Isteri Boleh Tuntut Hak




Kemusykilan Syariah Bersama Suriany Awaludin
SUAMI tidak bekerja selepas diberhentikan majikan pada Jun lalu. Kini segala keperluan dan perbelanjaan keluarga terpaksa saya tanggung sepenuhnya.
Kadang-kadang suami turut meminta duit daripada saya. Menjadi rutinnya selepas tidak bekerja ini, pada sebelah pagi dia akan hantar anak ke rumah ibu saya kerana rumah kami berdekatan.
Saya pula akan terus menuju ke tempat kerja.
Disebabkan suami tidak bekerja, timbul perasaan geram dan benci terhadapnya kerana sikapnya yang seolah-olah sudah menyerah kalah dan tidak berusaha menambah pendapatan keluarga.
Ima
Cheras
Menurut syarak dan undang-undang, tugas menyediakan nafkah untuk isteri dan anak terpikul di bahu suami.
Hanya beberapa keadaan membolehkan suami tidak perlu membayar nafkah kepada isteri iaitu selama tempoh isteri itu nusyuz atau tidak taat kepada kemahuan suaminya.
Tanggungjawab menyediakan nafkah untuk anak pula terhenti apabila anak-anak mencapai usia 18 tahun atau tamat pengajian mereka dan anak itu boleh menyara diri sendiri.
Kedua-dua tanggungjawab itu diperuntukkan di bawah Seksyen 60 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri yang memperuntukkan tanggungjawab terhadap nafkah isteri iaitu Seksyen 60 (1) Tertakluk kepada hukum syarak, mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.
Suami boleh tidak menyediakan nafkah isteri apabila isteri disahkan oleh mahkamah sebagai isteri yang nusyuz seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 60 (2) tertakluk kepada hukum syarak dan pengesahan mahkamah iaitu seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya iaitu:
a. Apabila dia menjauhkan diri daripada suaminya.
b. Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya.
c. Apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut hukum syarak.
Berkenaan tugas menyediakan nafkah anak pula, diperuntukkan di bawah Seksyen 73 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri iaitu 73 (1) kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah bergantung kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.
Suami atau bapa hendaklah menyediakan nafkah anak sehingga umur anak mencapai 18 tahun atau sehingga tamat pengajian mereka sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 80 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan suami atau bapa yang masih sihat dan berupaya mencari nafkah, tanggungjawab tidak akan berpindah kepada pihak lain, apatah lagi isteri.
Memandangkan keadaan suami puan semakin selesa tidak bekerja dan masih boleh meneruskan kehidupan harian disebabkan puan boleh menyaranya, puan hendaklah segera bertindak menanganinya.
Sekiranya mampu, puan boleh terus menasihati suami mengenai tanggungjawabnya menyediakan nafkah. Jika tidak mampu, puan dapatkan bantuan mana-mana ahli keluarga rapat yang boleh menasihati suami dan membantunya mendapatkan pekerjaan.
Malah, puan juga boleh membuat tuntutan nafkah isteri dan anak di mahkamah di samping menyedarkannya tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya dia tetap gagal atau cuai memberi nafkah.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/21/isteri-boleh-tuntut-hak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Perak Tuntut Janji Hak Milik Kekal Tanah Kampung Baharu

Dap Perak Tuntut Janji Hak Milik Kekal Tanah Kampung Baharu

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 384 hits
IPOH 24 Nov DAP Perak menuntut kerajaan negeri menunaikan janji Pilihan Raya Umum Ke 14 iaitu pemberian hak milik kekal tanah kampung baharu Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata beberapa janji lain yang terkandung dalam manifesto Pakata...
Samsung Menerima Hak Eksklusif Penggunaan Kaca Ultra Nipis Untuk Skrin Peranti Boleh Lipat

Samsung Menerima Hak Eksklusif Penggunaan Kaca Ultra Nipis Untuk Skrin Peranti Boleh Lipat

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 265 hits
Sebagai peranti generasi pertama Samsung Galaxy Fold menggunakan panel plastik poliamida pada skrin boleh lipat mereka Antara masalah awal yang ditemui ialah ia tidak tahan calar berbanding kaca sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai ke...
3 Doa Suami Boleh Amalkan Untuk Pimpin Isteri Anak Ke Jannah

3 Doa Suami Boleh Amalkan Untuk Pimpin Isteri Anak Ke Jannah

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 419 hits
Semua pasangan yang mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak mengimpikan keluarga mereka bahagia dunia akhirat Setiap suami mahukan isterinya dikurniakan Jannah begitu juga si ibu mendoakan anak anak dipermudahkan segala urusan dan dikurn...
Baik Buruk Suami Semua Dalam Poket Isteri Jangan Mimpi Boleh Sorok

Baik Buruk Suami Semua Dalam Poket Isteri Jangan Mimpi Boleh Sorok

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 498 hits
Setiap perkahwinan pasti pernah dilanda badai Setiap pasangan pasti pernah bermasam muka antara satu sama lain Itu adalah lumrah kehidupan berumah tangga Tiada masalah untuk sesekali berselisih pendapat kerana dengan cara itu kita akan lebi...
Isteri Boros Tuntut Cerai Suami Nekad Bakar Diri

Isteri Boros Tuntut Cerai Suami Nekad Bakar Diri

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 424 hits
The ReporterSeorang lelaki berusia 32 tahun nekad membakar dirinya kerana mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya yang terdahulu menuntut cerai Pegawai polis unit siasatan jenayah Budi Setyanta berkata kejadian itu berlaku pada 18 N...
Isteri Boleh Buat Semuanya Sendiri Tapi Kalau Suami Bantu Benda Boleh Jadi Perfect

Isteri Boleh Buat Semuanya Sendiri Tapi Kalau Suami Bantu Benda Boleh Jadi Perfect

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 496 hits
Di dalam sesebuah perkahwinan tugas suami bukan sekadar mencari dan memberi nafkah kepada suri hatinya Sangat penting untuk suami mempunyai sikap toleransi dan memahami agar isteri merasa dihargai Dengan itu hubungan antara suami isteri jug...
Suami Yang Manja Boleh Buat Isteri Turun Berat Badan

Suami Yang Manja Boleh Buat Isteri Turun Berat Badan

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 650 hits
Suami wajib miang dengan isteri Nampak isteri dari jauh kenyit mata flying kiss selalu ajak isteri bergurau selalu buat lawak bagi isteri ketawa selalu ucap abang sayang sayang Jika tiba tiba mood tidak baik suami lebih baik diam dari berka...
Menurut Kajian Layan Isteri Bercakap Boleh Buat Otak Bergeliga

Menurut Kajian Layan Isteri Bercakap Boleh Buat Otak Bergeliga

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 281 hits
Bagi mereka yang sudah berkahwin sudah tentu si isteri yang paling banyak bercakap Ada sahaja benda yang nak dibicarakan sehinggakan ada suami tidak tahan atau malas untuk melayan Namun kajian ini bakal mengubah para suami di luar sana untu...
Lirik Lagu Batu Belah Batu Konkrit Monoloque Ft Azlina Aziz

Power Of Storytelling For Business

The Future Of Green Energy

Kfc Pizza Hut Tutup 537 Cawangan Di Turki Gara Gara Kempen Boikot

Lrt3 Tarikh Operasi Senarai Stesen Fakta Menarik

338 Postmodern Monologue Home By Giant Design

Apa Yang Dilepaskan Dari Otot Jantung Jika Berlaku Serangan Jantung

Ipic Case Anwar Responsible If Najib S Dnaa Turns Into Full Acquittal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka


Qaseh Rania Dari Kl Ke Wolfsburg

Petua Tips Halau Cicak

Resepi Ayam Percik Power Juicy Berempah Dan Lazat

Penganggur Ditahan 3 Jam Lepas Samun Kedai Emas

Isu Beras Kajian Mardi Buktikan Rakyat Ditipu

Tiket Murah Promo Sekarang Ada Promo Tiket Murah Kat Trip Com Jom Check It Out