Isu Tunggakkan Bayaran Ini Penjelasan Dari Pbsnt


PENJELASAN ISU TUNGGAKAN BAYARAN BEKAS PEMAIN TFC 2019
-----------------------------------------------
Selesai musim 2019, TFC menamatkan saingan Liga Super di tempat ke-7, suku akhir Piala FA & Malaysia di bawah bimbingan Nafuzi Zain setelah mengambil alih sebagai "Caretaker" sehingga habis musim 2019 setelah perletakan jawatan sebagai Ketua Jurulatih secara drastik oleh Haji Irfan Bakti Abu Salim. Musim 2020, TFC membuat keputusan untuk melantik Nafuzi Zain sebagai Ketua Jurulatih dan beliau telah membentuk pasukan dengan mengekalkan serta melepaskan pemain-pemain bagi mengharungi Liga Malaysia 2020.

Berbalik isu tunggakan bayaran kepada 12 orang bekas pemain TFC. Pihak TFC masih mempunyai baki tunggakan yang belum dilunaskan, namun ianya bukan gaji namun sejumlah bentuk bayaran yang dipersetujui diluar kontrak mereka. TFC tiada masalah berkenaan gaji pemain-pemain sehingga bulan terakhir musim 2019 apabila dibayar secara konsisten.

TFC telah menjelaskan bayaran tersebut hampir 40% - 50% sebagaimana persetujuan dibuat ketika pemain berkhidmat bersama TFC. Seterusnya baki tersebut dimaklumkan kepada pemain-pemain akan dijelaskan pada November 2019 sebelum tamatnya kontrak pemain-pemain tersebut. Komitmen tersebut dibuat setelah pihak Malaysia Football League (MFL) memaklumkan bahawa baki hak penyiaran dan pendapatan kepada pasukan sebagai rakan kongsi akan dibayar pada November 2019. Jumlah baki sebanyak 50% dari MFL tersebut amat mencukupi untuk menyelesaikan tunggakan bayaran pemain-pemain tersebut dan mampu digunakan untuk persiapan pasukan musim 2020.

Walaubagaimanapun, baki dari MFL tersebut tidak dapat dijelaskan sebagaimana dimaklumkan menyebabkan komitmen dengan pemain-pemain terpaksa ditangguhkan sementara sehingga bayaran MFL tersebut dilakukan.

Mengambil inisiatif dan tanggungjawab dengan komitmen yang telah dimaklumkan kepada pemain, TFC telah membuat bayaran terlebih dahulu sebanyak 25% kepada pemain-pemain yang tidak dilanjutkan kontrak melalui dana yang masih ada di dalam akaun TFC.

Namun begitu, akhirnya baki bayaran 50% hak penyiaran dan pendapatan diputuskan tidak akan dibayar setelah keputusan tersebut dibuat di dalam Mesyuarat Luar Biasa Rakan Kongsi Liga pada 14 Disember 2019 yang melibatkan 12 pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Premeir. TFC tidak menjangkakan hal tersebut sebegitu serius sehingga ianya tidak dapat dilunaskan dari perkongsian tersebut. Melalui mesyuarat tersebut, semua rakan kongsi telah diperjelaskan secara terperinci senario dan kedudukan kewangan MFL sebagai badan penganjur Liga Malaysia. Justeru itu, ianya menjadi satu kesulitan kepada TFC apabila dana tersebut telah dibuat perancangan awal termasuklah menyelesaikan tunggakan bayaran bekas-bekas pemain. Agak sukar untuk menerima keputusan tersebut, namun hakikatnya terpaksa kita terima bahawa baki hak penyiaran dan pendapatan tersebut tidak dapat dijelaskan.

TFC tidak berdiam diri dengan komitmen dan tanggungjawab terhadap bekas pemain pasukan TFC 2019. TFC telah memaklumkan keadaan sebenar situasi yang berlaku serta meminta mereka bersabar dan memberi sedikit masa untuk mencari kaedah penyelesaian dengan harapan mereka memahami dan memberikan pertimbangan. TFC memberi jaminan bahawa tunggakan bayaran 40%-50% yang berbaki akan diselesaikan dan akan dilunaskan, InsyaAllah.

Tindakan sebahagian bekas pemain tersebut dilihat begitu agresif sehingga tidak memberikan ruang langsung kepada TFC dalam keadaan situasi kesulitan tersebut apabila bertindak dengan memuat naik status di media sosial memerli, mengunakan media untuk tujuan memburukkan imej dan nama baik TFC kepada awam. Hal tersebut sepatutnya tidak berlaku kerana dalam masa yang sama komunikasi dua hala masih ada serta jaminan komitmen telah diberikan. TFC sama sekali tidak akan melarikan diri daripada tanggungjawab tersebut buat bekas pemain.

Sebetulnya, saluran yang tepat untuk mereka bertindak adalah seperti melaporkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), MFL serta PFAM. Hal ini mampu diselesaikan dengan baik. Imej dan nama baik TFC kini tercalar dan walaupun diakhirnya tunggakan bayaran dijelaskan, namun imej TFC telah pun dirosakkan.

Walaubagaimanapun, TFC mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua bekas pemain tersebut di atas khidmat keringat dan sumbangan kepada pasukan musim 2019.

Di kesempatan ini, pihak TFC memohon maaf kepada semua atas permasalahan luar jangka yang berlaku utamanya kepada bekas pemain, para penyokong dan mereka yang terlibat. Isu ini, yang pastinya tidak akan berlarutan sehingga tempoh yang panjang. Cumanya kita meminta diberi sedikit masa untuk diselesaikan.

Mohd Syahrizan bin Mohd Zain
Setiausaha Eksekutif
PBSNT
Bertarikh : 19 Disember 2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/isu-tunggakkan-bayaran-ini-penjelasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pemain Tfc Rayu Pbsnt Jelaskan Bayaran Tertunggak

Bekas Pemain Tfc Rayu Pbsnt Jelaskan Bayaran Tertunggak

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 439 hits
KUANTAN Bekas pemain Terengganu FC merayu Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu dapat segera menyelesaikan bayaran tertunggak yang dipersetujui dalam kontrak pemain musim ini Dalam perjanjian berkenaan setiap pemain akan menerima sejumlah b...
Bayaran Terkini Dan Dokumen Untuk Membuat Passport Malaysia

Bayaran Terkini Dan Dokumen Untuk Membuat Passport Malaysia

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 215 hits
Assalammualaikum wbt Hi korang Semalam dah share tentang mommies me time Ni sambungannya lah Kalau nak tahu masa book tiket tu passport takdak lagi Main book ja dulu Hehe Book dulu sebab passport boleh buat kemudian Passport MalaysiaBook ti...
Dapat Semula Bayaran Balik Lebihan Cukai Rezeki Anak Alhamdulillah

Dapat Semula Bayaran Balik Lebihan Cukai Rezeki Anak Alhamdulillah

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 709 hits
Tadi cek email tak sangka ada email dari LHDN Email yang dah sekian lama ditunggu sejak April tahun ni Tak mengharap pun dapat claim semula duit tu iyelah untuk kemajuan negara juga membayar cukai lebih 1 email ada 2 claim masuk SyukurrrrrS...
Kini Pelajar Boleh Miliki Matebook 13 Dan Pelbagai Peranti Huawei Dengan Skim Bayaran Ansuran

Kini Pelajar Boleh Miliki Matebook 13 Dan Pelbagai Peranti Huawei Dengan Skim Bayaran Ansuran

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 380 hits
Pelajar universiti dan teknologi memang tak dapat dipisahkan Kalau tanya pasal smartphone dekat generasi celik IT ni confirm mereka boleh bercerita dengan panjang lebar Di universiti boleh dikatakan kebanyakan pelajar guna banyak jenis pera...
Cimb Memperkenalkan Cimb Tap N Pay Menerima Bayaran Dari Kad Debit Menggunakan Peranti Android

Cimb Memperkenalkan Cimb Tap N Pay Menerima Bayaran Dari Kad Debit Menggunakan Peranti Android

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 295 hits
https ift tt 34tGbWX CIMB sebelum ini sedia hadir dengan beberapa penyelesaian pembayaran memfokuskan para peniaga dalam usaha memudahkan mereka menerima pembayaran daripada kad kredit atau debit Terbaru menambah kepada penawaran mereka ada...
Nak Beli Cash Tak Mampu Huawei Wujudkan Skim Bayaran Ansuran 0 Interest Untuk Pelajar Beli Gadgetnya

Nak Beli Cash Tak Mampu Huawei Wujudkan Skim Bayaran Ansuran 0 Interest Untuk Pelajar Beli Gadgetnya

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 372 hits
Tahun 2019 pun dah nak habis kita akan memasuki tahun 2020 tak lama lagi So bila dah nak masuk tahun baru ni banyak promosi yang bagus bagus kini ditawarkan untuk kita nikmati Untuk syarikat teknologi yang terkenal seperti Huawei diorang se...
Tuntutan Bayaran Semula Insurans Persendirian Ke Luar Negara Oleh Penjawat Awam

Tuntutan Bayaran Semula Insurans Persendirian Ke Luar Negara Oleh Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 358 hits
KETAHUI HAK ANDA Sekiranya anda adalah penjawat awam tahukah anda bahawa kerajaan memperuntukkan tajaan insuran perjalanan ke luar negara sekali setahun Jadi tuntutlah hak anda dan melanconglah setiap tahun Langkah langkahnya 1 Isi permohon...
Netflix Menguji Bayaran Tahunan Dengan Diskaun 50 Di India Pelan Premium Sekitar Rm24 Sebulan

Netflix Menguji Bayaran Tahunan Dengan Diskaun 50 Di India Pelan Premium Sekitar Rm24 Sebulan

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 478 hits
Semalam telah kami laporkan yang Netflix hadir dengan pelan untuk peranti mudah alih di Indonesia Pelan ini ditawarkan pada harga yang lebih murah berbanding di Malaysia iaitu Rp 49 000 Di Malaysia harga pelan ini adalah RM17 Terkini di Ind...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi