Ismail Sabri Ingin Jadi Bapa Apa
Oleh Nurul Aisyah
Hari ini Malaysia melakarkan sejarah lagi. Tidak sampai sepenggal antara Pilihanraya Umum ke 14 dan Pilihanraya Umum ke 15, Malaysia sudah mempunyai 3 Perdana Menteri. Perlantikan Datuk Seri Ismail Sabri pada hari ini berlangsung di istana negara setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Pelantikan Perdana Menteri baharu Malaysia yang ke 9 berikutan perdana menteri yang terdahulu hilang sokongan majoriti ahli parlimen. Puncanya jelas, kegagalan Muhyiddin Yassin membawa Malaysia keluar dari zon pandemik covid 19 dan tidak mempunyai halatuju yang jelas untuk mengatasi masalah ekonomi negara yang sekian hari makin merudum indek keutuhannya.
Kini terletak di bahu Ismail Sabri atau yang lebih mesra di kalangan netizen dengan panggilan Pak Long Mail, bagaimana ingin mencorak pentadbiran Malaysia. Sejak PRU ke 14, negara melalui krisis kepimpinan negara kerana tiada parti politik menang kerusi majoriti yang sepatutnya seperti yang diperolehi oleh Kerajaan BN satu ketika dahulu. Adengan lompat parti ahli parlimen (kemungkinan ada tawaran jawatan atau takut didakwa?) turut menunjukkan betapa negara kita melalui satu zaman redah nilai moral dan integritinya seorang wakil rakyat. Walaupun ada kluster lompat parti terutama dari parti UMNO kepada parti PPBM namun masih jauh untuk mendapat dokongan majoriti. Maka kekalutan perebutan kuasa dapat dilihat oleh rakyat, rakusnya sang wakil rakyat terhadap kuasa dan harta.
Bukan senang bagi Ismail Sabri, yang menyokong beliau hanyalah 114 ahli parlimen dari blok UMNO BN, Pas, PPBM, GPS dan blok bebas. Semua hati hendak dijaga. Silap percaturan maka Ismail bakal mencipta sejarah Perdana Menteri paling singkat menerajui negara pula.
Bukan mudah, berdiri dengan kuasa tanpa melalui proses mandat rakyat (hanya mandat ahli parlimen). Tiada manifesto, yang ada hanyalah perlu mengekalkan sokongan ahli parlimen dari pelbagai parti kepadanya. Dalam masa yang sama, pengurusan krisis pandemik covid19 dan ekonomi negara demi kelangsungan hidup rakyat perlu ‘diutamakan bagi segala yang utama’.
Contoh buruk sudah ada di depan mata. Ketika zaman PH, Mahathir gagal. Selama 22 bulan berhempas pula beliau cuba menyakinkan rakyat bahawa ‘manifesto bukan kitab suci’, seolah ianya sekadar senjata untuk mengalahkan Kerajaan BN ketika PRU ke 14, apabila menang maka Mahathir tidak mampu tunaikan kesemua manifesto Pakatan Harapan dan mula membuat helah demi helah semata-mata ingin kekalkan kuasa beliau. Pada waktu yang sama, menurut sumber, beliau diasak supaya menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikan, namun ‘Langkah Sheraton’ yang diketuai Azmin Ali (?) menyebabkan Muhyiddin mendapat kuasa selepas Mahathir melepaskan jawatan tanpa berbincang dengan kumpulan PH terlebih dahulu. Tidak sempat untuk labelkan Mahathir sebagai ‘Bapa’ apakah selama 22 bulan tersebut. Tapi ketika itu, beliau popular dengan “Kerajaan Kencing Rakyat’.
Apabila Muhyiddin mengambil alih kuasa, menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 8, belum sempat bergerak ke hadapan, kerajaan beliau di gelar ‘kerajaan tebuk atap’. Menurut Mat Sabu, presiden parti Amanah, Muhyiddin mencuri kuasa di tengah jalan. Muhyiddin yang juga sekutu mereka di kerajaan PH akhirnya meninggalkan rakan seperjuangan dan menubuhkan kerajaan PN bersama tonggak utama iaitu Pas.
Bukan setakat ‘kerajaan tebuk atap’, di bulan-bulan terakhir beliau diasak dengan label ‘PM gagal”, ‘Kerajaan Gagal’, ‘PM cirit’ dan pelbagai ‘vibes’ yang negative kerana dilihat sudah tidak mampu menguruskan pandemik dan ekonomi dengan baik. Program bakul makanan tidak mampu menutup kemarahan rakyat. Pelbagai dana juga dilihat hanya sekadar menjaga periuk nasi ,golongan kayangan’ dan tiada tindakan tegas terhadap kesalahan yang dibuat oleh menteri beliau berhubung isi pelanggaran SOP Covid19 serta paling memalukan pernikahan online oleh seorang timbalan menteri yang sehingga kini tiada sebarang tindakan dibuat.
Azmin Ali yang mewakili Malaysia ke luar negara atas tiket lawatan menarik pelabur juga sehingga ke hari ini agak kabur hasilnya. Mana pelabur tersebut? Muhyiddin membisu, apalagi Mahiaddin.
Tercatat sejarah, Muhyiddin dikatakan hanya sekali muncul untuk ditemuramah dengan wartawan (mungkin silap) tetapi berkali-kali muncul di kaca televisyen secara langsung dan rakaman dengan tajuk ‘Perutusan khas’, walaupun perutusan tersebut hanyalah bersifat ‘copy paste’ dari apa yang dinyatakan oleh menteri kanan ketika itu, Ismail Sabri berhubung data dan sop PKP. PKPD daln lain-lain. Seperti Muhyiddin mabuk glamor. Netizen dan rakyat melabelkan beliau ‘Bapa Perutusan” yang tidak ada apa-apa impak kepada ekonomi negara dan rakyat. Syok sendiri.
Kini, giliran Ismail Sabri, rakyat yang sama menunggu untuk menilai prestasi beliau. Apakah beliau akan lantik muka-muka yang sama untuk duduk di dalam pentadbiran beliau atau muka-muka baharu yang lebih dinamik demi rakyat dan negara?
Kalau muka yang sama maka bukan setakat beliau ‘Bapa Dafi’, ‘ Bapa Copy Paste’ jawabnya sebagai permulaan.
The post Ismail Sabri Ingin Jadi ‘Bapa’ Apa? appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/08/21/ismail-sabri-ingin-jadi-bapa-apa/