Islam Menegah Perbuatan Ekstrim




Sebagai penganut Islam, kita yakin tentang kesempurnaan agama Islam.  Syariat Islam bukan sekadar menonjolkan soal ibadat khusus. Sebagai agama lengkap dan sempurna, syariat Islam meliputi semua aspek kehidupan manusia seperti kenegaraan, ekonomi, sosial dan keamanan.  

Firman Allah bermaksud: “Pada hari ini Aku sudah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku sudah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku sudah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Surah al-Maidah, ayat 3).
Antara kandungan ajaran Islam ialah setiap individu dan kumpulan Islam diharamkan melakukkan keganasan dan ekstrim. Islam bermatlamatkan mewujudkan suasana aman dan selamat dalam semua keadaan. 
Jelasnya, Islam amat bencikan keganasan, perpecahan dan peperangan. Malah, perkataan Islam sendiri membawa maksud sejahtera, aman dan selamat.  Jaminan itu bukan sahaja untuk umat Islam, bahkan kepada seluruh manusia.  
Allah menyeru manusia agar menikmati keamanan secara mutlak melalui Islam. Bahawa Islam mampu memberi kehidupan terbaik kepada seluruh manusia di dunia dan akhirat. 
Untuk menjamin tercapai matlamat tersebut, maka hendaklah umat Islam mematuhi segala peraturan ditetapkan dalam Islam, bukannya memilih apa yang disukai, atau yang sesuai dengan kehendak hati sahaja.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam (keamanan, kesejahteraan) secara keseluruhannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 208).
Umat Islam ditegah melakukan sebarang tindakan mencetuskan keadaan tidak selamat, huru hara dan tegang, kepada sesama Islam dan bukan Islam. Tindakan itu sekarang ini dipanggil fahaman ekstrim atau pelampau.
Tidak dinafikan, dalam agama lain juga terdapat golongan pelampau yang sanggup melakukan apa saja perbuatan yang didakwa demi untuk agama mereka. Tindakan inilah yang menjadi punca kepada banyak tercetusnya masalah dalam hubungan antara agama.     
Sesungguhnya, ajaran Islam amat pentingkan keamanan dan keselamatan sejagat. Justeru, mana-mana pihak melakukan keganasan, bukan menjadi sebahagian daripada perjuangan Islam. Islam tidak membenarkan cara bertentangan untuk mencapai matlamat.   
Biarpun dalam sejarah Islam, peperangan dan penggunaan senjata pernah dilakukan pada zaman Rasulullah dan pemerintah Islam dahulu, cara dan matlamatnya jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh golongan ekstrim sekarang 
Peperangan dan kekerasan yang diharuskan dalam Islam adalah jihad mempertahankan hak, membela kebenaran dan keadilan menurut hukum Allah. Perbuatan itu pula dilakukan mengikut cara dan batasan yang membawa kebaikan. 
Perintah agar umat Islam berperang terkandung dalam firman Allah, yang bermaksud: “Diwajibkan ke atasmu berperang menentang pencerobohan, sedangkan peperangan itu adalah perkara yang kamu benci.” (Surah al-Baqarah, ayat 216).    
Kita dapat membuktikan bahawa peperangan yang melibatkan umat Islam dilakukan sekadar ‘mencapai matlamat’, dan mematuhi prinsip dan etikanya. Islam menegah melakukan perang terhadap pihak yang tidak mampu mempertahankan diri dan bukan tentera, seperti orang awam, kanak-kanak, orang tua dan wanita. 
Biarpun Rasulullah memimpin tentera Islam lebih daripada 27 kali peperangan, ini bukan bermakna baginda sukakan peperangan. Peperangan ada pilihan terakhir untuk mempertahankan hak dan menegakkan kebenaran. 
Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 190 bermaksud: “Dan perangilah atas sabililah terhadap orang yang memerangi kamu. Dan janganlah kamu menceroboh (memulakan peperangan) kerana sesungguhnya Allah tidak suka orang yang menceroboh.”
Dalam setiap kali peperangan, Rasulullah sentiasa menasihatkan agar tentera Islam berperang dengan ikhlas semata-mata kerana Allah, bukan kerana tujuan lain seperti dendam, untuk mendapat harta rampasan, memiliki tawanan perang, mendapat kuasa dan sebagainya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://biroteguhnegara.blogspot.com/2020/09/kor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Retorik Bela Melayu Islam Semakin Terancam

Pn Retorik Bela Melayu Islam Semakin Terancam

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 270 hits
PN sibuk retorik Melayu terancam Islam semakin tak terbela Istilah Melayu terancam timbul selepas kekalahan Kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Retorik ancaman terhadap Melayu itu kemudiannya dipopularkan oleh pemban...
Bangunkan Umat Islam Pulau Pinang Melalui Jelajah Khaira Ummah 2030

Bangunkan Umat Islam Pulau Pinang Melalui Jelajah Khaira Ummah 2030

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 287 hits
Jelajah Khaira Ummah 2030 merupakan kaedah kerajaan negeri bagi menyampaikan perancangan bagaimana untuk membangunkan yang terbaik untuk umat Islam di Pulau Pinang Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Ir Ahma...
Hadits Pernikahan Dan Perintahnya Dalam Islam

Hadits Pernikahan Dan Perintahnya Dalam Islam

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 218 hits
Prof Wahbah az Zuhaili dalam Kitab Fiqhul Islam wa Adillatuhu juz 9 menjelaskan dua pengertian pernikahan Secara bahasa nikah artinya mengumpulkan atau sebuah pengibaratan akan sebuah hubungan intim dan akad sekaligus yang dalam syariat dik...
Kerajaan Akan Lebih Sensitif Responsif Terhadap Suara Ngo Islam

Kerajaan Akan Lebih Sensitif Responsif Terhadap Suara Ngo Islam

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 217 hits
PUTRAJAYA 1 Safar 1442H Sabtu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu pertemuan bersama pemimpin pemimpin pertubuhan Islam bukan kerajaan di Putrajaya hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan Perikatan Nasional akan lebih
Hiburan Cukuplah Mempermainkan Agama Islam Ingin Mencari Redha Allah Nonny Nadirah Nak Berhenti Berlakon

Hiburan Cukuplah Mempermainkan Agama Islam Ingin Mencari Redha Allah Nonny Nadirah Nak Berhenti Berlakon

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 972 hits
Rasanya semua sedia maklum mengenai pelakon Nonny Nadirah yang sering saja menggunakan aplikasi TikTok serta merakam video dalam mempromosikan produk di ruangan Instagram Namun baru baru ini dia ada memuat naik sebuah entri panjang lebar di...
Puteri Sarah Liyana Sudah Ke Pejabat Agama Islam Selain Itu Ada Lagi Perkara Lain Yg Berlaku Antara Mereka

Puteri Sarah Liyana Sudah Ke Pejabat Agama Islam Selain Itu Ada Lagi Perkara Lain Yg Berlaku Antara Mereka

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 336 hits
NAMA Syamsul Yusof dalam dunia perfileman tidak perlu diperkenalkan lagi kerana filem yang dihasilkan oleh beliau sememangnya tidak pernah mengecewakan Bukan saja ada bakat dalam lakonan serta mengarah filem malah turut mempunyai bakat dala...
Insafnya Seorang Gangster Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Jadi Ahli Kongsi Gelap Sebelum Memeluk Islam

Insafnya Seorang Gangster Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Jadi Ahli Kongsi Gelap Sebelum Memeluk Islam

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 508 hits
Che Yin Wei atau nama Islamnya Abdul Rahman Abdullah mungkin kelihatan seperti orang biasa yang menjalani kehidupan lebih baik selepas memeluk agama Islam tetapi di sebalik wajah tenang tersebut ada seribu kisah menarik dari individu yang b...
Anwar Umum Akan Bentuk Kerajaan Baru Majoriti Mp Beragama Islam

Anwar Umum Akan Bentuk Kerajaan Baru Majoriti Mp Beragama Islam

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 349 hits
ARIF ATAN Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau mempunyai sokongan besar Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu sekali gus kejatuhan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin Alhamdulillah kini saya mendapat sokongan yang kuku...
Anwar Ibrahim Kerajaan Baharu Di Sokong Mp Melayu Islam Bumiputera

Anwar Ibrahim Kerajaan Baharu Di Sokong Mp Melayu Islam Bumiputera

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa bahawa dia telah mendapat sokongan yang kukuh dan menyakinkan daripada ahli ahahli parlimen untuk menubuhkan sebuah kerajaan persekutuan yang baru Katany...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Fam What Happened To The World Cup Tickets

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Selangor Ph To Continue Working With Bn Despite Likely Mca Mic Polls Snub

Mahb S Sacking Of Staff With High Medical Bill Unlawful Court Rules

Decision On Sabah Pkr Chief To Be Made Soon Says Anwar

Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri