Isteri Bukan Mesin Duit Pentingnya Peranan Suami Dalam Ekonomi Keluarga


Masalah akan timbul bila seorang suami mengharapkan isteri jadi “submissive provider” – tunduk tapi dalam masa sama menggalas tanggungjawab besar sebagai penyumbang utama ekonomi keluarga.
Tuntutan macam ni bukan sahaja membebankan isteri, tapi boleh menghakis kasih sayang dan keseimbangan dalam rumah tangga. Hubungan yang sihat sepatutnya saling menyokong, bukan berlandaskan harapan tak adil dari satu pihak sahaja.
Sebagaimana perkongsian  Ustazah Sharifah Zahidah yang mengulas sebuah posting yang menyentuh mengenai isu mengenai tanggungjawab suami termasuk jangan terlalu memanjakan suami.
Ikuti perkongsian ini untuk kita muhasabah diri dalam membina sebuah keluarga bahagia.
 

Benar.
Konflik yang sama juga berlaku apabila lelaki mengharapkan “submissive provider” dari watak seorang isteri.
Saya teringat satu hari tu saya “termengadu” depan ibu mertua bahawa husband sangat sibuk bekerja. Sampai pagi raya pertama pun cuma beberapa jam dengan keluarga – kemudian sudah keluar bekerja kerana ada urusan kerja event pagi raya di Istana Negara.
Kita pagi raya kita-kita sesama keluarga saja yang berkocoh kacah. Istana ini – pagi raya kena sub/melibatkan kontraktor luar untuk persiapan. Jadi memang ada sektor tak kritikal yang terpaksa bekerja di pagi raya.
Sebenarnya.
Saya bukan mengadu merungut apa pun. Macam saja sembang-sembang sebab takda topik.
“Itulah mak. Raya pertama pun kerja juga. Tak reti nak rehat dia ni…” Betul-betul saya ingat hanya sembang kosong saja. Tapi bagi mertua saya, lain pula.
Dengan lembut dia balas;
“Biarlah dia, dia lelaki. Itulah tugas dia nak jaga keluarga. Asalkan dia buat benda halal..”
Haha, terdiam saya.
Saya suka bila mertua saya selalu sebut ayat “Dia lelaki, dia lelaki.” Bagi saya, itu satu penghormatan/pandang tinggi terhadap lelaki.

Yang tak betul ialah,
“Dia lelaki. Biasalah tak matang.”
“Dia lelaki. Biasalah miang.”
“Dia lelaki. Biasalah busuk dan pengotor.”
“Dia lelaki. Biasalah malas dan kuat tidur.”
“Dia lelaki. Biasalah main game dan lepak-lepak.”
Salah tu.
Kena ubah dari sekarang ibu-ibu.
“Dia lelaki. Kehebatan dia pada tenaga fizikalnya.”
“Dia lelaki. Kehormatan dia pada melindungi keluarga.”
“Dia lelaki. ALLAH lebihkan mereka dan angkat jadi ketua keluarga.”
“Dia lelaki. Dia tahu bagaimana nak laksanakan tanggungjawab dia selayaknya.”
“Dia lelaki. Dia lebih bijak mengurus dan mengatur perjalanan dan keperluan keluarga.”
Apa yang kita semai dalam diri anak-anak tentang KUALITI JANTINA mereka – sangat banyak mempengaruhi mereka dalam keberhasilan mereka berperanan dalam rumahtangga.
Berbalik kepada perbualan saya dengan mertua. Bagi mertua saya, apa yang saya utarakan made me sound like a non-supportive wife walhal bukan niat saya untuk tidak support/tidak bersetuju dia keluar di pagi raya. Saya okey teramat sangat. Saya kenal dia macam mana. Cuma mungkin saya tak berhati-hati dalam menutur kata ketika itu.
Masa tu jugak saya terfikir dalam hati.
“Patutlah anak-anak lelaki ibu mertua saya lincah buat kerja. Dan sangat bertanggungjawab bab bekerja dan menafkahi. Sejenis memang tak ajar anak lelaki duduk rumah malas-malas relaks-relaks. Setahap ini maknya reda anak bekerja di pagi raya demi keluarga.”
Kalau belanja sudah cukup. Mungkin logik suruh anak berehat. Tapi ibunya juga tahu struggle anak lelakinya yang berbisnes zaman sekarang ini. Maka yang lebih mulia adalah tetap saja bekerja selepas berehat seketika (before Raya dah bercuti/tiada job).
SITUASI YANG SAYA SEBUT INI TAK SESUAI PUN UNTUK SEMUA ORANG.
Husband tu kampong dia kat KL. Yang kampong kat Kedah Perlis apa bagai jangan sibuk tiru idea kerja di pagi raya ni pula ya. Lepas Zohor, dia terus balik rumah. Dah siap kerja. Boleh sambung beraya dan berziarah. Tiada apa yang tragis pun.
Cuma masa tu – bagi saya agak PELIK SEBAB KERJA RAYA PERTAMA? Benda pelik sangat dalam keluarga saya. Tak merungut, cuma pelik/awkward. Tapi selepas dengar apa mertua cakap – terbuka keluasan pandangan saya dalam memahami perkara ini.
“Kerja keras ni ada ke masa dengan keluarga? Dok pulun kerja sampai abai keluarga buat apa?”
Jawapannya, teramatlah ada masa bersama keluarga. Walaupun busy. Walaupun banyak kerja. Saya hampir tak pernah shopping/beli barang sendirian atau pegang steering kereta sebelum ini. Sekarang je dah kena drive sendiri semula sebab tuntutan keadaan juga sudah berubah.
Kadang-kadang bergaduh manja sebab nak suruh dia tu berehat. Sebab? Kasihan tengok dia pulun bekerja dan memerah tenaga. Tapi bila kenang semula. Melihat dia bekerja keras – adalah apa yang membuatkan saya jatuh hati dengannya. Itulah kriteria paling mencairkan jiwa.
Jadi tak perlu paksa atau overthink atau pandang rendah pada tenaga dia. Pandailah dia berehat bila dia penat. Yang perlu, salurkan emosi yang stabil dan penuh kasih sayang untuk memulihkan tenaga mereka. Wanita yang sihat dan stabil emosinya, adalah wanita yang memiliki kecantikan kelas tinggi di mata lelaki sejati.
Melihat lelaki yang menumpahkan keringatnya demi keluarga, kita rasa secure.
Rasa secure yang saya tak pernah rasa sebelum itu kerana sebelum kehadiran dia, sayalah yang perlu bekerja keras untuk segalanya.
Saya yakin.
Sebegitu jugalah lega dan tenang seorang lelaki bila dikurniakan isteri yang stabil dan cantik emosinya.
Jika wanita perlu rasa secured di sisi lelaki. Lelaki perlu rasa nurtured di sisi wanita.
Begitulah. Soal lelaki perkasa VS lelaki manja. Semuanya bermula dari DIDIKAN KELUARGA.

To be specific – semuanya bermula dari “WHAT KIND OF MENTAL ATTITUDE DOES A MOTHER INSTILL IN HER SONS.”
Mentaliti manja dan asyik-asyik kena rehat – maka yang lahir nanti juga lelaki yang manja.
Mentaliti gigih dan TEKUN berusaha – maka yang gigih, tekun dan perkasa jugalah yang akan lahir dari keluarga kita.
Ibu-ibu memang kasihan kalau tengok anak bekerja. Tapi ketahuilah, KITA RASA PENAT tengok lelaki bekerja sebab kita compare dengan tenaga fizikal/kudrat kita yang terbatas.
Kepenatan mereka tak sama macam kita. Tangki kudrat mereka banyak dan powerful. Yang mereka tak sekuat kita adalah dari sudut emosional. Maka dari situ kita perlu SALURKAN TENAGA EMOSI kita yang cantik dan sihat kepada mereka agar mereka terdorong cemerlang dan gembira dalam pekerjaan/peranan mereka. Bukan tenaga fizikal yang mereka perlu dari kita. Tapi, sentuhan/tenaga emosional.
Begitu juga lelaki.
Mereka tak perlu sangat bagi tenaga emosi mereka yang terhad pada wanita. MERINGANKAN TUGASAN FIZIKAL SEORANG ISTERI itu sendiri adalah DITAFSIRKAN SEBAGAI BANTUAN/SOKONGAN EMOSI kepada wanita.
Sebab itu ramai wanita ANGGAP MASALAH BESAR bila suami tak bantu house chore dan jaga anak-anak yang melibatkan kudrat. Sebab KETERBATASAN TENAGA FIZIKAL adalah isu besar untuk wanita.
Sebab itu, mandikan anak, bersihkan najis (kena dukung2 anak – pressure on rahim dan back pain utk anak setahun atau 2 tahun ke atas) angkat kain semua tu LEBIH DIHARAPKAN isteri berbanding bangun tengah malam susukan anak, tukar pampers etc.
Bangun malam pula kerja lebih pada emosi. Jadi normal kalau isteri bangun dan suami tidur mati.
Bukan suami tu tak guna atau tiada empathy. Cuma, nak kejut dia tu kena ada extra effort sebab EMOSI dia tak sesensitif emosi ibu.
Ibu ni, anak dah tidur nyenyak pun dia terbangun-bangun nak cek anak ok ke tak. Bapaknya, anak menangis pun dia boleh terlelap. Nak tidurkan anak, dia yang tertidur dulu. Kita geram je tengok kan? Tapi sekarang kita akan lebih faham inshaALLAH.
Jangan dimarahi. Dia bukan jahat begitu.
Cuma, nature dia begitu. Ada sesetengah perkara easier done by women. Ada yang easier done by men. Ada yang tahap harmoninya lebih dari biasa maka semuanya dia boleh berbahagi tugas dengan cara lebih luar biasa. Pandai-pandai adjust antara kita dan pasangan.
Ingat, SETIAP RUMAHTANGGA DAN SETIAP PENDIRI RUMAHTANGGA ITU UNIK. Apa yang saya tulis sekadar coretan ringkas gabungan pembacaan, pembelajaran dan kes-kes client yang saya uruskan. Bukan final. Pandai-pandailah ambil dan sesuaikan. Tak perlu terima bulat-bulat.
Begitulah sembang santai tentang tenaga lelaki dan wanita.
Lelaki. Stop expecting a submissive provider.
Wanita. Stop expecting a feminine and passive provider.
A provider is MASCULINE.
A provider is ACTIVE AND DECISIVE.
They dont get along with the idea of being BOTH a provider and feminine or passive.
Allahualam.

Sumber: Sharifah Zahidah
The post Isteri Bukan ‘Mesin Duit’, Pentingnya Peranan Suami Dalam Ekonomi Keluarga appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/isteri-bukan-mesin-duit-pentingnya-peranan-suami-dalam-ekonomi-keluarga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Kena Faham Perasaan Isteri Mereka Hanya Mahu Kasih Sayang Kita Jalaluddin Hassan

Suami Kena Faham Perasaan Isteri Mereka Hanya Mahu Kasih Sayang Kita Jalaluddin Hassan

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 277 hits
Pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan menitipkan pesanan kepada suami di luar sana untuk menghargai pengorbanan isteri masing masing Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya Jalaluddin berkata suami memi...
Larangan Menjalinkan Hubungan Sulit Dengan Suami Isteri Orang

Larangan Menjalinkan Hubungan Sulit Dengan Suami Isteri Orang

papar berkaitan - pada 2/11/2024 - jumlah : 204 hits
Banyak jabatan telah mengeluarkan infografik mengenai larangan menjalankan hubungan sulit Ini perkara serius dan perlu diambil perhatian oleh semua Gambar adalah dari Public Health Malaysia
Suami Dibunuh Isteri Antara 4 Ditahan

Suami Dibunuh Isteri Antara 4 Ditahan

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 158 hits
BernamaMangsa didapati ditikam di dagu kanan selain ditetak di belakang kepala Timbalan Ketua Polis Lahad Datu Jimmy Panyau berkata isteri mangsa ditahan pada hari kejadian lelaki itu dibunuh LAHAD DATU Isteri antara empat individu ditahan ...
Hidup Makin Keras Suami Isteri Tiga Anak Perlukan Rm7 641 Sebulan Nak Hidup Selesa Di Kl

Hidup Makin Keras Suami Isteri Tiga Anak Perlukan Rm7 641 Sebulan Nak Hidup Selesa Di Kl

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 118 hits
Kenaikan kos harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat ditambah dengan jumlah anak pastinya buat kehidupan hari ini makin keras Menurut anggaran Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar sebuah keluarga dengan tiga anak di kawasan band...
Beri Perhatian Ketika Isteri Bercakap Wanita Idam Suami Seperti Beto Khusyairy

Beri Perhatian Ketika Isteri Bercakap Wanita Idam Suami Seperti Beto Khusyairy

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 98 hits
Nama pelakon popular Beto Khusyairy tidak asing lagi dalam kalangan peminat industri tanah air Mana tidaknya aktor tersebut tergolong antara suami paling setia di sisi isterinya meskipun belum dikurniakan zuriat selepas 16 tahun berkahwin M...
Caruman I Sayang 86 000 Golongan Suami Dah Lakukan Untuk Isteri

Caruman I Sayang 86 000 Golongan Suami Dah Lakukan Untuk Isteri

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 125 hits
Jangan ingat isteri yang tidak bekerja tidak boleh mempunyai akaun di KWSP Bagi wanita yang bergelar suri rumah i Sayang adalah peluang untuk menjamin masa depan biar pun tidak bekerja Menurut KWSP Malaysia i Sayang merupakan inisiatif yang...
Suami Takkan Tidur Bila Isteri Yang Memandu

Suami Takkan Tidur Bila Isteri Yang Memandu

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 125 hits
ALASAN KENAPA TAK YAKIN BILA ORANG PEREMPUAN YANG PANDU KERETA Orang perempuan ni kurang situational awareness sebab dia biasa multi task Sekejap dia akan terkejut atau tak perasaan satu benda tu waktu memandu Benda lain dia nak multi task ...
Saiz Comel Isteri Bukan Masalah Suami Terima Seadanya Sebab Dia Comel

Saiz Comel Isteri Bukan Masalah Suami Terima Seadanya Sebab Dia Comel

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 113 hits
Gelagat comel pasangan pengantin baru Nur Suriati yang mengangkat suaminya Muhammad Syamir ketika bergambar kenangan di pelamin sewaktu majlis persandingan mereka menarik perhatian ramai Menyingkap kisah percintaan pasangan ini Muhammad Sya...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati

Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua

Lima Produk Apple Baru Bakal Muncul Awal 2025 Ini Yang Boleh Dijangkakan

Che Ta Tunggu Masa Sesuai Jelaskan Kenapa Dia Gagal Bayar Hutang Mara Yang Ramai Nak Tahu