Isteri Lelaki Tertanam Belakang Rumah Polis Terima Pampasan Perkeso



Isteri seorang lelaki yang mayatnya ditemui tertanam di belakang sebuah rumah di Bandar Putera Indah, Tongkang Pechah dekat Batu Pahat 27 Mac lepas, menerima pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), hari ini.

Pengurus Perkeso Cawangan Batu Pahat, Suhara Mustafa berkata, Suhaida Ahmad, 37 akan menerima dua jenis wang pampasan iaitu Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dan Pencen Penakat.


Loading... Beliau berkata bagi bayaran FPM, waris kepada Orang Berinsurans (OB) bagi Zulkifli Musa, 37, adalah sebanyak RM2,000 manakala wang bagi Pencen Penakat yang akan dibayar setiap bulan itu jumlahnya masih dalam pengiraan pihak Perkeso.

“Untuk Pencen Penakat ini bayarannya mempunyai dua syer iaitu untuk isteri dan tiga anak bagi OB berkenaan, bayaran bagi isteri adalah seumur hidup dan untuk anak-anak adalah sehingga umurnya 21 tahun atau tamat pengajian di peringkat ijazah pertama,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan wang pampasan berkenaan di kediaman Suhaida di Kampung Tambak, Peserai yang turut dihadiri Ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Azman Musa dan Wakil Biro Kebajikan, Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Jati Batu Pahat (PKAAJ), Mohd Hamidi Mad Tap.

Sementara itu, Suhaida berkata setelah kematian Zulkifli, yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan, dia perlu menjadi ibu dan ayah kepada ketiga-tiga anaknya yang berusia antara dua hingga lima tahun.

Katanya, dia sekeluarga juga hilang sumber pendapatan kerana sebelum ini hanya suaminya sahaja yang bekerja dan dia hanya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa menjaga anak-anaknya.

“Selepas ini, saya bercadang untuk berniaga secara kecil-kecilan untuk menyara anak-anak dan saya berterima kasih kepada Perkeso kerana membantu kami,” katanya.
Terdahulu, seorang anggota polis ditahan pada 27 Mac lepas, selepas mayat Zulkifli ditemukan ditanam di belakang rumah anggota polis terbabit di Bandar Putera Indah, Tongkang Pechah.

Penemuan pada 5.30 petang itu adalah susulan laporan polis mengenai kehilangan Zulkifli pada 18 Mac lepas, yang dibuat Suhaida. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/isteri-lelaki-tertanam-belakang-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
11 Hari Tak Pulang Rumah Rupanya Ditanam Di Belakang Rumah Anggota Polis

11 Hari Tak Pulang Rumah Rupanya Ditanam Di Belakang Rumah Anggota Polis

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 551 hits
The ReporterSeorang anggota polis berpangkat lans koperal ditahan di kediamannya di Bandar Baru Putera Indah Tongkang Pechah Batu Pahat susulan penemuan mayat di belakang rumahnya lapor Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata...
Anggota Polis Diberkas Susulan Penemuan Mayat Di Belakang Rumah

Anggota Polis Diberkas Susulan Penemuan Mayat Di Belakang Rumah

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 690 hits
Polis menemui timbunan tanah merah di belakang rumah suspek BATU PAHAT Seorang anggota polis ditahan selepas mayat seorang lelaki ditemukan ditanam di belakang rumahnya di Bandar Putera Indah Tongkang Pechah di sini petang semalam Ketua Pol...
Misteri Timbunan Tanah Di Belakang Rumah Polis Akhirnya Terjawab Ada Mayat

Misteri Timbunan Tanah Di Belakang Rumah Polis Akhirnya Terjawab Ada Mayat

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 405 hits
Viral satu kes polis di mana satu mayat lelaki dijumpai di tanam bersama timbunan tanah merah di belakang rumah suspek yang merupakan anggota polis berpangkat lans koperal di Bandar Putera Indah Tongkang Pechah Batu Pahat Menurut Harian Met...
Mayat Seorang Lelaki Ditemui Ditanam Belakang Rumah Anggota Polis

Mayat Seorang Lelaki Ditemui Ditanam Belakang Rumah Anggota Polis

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 336 hits
BATU PAHAT 28 Mac Seorang anggota polis ditahan selepas mayat seorang lelaki ditemukan ditanam di belakang rumahnya di Bandar Putera Indah Tongkang Pechah di sini petang semalam Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata pe...
Hukum Isteri Mempelawa Lelaki Asing Masuk Ke Rumah Ketika Ketiadaan Suami

Hukum Isteri Mempelawa Lelaki Asing Masuk Ke Rumah Ketika Ketiadaan Suami

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 482 hits
Soalan Bolehkah seorang wanita mempelawa lelaki asing datang ke rumah ketika ketiadaan suami dan tanpa keizinan suami atas alasan sekadar untuk melakukan tugasan bersama Jawapan Islam merupakan agama yang mengangkat nilai wanita pada martab...
Padah Lambat Balik Ke Rumah Isteri Nekad Tibai Suami Dengan Pisau Dan Kayu Golf

Padah Lambat Balik Ke Rumah Isteri Nekad Tibai Suami Dengan Pisau Dan Kayu Golf

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 495 hits
Seorang lelaki berusia 51 tahun dikenali sebagai Zhong Zhengye di Singapura diti k am dengan pisau dan dip uk ul dengan kayu golf oleh isterinya kerana kerap pulang lewat ke rumah Zhong yang berkahwin dengan isterinya berusia 44 tahun dari ...
Polis Terima 12 Laporan Insiden Kekecohan Program Najib

Polis Terima 12 Laporan Insiden Kekecohan Program Najib

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 344 hits
MALINDA ABDUL MALIK 23 Mac 2019 10 01 PM KUALA LUMPUR Polis menerima 12 laporan berhubung insiden kekecohan pada program Sembang Santai bersama bekas Perdana Menter
Tidak Ambil Serius Gosip Rumah Tangga Bermasalah Keith Foo Dan Isteri Sedang Bahagia

Tidak Ambil Serius Gosip Rumah Tangga Bermasalah Keith Foo Dan Isteri Sedang Bahagia

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 474 hits
Keith dan isteri tidak kisah dengan berita mengenai rumah tangganya Pelakon Keith Foo memberitahu dia tidak mengambil serius apabila timbul desas desus mengatakan rumah tangganya sedang mengalami masalah Sebaliknya kata Keith 36 hubungannya...
Forest Fire Breaks Out In Kajang Prima

Ayam Pentet Dora Mj Port Dickson A Must Try Culinary Gem For Foodies Travelers

Pas Youth Unaware Of Muhyiddin S Meeting With Other Opposition Parties

Pas Rallies Against Anwar Amid Reform Stalemate

Zahid Sindir Pn Dakwa Ada Rekod Baik Tadbir Negara Tak Boleh Halang Orang Berangan

Saturday Nite Lite Yassir Qadhi Jihad Strikes Back

Hang Jaga Negara 24 Tahun Dah Duduk Diam Diam Kalau Ada Rm1 Bilion Bagi Baliklah Kata Kata Pmx Untuk Tun M

Aesthetic Clinic Malaysia Top Treatments What To Expect In 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Filem Munajjim Sekutu Iblis

Bukan Kerana Kita Betul Tapi Kerana Kita Peduli

Di Sebalik Lukisan Seorang Anak

Pop Shuvit Jiwa Kelajuan Chord

Jaclyn Chia Feat Yunk G Redam Chord

Video Tular Pandu Bahaya Lelaki Dakwa Cemas Ibu Terjatuh