalah, bila mendengar dia merintih, menangis di dalam doa

Bila dalam keadaan tenang ini, wanita tegas pun akan mula menyalahkan diri sendiri dan meminta maaf kerana tidak menjadi isteri solehah. Tidak menjadi ibu mithali. Dia akan datang dan meminta maaf

Waktu ini suami perlu turunkan lagi ego ke lantai, jangan pula kita mengiakan isteri atau menghentam kembali, teruskan juga meminta maaf

Alhamdulillah, its works every time. Dan besoknya, hadiahkan sesuatu. Apa sahaja yang kita rasa mampu. Mitos “perempuan merajuk sebab mahu dipujuk” itu sebenarnya wujud. Isteri saya kalau hadiah dia makanan pun dah seronok

Beli ikut kemampuan

KENAPA SAYA PERLU MENGALAH? SEDANGKAN SAYA LELAKI DAN PEMIMPIN? 
Tak ada egokah saya ini

Sebagai suami, saya selalu ingat segala pengorbanan yang Fel dah buat selama ini. Betapa dia berkorban sejak dari mula berkenalan, kami kahwin ketika masih muda remaja, dia seorang yang aggresive, popular, suka shopping, trendy, gila make up

Tapi lepas berkahwin dia tinggalkan semua sehingga dia berubah menjadi apa yang dia dah jadi sekarang

Kadang-kadang saya rasa tak boleh jadi sekuat dia kalau saya berada di tempatnya

Bila mengenangkan dia sanggup berpindah ke Baling yang agak terpencil, takda kawan-kawan, bersedia menerima keluarga serta kawan-kawan dia seadanya dalam hidup dia, saya rasa tidak layak untuk saya kecewakan perasaan dia

Sebab itu saya banyak mengalah sebab saya tahu jiwa dia memberontak tapi demi kasih kepada keluarga dia bertahan, jadi dia menjadi cepat marah dan tertekan

Lama-lama, bila dah biasa dengan hidup baru saya nampak dia lebih tenang

Sekarang,
Bila dia struggle dengan selera makan dan diet dia tapi dalam masa yang sama dia perlukan tenaga untuk menyusukan anak-anak pun saya dah cukup terkesan

Adakah boleh saya sesabar isteri dan sekuat dia

Dengan pengorbanan mereka, rasanya tidak layak untuk para suami sakitkan hati isteri walaupun sikit

Allah Allah, alhamdulillah untuk tempoh perkahwinan ini. Ianya satu proses tarbiah yang baik untuk kami suami isteri

Saya bukan suami yang baik, tapi saya mahu isteri yang baik. Maka saya berusaha menjadi baik. Rumah tangga itu dibina atas dasar mahu memberi yang terbaik

Pilih untuk terus setia dan bersabar. Kita pasti menang

Ihlas daripada suami yang acah acah sweet. Hahaha

Bagi suami yang ingin membentuk sahsiah dan peribadi isteri yang bersikap sebegini, nasihatilah isteri dengan kebaikan. Gunakan kata-kata yang baik dan boleh melembutkan hatinya. Berikan pujian pada setiap kebaikan yang dilakukannya. Untuk mencapai matlamat itu, suami perlulah menggunakan kata-kata baik yang boleh melembutkan hati isteri. Wanita gemar jika dipuji, sebab itulah suami perlu memuji isteri pada setiap kebaikan yang dilakukan

Sumber: Rafie Ramli via http://bit.ly/35q4ua5

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2019/12/bila-isteri-garang-keras-kepala-suami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Keras Kepala Garang Sebenarnya Calon Terbaik Jadi Isteri

Wanita Keras Kepala Garang Sebenarnya Calon Terbaik Jadi Isteri

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 638 hits
Gambar HiasanLumrah perkahwinan ada dugaannya dan diuji dengan isteri yang degil mungkin sebahagian daripada dugaan seorang suami Boleh jadi ia berpunca daripada sikap isteri itu sendiri yang kurang matang terlalu manja emosional tidak bert...
Bertuah Suami Dapat Isteri Keras Kepala Sebab Dia Jujur Dan Berdikari

Bertuah Suami Dapat Isteri Keras Kepala Sebab Dia Jujur Dan Berdikari

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 516 hits
Menghadapi seseorang yang keras kepala bukanlah suatu perkara yang mudah kerana ia tidak akan dengan mudah menyerah pada apa yang ia percayai dan inginkan Ternyata seorang wanita yang keras kepala adalah calon isteri terbaik Semak alasannya...
Tak Perlu Suprise Hadiah Bagai Suami Setia Dah Cukup Buat Isteri Bahagia

Tak Perlu Suprise Hadiah Bagai Suami Setia Dah Cukup Buat Isteri Bahagia

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 299 hits
Bukan mudah untuk menggalas tanggung jawab sebagai seorang suami Perkahwinan harus dilindungi anak anak juga perlukan perhatian Paling penting hati isteri tersayang perlu dijaga sebaiknya Suami mempunyai hati yang keras sukar mengungkapkan ...
Setia Hingga Hujung Nyawa Setianya Suami Sehingga Nafas Terakhir Isteri

Setia Hingga Hujung Nyawa Setianya Suami Sehingga Nafas Terakhir Isteri

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 508 hits
Ketika kita masih merungut hanya kerana makan lauk yang sama hari hari kediaman panas kerana tidak mempunyai penghawa dingin di musim panas terik ingatlah bahawa masih ada insan yang lagi susah dan memerlukan dari kita Tidak semua orang di ...
Berang Suami Malas Bekerja Isteri Baling Bateri Kereta Dan Tukul Besi Kena Kepala Suami

Berang Suami Malas Bekerja Isteri Baling Bateri Kereta Dan Tukul Besi Kena Kepala Suami

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 405 hits
Gambar hiasanBerang suami tidak mahu bekerja seorang isteri bertindak membaling bateri kereta dan tukul besi ke kepala suaminya sehingga terpaksa menerima enam jahitan Bukan itu sahaja wanita itu juga memukul suaminya itu dengan penyodok sa...
Suami Setia Hingga Hujung Nyawa Kongsi Susah Senang Hingga Isteri Meninggal Dunia

Suami Setia Hingga Hujung Nyawa Kongsi Susah Senang Hingga Isteri Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 533 hits
Ketika kita masih merungut hanya kerana makan lauk yang sama hari hari kediaman panas kerana tidak mempunyai penghawa dingin di musim panas terik ingatlah bahawa masih ada insan yang lagi susah dan memerlukan dari kita Tidak semua orang di ...
Suami Yang Manja Boleh Buat Isteri Turun Berat Badan

Suami Yang Manja Boleh Buat Isteri Turun Berat Badan

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 646 hits
Suami wajib miang dengan isteri Nampak isteri dari jauh kenyit mata flying kiss selalu ajak isteri bergurau selalu buat lawak bagi isteri ketawa selalu ucap abang sayang sayang Jika tiba tiba mood tidak baik suami lebih baik diam dari berka...
Suami Memaafkan Tak Putus Doa Isteri Bersalin Jadi Mudah

Suami Memaafkan Tak Putus Doa Isteri Bersalin Jadi Mudah

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 455 hits
Setiap wanita pasti menginginkan untuk hamil selepas mendirikan rumah tangga Ia satu pengalaman hidup yang indah dan mengujakan terutamanya buat pasangan yang sudah menanti sekian lama untuk menimang cahaya mata sendiri Selain persediaan me...
Isteri Tolong Jangan Check Handphone Suami Kalau Tak Nak Hati Hancur

Isteri Tolong Jangan Check Handphone Suami Kalau Tak Nak Hati Hancur

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 553 hits
Isteri Tolong jangan check hp suami kalau tak nak hati hancur Kadang kadang ALLAH gerakkan hati seorang isteri tu tepat pada masanya Banyak perkara yang perlu difikirkan seorang isteri dari pagi hingga malam tak terlintas langsung untuk nak...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pangkor Island S Blue Eyed Treasure Well Liked By Tourists

Power Without Principles Pn Has Lost The Plot

Kindness

Cuti Raya China 2025

Inovasi Terkini Dalam Dunia Percetakan Yang Dapat Menghemat Energi Listrik

Penjawat Awam Dan Pesara Terima Bantuan Khas Kewangan 2025