Ismail Sabri Nafi Ada Langkah Tropicana


malaysiakini.com
Yasmin Ramlan & Kow Gah Chie
Diterbitkan: Nov 26, 2022 3:27 PM
Naib presiden Umno Ismail Sabri Yaakob menafikan terdapat pertemuan tertutup semalam yang melibatkan pemimpin BN dan PAS di sebuah kelab golf di Petaling Jaya, Selangor

Menjelaskan perkara itu, Ismail Sabri menyifatkan segala tindakannya kini disalah tafsir, sehingga dia dianggap pengkhianat jika bertemu dengan rakan dari PAS sementara pihak yang bertemu dengan pimpinan dari Pakatan Harapan (PH) dianggap hero.

“Tak betul (pertemuan tersebut). Mana ada perjumpaan melibatkan 10 orang tu. Tengok senarai nama tu lima orang saja. Ini semua fitnah jahat untuk merosakkan nama saya.

“Hari ni nak jumpa kawan-kawan pun tak boleh. Jumpa kawan PAS (dianggap) jadi pengkhianat, jumpa orang PH jadi hero penyelamat parti. Semua orang dah gila,” katanya kepada Malaysiakini.

Khabar angin berhubung perjumpaan di Tropicana Golf Resort yang diberi julukan ‘Langkah Tropicana’ itu berlegar di media sosial, disertakan dengan beberapa gambar yang didakwa dirakan ketika pertemuan itu.

Sepuluh pemimpin BN dan PAS dikatakan terlibat pertemuan itu.

Selain Ismail Sabri, pemimpin lain yang didakwa terlibat pertemuan itu ialah Ketua Umno Bahagian Ketereh Annuar Musa, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, Presiden MCA Wee Ka Siong dan bekas ketua Umno bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri menjelaskan semalam dia hanya menghadiri majlis perpisahan bersama bekas kakitangannya di Jabatan Perdana Menteri (PMO), tetapi terdapat fitnah yang mengatakan bahawa dia bersama bendahari agung BN Hishammuddin Hussein.

Malah menurutnya, pemimpin Umno lain seperti Khairy Jamaluddin turut difitnah, bahawa dia membuat gerakan untuk melawan presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi.

“Sekarang ni, kerana nak sokong orang lain bentuk kerajaan dan angkat orang jadi perdana menteri, pemimpin Umno memaki hamun sesama sendiri dan memecahbelahkan Umno,” katanya.

Khabar angin itu tersebar ketika BN dilihat terbahagi kepada dua kem - antara mereka yang menyokong kerajaan perpaduan dengan PH, dan mereka yang tidak bersetuju.

Terdapat juga gesaan sebelum ini dari dalam Umno untuk Ahmad Zahid meletakkan jawatan selepas presiden Umno itu menghantar surat kepada pihak istana menyatakan sokongan kepada Pengerusi PH Anwar Ibrahim.

Minta jangan jadi paparazzi

Sementara itu, Presiden MCA Wee Ka Siong turut menafikan dakwaan pertemuan berkenaan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Wee menjelaskan dia cuma ke lokasi berkenaan untuk menjamu selera dengan rakannya.
“Ini mengarut. Saya sedang menjamu selera (brunch), dimsum bersama dua rakan di restoran, pada jam 10 pagi semalam,” katanya.

Apabila ditanya sama ada dia ada bertemu dengan pemimpin lain dalam senarai tersebut, Wee berkata dia ada terserempak dengan Ismail Sabri yang sedang bersarapan berseorangan.

Katanya, dia hanya menegur ringkas Ismail Sabri dan beredar kerana enggan mengganggu bekas perdana menteri itu.

“Saya tak nampak orang lain pun. Macam mana saya nak tahu kalau dia ada perjumpaan ke tak?

“Kamu boleh periksa dengan pengurusan Tropicana, periksa CCTV? Tolonglah, ini privasi. Macam mana mereka boleh buat macam tu?” katanya.

Menyifatkan individu yang merakam gambar yang diambil sebagai “paparazzi”, Wee meminta supaya tindakan seumpamanya dihentikan.

“Saya tak terlibat dalam apa-apa pertemuan… saya di sana menikmati brunch saja,” katanya yang mengulangi dia tidak terlibat dengan mana-mana pertemuan yang dimaksudkan.

Sementara itu, Annuar turut menafikan dakwaan pertemuan berkenaan apabila ditanya mengenai perkara itu.

“Nak main golf kot,” jawabnya ringkas.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/ismail-sabri-nafi-ada-langkah-tropicana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Orang Dah Gila Mana Ada Langkah Tropicana Kata Ismail

Semua Orang Dah Gila Mana Ada Langkah Tropicana Kata Ismail

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 269 hits
Ismail Sabri Yaakob berkata semalam beliau hanya menghadiri majlis perpisahan bersama bekas kakitangannya di Pejabat Perdana Menteri PETALING JAYA Ismail Sabri Yaakob menafikan ada pertemuan tertutup membabitkan pemimpin Barisan Nasional da...
Awani Ringkas Ismail Sabri Nafi Wujud Pertemuan Tertutup

Awani Ringkas Ismail Sabri Nafi Wujud Pertemuan Tertutup

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 156 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Ismail Sabri Rela Dipecat Dedah Anaknya

Ismail Sabri Rela Dipecat Dedah Anaknya

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 158 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis hmetro com myInstagram Story anak Ismail Sabri mendedahkan perbualan antara bapanya bersama pemimpin UmnoInstagram Story anak Ismail Sabri mendedahkan perbualan antara bapanya bersama pemimpin UmnoKuala Lumpur An...
We Have Yet To Sign Sd Says Ismail Sabri

We Have Yet To Sign Sd Says Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 280 hits
Umno deputy president Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said he has yet to sign the statutory declaration for the formation of the new government He said earlier during a meeting between Barisan Nasional MPs there were no discussions or negoti...
Bn Mampu Bentuk Kerajaan Malam Ini Ismail Sabri

Bn Mampu Bentuk Kerajaan Malam Ini Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 232 hits
bharian com myOleh November 19 2022 11 39amIsmail Sabri bersama dengan isterinya mengundi sempena Pilihan Raya Umum Ke 15 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerayong hari iniBERA Barisan Nasional yakin dapat membentuk kerajaan baharu malam ini ...
Walaupun Tempoh Singkat Jadi Pm Hanya 14 Bulan Ismail Sabri Catat Banyak Kejayaan

Walaupun Tempoh Singkat Jadi Pm Hanya 14 Bulan Ismail Sabri Catat Banyak Kejayaan

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 131 hits
Kerajaan yang diterajui Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencatat pelbagai kejayaan walaupun hanya dalam tempoh 14 bulan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Ia termasuk kejayaan Ismail Sabri mengeluarkan negara da ripad...
Ge15 Ismail Sabri Says Zahid Cannot Decide On Ph Bn Cooperation Only Bn Supreme Council Can Do It

Ge15 Ismail Sabri Says Zahid Cannot Decide On Ph Bn Cooperation Only Bn Supreme Council Can Do It

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 204 hits
Umno deputy president Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said only the Barisan Nasional supreme council can decide whether the coalition should form a Pakatan Harapan BN unity government Ismail said Umno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hami...
Ismail Sabri Selesai Menghadap Agong

Ismail Sabri Selesai Menghadap Agong

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 169 hits
Ismail Sabri selesai menghadap Agongoleh21 November 2022 04 34pmMasa membaca 2 minitIsmail Sabri melambai tangan kepada petugas media selepas selesai menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Fot...
Ismail Sabri Tak Tandatangani Sd Sokong Muhyiddin Atau Anwar

Ismail Sabri Tak Tandatangani Sd Sokong Muhyiddin Atau Anwar

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 223 hits
bharian com myOleh November 22 2022 10 55amDatuk Seri Ismail Sabri melambai tangan kepada petugas media ketika tiba di pintu utama Istana Negara semalam BERNAMAKUALA LUMPUR Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menandatang...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi