Isa Samad Lepas Bebas Tuduhan Rasuah Rm3 Juta


utusantv.com
Oleh Auzaee Athallah
-March 6, 2024

Isa Samad lepas, bebas tuduhan rasuah RM3 jutaBekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kelihatan gembira selepas dilepas dan dibebaskan atas kesalahan sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta melibatkan pembelian sebuah hotel di Sarawak selepas dihadapkan ke Mahkamah Rayuan Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
BEKAS Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Samad hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta melibatkan pembelian sebuah hotel di Sarawak.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera secara sebulat suara bersama-sama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang turut dan Datuk S.M. Komathy.

Dalam keputusan yang dibacakan oleh Vazeer Alam Mydin, beliau berkata bahawa terdapat dua versi dan percanggahan dalam kes pendakwaan berhubung tujuan sebenar suapan itu.

Katanya, mahkamah mendapati bahawa Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila memutuskan terdapat kes prima facie terhadap Mohd Isa sebelum ini berdasarkan keterangan-keterangan bekas Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB) yang juga saksi pendakwaan ke-16 (SP16),Ikhwan Zaidel.

“Hakim bicara membuat dapatan bahawa suapan itu diberi secara rasuah oleh SP16 kerana bimbang sekiranya pembayaran tidak dibuat, maka perayu boleh menjejaskan kontrak penjualan Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) dan hasil jualan boleh dibatalkan kerana pengaruh perayu sebagai Pengerusi Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB)

Susulan kebimbangan terhadap pengaruh Mohd. Isa sebagai pengerusi FICSB berkaitan penyiapan kontrak MPHS itu, ia telah menjadi punca bekas Ahli Lembaga GAPSB berkenaan memberikan suapan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sekiranya ketakutan dan kebimbangan itu mempengaruhi pembayaran suapan kepada SP-16, maka pertuduhan-pertuduhan itu adalah defektif kerana perkara itu tidak dinyatakan di dalam kesemua sembilan pertuduhan.

“Pertuduhan itu sendiri menetapkan bahawa suapan itu sebagai ganjaran atas bantuan Mohd Isa dalam mendapatkan kelulusan FICSB untuk pembelian MPHS.Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilepas dan dibebaskan atas kesalahan sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta melibatkan pembelian sebuah hotel di Sarawak selepas dihadapkan ke Mahkamah Rayuan Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
“Oleh itu, kami mendapati bahawa keseluruhan sabitan ke atas sembilan pertuduhan itu adalah tidak selamat.

“Kami mendapati bahawa terdapat merit dalam rayuan itu dan wajar ada campur tangan.

“Rayuan terhadap sabitan dan hukuman terhadap semua pertuduhan dibenarkan. Perintah Mahkamah Tinggi diketepikan dan perayu dilepas serta dibebaskan,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Isa ketika ditemui pemberita selepas prosiding itu selesai berkata beliau menzahirkan kesyukuran dan perasaan lega selepas keputusan Mahkamah Rayuan berpihak kepadanya.

“Saya berasa lega dan keputusan ini akan memudahkan urusan saya serta keluarga menjalankan kehidupan seperti biasa.

“Terima kasih khususnya kepada peguam dan rakan-rakannya kerana telah menjalankan tugas dengan baik selain turut bersusah dan bersabar selama enam tahun,” katanya.

Sebelum ini Mohd. Isa disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Februari 2021, atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49 Menara Felda, Platinum Park, No 11 Persiaran KLCC di sini antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.

Susulan sabitan bersalah itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menjatuhkan hukuman penjara 6 tahun bagi setiap pertuduhan dan denda RM15.45 juta atau penjara 18 tahun jika gagal membayar denda itu ke atas Mohd. Isa.

Bagaimanapun, Mohd. Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara selama enam tahun apabila mahkamah memerintahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak
Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilepas dan dibebaskan atas kesalahan sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta melibatkan pembelian sebuah hotel di Sarawak selepas dihadapkan ke Mahkamah Rayuan Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Hakim Mohd. Nazlan dalam penghakimannya berpandangan pembelaan Mohd. Isa adalah perkara yang difikirkan kemudian tidak konsisten dan hanyalah satu penafian tanpa sokongan berasas atau boleh dipercayai.

Ekoran itu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memfailkan notis rayuan pada 4 Februari 2021.

Dalam prosiding rayuan pada 16 Oktober tahun lalu, peguam Datuk Salehuddin Saidin, yang mewakili Mohd. Isa berhujah bahawa anak guamnya itu perlu dilepas dan dibebaskan daripada semua pertuduhan kerana fakta kes menunjukkan tiada bukti Mohd. Isa menerima wang berkenaan.

Hujahnya lagi, Mahkamah Tinggi sbeelum ini menggunakan prinsip undang-undang salah kerana gagal memberi perhatian sewajarnya kepada semua keterangan yang tidak dinilai secara keseluruhan sebelum membuat kesimpulan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz, berhujah bahawa Mohd. Isa berhasrat untuk mendapatkan suapan walaupun tidak berurusan secara langsung dengan ahli perniagaan Sarawak, Ikhwan Zaidel, dalam mana-mana urus niaga yang membabitkan jumlah berkenaan.

Suapan berkenaan dikatakan diterima oleh Mohd Isa melalui bekas pembantunya, Muhammad Zahid Arip Zahid


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/isa-samad-lepas-bebas-tuduhan-rasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendakwaan Rayu Pelepasan Pembebasan Isa Samad

Pendakwaan Rayu Pelepasan Pembebasan Isa Samad

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 123 hits
malaysiakini comMahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan pihak pendakwaan untuk mengembalikan semula sabitan bersalah ke atas bekas pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad berhubung sembilan pertuduhan rasuah yang dikaitkan dengan pembelian ...
Rumah Ahli Perniagaan Dipecah Masuk Jongkong Emas Wang Tunai Rm3 5 Juta Dilarikan

Rumah Ahli Perniagaan Dipecah Masuk Jongkong Emas Wang Tunai Rm3 5 Juta Dilarikan

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 232 hits
PETALING JAYA Sebuah peti besi mengandungi jongkong emas dan wang tunai bernilai RM3 juta milik seorang ahli perniagaan wanita dilarikan penjenayah selepas kediamanya di Padang Balang Sentul dipecah masuk malam tadi Dalam kejadian kira kira...
3 Didakwa Lakukan Pemerasan Minta Wanita Rm3 Juta

3 Didakwa Lakukan Pemerasan Minta Wanita Rm3 Juta

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 198 hits
BernamaPETALING JAYA Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan melakukan pemerasan terhadap seorang wanita dengan meminta wang RM3 juta Sabtu lalu S Divyan 27 A Sanjeev Kumar 32 dan S Kaviethran 31 didakwa mel...
Ahli Perniagaan Rugi Rm3 5 Juta Penjenayah Larikan Peti Besi

Ahli Perniagaan Rugi Rm3 5 Juta Penjenayah Larikan Peti Besi

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 215 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang ahli perniagaan wanita kerugian kira kira RM3 5 juta selepas rumahnya di Padang Balang Kuala Lumpur dipecah masuk semalam Ketua Polis Wangsa Maju Ashari Abu Samah berkata mangsa 43 tahun itu membuat lapora...
Jongkong Emas Rm3 5 Juta Milik Usahawan Terkenal Kena Rompak

Jongkong Emas Rm3 5 Juta Milik Usahawan Terkenal Kena Rompak

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 201 hits
AZMI NORDINKUALA LUMPUR Seorang usahawan wanita kontroversi mengalami kerugian sekitar RM3 5 juta selepas peti besi yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai dicuri di kediamannya di Padang Balang Sentul di sini malam tadi Ketua Polis D...
Fitnah Isa Isarb Bersuara Didakwa Tipu Beli Rumah Rm9 7 Juta

Fitnah Isa Isarb Bersuara Didakwa Tipu Beli Rumah Rm9 7 Juta

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 156 hits
Pempengaruh yang juga Youtuber Isa Isarb tampil bersuara berhubung dakwaan seorang ejen hartanah mengatakan dia sebenarnya menipu beli sebuah rumah banglo bernilai RM9 7 juta sebaliknya hanya sewa sahaja Isa Isarb didakwa sewa bukannya beli...
Tipu Berkait Kontrak Rm47 Juta Ceo Telco Didakwa Di Mahkamah

Tipu Berkait Kontrak Rm47 Juta Ceo Telco Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 155 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ketua pegawai eksekutif RD Comm amp Network Sdn Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan menipu berkait penganugerahan kontrak berjumlah RM47 25 juta tiga tahun lalu Razain Hashi...
Bekas Kakitangan Jkm Didakwa Songlap Hampir Rm15 Juta

Bekas Kakitangan Jkm Didakwa Songlap Hampir Rm15 Juta

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 154 hits
Mohd Roji Kawiam hmetro com myBekas kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM Sarawak dibawa masuk ke Mahkamah dituduh menghadapi 34 pertuduhan mengikut Seksyen 4A AMLATFPUAA membabitkan penyelewengan lebih RM10 juta di Mahkamah Tinggi Ku...
Filem Reeza Gtr

Ringgit Opens Slightly Lower Against Us Rises Vs Other Major Currencies

Optimizing Gold Trading With The Moving Average Convergence Divergence Indicator

Kl Bird Park

Expert Malaysians Deeply Involved In Online Scams Human Trafficking

Zus Coffee With Ceo Latte

Absolute Thai Port Lepak Makan Sedap One Utama Damansara

Generate Unique Brand Names


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Other Coffee Approved

Doa Perbaiki Akhlak Diri Dan Urusan

Issam Alnajjar Hadal Ahbek Chord

Koi Tiwikarma Chord

Youtuber Ishowspeed Sumbang Rm235 000 Hadiah Kemenangannya Dari Mrbeast Kepada Tabung Kemanusiaan Palestin

Resipi Rojak Petis Sedap Begini Cara Buat Kuahnya Secara Homemade