Adakah Kit Siang Sebenarnya Merancang Untuk Jadi Pm



Oleh: Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP)
Memang melucukan apabila membaca imaginasi Lim Kit Siang, menuduh Presiden PAS mahukan jawatan Perdana Menteri (PM), di sebalik cadangan PAS supaya Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) menjadi PM selepas PRU 13, bukannya Anwar Ibrahim. Tuduhan Kit Siang tersebut seolah-olah ingin mengalihkan perhatian dan menyembunyikan sesuatu yang ada di benak fikirannya.
Sekiranya Kit Siang boleh berimanigasi untuk membuat tuduhan kepada Presiden PAS seperti itu, saya juga boleh berimaginasi untuk mempersoalkan Kit Siang, adakah beliau sebenarnya merancang untuk menjadi PM dengan menolak cadangan PAS mencalonkan Ku Li sebagai PM selepas PRU 13. Sekiranya diperhatikan sebab-sebab penolakan Kit Siang, imaginasi ini boleh jadi benar.
Kit Siang sudah pasti menyedari bahawa Anwar ketika itu sedang menghadapi tuduhan kes liwat. Sekiranya sabit kesalahan selepas PRU 13, sudah tentu Anwar akan gugur kelayakannya sebagai ahli parlimen sekaligus terlucut jawatan PM. Oleh yang demikian, meletakkan Anwar di posisi PM sememangnya berisiko tinggi, justeru perlu ada tokoh lain (Ku Li) di posisi itu untuk tempoh tertentu.
Meskipun risiko itu saya yakini cukup disedari oleh Kit Siang, mengapa beliau tetap mahukan Anwar sebagai PM ketika itu? Jika beliau mengakui Anwar calon yang paling sesuai untuk jawatan PM, mengapa sekarang Kit Siang tidak mencadangkan Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) sementara menunggu Dr Mahathir meletakkan jawatan pada Mei 2020.
Sekurang-kurangnya jika Anwar menjadi TPM sekarang, ia menjadi ‘pemanas badan’ untuk beliau mengambil alih dari Dr Mahathir sebagaimana succession plan yang dipersetujui oleh DAP. Sikap Kit Siang yang membiarkan Anwar sendirian pada hari ini untuk memposisikan dirinya dalam kabinet PH, seolah-olah menunjukkan Kit Siang tidak menggangap Anwar sesuai untuk PM.
Jika benar tanggapan saya tersebut, mengapa Kit Siang tetap mahukan Anwar semasa PAS mencadangkan Ku Li? Menurut imaginasi saya, Kit Siang merancang bila Anwar disabitkan kesalahan liwat semasa memegang jawatan PM selepas PRU 13, peluang untuk Kit Siang menggantikannya cerah. Beliau yakin PKR dan sebahagian pimpinan PAS ketika itu akan sokong beliau setidak-tidaknya untuk sementara.
Sebaliknya, jika cadangan PAS mencalonkan Ku Li diterima ketika itu, apa-apa yang terjadi pada Anwar selepas PRU 13, jawatan PM tidak terjejas. Jika Anwar bersalah, Ku Li tetap PM. Jika Anwar lepas dari tuduhan, mungkin Ku Li boleh berundur selepas tempoh tertentu. Jadi cadangan PAS itu membantutkan sama sekali perancangan Kit Siang untuk menjadi PM.
Boleh jadi imaginasi saya tersasar, tetapi kemungkinan untuk ia menjadi realiti tetap ada.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/01/24/adakah-kit-siang-sebenarnya-merancang-untuk-jadi-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Is Kit Siang Trying To Kill Ngeh And Nga

Is Kit Siang Trying To Kill Ngeh And Nga

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 255 hits
The Kelantan EXCO had rejected the logging concession application by the DAP cousins from Perak Husam Musa however forged the EXCO papers and got Kelantan Menteri Besar Nik Aziz Nik Mat to sign the papers approving the logging concession to...
Chef Wan Sets Gold Standard For Youths Compared To Najib Says Kit Siang

Chef Wan Sets Gold Standard For Youths Compared To Najib Says Kit Siang

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 420 hits
Despite growing calls for a boycott Lim Kit Siang believes Chef Wan is a better role model for Malaysian youths compared to Datuk Seri Najib Razak The DAP adviser said the cooking show celebrity whose real name is Datuk Redzuanwan Ismail ha...
Najib Kit Siang Should Be Appointed Minister Of Najib Affairs

Najib Kit Siang Should Be Appointed Minister Of Najib Affairs

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 385 hits
PETALING JAYA Datuk Seri Najib Tun Razak has taken another potshot at DAP adviser Lim Kit Siang saying the latter should appoint himself the Minister of Najib Affairs The former Prime Minister made the tongue in cheek statement on Facebook ...
Kit Siang Ramli S Ex Top Cop Post Symbolises Failure Not Success

Kit Siang Ramli S Ex Top Cop Post Symbolises Failure Not Success

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 300 hits
BN candidate Ramli Mohd Nor becoming the highest ranked Orang Asli in the police force symbolises the failure and not the success of uplifting the indigenous population after six decades according to Lim Kit Siang Surely after six decades o...
Najib Sekolahkan Lim Kit Siang Pasal Orang Asli

Najib Sekolahkan Lim Kit Siang Pasal Orang Asli

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 447 hits
Semalam saya baca komen yang tag saya Ada orang kutuk kenapa dulu tak jumpa orang asli kenapa sekarang baru nak tolong Tak apalah hari ini saya jadi Cikgu buka kelas Pengetahuan Am Pada tahun 2011 siapa ingat lagi kejadian tanah runtuh di P...
Lim Kit Siang Tak Faham Bahasa Melayu Sindiran

Lim Kit Siang Tak Faham Bahasa Melayu Sindiran

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 469 hits
Petang tadi Lim Kit Siang sekali lagi mengeluarkan kenyataan akhbar untuk menyerang saya Ini juga sekali lagi membuktikan beliau tak dapat hentikan obsesi dia terhadap saya walaupun dia nafi ada obsesi dalam kenyataan hari ini Lalu dia tudu...
Sekali Lagi Kit Siang Di Sekolahkan Najib

Sekali Lagi Kit Siang Di Sekolahkan Najib

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 862 hits
KUALA LUMPUR 18 Jan Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjadi cikgu kelas Pengetahuan Am menyekolahkan pengkritik kononnya beliau baru berjumpa masyarakat Orang Asli di Cameron Highlands dan menolong pribumi asal Mal...
Kit Siang Najib Is Bn S Strategist For Cameron Highlands By Election

Kit Siang Najib Is Bn S Strategist For Cameron Highlands By Election

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 420 hits
DAP advisor Lim Kit Siang believes that Datuk Seri Najib Razak is the strategist for Barisan Nasional in the Cameron Highlands by election as he is the only person who could stitch together an intricate and complex plan First is the selecti...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Can Schools Build Karakter

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Mca To Field Local Candidates For Sabah Polls Wee


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Redha Seorang Ibu

Pelajar Pasti Al Barakah Maran Berusia Enam Tahun Wakili Pahang Dalam Acara Khutbah Alam Ria Pasti Kebangsaan

Jadi Best Seller Meme Koleksi Editan Foto Fery Suriadi Ini Sangat Fenomenal

Kuewtiaw Kerang Untuk Minum Petang

Iya Kalau Numpang Negeri Orang Mesti Nak Tunjuk Pandai Lebih

Pm Anwar Sokong Usaha Perdamaian Pakistan Afghanistan