Isteri Amri Fail Permohonan Penzahiran Tuntut Dokumen Sop Polis


Hidir Reduan Abdul Rashid

 Isteri Amri Che Mat memohon perintah mahkamah bagi menggesa polis menyerahkan dokumen berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menyiasat kehilangan aktivis sosial itu sejak empat tahun lalu.
Untuk rekod, pihak polis bergantung pada dokumen SOP terbabit untuk meneliti kesahihan siasatan kehilangan Amri.
Pada 3 April 2019, Suhakam memutuskan bahawa Amri adalah mangsa kehilangan paksa.
Amri, yang didakwa merupakan seorang pendakwah dan pengikut Syiah dilaporkan hilang pada petang 24 Nov 2016 di Kangar, Perlis.
Norhayati Mohd Ariffin selaku plaintif mengemukakan permohonan penzahiran bagi mendapatkan dokumen terbabit sebagai sebahagian tuntutan utama atas kehilangan suaminya.
Berdasarkan surat permohonan yang dilihat Malaysiakini, dia mendakwa dokumen SOP itu perlu diserahkan bagi membantu mahkamah memastikan sama ada siasatan defendan mengenai kehilangan Amri adalah sah.
Pada 18 Nov tahun lalu, Norhayati dilapor mengambil tindakan undang-undang berhubung kehilangan Amri, dengan 21 individu dan entiti dinamakan sebagai defendan.
Selain pihak polis dan kerajaan Malaysia, menteri dalam negeri (tidak dinamakan), bekas menteri dalam negeri Ahmad Zahid Hamidi, bekas ketua polis negara Khalid Abu Bakar dan Mohamad Fuzi Harun serta bekas pesuruhajaya cawangan Khas, Awaludin Jadid turut dinamanakan sebagai defendan.
Norhayati menegaskan defendan mengambil pendirian bahawa mereka telah menjalankan siasatan yang mencukupi dan mengklasifikasikan kes Amri sebagai kes orang hilang adalah wajar.
“Semasa siasatan Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia), Defendan ke-18 (Polis Diraja Malaysia) memberikan penekanan berat kepada 'prosedur operasi standard tertentu' untuk memberi justifikasi kepada pendirian mereka.
"Oleh itu, dokumen-dokumen itu relevan dan penting," kata dokumen mahkamah merujuk pendirian defendan berhubung siasatan kes Amri.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, peguam Norhayati, Larissa Ann-Louis mengesahkan bahawa mereka mengemukakan permohonan penzahiran pada 15 Januari lalu.
Meskipun peguam plaintif membuat permohonan bertulis bagi mendapatkan dokumen SOP terbabit, Larissa berkata polis enggan menyerahkannya.
Larissa juga menjelaskan, tujuan utama pihak plaintif meminta dokumen SOP itu kerana ingin menilai kriteria yang digunakan pihak polis untuk mengklasifikasikan kes tersebut- sama ada ‘orang hilang’ atau ‘penculikan’.
“Ini kerana Amri (dalam siasatan polis) dikategorikan sebagai ‘orang hilang’,” katanya.
“Perbicaraan permohonan penzahiran juga telah ditetapkan pada 28 April,” jelas Larissa lagi.
Tambahnya, tarikh tersebut juga ditetapkan bagi pengurusan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/isteri-amri-fail-permohonan-penzahiran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1 200 Anggota Jpj Bantu Polis Kuat Kuasa Sop Perintah Sekatan

1 200 Anggota Jpj Bantu Polis Kuat Kuasa Sop Perintah Sekatan

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 279 hits
Langkah bersepadu antara JPJ dan polis wajar dilakukan bagi mengekang penularan wabak Covid 19 yang semakin meningkat akibat ketidakpatuhan SOP PUTRAJAYA Seramai 1 200 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan di seluruh negara digerakkan mulai ha...
Permohonan Baharu I Sinar Cara Masukan Dokumen Sokongan I Sinar

Permohonan Baharu I Sinar Cara Masukan Dokumen Sokongan I Sinar

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 813 hits
PERMOHONAN BAHARU i SINAR CARA MASUKAN DOKUMEN SOKONGAN i SINAR Kepada yang telah dan masih belum membuat permohonan i Sinar anda boleh membuat permohonan baharu i Sinar Anda juga boleh belajar cara masukan dokumen sokongan bagi memastikan ...
Isteri Tuntut Cerai Kerana Suami Terlalu Baik Dan Tak Pernah Bergaduh

Isteri Tuntut Cerai Kerana Suami Terlalu Baik Dan Tak Pernah Bergaduh

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 491 hits
ISTERI TUNTUT CERAI KERANA SUAMI TERLALU BAIK DAN TAK PERNAH BERGADUH Terdapat berbagai punca yang menyebabkan penceriaan dalam rumahtangga berlaku Rumah tangga yang aman dan rukun tanpa persengketaan menjadi impian setiap yang mendirikan r...
Pkp 2 0 Pematuhan Sop Tinggi Dalam Kalangan Masyarakat Di Ibu Negara Polis

Pkp 2 0 Pematuhan Sop Tinggi Dalam Kalangan Masyarakat Di Ibu Negara Polis

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 349 hits
Fareez AzmanJika sebelum ini Kampong Bharu menjadi syurga makanan buat warga sepanjang tahun Namun kini situasi sama pada Mac tahun lalu berulang apabila keadaan menjadi lengang tepat jam 8 malam Astro AWANI KUALA LUMPUR Hari ketiga Pelaksa...
Polis Tagkap Isteri Curang Terus Tinggalkan Tepi Jalan

Polis Tagkap Isteri Curang Terus Tinggalkan Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 434 hits
Sebuah video yang tular di Twitter dengan hampir 6 juta tontonan menunjukkan seorang anggota polis sedang menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan di tepi jalan yang sunyi Anggota polis berkenaan bertanya kepada pemandu kereta yang...
Mkn Teliti Sop Lebih Ketat Pm Akan Umum Langkah Kawal Covid 19 Isnin

Mkn Teliti Sop Lebih Ketat Pm Akan Umum Langkah Kawal Covid 19 Isnin

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 284 hits
PETALING JAYA Cadangan SOP lebih ketat akan dibentangkan bagi mengawal penularan Covid 19 susulan peningkatan kes yang mendadak kebelakangan ini Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata Majlis Keselamatan Negara sedang memperhalusi tindaka...
Hiburan Bergambar Dengan Peminat Tak Pakai Pelitup Muka Iman Troye Didakwa Tak Ikut Sop Di Langkawi

Hiburan Bergambar Dengan Peminat Tak Pakai Pelitup Muka Iman Troye Didakwa Tak Ikut Sop Di Langkawi

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 782 hits
Penyanyi muda yang namanya sedang meningkat naik Iman Troye didakwa tidak menjaga Prosedur Operasi Standard ketika berada di Langkawi dipercayai membuat persembahan untuk sebuah majlis Sumber Difahamkan Iman telah dihampiri beberapa peminat...
Pematuhan Sop Sangat Merosot Di Sabah

Pematuhan Sop Sangat Merosot Di Sabah

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 368 hits
Tak serik Aktiviti di pub kelab malam rekodkan 294 kes kesalahan tertinggi ingkar pematuhan SOP Pematuhan SOP Sangat Merosot Di Sabah Tahap pematuhan orang ramai terhadap prosedur operasi standard di Sabah terus merosot dengan kadar hari in...
Kerajaan Di Jangka Akan Umum Sop Lebih Ketat Bagi Mencegah Penularan Covid 19

Kerajaan Di Jangka Akan Umum Sop Lebih Ketat Bagi Mencegah Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 402 hits
PETALING JYA Kerajaan dijangka akan mengumumkan prosedur operasi standard bagi mencegah penularan Covid 19 yang lebih ketat berikutan peningkatan mendadak kes positif sejak kebelakangan ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berka...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


From Startup To Unicorn Status

Mocha Cafe Parit Buntar 2025 Part 2

Sambut Raya Aidiladha Di Bandar

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Hukum Dan Adab Korban Dalam Islam Panduan Lengkap Untuk Ibadah Raya Haji