Ismail Izzani Tiada Perancangan Sambung Belajar






Baru berusia 19 tahun dan perjalanan penyanyi muda dikenali umum sebagai Ismail Izzani itu masih terlalu panjang. Sekadar menyandarkan masa depan terhadap dunia seni, Ismail pernah secara terbuka membuat pengakuan tidak suka belajar dan ekoran keseriusan terhadap muzik, dia juga tidak malu mengakui tidak berminat untuk melengkapkan dirinya dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu seperti rakan-rakan seusia.

Ditemui Kosmo! pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Cinta, pemuda yang mesra disapa Mail itu masih dengan pendiriannya. Dia belum mempunyai perancangan untuk menyambung pelajaran.

Namun, penyanyi yang popular dengan lagu Luar Biasa itu bagaimanapun tidak menolak, seandainya suatu hari nanti, hatinya terbuka untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Bukan mendabik dada dilahirkan dalam keluarga berstatus ‘berada’, sekali gus membelakangkan hal akademik, anak kepada anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam itu mempunyai pegangan hidup tersendiri.

“Bagi saya, kalau sambung belajar tetapi tiada pengalaman pun, tiada gunanya. Buat masa sekarang, susah (untuk sambung belajar) sebab jadual kerjaya memang padat.

“Bagaimanapun, apabila tiba waktu nanti insya-Allah saya akan sambung belajar,” katanya yang ditemui di Forest Valley Hall, Selangor baru-baru ini.

Tambah Ismail, dia masih belum terbuka hati untuk menyambung pelajaran kerana sukar untuk menumpukan perhatian terhadap banyak perkara pada satu-satu masa, terutama berkaitan akademik.

“Sebenarnya, saya jenis orang yang susah untuk duduk dan belajar. Saya suka belajar berdasarkan pengalaman dan pendapat orang.

“Apa pun, saya hormat terhadap orang yang sambung belajar seperti rakan seperjuangan iaitu Naim Daniel yang tamat belajar terlebih dahulu, barulah fokus dalam bidang muzik,” katanya lagi.

Matlamat muzik

Diajak berbicara tentang single terbaharunya, Cinta yang merupakan ciptaan sendiri bersama komposer, Mas Dewangga Ismail berkata, pembikinan lagu tersebut tercetus secara tidak sengaja.

“Sepatutnya kami menyiapkan lagu lain, namun lain pula jadinya. Jadi, idea lagu ini datang secara mengejut dan kami siapkan melodi serta liriknya dalam tempoh sehari.

“Saya puas hati dengan lagu Cinta kerana liriknya ditulis oleh saya sepenuhnya. Kalau dalam karya-karya terdahulu, saya hanya terlibat dalam beberapa bahagian sahaja, namun lagu ini sebaliknya,” katanya.

Disuakan pertanyaan tentang kecenderungannya melibatkan diri dalam sayap penciptaan lagu, Ismail bagaimanapun mendedahkan, dia belum memiliki keberanian menulis untuk penyanyi lain.

“Buat masa sekarang, saya belum ada keberanian untuk tulis lagu buat penyanyi lain bagi pasaran arus perdana.

“Dalam katalog saya sekarang, ada banyak lagu namun saya tidak yakin untuk beri kepada orang lain. Banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki andai saya ingin bergiat serius dalam soal penciptaan lagu,” sambungnya.

Popular dalam kalangan remaja, ada satu ruang yang belum terisi tentang Ismail Izzani iaitu bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL). Kata Ismail, agenda tersebut bukan keutamaan buatnya. Dia sebaliknya lebih mahu fokus terhadap soal perkongsian karya bersama peminat.

“Bertanding di pentas AJL bukan matlamat saya. Sejujurnya, saya hanya ingin berkongsi karya dengan peminat. Saya menyanyi bukan ingin kejar anugerah tetapi kerana ingin kongsi bakat dengan orang ramai,” jelasnya yang kini bernaung bawah syarikat World Peace Entertainment,

Tambah Ismail, dia melihat kejayaan penyanyi Yuna mendakap kejayaan di luar Malaysia sebagai satu suntikan inspirasi.

“Pertama sekali, saya yakin industri muzik Malaysia sedang berkembang. Kalau kita lihat negara Indonesia, mereka sangat menghargai muzik dengan menerima pelbagai jenis muzik seperti jazz, dangdut dan sebagainya. Kita belum sampai ke tahap itu.

“Yuna merupakan inspirasi terbesar saya untuk berjaya dalam bidang ini. Kalau boleh suatu hari nanti, saya ingin menjadi sepertinya, mahu membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa,” katanya bersemangat.



Bercinta

Ralit bercerita tentang misi dan inspirasi, Ismail turut diajak bercerita tentang hubungan rapatnya dengan penyanyi baharu, Shalma Eliana. Tanpa berselindung, dia tidak menafikan, wanita itu antara individu yang akrab dengannya kini.

Bagaimanapun, hubungan tersebut bermakna mereka sedang dilamun cinta kerana mereka masih terlalu muda untuk memikirkan soal sebegitu.

“Kami tidak bercinta namun kami rapat sebab muzik. Kami banyak menghabiskan masa menyanyi bersama. “Lagi pun, dia pun baru ingin membina nama dalam industri. Sebagai seorang yang juga masih bertatih dalam industri, saya sedia berkongsi ilmu dan pengalaman yang tidak seberapa,” katanya.

Ditanya sejak bila mereka mengenali diri masing-masing, Ismail berkata, dia mula mengenali Shalma sejak berada di tingkatan dua.

“Saya kenal dia sejak tingkatan dua namun mula rapat tahun lalu sebab sama-sama minat muzik. Dia pula belajar di Shah Alam dan kami sering lepak bersama.

“Apa pun, saya selalu menasihatkan dia supaya beri sepenuh hati terhadap perkara yang diusahakannya. Kalau dia ingin belajar, buat betul-betul dan kalau ingin menyanyi, buat dengan baik,” katanya menggulung perbualan.

Muncul dengan single terbaharu berjudul Cinta, Ismail Izzani bercerita tentang aspirasi, idea sambung pengajian. Gosip percintaan dengan penyanyi baharu, Shalma Eliana.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/07/ismail-izzani-tiada-perancangan-sambung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Sambung Belajar Diploma Ijazah Di Mahsa University

Jom Sambung Belajar Diploma Ijazah Di Mahsa University

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 816 hits
PELUANG PERTAMA SELEPAS UPU UNTUK SAMBUNG DIPLOMA DAN IJAZAH DI MAHSA UNIVERSITYHUBUNGI EN AM ditalian 017 6842 836 atau klik whatsapp ini http Untuk Pelajar lepasan SPM sambung DIPLOMA dan Lepasan STPM Matrikulasi A Level untuk sambung IJA...
Kalau Sambung Belajar Tapi Tiada Pengalaman Tak Guna

Kalau Sambung Belajar Tapi Tiada Pengalaman Tak Guna

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 335 hits
Pasti ramai tahu penyanyi Ismail Izzani mengambil keputusan untuk tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia tahun lalu atas sebab sebab tertentu Usianya baru The post appeared first on
Ismail Izzani Jatuh Tangga Tulang Hampir Retak

Ismail Izzani Jatuh Tangga Tulang Hampir Retak

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 724 hits
Malang sememangnya tidak berbau Itu terjadi kepada penyanyi remaja Ismail Izzani yang terjatuh daripada tangga di rumah sehingga mengalami kecederaan pada tangan kanan Menurut penyanyi berusia 19 tahun itu tulangnya hampir retak dan tisu be...
Doa Sebelum Belajar Arab Latin Arti Dan Keutamaannya

Doa Sebelum Belajar Arab Latin Arti Dan Keutamaannya

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 516 hits
Inilah doa sebelum belajar lengkap tulisan Arab latin dan terjemah bahasa Indonesia Juga disertai keutamaan dan manfaatnya Seperti kita tahu Islam sangat mencintai ilmu dan menganjurkan umatnya untuk belajar Ayat yang pertama turun kepada R...
Remaja 17 Tahun Tak Mampu Pergi Sekolah Tetapi Masih Tetap Belajar Dengan Harapan Dapat Ambil Spm 2019

Remaja 17 Tahun Tak Mampu Pergi Sekolah Tetapi Masih Tetap Belajar Dengan Harapan Dapat Ambil Spm 2019

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 1278 hits
The ReporterKisah keluarga ini mula mencuri tumpuan ramai apabila kisah kesusahan hidup mereka dikongsikan oleh Nur Asfaridah Umar Penolong Pegawai Sosio Ekonomi Yayasan Kemajuan Insan Sarawak di Twitter Apa yang menyedihkan melalui perkong...
Kisah Siswi Smp Yang Belajar Sambil Berjualan Bakpau Di Pom Bensin Tangerang

Kisah Siswi Smp Yang Belajar Sambil Berjualan Bakpau Di Pom Bensin Tangerang

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 368 hits
Bakpaunya om bakpaunya tante dua lima ribu teriak Dewi Febriyanti murid SMP yang berjualan bakpau di pom bensin sebelah Perumahan Ubud Tangerang Rabu Kulitnya berwarna sawo matang terpapar sinar matahari Ia tidak menggunakan riasan wajah sa...
Sekolah Disegel Murid Sdn 62 Bengkulu Belajar Di Jalanan Beralas Terpal

Sekolah Disegel Murid Sdn 62 Bengkulu Belajar Di Jalanan Beralas Terpal

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 286 hits
Para ahli waris melakukan penyegelan dengan memasang spanduk bertuliskan warna merah berbunyi Dilarang Masuk Dilanjutkan dengan kalimat Memaksa masuk lahan ancaman pidana Pasal 167 KUHP dan atau Pasal 389 KUHP dan atau 551 KUHP
Beginilah Cara Yang Betul Merangsang Bayi Usia 8 Hingga 12 Bulan Belajar

Beginilah Cara Yang Betul Merangsang Bayi Usia 8 Hingga 12 Bulan Belajar

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 452 hits
Ibu bapa sekarang ramai yang semakin prihatin dan advance dalam bab hendak merangsang anak masing masing supaya cepat pandai Tetapi perlu diingat ia bukan satu perlumbaan untuk membandingkan anak siapa paling pandai dan cepat belajar kerana...
Jangan Asyik Merungut Dan Belajar Bersyukur Seadanya

Jangan Asyik Merungut Dan Belajar Bersyukur Seadanya

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 1151 hits
Assalamualaikum Sekadar perkongsian ringkas hari ini Tapi penuh maksud tersirat dan bermakna Cik Rose kongsikan di sini buat semua if you have food in your fridge clothes in your body a roof over your head and a place to sleep you re richer...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog