Isham Rumah Najib Bukan Seperti Tun Mahathir Daim Dan Anak Anak


Bekas pegawai khas Isham Jalil dalam mempertahankan Najib Razak memberi contoh kesederhanaan hidup bossnya berbanding Tun Mahathir dan Tun Daim. – Foto AbuLeman Blog
oleh Isham Jalil
Tempohari beberapa orang saksi pendakwaraya telah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.
Dua orang daripada saksi-saksi ini adalah kontraktor binaan dan renovasi yang telah membuat kerja-kerja binaan di rumah Dato’ Seri Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.
Saksi-saksi ini dipanggil oleh pihak pendakwaraya untuk menunjukkan ke mana duit yang dikatakan berasal daripada syarikat SRC telah dibelanjakan.
Berdasarkan keterangan Peguam Negara Tommy Thomas, teori pihak pendakwaraya ialah syarikat SRC telah memasukkan duit ke dalam akaun dua anak syarikat mereka iaitu Ihsan Perdana Sdn. Bhd. dan Gandingan Mentari Sdn. Bhd. dan anak-anak syarikat ini telah memasukkan duit ke dalam akaun Dato’ Seri Najib dan akaun ini digunakan oleh Dato’ Seri Najib untuk tujuan peribadi beliau seperti membuat renovasi rumah dan sebagainya.
Dua anak syarikat SRC tersebut iaitu Ihsan Perdana Sdn. Bhd. dan Gandingan Mentari Sdn. Bhd. adalah syarikat yang menjalankan kerja-kerja corporate social responsibility (CSR) atau kerja-kerja tanggungjawab sosial, kebajikan atau amal jariah.
Dan teori pihak pendakwaraya lagi ialah perkara di atas dilakukan oleh SRC sebagai timbal balasan kepada Dato’ Seri Najib kerana Kementerian Kewangan telah meluluskan jaminan kewangan kepada syarikat SRC ke atas pinjaman mereka.
Ada sekurang-kurangnya dua perkara yang tidak kena dengan teori pendakwaraya ini:
PERTAMA, mengikut undang-undang untuk mensabitkan kesalahan, pihak pendakwaraya perlu membuktikan teorinya bahawa Dato’ Seri Najib telah mengarahkan syarikat SRC tersebut untuk memasukkan duit ke dalam akaunnya yang kononnya sebagai timbal balas ke atas tindakan Kementerian Kewangan meluluskan jaminan pinjaman syarikat SRC tersebut.
Teori dan perkara ini tidak dapat dibuktikan oleh pihak pendakwaraya sehingga kini. Apa yang ada pada mereka hanyalah teori Peguam Negara seperti di atas.
Oleh sebab ini, besar kemungkinan pihak pendakwaraya cuba mengalih perhatian dengan cuba menunjukkan yang kononnya Dato’ Seri Najib menggunakan duit SRC untuk merenovasi rumahnya oleh itu beliau telah menggunakan duit tersebut untuk kepentingan peribadi dan kemewahan dan oleh itu beliau yang mengarahkan SRC untuk memasukkan duit tersebut ke akaunnya untuk tujuan ini.
Ini adalah satu lagi teori berdasarkan tanggapan lemah tanpa bukti daripada pihak pendakwaraya.
Faktanya: kerja-kerja “renovasi” kediaman Dato’ Seri Najib tersebut sebenarnya adalah untuk penambahan pondok polis untuk keselamatan beliau sebagai Perdana Menteri dan juga untuk membaiki dan menambah kapasiti tangki air kediaman beliau supaya ianya boleh menampung majlis keramaian rakyat yang kerap diadakan di kediaman tersebut, bukan untuk bermewah-mewah.
Majlis ini termasuk jemputan kepada pelajar tahfiz dan anak-anak yatim di sekitar Kuala Lumpur yang kerap diadakan di kediaman beliau di Langgak Duta.
Semasa beliau menjadi Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib lebih banyak menginap di kediaman sendiri beliau di Langgak Duta dan tidak banyak menggunakan kediaman rasmi di Seri Perdana.
Oleh itu banyak majlis-majlis bersama tetamu dan rakyat diadakan di kediaman Langgak Duta dan bukan di Seri Perdana.
Seri Perdana adalah amat besar berbanding kediaman beliau sendiri di Langgak Duta dan walaupun ditanggung kerajaan, kos penyelenggaraan dan mengadakan majlis di Seri Perdana adalah jauh lebih tinggi.
Apabila beliau kerap menginap dan mengadakan majlis di Langgak Duta, ianya sebenarnya adalah lebih menjimatkan kerajaan.
Saya telah banyak kali pergi ke rumah Dato’ Seri Najib di Langgak Duta ini. Rumah ini memang rumah banglo, namun ia bukanlah rumah banglo mewah seperti rumah agam Tun Mahathir di Cyberjaya dan Seri Kembangan, atau rumah agam Tun Daim di Hulu Kelang atau rumah tersergam Mokhzani dan Mukhriz.
Ia adalah rumah banglo sederhana yang pada asalnya tidak pun muat untuk menampung majlis yang besar.
Memang ada kerja-kerja renovasi, tetapi untuk menambah pondok polis dan tangki air untuk keselamatan dan kegunaan majlis bersama rakyat, bukan untuk tujuan kemewahan.
KEDUA, sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, semestinya Dato’ Seri Najib mempunyai akses kepada banyak akaun untuk perbelanjaan politik dengan jumlah ratusan juta ringgit untuk parti, NGO atau rakyat.
Namun demikian ini tidak bermakna beliau menguruskan akaun-akaun ini sendiri. Adalah mustahil untuk seorang Perdana Menteri untuk menguruskan akaun-akaun ini sendiri sambil pada masa yang sama menguruskan negara setiap hari. Saya pasti Tun Mahathir pun tidak larat atau mampu untuk menguruskan akaun-akaun beliau sendiri tanpa diketahui sesiapa.
Oleh itu untuk pihak pendakwaraya menganggap yang Dato’ Seri Najib mengarahkan keluar masuk duit ini ke dalam akaun-akaun ini tanpa pengetahuan orang lain adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
Oleh yang demikian, sepatutnya pihak pendakwaraya memanggil saksi kritikal kepada kes ini iaitu saksi yang boleh menyokong keterangan di atas (iaitu Dato’ Seri Najib telah mengarahkan duit dimasukkan ke dalam akaun beliau sebagai timbal balas), bukan saksi kontraktor yang menunjukkan mereka telah membina tangki air dan pondok polis di rumah Dato’ Seri Najib menggunakan duit dari akaun beliau.
Apabila pihak pendakwaraya gagal mengemukakan walau seorangpun saksi kritikal di atas, besar kemungkinan yang teori pihak pendakwaraya tersebut adalah tidak benar dan tanggapan mereka tersebut tidak berlaku.
Bayangkan sekiranya perkara ini yang sebenarnya berlaku:
Syarikat Ihsan Perdana dan Gandingan Mentari memasukkan duit ke dalam akaun Dato’ Seri Najib atas arahan orang lain atau atas agenda mereka sendiri.
Dato’ Seri Najib tidak dirujuk ke atas perkara di atas dan beliau tidak pernah memberi arahan supaya SRC memasukkan duit ke dalam akaun beliau.
Dato’ Seri Najib menggunakan salah satu daripada akaun CSR beliau daripada pelbagai sumber untuk menambah tangki air dan pondok polis di rumah beliau untuk keselamatan dan kegunaan majlis bersama rakyat.
Akaun-akaun CSR ini tidak diuruskan oleh beliau tetapi oleh orang lain.
Tiada perjanjian timbal-balas antara Dato’ Seri Najib dengan syarikat SRC.
Adakah Dato’ Seri Najib bersalah ke atas hal ini?
Sekiranya beliau bersalah, maka ianya akan menjadi contoh kes (precedent) yang amat tidak baik dan tidak adil dalam undang-undang negara.
Jika ini berlaku, bayangkan pula sekiranya perkara sebegini terjadi kepada anda:
Pada suatu hari ada pihak memasukkan duit ke dalam akaun anda tanpa merujuk kepada anda; seperti biasa anda telah menggunakan akaun anda untuk membeli sesuatu; kemudian duit yang telah dimasukkan oleh pihak itu dituduh dari sumber yang haram; tiba-tiba anda dituduh dan didapati bersalah kerana menggunakan duit haram dan disumbat ke dalam penjara. Bagaimana anda rasa?
Teori Peguam Negara dan pihak pendakwaraya di atas mungkin sama umpama cerita kereta terbang kerajaan PH atau minum sawit awet muda, besar kemungkinan ianya adalah fiksyen.
Mungkin bagi mereka, benda boleh reka tuduh, buat apa cari bukti.
*Isham Jalik adalah bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak. – Majalah Review Malaysia
KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?
KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara
KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta
KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah
KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?
KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar
The post Isham: Rumah Najib bukan seperti Tun Mahathir, Daim dan anak-anak appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/191679/isham-rumah-najib-bukan-seperti-tun-mahathir-daim-dan-anak-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Abaikan Nasihat Epu Tentang Ecrl Tun Daim

Najib Abaikan Nasihat Epu Tentang Ecrl Tun Daim

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 383 hits
Tun Daim Zainuddin mempersoalkan sama ada wakil khas bekas perdana menteri yang bertindak secara sendirian telah terlibat dalam perbincangan dan rundingan terus bagi kontrak Laluan Rel Pantai Timur yang lama Adakah wakil peribadi bekas PM a...
Perbicaraan Ds Najib Cuma Helah Untuk Tutup Tembelang Mahathir Dan Daim Beri Beribu Ekar Tanah Pada China

Perbicaraan Ds Najib Cuma Helah Untuk Tutup Tembelang Mahathir Dan Daim Beri Beribu Ekar Tanah Pada China

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 735 hits
Laman blog ini ada menyiarkan jawapan2 pada penyokong2 PH dan penyokong totok Mahathir yang dah buta mata hati dia mengenai isu diskaun RM21 5 bilion yang kononnya Daim dapatkan dari China bila projek ECRL di rundingkan kali kedua Yang pent...
Daim Bertemu Hadi Doa Tun Mahathir Sihat Dirahmati Allah

Daim Bertemu Hadi Doa Tun Mahathir Sihat Dirahmati Allah

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 443 hits
Tun Daim Zainuddin dan Hadi Awang berpelukan mesra Hadi turut menitipkan doa agar Tun Mahathir sihat serta dirahmati Allah Foto Twitter Penasihat tertinggi kerajaan Tun Daim Zainuddin bertemu dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ...
Isu Felda Dulu Ahmad Maslan Tak Beritahu Bossku Najib Kata Tun Mahathir

Isu Felda Dulu Ahmad Maslan Tak Beritahu Bossku Najib Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 350 hits
PM Dr Mahathir menyindir Ahmad Maslan tidak menegur isu Felda ketika di zaman Najib Razak BOSSKU Foto AbuLeman Blog PARLIMEN Ketika sesi perbahasan berkenaan kertas putih Felda pagi tadi Ahmad mendapat kejutan apabila Perdana Menteri Dr Mah...
Apa Motif Najib Tergesa Gesa Bayar Rm10 Bilion Kepada Cccc Soal Daim

Apa Motif Najib Tergesa Gesa Bayar Rm10 Bilion Kepada Cccc Soal Daim

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 398 hits
Daim Zainuddin menjawab hujahan Najib Razak mengenai projek ECRL China Foto Free Malaysia Today Tun Daim Zainuddin mempersoalkan sama ada wakil khas bekas perdana menteri yang bertindak secara sendirian telah terlibat dalam perbincangan dan...
Epu Cautioned Najib About Old Ecrl Deal But Was Ignored Daim

Epu Cautioned Najib About Old Ecrl Deal But Was Ignored Daim

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 298 hits
Daim Zainuddin has questioned whether it was a personal emissary of the former prime minister who working on his own was involved in direct discussions and negotiations on the old East Coast Rail Link contract Was it a personal emissary of ...
Anak Najib Nooryana Kecam Permata Rosmah Tukar Genius

Anak Najib Nooryana Kecam Permata Rosmah Tukar Genius

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 305 hits
Anak perempuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Nooryana Najwa membidas tindakan Kementerian Pendidikan menukar nama Program Permata Negara kepada Genius Nooryana Najwa berkata penukaran nama itu tidak mencerminkan intipati ...
Anak Najib Hidap Kanser Tahap 4 Sukar Bayar Bil Rawatan

Anak Najib Hidap Kanser Tahap 4 Sukar Bayar Bil Rawatan

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 492 hits
Puteri Norlisa anak perempuan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang menghidap kanser tahap empat dilaporkan tertekan susulan pembekuan akaun banknya Adiknya Datuk Mohd Nazifuddin berkata susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan R...
Anak Tiri Najib Belanja Rm48 Juta Berjudi Kata Anwar

Anak Tiri Najib Belanja Rm48 Juta Berjudi Kata Anwar

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 491 hits
Selepas Datuk Seri Najib Razak kini anak tiri bekas perdana menteri itu pula menjadi topik ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Rantau hari ini Presiden PKR itu mendakwa anak tiri Ahli Parlimen Pekan iaitu Riza Aziz berjudi menggunakan wang ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba