Isteri Blur Di Mahkamah Bila Hakim Tanya Apa Puan Nak


Girl, take a moment to really digest this thought shared by my fellow friend, Fahmi. It highlights a powerful truth: Kita ni while physical strength might vary, BUT our intellect and wisdom are our greatest assets eh. Excuses based on a lack of formal education simply don't hold water in the face of our innate capacity for smart decision-making kay. Erti kata lain; don't be stupid. Tak tahu tanya, usaha sendiri, bukan mengharap orang. Tahu hak anda. Ultimately, the choices we make define us, regardless of background; sekolah tak sekolah.Minggu lepas, saya menghadiri satu kes di Mahkamah Tinggi Syariah. Saya tak mahu sebut dimana. Tapi, saya nak kongsi kisah yang saya terpaksa lihat dan dengar dari tepi sahaja, sebab bukan kes klien saya

Ada satu pasangan suami isteri yang dipanggil dihadapan Hakim. Kes Permohonan Poligami yang difailkan oleh suaminya

Waktu kes mereka dipanggil oleh pembantu Hakim, saya berada di tepi. Di meja Peguam Syarie. Kes mereka tidak diwakil oleh mana-mana pihak

Yang jadikan saya stress kat tepi tu adalah, keadaan wanita yang saya rasa isteri pertama lelaki tersebut, macam tak tahu apa-apa bila dihadapan Hakim

Saya tahu, dia mungkin setuju untuk benarkan suaminya berpoligami. Saya pun tak kisah bab tu. Saya suka kalau laki yang nak poligami buat cara betul

Yang saya tak suka dan kesian adalah, wanita yang pergi ke Mahkamah tapi dia macam ‘blur’ dan tak tahu nak mintak apa haknya

Hakim pun siap bagi ‘hint’ lagi, ‘Puan tak nak declare apa-apa ke macam rumah puan sekarang?’
‘Takpalah tuan, dia dah sedia rumah kat saya’. Haihhhhh. Saya kat tepi masa tu, perati jer suaminya senyum lebar. Hakim pun tanya kalau-kalau suami pesan jangan cakap apa-apa depan Hakim

Sengih-sengih ja puan ni

Aduhai

Saya kat tepi tu, berbulu ja tengok. ‘Kenapalah puan ni tak follow saya”, ujar saya dalam hati

✅ Apa yang perlu isteri buat bila terima permohonan poligami?Kalau anda mungkin marah itu biasa. Kalau anda mungkin setuju dan tak marah pun itu biasa. Tapi, tolong jangan tak pergi ke Mahkamah bila dipanggil

Bila dihadapan Hakim, Hakim hanya nak tahu, jika anda setuju poligami ini, apa hak yang anda nak direkodkan. Ini kuasa Hakim. Mintak direkodkan Nafkah Diri anda ikut keperluan yang anda perlu

Kedua, mintak direkodkan Nafkah Anak untuk anak-anak anda. Rekod ikut keperluan, bukan ikut ala kadar. Kalau Nafkah Anak dan Nafkah Isteri pun suami takat nak bagi ala kadar, baik tak payah la poligami

✅ Apa yang paling penting untuk rekod lagi?Pada saya yang paling penting adalah rekodkan tentang Harta Sepencarian. Anda kena tahu, kes Harta Sepencarian adalah kes yang rumit di Mahkamah jika satu pasangan bercerai dan nak buat tuntutan tersebut

Biasanya perbicaraan kes Harta Sepencarian ini makan tahun dan perlukan segala macam bukti untuk perbicaraan. Tapi, bagi isteri yang dapat Tuntutan Poligami, anda diberi keistimewaan untuk mintak Hakim ‘declare’ sebagai perintah, apa sahaja Harta yang suami anda ada sekarang sebagai Harta Sepencarian tanpa perlu bicara

Bahkan, anda boleh mintak diisytiharkan ‘1/2’ atau separuh bahagian milik anda walaupun suami yang beli 100%. Orang lain nak dapat 1/3 bahagian pun sukar jika bicara kes Harta Sepencarian

✅ Kenapa penting rekod Harta Sepencarian ini?Sebagai isteri, anda kena tahu, meskipun suami beli 100% rumah dan sediakan untuk anda, mungkin benar itu adalah Harta Sepencarian. Tapi, jika tidak ada Perintah, andai berlaku kematian suami, Rumah itu tetap dikira pusaka dan perlu dibahagi secara Faraid

Melainkan anda dapat Perintah Harta sepencarian. Nak dapat perintah 1/2 bahagian, anda perlu ada bukti yang anda juga ada sumbangan langsung terhadap pembelian rumah tersebut

✅ Apa jadi kalau suami mati, dan tak rekod Harta Sepencarian?Rumah dan segala harta itu akan dibahagi secara Faraid. Kalau anda ada anak, bahagian faraid anda adalah 1/8. Namun, jika suami anda berpoligami, mungkin dua isteri, bahagian anda akan jadi 1/16

Itu belum kira jika suami ada 3 atau 4 isteri. Lagi kecil bahagian pusaka anda. Dan tak semena-mena, anda terpaksa naik turun Mahkamah hanya untuk ‘declare’ Harta Sepencarian dan berlawan dengan semua ahli waris

Itu kalau mati. Kalau anda diceraikan sewaktu hidup, selepas cerai anda nak kena lantik peguam bagi failkan Harta Sepencarian. Itu pun jika Harta itu masih ada. Kalau rumah sudah dijual sebelum cerai, jenuhlah anda naik turun Mahkamah

✅ Kalau Tuan Fahmi di tempat isteri, apa yang tuan akan buat?Jangan tak pergi langsung. Lagi rugi. Suami boleh ‘kuak bebas’ depan Hakim. Kalau saya kat tempat isteri pertama tu, saya mungkin tak marah kalau suami saya mampu dan berkemampuan untuk poligami

Tapi, saya akan mintak rekod Nafkah diri sebagai isteri RM1000 sebulan at least, Nafkah Anak seorang RM600 at least seorang setiap bulan, RM300 untuk baju raya dan RM400 untuk perbelanjaan awal persekolahan

Harta Sepencarian confirm, semua harta yang suami beli, saya nak mintak Mahkamah ‘declare’ 1/2. Kalau ada yang saya keluarkan duit lebih, saya nak mintak 2/3 bahagian

Lagi satu, saya nak mintak suami sediakan Hibah Takaful RM1 juta sebagai simpanan dan tinggalan jika berlaku kematian. At least, hak saya selamat selepas kematian suami. Dan bolehlah saya nak survive dengan baik dan selamatkan Harta pusaka arwah

❤️ Kesimpulan,Saya sangat berharap, perkongsian saya ini sampai kepada lebih ramai wanita. Jangan pergi ke Mahkamah dalam keadaan yang anda tak tahu apa-apa

Rugi. Tersangat rugi

Fahmi Ramli.Akhir kata, jadi perempuan jangan jadi tak bijak sangat. Buat-buat tak bijak, tidak apa. Bak kata my super senior Dr Muhaya, Wanita kena jadi bodoh-bodoh sikit. Jangan nampak sangat pandai tu. K bai ;)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ceritamak.com/2025/05/isteri-blur-di-mahkamah-bila-hakim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Soalan Macam Ni Pun Nak Tanya Ek Netizen Terhibur Carian Pada Billboard Sebuah Highway

Soalan Macam Ni Pun Nak Tanya Ek Netizen Terhibur Carian Pada Billboard Sebuah Highway

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 135 hits
Sebuah billboard dipercayai di sekitar Lebuhraya Persekutuan memaparkan hasil carian yang berjaya menghiburkan pengguna jalan raya dan netizen Sedar tak sedar ramai juga boleh relate Takkan nak tanya orang benda boleh kita cari sendiri kita...
Dakwa Bekas Isteri Ada Npd Ahli Politik Ini Dedah Benda Mengejutkan Di Instagram Cari Perhatian Nak Jual Produk Ke

Dakwa Bekas Isteri Ada Npd Ahli Politik Ini Dedah Benda Mengejutkan Di Instagram Cari Perhatian Nak Jual Produk Ke

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 132 hits
Kemelut antara ahli politik Datuk Shahrul Nasrun dan bekas isterinya Fatin Amyra masih belum menemui noktah apabila Shahrul tampil lantang di Instagram Story dengan beberapa pendedahan mengejutkan Sebagai reaksi terhadap situasi itu Shahrul...
Tak Miskin Pun Gembirakan Isteri Ika Nabella Tegur Suami Kedekut Nak Belanja Rm30

Tak Miskin Pun Gembirakan Isteri Ika Nabella Tegur Suami Kedekut Nak Belanja Rm30

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 142 hits
Siapa sangka hanya kerana tidak memiliki botol minuman idaman seorang wanita meluahkan kecewa sehingga terdetik ingin berpisah dengan suaminya Luahan itu telah mendapat perhatian pelakon Ika Nabella yang turut beri respon Bagaikan tidak per...
Cara Nak Kecutkan Buasir Luar Cuba 9 Cara Yang Selamat

Cara Nak Kecutkan Buasir Luar Cuba 9 Cara Yang Selamat

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 233 hits
Bagaimanakah cara nak kecutkan buasir luar dengan selamat Umumnya buasir luar boleh menjadi masalah yang sangat menyakitkan dan mengganggu rutin harian terutamanya apabila ia melibatkan bengkak pedih dan rasa tidak selesa setiap kali duduk ...
Kena Bersabar Kalau Nak Buat Rawatan Gigi Di Klinik Pergigian Dr Fadzli Meru Perak

Kena Bersabar Kalau Nak Buat Rawatan Gigi Di Klinik Pergigian Dr Fadzli Meru Perak

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 170 hits
Meru Klang ke ayah tanya anak anak eh kalau Meru Klang tak perlu kita cari homestay kita balik hari je Tu ayah tu nak bagi cantik gigi kata umi pulak sebelum si ayah sempat nak kata apa apa Speechless sekejap si ayah Perjalanan Dari Kuala L...
Niat Terbantu Nak Update Entri Pendek

Niat Terbantu Nak Update Entri Pendek

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 171 hits
Aku tak tahu orang lain tapi aku setiap kali nak menulis mesti aku gagal nak tulis artikel pendek dan tanpa sub tajuk Ohoi terasa dugaan paling besar bila ada suara kecil yang akan kutuk diri sendiri sebab menulis tanpa heading tajuk dan ta...
Nak Jalan Jepun Ini Itinerari Ke Osaka Tokyo Untuk 9 Hari

Nak Jalan Jepun Ini Itinerari Ke Osaka Tokyo Untuk 9 Hari

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 221 hits
Selepas hampir 6 bulan merancang akhirnya aku berjaya merialisasikan impian untuk travel ke Jepun Trip kali ini bawa aku ke Osaka dan Tokyo serta singgah di Gunung Fuji selama 9 hari Kali ini bukan pergi solo aku bawa member 2 orang BACA JU...
Sila Ke Pentas Terbuka Kes Kampung Baru Rentetan Pas Nak Anjur Perhimpunan Zaman Kamu Dalam Kerajaan Juga Kamu Terlibat

Sila Ke Pentas Terbuka Kes Kampung Baru Rentetan Pas Nak Anjur Perhimpunan Zaman Kamu Dalam Kerajaan Juga Kamu Terlibat

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 189 hits
Setuju Malah saya puji Amanah kerana mencadangkan pentas penghujahan yang lebih objektif telus dan terbuka untuk menghalusi rintihan semua pihak Jangan lupa apa yang berlaku sekarang adalah kesan langsung keputusan keputusan membabitkan 3vm...
Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Smm Says Conditional Nod For Farhash Linked Firm Scrapped To Sue Media

Consumer Credit Law Risks Squeezing Poorer Households Further Says Think Tank


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Seorang Wanita Melecur 5 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau

Drama Epok

Bila Dua Hati Belajar Memaafkan

Mykad Rosak Panduan Lengkap Cara Ganti Dengan Mudah Dan Cepat

Thailand Kemboja Bertempur Masuk Hari Ketiga 33 Terbunuh Phnom Penh Desak Gencatan Segera

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital