Isteri Sakit Hati Urus Harta Pusaka Suami Akhirnya Tak Dapat Satu Sen Pun

1.  Apabila berlaku sesuatu kematian, menjadi kebiasaan adat orang kita  untuk mengadakan kenduri arwah sekurang-kurangnya 2 hari berturut-turut.  Bayangkan, seorang isteri yang baru kematian suami, demi memenuhi adat  ini, terpaksa bersusah-payah mengadakan kenduri dan menjemput kariah  masjid dan sanak-saudara yang mengenali si suami. Awal-awal pun dah tak  betul.
2.  Mujurlah ramai yang datang melawat turut sama menguruskan kenduri  tersebut. Terasa ringan beban si isteri. Syukur Alhamdulillah. Betullah  orang kata, musibah boleh merapatkan silatulrahim.
3.  Selepas 2-3 hari berlalu, adik-beradik si suami datang berjumpa si  isteri. Si isteri berasa syukur kerana ipar-duai masih mengambil berat  tentang dirinya dan anak-anaknya. Malangnya, kunjungan mereka mereka  bukan untuk menziarahi keluarga tersebut, apatah lagi nak mengambil  berat tentang mereka. Tetapi, mereka datang dengan niat untuk menuntut  harta pusaka peninggalan arwah!
4.  Tersentap rasa hati si isteri. Sakit jiwa! Tanah kubur arwah suami  masih merah, rasa sedih pun belum hilang lagi. Terasa nak panggil sahaja  si suami yang dah mati untuk bincang dengan mereka.
5.  Ipar-duai mula bercerita bab faraid. Kata mereka, bahagian isteri hanya  1/8. Mereka terangkan secara panjang lebar. Biasalah, apabila bab harta  pusaka, tiba-tiba ramai yang jadi pakar. Maklumlah, nak rebut bahagian  masing-masing walaupun dalam banyak situasi, mereka tiada hak pun. Lebih  teruk lagi, asyik bercerita tentang hak mereka, tapi kalau suruh  jalankan tanggungjawab yang Allah berikan, tak mahu ikut pula.
6. Maka, bermulah drama perebutan harta pusaka si suami yang tiada kesudahan.7.  Si isteri mestilah tidak mahu mengalah. Iyalah, harta pusaka yang  ditinggalkan si suami hendak digunakan untuk menyara hidup sendiri dan  anak-anak. Nak harapkan waris-waris lain, memang tak boleh nak diharap.  Asyik nak rebut bahagian sendiri. Jadi, ditinggalkanlah si isteri yang  dipaksa menguruskan harta pusaka sendiri. Akhirnya, walaupun ada masalah  kekangan masa, tenaga dan wang, si isteri terpaksa juga urus harta  pusaka si suami seorang diri. Nak buat macam mana, fikir nasib  anak-anak.
8.  Si isteri teringat pesan si suami, duit yang ditinggalkan dalam bank  boleh digunakan untuk belanja keperluan. Jadi, si isteri pergilah ke  bank, jumpa dengan pegawai bank, minta nak keluarkan duit daripada akaun  si suami. Malangnya, akaun si suami dah kena block. Bank minta surat  kuasa terlebih dahulu sebelum duit boleh dikeluarkan. Terpinga-pinga si  isteri sebab tak tahu prosedur urus harta pusaka. Jadi, terpaksalah  tanya tentang prosedur yang perlu dibuat. Mujur ada yang membantu.
9.  Dengan perasaan pilu, si isteri terpaksa ke Pejabat Pusaka Kecil di  Pejabat Tanah bagi mendapatkan surat kuasa tadbir. Kena isi borang  Bicara Kuasa atau Borang A. Maklumat si mati, harta si mati serta  maklumat waris-waris si mati; semua maklumat ini perlu dilengkapkan.  Salinan IC setiap waris, salinan maklumat harta dan surat pengesahan  kematian juga turut diperlukan.
10.  Maka, bermulalah satu lagi drama untuk memenuhi semua keperluan ini.  Setelah setiap salinan disediakan, si isteri perlu mendapatkan  tandatangan setiap ahli waris. Aduh, memang satu masalah. Selagi semua  ahli waris tidak turunkan tandatangan, proses perbicaraan harta pusaka  tidak boleh dimulakan. Tambah pening, ada ahli waris yang sengaja tidak  hadir ke mahkamah untuk melambatkan proses perbicaraan harta pusaka.  Sebabnya, tak puas hati dengan si isteri.
11.  Tambah parah lagi, si isteri dapat tahu yang adik-beradik suami juga  mempunyai hak dalam harta pusaka si suami. Jadi, banyak benda perlu  diambil kira. Fuhhh, bukan senang nak urus harta pusaka kalau si mati  tidak membuat perancangan harta lebih awal.
12.  Tiba-tiba, ayah/ibu si mati pula tidak mahu beri kerjasama akibat  termakan hasutan ipar. Bayangkanlah, si isteri terpaksa menghadapi semua  masalah ini serentak. Rasa sedih kehilangan suami pun masih belum  hilang, nak fikir uruskan anak-anak lagi. Memang cukup stress bagi si  isteri untuk uruskan semua perkara ini.
13.  Tambah satu lagi masalah. Tiba-tiba, ahli waris yang lain desak si  isteri dan anak-anak untuk melepaskan bahagian faraid. Alasan mereka,  harta pusaka si suami adalah harta warisan keluarga mereka sahaja.
14.  Si isteri juga didesak membayar bahagian faraid bagi rumah jika mahu  terus tinggal dirumah pusaka suami. Masalah, mana nak cari RM200K tunai?
15.  Akhirnya, akibat tidak tahan lagi, si isteri dan dan anak-anak terpaksa  keluar sehelai sepinggang. Biarlah tidak dapat harta pusaka, janji  hidup tenang dengan anak-anak.
16.  Ingatkan masalah dah selesai, rupanya belum lagi. Baru saja nak mulakan  kehidupan baru, tiba-tiba datang seorang hamba Allah mendakwa yang si  suami ada berhutang dengannya puluhan ribu ringgit atas urusan bisnes.  Masalah lagi, siapa yang kena tanggung hutang si mati? Nak guna harta  pusaka si suami untuk bayar hutang, dah dibolot ahli waris lain. Nak  suruh mereka bayarkan, jangan harap.
17.  Dalam tengah fikir cara nak selesaikan hutang si suami, tiba-tiba  teringat pesan suami dulu supaya gunakan duit dalam Tabung Haji / KWSP /  ASB / Takaful untuk bayar hutang. Apabila pergi semak, penama atas nama  ibu mertua pula. Masalah, sebab dah dihasut ahli waris lain, si ibu  mertua tak nak lepaskan duit tersebut. Katanya, sebab dia adalah penama,  duit tersebut adalah miliknya. Ini memang kefahaman biasa dalam  masyarakat kita. Penama adalah pemilik, walhal ini adalah salah. Sebab  malas nak gaduh lagi, akhirnya, si isteri jugalah yang terpaksa bekerja  siang malam untuk bayar hutang yang ditinggalkan si suami.
Haa, macam mana?
Nampak bagaimana kesulitan yang boleh dialami untuk urus harta pusaka?Bayangkan kalau diri anda sendiri yang alami, atau pasangan anda.Kalau tak buat perancangan pengurusan harta pusaka lebih awal, memang akan menyusahkan waris kita nanti.
Jadi, bagaimana nak mudahkan urusan ini?
Tak mahulah nanti waris yang ditinggalkan menderita nak dapatkan harta pusaka untuk meneruskan kehidupan.
Kredit :  jomurusduit 
Ada cara penyelesaiannya.
 
 Antara yang boleh dilakukan:1.  Si suami boleh mengisytiharkan sebahagian harta miliknya kepada isteri  sebagai harta sepencarian di dalam wasiat. Tak kisah sama ada dalam  bentuk rumah, kereta atau wang ringgit. Bukan masalah sikit atau banyak,  yang penting isytiharkan sahaja bahagian harta sepencarian tersebut.  Senang, terus jadi milik is isteri selepas si suami mati. Kalau dah mati  dan si isteri baru nak tuntut harta sepencarian, memang rumit dan  panjang cerita. Jadi, lebih baik buat ketika masih hidup.
2.  Si suami melantik wasi atau pentadbir yang mahir, adil dan amanah bagi  menguruskan kesemua harta miliknya. Tanpa wasi, si isteri akan terpaksa  uruskan sendiri harta pusaka yang ditinggalkan. Ini sudah tentu akan  menyusahkan pasangan kerana baru kematian suami, nak fikir pasal anak  lagi. Jika ada bisnes, nak uruskan bisnes lagi. Tolong jangan rumitkan  lagi masalah kepada orang tersayang. Melantik wasi dalam wasiat akan  memudahkan pengurusan harta pusaka.3.  Menyerahkan sebahagian harta miliknya melalui hibah sama ada hibah  biasa atau hibah bersyarat. Tidak salah untuk buat hibah, jika harta  masih berhutang buat hibah bersyarat. Jika hanya ada satu rumah, tidak  salah hibahkan kepada orang tersayang (isteri), sekurang-kurangnya ada  tempat tinggal untuk pasangan. Harta yang dihibah tidak perlu  dibahagikan mengikut faraid, jadi ahli waris lain tidak dapat rebut.
4.  Si suami menyediakan hibah tunai sebanyak setahun pendapatan atau lebih  bagi menampung kos sara hidup. Maklumlah, dulu gaji 2 orang, tiba-tiba  jadi seorang. Bukan mudah untuk lalui pada peringkat awal. Oleh itu,  sediakan hibah tunai bagi mengurangkan beban orang yang ditinggalkan.
Lihat, bagaimana perancangan pengurusan harta pusaka yang dilakukan dengan baik akan memudahkan waris yang ditinggalkan nanti.
Si  isteri tidak perlu bersusah-payah urus harta pusaka bersendirian. harta  dapat ditinggalkan kepada isteri dan anak-anak untuk meneruskan  kehidupan, tidak perlu berebut-rebut dengan ahli waris yang lain kerana  mereka pun akan dapat bahagian yang akan kita tetapkan nanti.
Jadi, beringat-ingatlah untuk merancang pembahagian harta pusaka semasa masih hidup, ya.
Oh ya, sebelum mengakhiri artikel kali ini, saya nak kongsikan satu ebook percuma untuk anda semua.
Jika berminat, boleh klik pada pautan di bawah untuk muat turun.Ebook Case Study Sebenar Dilema Pengurusan Hibah & Wasiat.
Kredit :  jomurusduit
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://lamanqaseh.blogspot.com/2018/10/isteri-sakit-hati-urus-harta-pusaka.html