Isteri Belum Bersedia Hamil Lagi Selepas Kehilangan Anak Kami Azmi Saat Hormati Keputusan Isteri


Kehilangan bayi buat selama-lamanya pasti meninggalkan trauma dan memori sedih kepada ibu yang mengalaminya.
Hampir setahun kehilangan anak sulung, penyanyi Azmi Saat mengakui isterinya, Nazirah Muhamad masih belum bersedia untuk hamil sekali lagi.
Menurut Azmi atau nama sebenarnya, Khairul Azmi Mohd Saat, 35, sehingga kini isterinya masih bersedih selepas anak sulung mereka meninggal dunia pada September tahun lepas.

“Isteri saya belum bersedia selepas kehilangan anak kami. Takut juga nak bertanya kepada isteri tentang anak.
“Namun, pernah sekali pada awal tahun ini, saya suarakan untuk melakukan rawatan supaya boleh dikurniakan cahaya mata lagi.
“Tapi, isteri kata dia takut jika perkara sama terjadi. Jadi, buat masa ini memang kami tiada perancangan untuk melakukan sebarang rawatan, sebaliknya biar proses itu berlaku secara semula jadi,” menurut vokalis Caliph Buskers kepada Media Hiburan ketika ditemui dalam majlis pelancaran lagu baharunya berjudul Permataku baru-baru ini.
Isteri Semakin Sihat Menurut Azmi lagi, setiap bulan dia dan isteri pasti akan menziarah kubur anak mereka yang terletak di Tanah Perkuburan AU2, Keramat, Kuala Lumpur.
Dalam masa yang sama Azmi bersyukur kerana isterinya sudah semakin okey cuma ada masanya perasaan sedih akan datang tiba-tiba dan dia akan minta untuk ziarah kubur anak untuk lepaskan rindu.

“Saya reda dan syukur Alhamdulillah dapat juga pengalaman ada cahaya mata, dapat azankan bayi kami serta uruskan jenazah dia. Jadi, perasaan sedih saya tidaklah keterlaluan,” katanya.
Lagu Dedikasi Untuk Anak Single terbaharunya ciptaan komposer terkenal Ajai dan lirik tulisan Ahmad Fedtri Yahya itu merupakan karya yang didedikasikan buat Allahyarham anaknya.
“Apabila mendengarkan sahaja lirik tersebut buat kali pertama, saya gembira sebab ia memang menggambarkan isi hati saya.”
Untuk rekod, anak Azmi yang diberi nama Khairul Afnan meninggal dunia pada 30 September tahun lalu selepas tiga hari dilahirkan akibat kegagalan fungsi otak. Bayi tersebut merupakan anak sulung pasangan ini selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Sumber: Media Hiburan
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di sini

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

The post “Isteri Belum Bersedia Hamil Lagi Selepas Kehilangan Anak Kami” Azmi Saat Hormati Keputusan Isteri appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/isteri-belum-bersedia-hamil-lagi-selepas-kehilangan-anak-kami-azmi-saat-hormati-keputusan-isteri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Comel Baby Bump Berseri Seri Wajah Adira Yang Kini Hamil Anak Nombor 4

Comel Baby Bump Berseri Seri Wajah Adira Yang Kini Hamil Anak Nombor 4

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 246 hits
Penyanyi kelahiran Sabah Adira Suhaimi baru baru ini berkongsi video dia keluar bersiar siar bersama tiga orang cahaya matanya Dalam video tersebut jelas kelihatan fizikal perut Adira yang sedang hamil anak keempat View this post on Instagr...
Tasya Farasya Hamil Anak Kedua Ayang Part 2 Coming Soon

Tasya Farasya Hamil Anak Kedua Ayang Part 2 Coming Soon

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 202 hits
Putri pertamanya Maryam atau akrab disapa Ayang bakal punya adik kehamilan Tasya saat ini sudah masuk usia 21 minggu
Dia Panjat Saya Saya Peluk Dodoi Dia Gugur Air Mata Ayah Saat Akhir Sebelum Kehilangan Baby Jude

Dia Panjat Saya Saya Peluk Dodoi Dia Gugur Air Mata Ayah Saat Akhir Sebelum Kehilangan Baby Jude

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 174 hits
Masuk hari kelapan kehilangan baby Jude Angel bayi berusia 18 bulan yang hilang di Beafourt Sabah Masih belum ada tanda tanda penemuan bayi comel ini walaupun gerakan mencari dipergiatkan Berita Terdahulu Bapa kepada baby Jude Jeremy Sundan...
Terminum Susu Isteri Saya Kira Jadi Anak Susuan Ke Ustaz Kazim Elias

Terminum Susu Isteri Saya Kira Jadi Anak Susuan Ke Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 148 hits
Terminum Susu Isteri Saya Kira Jadi Anak Susuan Ke Ustaz kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Anak Sumbing Bukan Cacat Allah Nak Bagi Saham Pahala Pada Kita Isteri Lan Solo Kongsi Info Rawatan

Anak Sumbing Bukan Cacat Allah Nak Bagi Saham Pahala Pada Kita Isteri Lan Solo Kongsi Info Rawatan

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 97 hits
Anak sumbing adalah kurniaan dari Allah untuk ibu bapa yang terpilih Ia bukan salah keturunan siapa siapa tetapi satu ujian buat ibu dan ayah Sebagai hambaNya yang beriman kita seharusnya bersyukur kerana terpilih menerima ujian tersebut Me...
3 Jenis Ubat Makan Terus Muntah Alah Teruk Hamil Anak Sulung Ibu Hamil Tambah Stress Pjj Dengan Suami

3 Jenis Ubat Makan Terus Muntah Alah Teruk Hamil Anak Sulung Ibu Hamil Tambah Stress Pjj Dengan Suami

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 95 hits
Tinggal berasingan dengan suami atau perhubungan jarak jauh sememangnya tidak mudah Lagi lagi jika hamil anak pertama Mengharungi kepayahan hamil tanpa suami di sisi memang payah Mental dan emosi perlu kuat dan kental apa lagi saat dilanda ...
Azmi Saat Permataku Chord

Azmi Saat Permataku Chord

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 186 hits
A E F mB F mBermimpikah B EMemiliki Dirimu Di SiniA F m Seperti Dalam KhayalankuD G Cinta Teragung Ini F m Hadirmu B E Lenyapkan Segala KegelapanA F m Kegelapan Yang SebenarnyaD G Cahaya TerindahG F m BUsah Kau Bertanyakan E AIkhlas Cinta Y...
Bersedia Untuk Masa Tua Jangan Susahkan Anak Menantu Pesanan Bonda Rozita

Bersedia Untuk Masa Tua Jangan Susahkan Anak Menantu Pesanan Bonda Rozita

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 94 hits
Usahawan terkenal Bonda Rozita yang juga ibu kepada Dato Aliff Syukri menitipkan pesanan buat golongan wanita agar sentiasa menghargai diri sendiri Malah dia turut berkongsi pesanan yang selalu dititipkan buat anak anaknya supaya sentiasa b...
Hiburan Dua Dua Gatal Dicurangi Ketika Hamil Isteri Bawa Suami Makan Tempat Kerja Skandal

Hiburan Dua Dua Gatal Dicurangi Ketika Hamil Isteri Bawa Suami Makan Tempat Kerja Skandal

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 117 hits
Satu perkongsian di media sosial telah berjaya menarik perhatian ramai berikutan pendedahan wanita ini yang mendakwa dirinya menjadi mangsa curang si suami ketika sarat hamil Tidak mengalah dengan situasi itu wanita yang dikenali sebagai Z ...
Demi Tuntut Pengeluaran Caruman Kwsp Noorazlan Berjalan Kaki Dari Johor Ke Istana Negara

Berbanding Ab Rauf Kenapa Tidak Ditonjolkan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Sebagai Ketua Menteri Melaka Berbanding Ab Rauf

Nelson Piquet Lewis Hamilton Memuji Pemerintah Brasil Karena Mendenda Mantan Juara F1 Atas Komentar Ofensif

Isu Harga

Mahathir Lupa Beliau Perdana Menteri Yang Pernah Diaibkan Oleh Pemimpin Negara Lain

Mahathir Wages Holy War Against Anwar

Isteri Tan Sri Musa Hassan Fail Permohonan Cerai Nafi Sebar Video Pergaduhan Di Media Sosial

Punca Sulaiman Ali Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka Tersebar



Info Dan Sinopsis Saat Hilang Cintamu Drama Slot Cerekarama TV3 Yang Berdasarkan Kisah Benar

5 Syarikat Pengiklanan Terbesar Dunia

Yanjin Kawasan Bandar Paling Sempit di Dunia

Biodata Daniel Fong Pelakon Drama Berepisod Bintang TV3

5 Kekurangan Jadi Pelajar Pandai Kelas Depan


Pantun Ucap Selamat Berbuka Puasa

Pakai Aulora Basic Top Dapat Kawal Denyutan Jantung

Mencari Tempat Berkumpul Dan Bergembira Bersama Tersayang Raya Ini Tony Roma S Lah

Ccris Dan Ctos Apa Beza Hutang Bayar Tak Cantik Boleh Blacklist

Koleksi Mug Kit Kat Malaysia X Mimpi Kita

7 Cara Claim Tuntut Mysalam