Isteri Dedah Suami Curang Dengan Gadis 15 Tahun
Bukan mahu menyibuk hal rumah tangga orang lain, tetapi tuan empunya badan yang mahukan nasib diri terbela dengan meminta ia disebarkan bagi memastikan hubungan perkahwinan yang dibina tidak tercemar
Rumah tangga diganggu budak 15 tahun
Hal tersebut dilakukan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Aen Syafiqa apabila memuat naik beberapa gambar dan video bukti kecurangan suaminya dengan seorang remaja baru berusia 15 tahun
Dalam kapsyen yang ditinggalkan, ibu dua anak itu memohon orang ramai supaya dapat menularkan tentang gadis 15 tahun berkenaan kerana dikatakan sedang bermain cinta dengan suaminya hingga rumah tangga mereka berada di hujung tanduk
Mak ayah gadis pula tuduh tak pandai jaga suami
Wanita terbabit memaklumkan yang gadis itu mulai memorak perandakan rumah tangganya pada September tahun lalu sehingga awal tahun ini
Namun, suaminya mengakui silap dan memohon maaf. Akan tetapi, sejak bulan ini mereka kembali berhubung sehingga keluarga gadis terbabit mengatakan dia tidak pandai menjaga suami
“pernah porak perandakan rumahtangga aku. dari bulan 9/2021 hingga bulan 1/2022 , aku maafkan . laki aku pun masa tu dah dapat balasan . tapi diam2 korang contact balik tanya khabar la konon ! bulan mei 202
2 masih berhubung eh , sampai family betine ni cakap aku tak pandai jaga laki ke? tolong viralkan. aku penat dah ni.” tulisnya
Bebudak lagi dah sembang pasal cerai
Difahamkan, pengguna TikTok itu dan suaminya sudah dua kali bercerai namun tetap rujuk demi sayangkan anak-anak mereka
Dia juga menunjukan tangkapan layar perbualan gadis tersebut yang meminta agar suami Aen Syafiqa menceraikannya
Fight secara profesional di mahkamah
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata geram dengan perosak rumah tangga orang walaupun baru setahun jagung serta sang suami yang sakan mengejar cinta budak bawah umur
@aakiffatimah pernah porak perandakan rumahtangga aku. dari bulan 9/2021 hingga bulan 1/2022 , aku maafkan . laki aku pun masa tu dah dapat balasan . tapi diam2 korang contact balik tanya khabar la konon ! bulan mei 2022 masih berhubung eh , sampai family betine ni cakap aku tak pandai jaga laki ke? tolong viralkan. aku penat dah ni. #fyp #tiktok #dendamseorangisteri #masukberandafyp #tiktokmalaysia #senawang #serembanget #seremban #perampas #pelakor #tashamangkeh #fypシ゚viral #fyp ♬ Rancak Raya - Chorus - Fatia, Izzue Islam, Khai Bahar feat. Razmansyah, Yazmin Aziz
sumber:@aakiffatimah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kelimerah.com/2022/05/isteri-dedah-suami-curang-dengan-gadis.html