Isham Jalil Dakwa Dap Amalkan Tokenisme



PETALING JAYA: DAP didakwa melakukan serangan ideologi dengan ‘memaksa’ orang Melayu dan Islam menerima pendirian serta cara hidup parti itu yang jelas berbeza.
Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil berkata, atas alasan itu menjadi punca beliau sehingga kini tidak dapat menerima keputusan UMNO bekerjasama dengan DAP di dalam Kerajaan Perpaduan.
Bekas Ketua Penerangan UMNO itu berkata, beliau juga tidak menerima konsep perjuangan berteraskan ‘Malaysian Malaysia’ seperti yang diimpikan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang, yang berisiko menjejaskan hak orang Melayu dan bumiputera.
“Kita (sewaktu ahli UMNO) sudah tanya dia berkenaan Malaysian Malaysia, dia kata masih mahu teruskan Malaysian Malaysia. Ini bukan andaian. Kami tanya Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP) dan ada lagi seorang ahli Parlimen DAP beri ucapan akan teruskan Malaysian Malaysia.
“Selepas itu, pemimpin UMNO di atas ‘menikus’, saya yang bersuara saya kata ini tidak boleh. Lihat sejarah kita melawan Malayan Union dan selepas kemerdekaan kita lawan apa? Malaysian Malaysialah.
“Sekarang ini DAP, melakukan serangan ideologi kepada kita sebab mereka mahu kita menerima cara hidup mereka ke atas kita dan ini yang tidak boleh diterima,” katanya di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian dalam rancangan temubual podcast (audio siar) yang disiar secara eksklusif oleh MMTV dihoskan oleh Ketua Pengarang Berita Utusan Malaysia, Aznan Bakar dan Ketua Unit MMTV, Roshihan Annuar Yub.
Pada September lalu, Siew Fook dalam ceramah kempen pilihan raya sebelum ini dilaporkan berkata, DAP tidak perlu menggugur agenda Negara Sekular dan slogan ‘Malaysian Malaysia’ kerana persefahaman sudah dicapai antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Katanya, semua parti bersetuju tidak akan menyentuh prinsip serta perlembagaan parti masing-masing sebelum pembentukan kerajaan.
Beliau mengulas gesaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker supaya DAP menggugurkan tuntutan ‘Malaysian Malaysia’ dan menggesa komponen Pakatan Harapan (PH) menilai semula komitmennya antaranya menghapus sistem kuota bumiputera.
Mengulas lanjut, Isham berkata, kewajaran menolak Malaysian Malaysia kerana secara tradisinya, orang Melayu mempunyai hak ke atas banyak aspek antaranya bahasa Melayu, tanah rizab, agama Islam sebagai rasmi dan Raja-Raja Melayu.
Katanya lagi, dalam keadaan DAP menuntut hak sama rata untuk semua kaum di Malaysia, parti itu bagaimanapun enggan menerima proses asimilasi seperti diamalkan di Indonesia.
“Kalau asimilasi, anda tidak boleh kekalkan bahasa ibunda, tidak boleh kekalkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Masa kita (pemimpin terdahulu) tandatangan perjanjian, kita pun setuju tidak buat asimilasi tapi integrasi. Saya pun menolak asimilasi kerana ia mengeruhkan keadaan diskriminasi.
“Tapi, bila setuju buat integrasi, mereka (DAP) mahu lebih pula, mahu paksa kita terima cara hidup. DAP sudah dapat apa yang mereka mahu pada masa sama mahu kesamarataan iaitu penghapusan hak keistimewaan kita. Itulah saya kata pada DAP, anda tidak boleh ada kek dan makan kesemuanya. Sudah diberi betis mahu paha,” katanya.
Katanya, DAP dilihat mengikuti jejak langkah Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura dan beliau tidak mahu menyaksikan orang Melayu di Malaysia menerima nasib sama dengan orang Melayu di republik berkenaan.
“DAP juga mahu menuju macam mana parti PAP (Parti Tindakan Rakyat) di Singapura. Takkan orang Melayu di Malaysia mahu terima nasib sama macam Melayu di Singapura?
“Sebab itu saya mesti nyatakan pendirian…kalau tidak, lambat-laun akan berlaku satu titik kritikal dalam sejarah perjuangan orang Melayu dan UMNO di Malaysia,” katanya.
Mengulas lanjut, Isham mengakui bahawa kerjasama UMNO dan DAP dalam kerajaan Persekutuan telah merugikan parti itu.
“Pada saya, yalah (merugikan). Yang untungnya tidak tahulah, mungkin yang dapat jadi menteri dan timbalan menteri,” kata berseloroh.
TOKENISME
Ditanya bagaimana pemimpin-pemimpin Melayu lain boleh bekerja dengan DAP sedangkan Isham tidak menerima tindakan sebegitu, beliau mengaitkan parti itu dengan amalan ‘tokenisme’ terhadap orang berlainan bangsa.
“Di Singapura buat benda yang sama namanya tokenisme. Bermaksud, dalam mana-mana tempat atau syarikat, katakan ada yang tidak mahu tunjuk sangat sikap rasis, maka diambillah satu bangsa lain dan diletakkan di situ. Ini yang menyebabkan banyak isu diskriminasi berlaku.
“Sebab dia mahu tutup diskriminasi dengan meletakkan satu token. Banyak kajian sudah dibuat tentang isu ini malah syarikat multinasional pun berlaku tokenisme,” katanya. – UTUSAN
IKLAN



AULORA Socks with KODENSHI® direka menggunakan Fiber KODENSHI® yang membantu menyerap suhu badan pemakai sambil membekalkan jumlah tekanan lembut untuk sokongan yang menyeluruh dan selesa.
KEBAIKKAN AULORA Socks with KODENSHI® 
- Membantu melancarkan peredaran darah - Mengurangkan sakit, lenguh atau bengkak di kaki - Sesuai untuk mereka yang banyak berdiri dan berjalan - Sangat baik untuk Wanita mengandung dan selepas bersalin. - Menghilangkan bau kaki - Membantu masalah tidur - Memulihkan tumit kaki yang pecah atau mengelupas - Detoksifikasi
Jika berminat untuk mendapatkannya sila WhatsApp dengan klik pada imej di bawah




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/12/isham-jalil-dakwa-dap-amalkan-tokenisme.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sacked Isham Jalil Revives Call For Umno Referendum So Grassroots Can Decide If Party Should Go With Dap Or Bersatu

Sacked Isham Jalil Revives Call For Umno Referendum So Grassroots Can Decide If Party Should Go With Dap Or Bersatu

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 196 hits
Isham said the grassroots should be given the chance to decide for themselves and claimed most were against Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi s unilateral decision to support Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim from Pakatan Harapan which in...
Isham Jalil Is Right But What Can Be Done About It

Isham Jalil Is Right But What Can Be Done About It

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 238 hits
Now that even Pas is thinking about getting hold of the position of PM for itself not only will Umno think twice about joining PN even Bersatu might be thinking twice about remaining in PN Nehru Sathiamoorthy In all of India the most populo...
Annuar Musa After Isham Jalil S Sacking Umno Is Surely Fading Into Oblivion

Annuar Musa After Isham Jalil S Sacking Umno Is Surely Fading Into Oblivion

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 363 hits
PN has taken over the role of BN while PAS has replaced UMNO in the hearts of the people AMID the reportedly sacking of its supreme council member Datuk Isham Jalil former UMNO warlord Tan Sri Annuar Musa has taken yet another swipe at the ...
Umno Sacks Isham Jalil Party Sources

Umno Sacks Isham Jalil Party Sources

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 172 hits
The Umno supreme council moved to sack estranged leader Isham Jalil from the party last night Three sources who attended the supreme council meeting yesterday confirmed the matter with Malaysiakini saying the decision was made via consensus...
Mkt Umno Pecat Isham Jalil

Mkt Umno Pecat Isham Jalil

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 179 hits
Mohd Nasaruddin Parzibhnews bh com myKUALA LUMPUR Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini membuat keputusan untuk memecat Ahli MKT UMNO Isham Jalil Perkara itu dimaklumkan seorang pemimpin UMNO yang turut hadir pada mesyuarat MKT UMNO malam i...
Isham Jalil Harus Cepat Masuk Bersatu Masa Depan Politiknya Cerah Di Situ

Isham Jalil Harus Cepat Masuk Bersatu Masa Depan Politiknya Cerah Di Situ

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 224 hits
Walaupun belum ada pengumuman rasmi lagi sehingga ini Isham Jalil sebenarnya sudah pun dipecat daripada UMNO Beliau dipecat dalam mesyuarat MT UMNO yang tidak dihadirinya pada malam semalam Selain beberapa ahli MT UMNO yang hadir dalam mesy...
Lama Dulu Lagi Sudah Disarankan Agar Umno Pecat Isham Jalil

Lama Dulu Lagi Sudah Disarankan Agar Umno Pecat Isham Jalil

papar berkaitan - pada 10/12/2023 - jumlah : 322 hits
Isham Jalil akhirnya sah dipecat daripada UMNO setelah beliau sendiri menerima surat pemecatannya Beliau dilaporkan menerima surat pemecatannya melalui Whatsapp lewat malam semalam Berdasarkan surat pemecatan bertarikh 8 Disember 2023 yang ...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada