Ismail Sabri Perlu Diberi Peranan Dalam Kerajaan Perpaduan


ULASAN PETANG

Anwar sambut kunjungan Ismail Sabri.BEKAS perdana menteri Ismail Sabri Yaakob telah menafikan kononnya beliau terlibat dalam satu
grand desing untuk mengganggu kerajaan Perpaduan nasional. Laporan liar berupa ciapan mengatakan beliau berada di Jakarta dan bertemu dengan beberapa orang ahli politik termasuk Mahiaddin Yassin untuk projek berkenaan adalah satu laporan palsu dan bersifat fitnah. 
Ekoran itu Ismail Sabri dilaporkan telah mengarahkan peguamnya supaya mengambil tindakan.
Berita itu segaja direka-rekakan yang diambil kesempatan atas ketidakhadiran Ismail Sabri di mesyuarat MT Umno. Ketiadaan Ismail Sabri itu sudah "diceduk" untuk membuat fitnah terhadapnya kononnya berliau ketika itu berada di Jakarta. Satu print skrin mengenai laporan itu sempat menjadi kecur. 
Dalam penjelasannya, menurut Ismail Sabri pada tarikh beliau dikatakan berada di Jakarta, beliau sebenarnya berada dalam kawasannya di Bera menyantuni rakyatnya. 
Laporan itu jelas untuk memburukkan Ismail Sabri sebagai seorang ahli politik. Berita palsu berkenaan seperti bertujuan untuk memisahkan Ismail Sabri dengan kumpulan partinya yang telah menyokong Anwar sebagai perdana menteri. 
Secara logiknya kita tidak fikir kalau Ismail Sabri jadi semudah itu untuk dikaitkan melakukan perbuatan jijik itu. Perlu diketahui bahawa beliau berbeza sifat dan statusnya dengan ahli parlimen lain yang tidak pernah menjadi pedana menteri. Atas kedudukan yang istimewa itu Ismail Sabri sama sekali tidak akan mecemarkan maruahnya.
Baguslah kalau Ismail Sabri tidak terlibat dengan apa-apa gerakan bagi merosakkan kerajaan yang ada kini. Walaupun beliau tidak memberi sokongan secara terbuka diawalnya atas sebab-sebab tertentu cukup kalau beliau mengambil sikap berdiam.
Apa yang pernah berlaku ke atas bekas perdana menteri sebelum ini patut ditiru oleh Ismail Sabri.  Ada dua versi atau pun jenis berkas perdana menteri sebelum ini. Versi pertama ialah Tunku Abdul Rahman dan Dr Mahathir Mohamad. 
Kedua perdana menteri ini tidak diam selepas beliau tidak menjadi perdana menteri. Dr Mahathir walaupun sudah jadi PM 22 tahun namun masih bergerak aktif dalam parti. Paling mendukacitakan  dengan melakukan gerakan menjatukan perdana menteri selepas beliau, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak yang beliau sendiri merestui pelantikannya. 
Cara Dr Mahathir itu berbeza dengan dua bekas PM Hussein Onn dan Abdullah Ahmad Badawi. Kedua mereka ini selepas tidak jadi PM, terus mendiamkan diri dan menjalani kehidupan sebagai seorang negarawan. Mereka tidak lagi bercakap mengenai politik hanya sesekali mengulas jika perlu. 
Ternyata kedua mereka ini lebih terhormat berbanding dengan Dr Mahathir Mohamad yang seperti hilang kehormatan di mata umum kepadanya. Paling menyedihkan lagi Mahathir terpaksa menghadapi kekalahan sehingga hilang wang deposit dalam pertandingan terakhirnya?
Ismail Sabri boleh menimbang dan menilai kedua sikap dan versi bekas perdana menteri itu. Apakah beliau mahu jadi seperti Mahathir ataupun kekal menjadi seperti Hussein Onn dan Abdullah Badawi hidup sebagai negarawan yang dihormati hingga kini. 
Seperkara lagi sekiraya Ismail Sabri ada hasrat untuk bangkit semula dalam politik, beliau perlu sedar keupayaan yang dimilikinya. Beliau relatif tidak mempunyai pengaruh dan kekuatan seperti Mahathir Mohamad. Apakah beliau mampu?
Beliau tidak perlu terpengaruh dengan ajakan atau naratif yang dibuat oleh mereka yang kecewa dan tertekan. Ismail Sabri harus memilih jalan lebih terhormat. 
Paling baik ialah beliau mengikut jejak dilalui Abdullah Badawi dan Allahyarham Hussein Onn. Melalui kehidupan sehariannya sebagai negawara dan melayani fanili. Walaupun Ismail Sabri jadi PM hanya beberapa bulan sahaja, tetapi peluang dan itu tuah besar baginya. Tidak semua ahli politik hatta yang sudah menjadi timbalan perdana menteri bernasib baik sepertinya. 
Dalam hal ini, elok juga kalau perdana menteri Anwar Ibrahim mencadangkan untuk beri penghormatan kepada Ismail Sabri sebagai tanda beliau seorang yang profesional dalam politik. Tidak pernah mengkesampingan sesiapa yang pernah berjasa kepada negara walaupun sekajap. Khidmat Ismail Sabri juga boleh diguna pakai kalau pun tidak dalam kabinet tetapi dalam aspek lain bagi mengukuhkan kerajaan Perpaduan. 
Juga sebagai penghormatan sesuai dengan amalan sebelum ini, elok kalau Ismail Sabri disokong dan dicadang untuk dianugerakan gelaran tertinggi negara yang membawa gelaran Tun seperti mana diterima Abdullah Badawi, Hussein Onn dan Mahathir Mohamad. [wm.kl.7:39 pm 14/12/2022]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/12/ismail-sabri-perlu-diberi-peranan-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sivaraj Dipertimbang Peranan Dalam Kerajaan Perpaduan Kata Saifuddin Nasution

Sivaraj Dipertimbang Peranan Dalam Kerajaan Perpaduan Kata Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 164 hits
CALON Barisan Nasional kerusi Parlimen Padang Serai C Sivaraj akan dipertimbang nbsp untuk diberikan peranan yang sesuai dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Saifuddin Nasution Ism...
Kerajaan Perpaduan Perdana Menteri Dicadang Tekankan Pembinaan Negara Bangsa

Kerajaan Perpaduan Perdana Menteri Dicadang Tekankan Pembinaan Negara Bangsa

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 152 hits
Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menekankan pembinaan negara bangsa dan bukan hanya tumpu kepada pembangunan material Profesor Kehormat Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata
Politik Fahmi Kecam Pemimpin Bersatu Pertikai Mou Kerajaan Perpaduan

Politik Fahmi Kecam Pemimpin Bersatu Pertikai Mou Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 213 hits
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan Fahmi Fadzil mengecam Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Ketua Srikandinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang mempertikaikan memorandum perjanjian persefahaman Mo
Kerajaan Perpaduan Part 3

Kerajaan Perpaduan Part 3

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 201 hits
Let s go back to the night after PRU Ditakdirkan tiada siapa dapat tubuh Kerajaan Kerusi PH 82 PN 73 BN 30 GPS 23 Ding dong ding dong cari nombor Sampai la ke istana Agong nak Kerajaan Perpaduan Maknanya semua parti dalam Kerajaan Agong tan...
Kerajaan Perpaduan Sebuah Catatan Di Belakang Tabir

Kerajaan Perpaduan Sebuah Catatan Di Belakang Tabir

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 129 hits
SAIFUDDIN NASUTION ISMAILPADA 3 Disember lengkap sudah pembentukan anggota jemaah menteri Kerajaan ini kerajaan perpaduan Berada di dalamnya PH BN GPS GRS Warisan PBM Idea kerajaan perpaduan dikemukakan sendiri oleh Yang Dipertuan Agong kep...
Kabinet Kerajaan Perpaduan Memiliki 67 Berugama Islam Jadi Apa Masalah Lebai

Kabinet Kerajaan Perpaduan Memiliki 67 Berugama Islam Jadi Apa Masalah Lebai

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 166 hits
Sampai bila isu perkauman dan agama mahu dijadikan modal politik oleh parti Pas Tidakkah baik jika Pas terus mebawa isu RUU 355 jika pun telah lupa kepada agenda hukum Hudud Pas telah diberi peluang memerintah beberapa negeri namun gagal me...
Mou Kerajaan Perpaduan Sebenarnya Tambah Tekanan Kepada Pembangkang

Mou Kerajaan Perpaduan Sebenarnya Tambah Tekanan Kepada Pembangkang

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 328 hits
DR ZULKARNAIN LUKMANTanggal 16 Disember 2022 tercipta sejarah baharu pasca PRU 15 apabila kesemua parti dan ahli parlimen yang membentuk kerajaan telah menandatangani satu MoU atau yang dinamakan Perjanjian Persefahaman Kerjasama bagi membe...
Tambah Pokok Money Plant Untuk Bunga Indoor

Pemerhati Bola Sepak Tak Guna Kekal Di Liga Super Jika Sri Pahang Terus Hanyut Dengan Masalah Kewangan

Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Resepi Murtabak Mini Homemade Ringkas Rasa Power Anak Pun Suka

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

May 17 2025

Janji Dengan Cikgu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Need And Want

Jodoh Itu Memang Takdir Tetapi Kamu Berhak Memilih Jodoh Terbaikmu

Sahabat Sejati Permata Yang Sukar Dicari Tapi Sentiasa Ada Ketika Diperlukan

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang