Islam Iktiraf Pejuang Tanah Air Mujahid Agama Negara
fazleen safina Perjuangan dan jasa perajurit dahulu tiada galang ganti: Khutbah
BANGI – Rakyat khususnya generasi muda diminta menyelami serta mengambil iktibar keberanian dan semangat keperwiraan ditunjukkan perajurit yang sentiasa di barisan hadapan mempertahankan negara pada satu masa dahulu
Menerusi Khutbah Jumaat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, dengan kemakmuran negara yang dikecapi hari ini, ramai yang tidak sedar pengorbanan dan perjuangan golongan perajurit yang tiada galang gantinya demi memastikan negara bebas daripada penjajah dan ancaman musuh
“Pemergian mereka adalah kehilangan yang cukup dirasai serta tiada galang gantinya. Jasa mereka tidak sewajarnya kita lupakan, kerana kita tidak akan kecapi apa yang ada kini sekiranya bukan kerana pengorbanan mereka,” kata Jakim
Dalam pada itu khutbah berkata, Islam mengiktiraf pahlawan tanah air ini sebagai mujahid agama, bangsa dan negara
Oleh itu katanya, pahlawan hendaklah meletakkan setiap langkah dan gerak laku dalam perjuangan mereka sebagai amalan yang ikhlas dan penuh tanggungjawab agar mereka mendapat penghormatan ketika hidup di dunia dan anugerah yang besar daripada Allah pada hari akhirat kelak
“Segala perjuangan para pahlawan yang terdiri daripada pasukan keselamatan iaitu tentera dan polis yang mempertahankan negara adalah satu tugas yang sangat mulia, kerana perjuangan mereka dipenuhi pelbagai dugaan
“Kalau kita lihat perjuangan yang ditunjukkan oleh Rasulullah ﷺ dan para sahabat dengan penuh semangat dan kesungguhan
“Mereka telah menempuh segala cabaran dan rintangan sehingga kuasa-kuasa besar pada masa itu pun tunduk di bawah kekuasaan Islam. Kejayaan mereka ini adalah berdasarkan tiga faktor utama
“Pertama, segala kejayaan dan kecemerlangan mereka adalah hasil daripada pertolongan Allah. Kedua, sifat berdisiplin, amanah, jujur dan ikhlas adalah di antara sifat-sifat utama yang mendasari kejayaan mereka di dalam setiap perjuangan. Dan yang ketiga, sikap sentiasa mematuhi perintah Allah dalam setiap keadaan sama ada ketika senang atau susah,” kata Jakim
Pada masa sama, mimbar menyeru umat Islam menyemarakkan kembali janji untuk beriltizam di atas prinsip-prinsip kebenaran yang didukung oleh Islam sebagai wadah bagi memastikan keberadaan kita di dunia yang fana ini tidak tergelincir dari garisan ibadah
“Marilah kita sama jalinkan kekuatan, bina kombinasi mapan, sempurnakan amanah dan peranan, hiaskan diri dengan kesopanan, tingkatkan pengorbanan dan kesiapsiagaan demi kedaulatan agama dan tanah air,” katanya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/islam-iktiraf-pejuang-tanah-air-mujahid.html