Islam Liberal Gaya Pas


Cuba tanya soalan-soalan ini: Wujudkah 'parti politik' pada zaman Kesultanan Melaka yang dikatakan kegemilangan tamadun Islamik? Kalau ada, apa nama parti-parti politik itu? Berapa kali PRU?

Hakikatnya sistem politik Kesultanan Melaka ialah sistem Monarki. Memang tiada konsep parti politik, tiada pilihan raya, tiada Parlimen, tiada pengasingan kuasa kepada eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Maknanya Sultan Melaka ialah pemerintah tertinggi politik dan juga hakim tertinggi. Itulah sebab Sultan Melaka boleh rampas isteri orang dan terlepas daripada sebarang hukuman hudud kerana dia ialah hakim tertinggi.

Tapi cuba tanya apa pula nama sistem yang kita sedang praktikkan sekarang yang ada parti politik, pilihan raya, Parlimen, pengasingan kuasa kepada eksekutif, legislatif dan kehakiman? Ini adalah sistem liberal demokrasi yang diperkenalkan oleh penjajah barat kepada kita. Mengapa ada dua perkataan iaitu liberal dan demokrasi?

Demokrasi maknanya suara rakyat diutamakan. Barat telah melalui pengalaman pahit dengan Sistem Teokratik mereka yang diperintah oleh tuan guru gereja yang mendakwa mereka ini wakil tuhan. Para tuan guru agama ini memberi hukum wajib sokong gereja mereka sendiri. Pejuang demokrasi barat pun menentang hukum wajib ini yang memberhalakan tuan guru agama dengan mengemukakan ideologi baru iaitu suara rakyat mengatasi suara tuan guru agama! Maka ringkasnya, Sistem Teokrasi dijatuhkan oleh arus demokrasi iaitu suara rakyat.

Liberal pula bermakna bebas. Bebas daripada apa? Bebas daripada penindasan pemerintah atas individu. Cuba tanya adakah Perdana Menteri boleh memaksa anda memilih parti politiknya dan mengugut penjara jika anda tidak mengundi partinya? Kalau anda kata tidak, bermakna anda ini liberal sebab anda memperjuangkan hak kebebasan individu untuk memilih. Liberalisme mengutamakan kebebasan individu. Demokrasi mengutamakan suara rakyat, suara kolektif.

Liberal demokrasi merujuk kepada sistem politik yang mengutamakan suara rakyat dan kebebasan individu. Kadang-kadang demokrasi bercanggah dengan liberalisme bila suara majoriti rakyat menindas kebebasan individu. Bayangkan suara majoriti rakyat menyokong perkahwinan LGBT. Adakah anda memiliki hak kebebasan individu untuk menentang? Kalau anda kata ya, anda adalah liberal kerana memperjuangkan hak kebebasan anda sebagai individu. Liberalisme akan bercanggah dengan demokrasi bila suara majoriti menindas suara individu.

Di Malaysia sistem politik liberal demokrasi di perkenalkan oleh barat. Sistem kita berbeza dengan Amerika Syarikat kerana kita ada raja. Maka liberal demokrasi yang diamalkan oleh kita adalah versi Raja Berperlembagaan.

Maknanya kuasa Raja dikawal oleh Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan ini juga diperkenalkan oleh penjajah barat. Maka, sistem politik liberal demokrasi dan Perlembagaan Persekutuan adalah hasil falsafah barat.

Bila kita memahami falsafah politik, kita akan lebih memahami fahaman liberalisme yang dibawa oleh Pas. Usul pertama Pas baru-baru ini pada Muktamar Tahunan Ke- 65 adalah mengukuhkan institusi Raja-Raja Melayu.

Untuk pelajar falsafah politik, dia patut tanya apa makna 'mengukuhkan' institusi Raja-Raja Melayu?Adakah ia bermakna mengembalikan kuasa Raja kepada sistem monarki Kesultanan Melaka?
Jawapan Pas kemungkinan besar tidak. Cuba tanya Pas mengapa tidak kalau ia benar-benar memperjuangkan usul pertama ini dan menentang liberalisme habis-habisan? Kalau Pas benar-benar mengukuhkan institusi raja, maka sepatutnya Pas kembalikan sistem monarki Kesultanan Melaka.

Hakikatnya ialah liberalisme adalah nyawa Pas. Kalau kuasa raja benar-benar dikukuhkan sepenuhnya, parti Pas tidak akan wujud lagi! Secara retorik, sepatutnya Pas keluarkan hukum wajib sokong mindset liberal versi Raja Berperlembagaan yang mengehadkan kuasa raja. Pas mahu amalkan budaya liberal yang membebaskannya dari kuasa mutlak Raja.

Saya menyokong usul pertama Pas yang mengukuhkan lagi ideologi liberalisme di Malaysia. Pondok Pas perlu jujur mengiktiraf roh liberalisme dalam perjuangan partinya dan betapa Pas terhutang budi kepada falsafah barat! Kita marah bila barat sembunyikan jasa-jasa Tamadun Muslim dulu kepada mereka. Mengapa kita pula sembunyikan jasa-jasa para pejuang liberal barat kepada kita dan mendakwa kita menentang liberalisme habis-habisan?

SH



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/07/islam-liberal-gaya-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mujahid Mahu Tangani Golongan Liberal Perkasakan Agama Islam Dan Luaskan Kuasa Mahkamah Syariah

Dr Mujahid Mahu Tangani Golongan Liberal Perkasakan Agama Islam Dan Luaskan Kuasa Mahkamah Syariah

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 283 hits
Sangat menarik membaca jawapan jawapan bertulis yang diberikan oleh YB Datuk Seri Dr Mujahid Bin Yusof Menteri Di Jabatan Perdana Menteri terhadap soalan soalan YB Tuan Ahmad Fadhli Bin Shaari Pasir Mas YB Dato Haji Mohd Fasiah Bin Haji Moh...
Muktamar Pas Piagam Muafakat Politik Dan Piagam Jaminan Perlindungan Bukan Islam

Muktamar Pas Piagam Muafakat Politik Dan Piagam Jaminan Perlindungan Bukan Islam

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 337 hits
PIAGAM MUAFAKAT POLITIK Berpandukan ijtihad politik semasa dalam hal ini PAS konsisten untuk memilih pendekatan damai dalam berpolitik dan terbuka untuk berdialog dan menjalin hubungan politik dengan semua pihak di atas prinsip kerjasama be...
Bila Pas Nak Akui Umno Itu Islam Tun Dr Mahathir

Bila Pas Nak Akui Umno Itu Islam Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 257 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir beri respond kepada keputusan PAS bekerjasama secara rasmi dengan UMNO Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan sidang media bersama media Malaysia sempena Persidangan ASEAN ke 35 di Bangkok Thailand JOHORT...
Mahathir Sepatutnya Bawa Ppbm Bersama Umno Atau Pas Jika Ikhlas Mahu Umat Islam Bersatu Khalil

Mahathir Sepatutnya Bawa Ppbm Bersama Umno Atau Pas Jika Ikhlas Mahu Umat Islam Bersatu Khalil

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 319 hits
Balas seruan Dr M Khalil pelawa Bersatu bersama PAS Umno Membalas seruan Dr Mahathir Mohamad berkenaan penyatuan parti Melayu Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi mengajak Bersatu untuk bersama sama PAS dan Umno demi um...
Pas Kena Isytihar Umno Parti Islam Sebelum Jalin Kerjasama Kata Dr Mahathir

Pas Kena Isytihar Umno Parti Islam Sebelum Jalin Kerjasama Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 246 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berkata PAS mesti mengisytiharkan Umno sebagai parti Islam sebelum menjalin kerjasama politik dengan parti pembangkang itu Dengan nada sinis perdana menteri berkata PAS sebelum ini mengisytihark...
Whether Islam Or The Economy Ph Has Failed Us Hadi Tells Pas Members

Whether Islam Or The Economy Ph Has Failed Us Hadi Tells Pas Members

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 474 hits
PAS president Abdul Hadi Awang speaks at the party s muktamar in Kuantan today KUANTAN Opening his party s second muktamar after the historic election that saw PAS relegated to the east coast Abdul Hadi Awang today accused the Pakatan Harap...
Pas Dakwa Kpm Libatkan Orang Bukan Islam Dalam Kajiselidik Pendidikan Islam

Pas Dakwa Kpm Libatkan Orang Bukan Islam Dalam Kajiselidik Pendidikan Islam

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 259 hits
Datuk Dr Mohd Khairuddin AmanKementerian Pendidikan Malaysia digesa untuk mendedahkan keanggotaan Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam dan menjelaskan sama ada penglibatan orang bukan Islam dalam kajian tinjauan dalam talian yang ditubuhka...
Sanggupkah Pas Bertanding Kerusi Yg Sedikit Demi Perpaduang Melayu

Sanggupkah Pas Bertanding Kerusi Yg Sedikit Demi Perpaduang Melayu

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 288 hits
Presiden PAS sudah isytihar akan menjalin hubungan dgn UMNO Segala amanah yg diterima dari Arwah Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Fadzil telah dibakul sampahkan Berita Harian melaporkan Jelas generasi PAS sekarang tidak hormat dan memandang rend...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

The Evolution Of Adult Entertainment

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16