Ismanira Didapati Bersalah Abai Zayn Rayyan Mahkamah


Ismanira Didapati Bersalah Abai Zayn Rayyan – Mahkamah
PETALING JAYA, 31 Oktober (Bernama) — Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin, hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu hingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, dua tahun lepas.
Hakim Dr Syahliza Warnoh memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Ismanira, 30, di akhir kes pembelaan.
Pada 21 Julai lepas, Hakim Syahliza memerintahkan Ismanira membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap wanita itu manakala suaminya Zaim Ikhwan Zahari, 30, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan sama.
Mahkamah kini ditangguhkan sebentar untuk membolehkan pihak-pihak menyediakan hujahan mitigasi  bagi pendakwaan dan pembelaan berhubung keputusan itu.
Mereka didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai hingga kawasan sungai berdekatan antara 12 tengah hari, 5 Dis hingga 9.55 malam 6 Dis 2023.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Nur Sabrina Zubairi manakala Ismanira diwakili peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh.
Sumber: Bernama
BACA: Kes Zayn Rayyan: Bapa Bebas Tuduhan Pengabaian, Ibu Diperintah Bela Diri BACA: Kelibat ‘Warna Putih’ Dalam Rakaman CCTV Dipercayai Zayn Rayyan Dalam Longkang – Saksi BACA: ‘Saya Tidak Pernah Biarkan Zayn Rayyan Bersendirian’ – Ibu  The post Ismanira Didapati Bersalah Abai Zayn Rayyan – Mahkamah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/31/ismanira-didapati-bersalah-abai-zayn-rayyan-mahkamah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abai Zayn Rayyan Ismanira Dipenjara Lima Tahun Mahkamah

Abai Zayn Rayyan Ismanira Dipenjara Lima Tahun Mahkamah

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 214 hits
Abai Zayn Rayyan Ismanira Dipenjara Lima Tahun Mahkamah PETALING JAYA 31 Okt Ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah mengabaikan kanak kanak autistik beru...
Ibu Zayn Rayyan Didapati Bersalah Abaikan Anak Hukuman Ditangguhkan Untuk Rayuan

Ibu Zayn Rayyan Didapati Bersalah Abaikan Anak Hukuman Ditangguhkan Untuk Rayuan

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 304 hits
KUALA LUMPUR Ibu kepada kanak kanak Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengabaikan anaknya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal Hakim Putuskan Bersalah Keputusan it...
Zayn Rayyan S Mother Convicted Of Neglect

Zayn Rayyan S Mother Convicted Of Neglect

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 183 hits
Sessions court rules that the prosecution had proven its case against Ismanira Abdul Manaf beyond reasonable doubt Ismanira Abdul Manaf faces a maximum 20 years in prison a fine of RM50 000 or both PETALING JAYA The sessions court here has ...
Peguam Keluarga Soal Polis Apa Status Kes Bunuh Zayn Rayyan

Peguam Keluarga Soal Polis Apa Status Kes Bunuh Zayn Rayyan

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 250 hits
Malaysiakini nbsp Seorang peguam bagi keluarga Zayn Rayyan Abdul Matin kanak kanak autisme berusia enam tahun yang ditemui meninggal dunia di tepi anak sungai dekat rumahnya pada 2023 mendakwa polis gagal memberikan maklumat bermakna mengen...
Court To Decide Tomorrow On Zayn Rayyan S Mother S Neglect Charge

Court To Decide Tomorrow On Zayn Rayyan S Mother S Neglect Charge

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 233 hits
Zaim Ikhwan Zahari and wife Ismanira Abdul Manaf at the Petaling Jaya court for the Zayn Rayyan trial NSTP FILEPICPETALING JAYA The mother of deceased six year old autistic boy Zayn Rayyan Abdul Matin Ismanira Abdul Manaf will know tomorrow...
Hiburan Puaslah Kau Botak Semoga Kau Dilaknat Keluarga Zayn Rayyan

Hiburan Puaslah Kau Botak Semoga Kau Dilaknat Keluarga Zayn Rayyan

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 283 hits
Suasana di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini bertukar tegang apabila suami kepada Ismanira Abdul Manaf iaitu Zaim Ikhwan Zahari 30 menjerit ke arah pegawai penyiasat sebaik mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap isterinya Semoga...
Amang Seks Al Naim Daniel Mahkamah Benarkan Mangsa Beri Keterangan Secara Video

Amang Seks Al Naim Daniel Mahkamah Benarkan Mangsa Beri Keterangan Secara Video

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 242 hits
Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan mangsa dalam kes melibatkan penyanyi dan pelakon Naim Daniel untuk memberikan keterangan secara video pada tarikh perbicaraan akan datang memetik Harian Metro Perkara itu dimaklumkan oleh salah s...
Terengganu Mahkamah Tolak Permohonan Reman Terhadap Ahli Perniagaan Bergelar Datuk Dan Adik

Terengganu Mahkamah Tolak Permohonan Reman Terhadap Ahli Perniagaan Bergelar Datuk Dan Adik

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 215 hits
Mohd Ishak Abdillah NgahDUNGUN Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan reman terhadap seorang ahli perniagaan bergelar Datuk bersama adik lelakinya yang disyaki terbabit dalam kes penipuan hartanah Majistret Nur Amira Fatihah...
Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

Jaguar Has Produced Its Last Internal Combustion Vehicle And Will Go All Electric From 2026

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Bersalah Terima Rasuah Sebanyak Rm2 000 Seorang Penolong Jurutera Majlis Bandaraya Kuantan Di Denda Rm16 000

Jangan Jahil Murakkab

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Irresistible Italian Beef Recipe Serious Eats


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Meronda Sdary Cari Landmark Imbau Nostalgia

Keputusan Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2025

Penggunaan Fotografi Beresolusi Tinggi Dan Teknik Analisis Gambar Moden Dalam Kimia

Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Ambang 2026 Pdrm Perteguh Keselamatan Jalan Raya Ribuan Saman Dikeluarkan Di Selangor Dan Negeri Sembilan

Pas Akan Terus Perjuangkan Islam Sebagai Asas Utama Pemerintahan Sanusi